Popular Posts

Tuesday, May 22, 2012

Fadilat Bulan Rejab





Marhum Syeikh Saduq dengan sanad muktabar daripada Imam Sodiq ‘Alaihissalam meriwayatkan bahawa salah seorang daripada sahabat Imam datang menemui Beliau pada akhir-akhir bulan Rejab, ketika pandangan mubarak Imam melihatnya, Imam berkata : Adakah kamu telah berpuasa pada bulan ini? Dia menjawab : Tidak, Imam berkata : Sesungguhnya betapa banyak pahala telah kamu kehilangan dimana hanya Allah yang mengetahui bilangannya; ini merupakan sebuah bulan yang mana Allah telah memberikan kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain dan penghormatannya dibesarkan, dan menetapkan pahala-pahala yang penting bagi yang memeliki puasanya. Lelaki itu berkata : Adakah jika pada baki bulan ini aku berpuasa, aku akan mencapai sebahagian daripada pahala? Imam ‘Alaihissalam berkata : Ya; kemudian Imam menerangkan berkenaan pahala-pahala penting bagi sesiapa yang yang hanya berpuasa pada akhir bulan, atau dua hari terakhir, atau tiga hari terakhir; seperti bebas daripada sakarat maut, azab kubur dan kegetaran di Sirat, kesusahan kiamat…

Terdapat dalam hadis lain : ((Rejab)) adalah nama sebuah sungai di syurga, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu; barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan ini, akan minum daripadanya!

Add caption
Imam Musa bin Ja’far as: “Sesiapa berpuasa satu hari pada bulan rejab, api jahanam akan menjauh darinya sejauh perjalanan satu tahun dan sesiapa berpuasa selama tiga hari, ia wajib mendapatkan syurga.”

Daripada hadis lain dari Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan ini, akan mendapat keredhaan agung Tuhan, akan jauh daripadanya kemurkaan Allah dan pintu-pintu Jahannam (neraka) akan ditutup baginya.
Barangsiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan ini iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, memiliki fadilat yang banyak dan begitu juga dengan bulan-bulan yang lain.

Bulan rejab memiliki keutamaan tidak terhingga. Terdapat riwayat daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Barangsiapa yang tidak mampu untuk berpuasa pada bulan ini, setiap hari baca 100 kali tahbihat ini untuk mendapat pahala puasa tersebut :

Subhanal Ilahil Jalil, Subhana Mal La Yanbaghit Tasbihu Illa Lahu, Subhanal A‘azzil Akram, Subhana Mal Labisal ‘Izzata Wa Huwa Lahu Ahlun.
Add caption

Rasulullah saw bersabda, “Bulan Rejab adalah bulan Allah yang Agung dan tidak ada bulan lain yang dapat menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Memerangi orang-orang kafir di bulan ini adalah haram. Rejab adalah bulan Allah,syakban adalah bulanku, dan ramadhan adalah bulan umatku. Sesiapa berpuasa meski satu hari pada bulan rejab, ai berhak untuk mendapatkan ridha Allah yang agung, terhindarkan dari murka-nya dan salah satu pintu jahanam akan tertutup baginya.”

Amalan Musytarak :
1 1)    Terdapat beberapa doa yang di anjurkan untuk di baca setiap hari pada bulan Rejab juga pada setiap selepas solat – Sila rujuk Mafatih
2
2 2)    Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Barangsiapa yang membaca 100 kali dalam Bulan Rejab :
  
 Astaghfirullahallazi La Ilaha Illa Huwa, Wahdahu La Syarikalahu Wa Atubu Ilaihi

 dan di akhirnya memberi sedekah, Allah akan mengakhirkan pekerjaannya dengan rahmat dan maghfirah dan barangsiapa yang membaca sebanyak 400 kali, memiliki pahala para syahid.

3 3)    Begitu juga Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Barangsiapa yang membaca pada bulan Rejab 1000 kali La Ilaha Illallah, Allah Subhanahu Wa Taala akan menulis baginya hasanah yang banyak.

