Marhum Syeikh Saduq dengan sanad muktabar daripada
Imam Sodiq ‘Alaihissalam meriwayatkan bahawa salah seorang daripada sahabat
Imam datang menemui Beliau pada akhir-akhir bulan Rejab, ketika pandangan
mubarak Imam melihatnya, Imam berkata : Adakah kamu telah berpuasa pada bulan
ini? Dia menjawab : Tidak, Imam berkata : Sesungguhnya betapa banyak pahala
telah kamu kehilangan dimana hanya Allah yang mengetahui bilangannya; ini
merupakan sebuah bulan yang mana Allah telah memberikan kelebihan ke atas
bulan-bulan yang lain dan penghormatannya dibesarkan, dan menetapkan
pahala-pahala yang penting bagi yang memeliki puasanya. Lelaki itu berkata :
Adakah jika pada baki bulan ini aku berpuasa, aku akan mencapai sebahagian
daripada pahala? Imam ‘Alaihissalam berkata : Ya; kemudian Imam menerangkan
berkenaan pahala-pahala penting bagi sesiapa yang yang hanya berpuasa pada
akhir bulan, atau dua hari terakhir, atau tiga hari terakhir; seperti bebas daripada
sakarat maut, azab kubur dan kegetaran di Sirat, kesusahan kiamat…
Terdapat dalam hadis lain : ((Rejab)) adalah nama
sebuah sungai di syurga, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada
madu; barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan ini, akan minum
daripadanya!
Add caption |
Imam Musa bin Ja’far as: “Sesiapa berpuasa satu hari
pada bulan rejab, api jahanam akan menjauh darinya sejauh perjalanan satu tahun
dan sesiapa berpuasa selama tiga hari, ia wajib mendapatkan syurga.”
Daripada hadis lain dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wa Aalih : Barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan ini, akan
mendapat keredhaan agung Tuhan, akan jauh daripadanya kemurkaan Allah dan
pintu-pintu Jahannam (neraka) akan ditutup baginya.
Barangsiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan ini
iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, memiliki fadilat yang banyak dan begitu
juga dengan bulan-bulan yang lain.
Bulan rejab memiliki keutamaan tidak terhingga. Terdapat
riwayat daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Barangsiapa yang
tidak mampu untuk berpuasa pada bulan ini, setiap hari baca 100 kali tahbihat
ini untuk mendapat pahala puasa tersebut :
Subhanal Ilahil Jalil, Subhana Mal La Yanbaghit
Tasbihu Illa Lahu, Subhanal A‘azzil Akram, Subhana Mal Labisal ‘Izzata Wa Huwa
Lahu Ahlun.
Add caption |
Rasulullah saw
bersabda, “Bulan Rejab adalah bulan Allah yang Agung dan tidak ada bulan lain
yang dapat menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Memerangi orang-orang kafir
di bulan ini adalah haram. Rejab adalah bulan Allah,syakban adalah bulanku, dan
ramadhan adalah bulan umatku. Sesiapa berpuasa meski satu hari pada bulan
rejab, ai berhak untuk mendapatkan ridha Allah yang agung, terhindarkan dari
murka-nya dan salah satu pintu jahanam akan tertutup baginya.”
Amalan Musytarak :
1 1) Terdapat
beberapa doa yang di anjurkan untuk di baca setiap hari pada bulan Rejab juga
pada setiap selepas solat – Sila rujuk Mafatih
2
2 2) Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Barangsiapa yang membaca 100 kali dalam
Bulan Rejab :
Astaghfirullahallazi
La Ilaha Illa Huwa, Wahdahu La Syarikalahu Wa Atubu Ilaihi
dan di akhirnya memberi sedekah, Allah akan
mengakhirkan pekerjaannya dengan rahmat dan maghfirah dan barangsiapa yang
membaca sebanyak 400 kali, memiliki pahala para syahid.
3 3) Begitu juga
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Barangsiapa yang membaca pada
bulan Rejab 1000 kali La Ilaha Illallah, Allah Subhanahu Wa Taala akan
menulis baginya hasanah yang banyak.
4 4) Terdapat
didalam riwayat : barangsiapa pada bulan Rejab, pada waktu Subuh, 70 kali dan
pada waktu petang juga 70 kali membaca: Astaghfirullaha Wa Atubu Ilaih
kemudian, mengangkat tangan-tangan dan membaca : Allahummaghfirli Wa Tub
‘Alayya..Jika dia meninggal pada bulan Rejab tersebut, Allah Subhanahu Wa Taala
akan redha ke atasnya.
5 5) Sepanjang
bulan ini membaca 1000 kali : Astaghfirullaha Zal Jalali Wal Ikrami Min Jami‘iz
Zunubi Wal A-tsam supaya Allah Ar-Rahman mengampuninya.