4 4)    Terdapat didalam riwayat : barangsiapa pada bulan Rejab, pada waktu Subuh, 70 kali dan pada waktu petang juga 70 kali membaca: Astaghfirullaha Wa Atubu Ilaih kemudian, mengangkat tangan-tangan dan membaca : Allahummaghfirli Wa Tub ‘Alayya..Jika dia meninggal pada bulan Rejab tersebut, Allah Subhanahu Wa Taala akan redha ke atasnya.

5 5)    Sepanjang bulan ini membaca 1000 kali : Astaghfirullaha Zal Jalali Wal Ikrami Min Jami‘iz Zunubi Wal A-tsam supaya Allah Ar-Rahman mengampuninya.
6 6)    Sayyid Ibn Tawus di dalam Iqbal meriwayatkan fadilat yang banyak berkenaan membaca surah Al-Ikhlas pada bulan Rejab; antaranya diriwayatkan daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Barangsiapa yang dengan niat ikhlas pada bulan Rejab, membaca 10 000 kali Surah Al-Ikhlas , dia akan masuk medan hari kiamat dalam keadaan suci daripada dosa seperti hari dilahirkan daripada ibunya, dan 70 malaikat akan datang menyambutnya dan memberikan khabar gembira syurga kepadanya.

Begitu juga Baginda mengatakan bahawa membaca 1000 kali surah Al-Ikhlas  pada bulan dan hatta 100 kali juga memiliki pahala yang banyak.

Di dalam riwayat daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih diriwayatka bahawa Baginda bersabda : Barangsiapa yang berpuasa satu hari daripada bulan Rejab dan menunaikan 4 rakaat salat (setiap dua rakaat dengan satu salam), pada rakaat pertama membaca 100 kali Ayat Kursi dan pada rakaat kedua 200 kali Al-Ikhlas; sebelum meninggal dia akan melihat tempatnya di syurga ataupun orang lain akan melihat tempatnya (dan akan menceritakan untuknya).
               
Selanjutnya rujuk mafatih…


Lailatul Raghaib : Malam Jumaat pertama bulan Rejab

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih di dalam riwayat yang menerangkan berkenaan fadilat bulan rejab berkata : Janganlah kalian lalai daripada malam Jumaat pertama bulan Rejab yang mana para malaikat menamakannya dengan malam Raghaib.

Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih menerangkan amalan-amalan malam tersebut sebegini : kamu hendaklah berpuasa pada hari Khamis awal bulan, ketika mana malam Jumaat tiba, antara solat maghrib dan isyak tunaikan 12 rakaat solat (setiap dua rakaat dengan satu salam) dan pada setiap rakaat, membaca 1 kali Al-Fatihah, 3 kali Al-Qadr dan 12 kali Al-Ikhlas; selepas selesai solat baca 70 kali : Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Nabiyil Ummi Wa ‘Ala Alihi, kemudian sujud dan baca 70 kali : Subbuhun Quddusun Robbul Malaikati War Ruh, kemudian bangun dari sujud dan baca 70 kali : Robbighfir Warham Wa Tajawaz ‘Amma Ta’lamu, Innaka Antal ‘Aliyyul A’zamu, kemudian sekali lagi sujud dan baca 70 kali : Subbuhun Quddusun Robbul Malaikati War Ruh, lalu pohonlah hajatmu yang mana insyaALLAH akan dimakbulkan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dalam fadilat amalan ini bersabda : barangsiapa yang menunaikan solat tersebut, Allah Subhanahu Wa Taala akan mengampunkan semua dosa-dosanya…dan pada hari kiamat akan mensyafaat 700 orang daripada keluarganya, dan ketika sampai pada malam pertama kubur, Allah Subhanahu Wa Taala akan menghantar ke kuburnya pahala solat ini dengan wajah yang paling indah dengan wajah yang bahagia dan bercahaya dan lidah yang fasih, wajah yang indah itu akan berkata kepadanya : wahai kekasihku! Khabar baik buatmu! Bahawa kamu telah terselamat daripada kesukaran dan kesusahan. Dia akan bertanya kepada wajah bercahaya itu : Kamu siapa? Aku sebelum ini tidak pernah melihat sesiapa yang lebih cantik darimu dan tidak pernah menghidu bau yang lebih wangi darimu? Wajah indah itu menjawab : wahai kekasihku! Aku adalah pahala solat tersebut yang telah kamu tunaikan pada fulan negeri, fulan bulan dan fulan tahun; aku mala mini datang ke sisimu, supaya aku dapat menunaikan hakmu dan menjadi teman dalam kesendiriannmu dan menghilangkan ketakutanmu sehinggalah semua dibangkitkan pada hari kiamat dan di medan hari kiamat aku akan menjadi tempat teduhmu. (kesimpulannya, pahala amalan baik ini tidak akan terputus darimu selama-lamanya).

Dan juga di dalam bulan ini terdapat hari-hari besar didalam sejarah Islam seperti Bi’tsat Rasul, hari-hari wiladah dan syahadah serta bermulanya perjalanan Imam Husain ke Karbala untuk menghayati kisah-kisah ini sila rujuk mafatih atau kitab-kitab lain..salavat

"Ya Allah Ya Tuhanku! curahkan lah Rahmat -Mu- atas Fatimah, Ayahnya, Suaminya dan kedua Puteranya (Hasan dan Husain) dengan sebanyak bilangan ilmuMu  yang Engkau ketahui "

Eltimasi Doa
Khidmat Imam Zaman (as)





Saturday, May 19, 2012

Telah Lahir Wanita Pemimpin Syurga, Fatimah AzZahra'

Berbahagialah barangsiapa yang mengikuti Fatimah AzZahra' Salamullah 'Alaiha, Selamat Hari Wanita diucapkan sempena kelahiran Bonda Imam Zaman 'Alaihissalam, Fatimah AzZahra'. Tahniah diucapkan kepada semua wanita....Marilah kita bersama-sama merenung kebesaran dan kemuliaan Fatimah AzZahra'...Sollu 'Alan Nabi Wa Aalih...Salavat!



Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : “Allah Subhanahu Wa Taala telah memilih daripada para wanita dunia, empat orang wanita (Maryam, Asiyah, Khadijah dan Fatimah).”

       Dua puluh Jamadits Tsani, tahun ke lima selepas Bi’tsah (mengikut riwayat mahsyur) telah lahir seorang puteri suci yang telah menerangi rumah wahyu Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan Khadijah Salamullah ‘Alaiha dengan cahaya malakutnya. Daripada seorang ayah yang suci dan tiada bandingan serta seorang Ibu suci yang disegani, lahir seorang puteri yang telah menenggelamkan alam dengan lautan kesempurnaannya; dengan berkat umur singkat namun penuh bermakna telah mengagumkan dunia. Jika para malaikat mengetahui bahawa daripada keturunan Nabi Adam ‘Alaihissalam akan lahir seorang manusia dengan seluruh kelebihan akhlak dan cerminan keagungan ciptaan Ilahi, mereka tidak akan sesekali mempersoalkan akan penciptaan Adam ‘Alaihissalam!

Ataj‘alu Fiha Man(y) Yufsidu Fiha Wa Yasfikud Dima’

 “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” [Al-Baqarah, 30]

     Kerana mereka membayangkan manusia sebagai makhluk yang jahat dan kejam, mereka tidak mengetahui akan ketinggian makam kemanusian seperti Fatimah Salamullah ‘Alaiha yang merupakan cermin kesempurnaan.

     Pada hari ini, perbincangan dan perbualan kita adalah mengenai Kautsarnya Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, mengenai cahaya dan rahmat yang memenuhi alam malakut dan mengenai pohon thayyibah yang mana dengan akar dan asasnya yang dalam dan kukuh telah menghasilkan batang, ranting-ranting dan daun-daun yang sentiasa kehijauan yang kemudiannya membuahkan hasil yang bermanfaat.

     Hari kelahiran Zahra ‘Alaihassalam, hari bersinarnya uswah dan teladan serta cermin seluruh syakhsiah dan peribadi insan sempurna, hari kelahiran puteri dan wanita contoh Islam. Wanita yang telah disamakan dan dibandingkan dengan malam Lailatul Qadar oleh sebahagian riwayat.