6
6 6) Sayyid Ibn
Tawus di dalam Iqbal meriwayatkan fadilat yang banyak berkenaan membaca surah
Al-Ikhlas pada bulan Rejab; antaranya diriwayatkan daripada Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Barangsiapa yang dengan niat ikhlas pada bulan
Rejab, membaca 10 000 kali Surah Al-Ikhlas , dia akan masuk medan hari kiamat
dalam keadaan suci daripada dosa seperti hari dilahirkan daripada ibunya, dan
70 malaikat akan datang menyambutnya dan memberikan khabar gembira syurga
kepadanya.
Begitu juga Baginda mengatakan bahawa membaca 1000
kali surah Al-Ikhlas pada bulan dan
hatta 100 kali juga memiliki pahala yang banyak.
Di dalam riwayat daripada Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wa Aalih diriwayatka bahawa Baginda bersabda : Barangsiapa yang
berpuasa satu hari daripada bulan Rejab dan menunaikan 4 rakaat salat (setiap
dua rakaat dengan satu salam), pada rakaat pertama membaca 100 kali Ayat Kursi
dan pada rakaat kedua 200 kali Al-Ikhlas; sebelum meninggal dia akan melihat
tempatnya di syurga ataupun orang lain akan melihat tempatnya (dan akan
menceritakan untuknya).
Selanjutnya rujuk mafatih…
Lailatul Raghaib : Malam Jumaat pertama bulan Rejab
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih di dalam
riwayat yang menerangkan berkenaan fadilat bulan rejab berkata : Janganlah
kalian lalai daripada malam Jumaat pertama bulan Rejab yang mana para malaikat
menamakannya dengan malam Raghaib.
Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih
menerangkan amalan-amalan malam tersebut sebegini : kamu hendaklah berpuasa
pada hari Khamis awal bulan, ketika mana malam Jumaat tiba, antara solat
maghrib dan isyak tunaikan 12 rakaat solat (setiap dua rakaat dengan satu
salam) dan pada setiap rakaat, membaca 1 kali Al-Fatihah, 3 kali Al-Qadr dan 12
kali Al-Ikhlas; selepas selesai solat baca 70 kali : Allahumma Solli ‘Ala
Muhammadin Nabiyil Ummi Wa ‘Ala Alihi, kemudian sujud dan baca 70 kali :
Subbuhun Quddusun Robbul Malaikati War Ruh, kemudian bangun dari sujud dan baca
70 kali : Robbighfir Warham Wa Tajawaz ‘Amma Ta’lamu, Innaka Antal ‘Aliyyul
A’zamu, kemudian sekali lagi sujud dan baca 70 kali : Subbuhun Quddusun Robbul Malaikati
War Ruh, lalu pohonlah hajatmu yang mana insyaALLAH akan dimakbulkan.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dalam fadilat
amalan ini bersabda : barangsiapa yang menunaikan solat tersebut, Allah
Subhanahu Wa Taala akan mengampunkan semua dosa-dosanya…dan pada hari kiamat
akan mensyafaat 700 orang daripada keluarganya, dan ketika sampai pada malam
pertama kubur, Allah Subhanahu Wa Taala akan menghantar ke kuburnya pahala
solat ini dengan wajah yang paling indah dengan wajah yang bahagia dan bercahaya
dan lidah yang fasih, wajah yang indah itu akan berkata kepadanya : wahai
kekasihku! Khabar baik buatmu! Bahawa kamu telah terselamat daripada kesukaran
dan kesusahan. Dia akan bertanya kepada wajah bercahaya itu : Kamu siapa? Aku
sebelum ini tidak pernah melihat sesiapa yang lebih cantik darimu dan tidak
pernah menghidu bau yang lebih wangi darimu? Wajah indah itu menjawab : wahai
kekasihku! Aku adalah pahala solat tersebut yang telah kamu tunaikan pada fulan
negeri, fulan bulan dan fulan tahun; aku mala mini datang ke sisimu, supaya aku
dapat menunaikan hakmu dan menjadi teman dalam kesendiriannmu dan menghilangkan
ketakutanmu sehinggalah semua dibangkitkan pada hari kiamat dan di medan hari
kiamat aku akan menjadi tempat teduhmu. (kesimpulannya, pahala amalan baik ini
tidak akan terputus darimu selama-lamanya).
Dan juga di dalam bulan ini terdapat hari-hari besar
didalam sejarah Islam seperti Bi’tsat Rasul, hari-hari wiladah dan syahadah
serta bermulanya perjalanan Imam Husain ke Karbala untuk menghayati kisah-kisah
ini sila rujuk mafatih atau kitab-kitab lain..salavat
"Ya Allah Ya Tuhanku! curahkan lah Rahmat -Mu- atas Fatimah, Ayahnya, Suaminya dan kedua Puteranya (Hasan dan Husain) dengan sebanyak bilangan ilmuMu yang Engkau ketahui "
Eltimasi Doa
Khidmat Imam Zaman (as)