     Pada hari ini, perbincangan mengenai kelahiran Ummul Fadhail dan pemimpin wanita dunia, cahaya mata, belahan jiwa dan permata hati Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih. Puteri yang sama yang mana Ayahandanya bersabda mengenainya bahawa : “Setiap kali aku rindukan bauan syurga, aku akan mencium Fatimah”. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih juga bersabda : Ayahandamu korban untukmu.

     Daripada Imam Jaafar As-Sodiq Alaihissalam berkata : Perkahwinan Khadijah Alaihassalam dengan Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah menyebabkan kebencian wanita-wanita besar Makkah. Kerana mengikut adat dan pandangan jahiliyah, mereka tidak menyetujui perkahwinan antara seorang yang berkedudukan seperti Khadijah Alaihassalam dengan seorang yang miskin seperti Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih. Oleh itu, Khadijah Salamullah ‘Alaiha tinggal keseorangan. Ketika Beliau mengandungkan Fatimah ‘Alaihassalam, Fatimah ketika masih di dalam kandungan telah berbicara dengan Ibundanya, Fatimah juga sentiasa meminta Beliau untuk bersabar dan tabah. Khadijah ‘Alaihassalam telah merahsiakan perkara ini daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, sehinggalah pada suatu hari Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah menemui Khadijah dalam keadaan Beliau sedang berbicara dengan seseorang. Baginda bertanya kepadanya dengan siapa kamu berbicara, Beliau menjawab dengan janin yang berada didalam rahimku! Ketika itu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Jibrail telah menyampaikan khabar kepadaku bahawa janin ini adalah perempuan, keturunanku adalah daripadanya dan Beliau merupakan Ibu kepada para Imam dan penggantiku.


Sedikit sedutan interview daripada Ustaz Haji Kamil Zuhairi dan ucapan terima kasih kepada JAIS :



Nyanyian lagu oleh saudara Haji Mustafa Baulu



Allahumma Solli 'Ala Fatimata Wa Abiha Wa Ba'liha Wa Baniha Wa Sirril Mustauda'a Fiha Bi 'Adima Ahato Bihi 'Ilmu

Doa Fatimah Az-Zahra’ (sa) untuk Keperluan Dunia dan Akhirat


 
Berikut ini adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada puterinya Sayyidah Fatimah Az-Zahra’ (sa) untuk mencapai keperluan dunia dan akhirat:
 
سم الله الرحمن الرحيم
 
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَاسْتُرْنِي وَعَافِنِي اَبَدًا مَااَبْقَيْتَنِي، وَاغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي اِذَا تَوَفَّيْتَنِي. اَللَّهُمَّ لاَ تُعْيِنِي فِي طَلَبِ مَالَمْ تُقَدِّرْلِي وَمَا قَدَّرْتَهُ فَاجْعَلْهُ مُيَسِّرًا سَهْلاً. اَللَّهُمَّ كَافِ عَنِّي وَالِدَيَّ وَكُلَّ مَنْ لَهُ نِعْمَةٌ عَلَيَّ خَيْرَ مُكَافَاةٍ. اَللَّهُمَّ فَرِّغْنِي لِمَا خَلَقْتَنِي لَهُ، وَلاَ تَسْغَلْنِي بِمَا تَكَفَّلْتَ لِي بِهِ، وَلاَ تُعَذِّبْنِي وَاَنَا اَسْتَغْفِرُكَ، وَلاَ تَحْرِمْنِي وَاَنَا اَسْأَلُكَ. اَللَّهُمَّ ذَلِّلْ نَفْسِي وَعَظِّمْ شَأْنَكَ فِي نَفْسِي، وَاَلْهِمْنِي طَاعَتَكَ وَاْلعَمَلَ بِمَا يُرْضِيكَ وَالتَّجَنُّبَ لِمَا يُسْخِطُكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ




Ya Allah, cukupkan aku dengan rezeki yang telah Kau berikan kepadaku. Jagalah aku dan sejahterakan aku selalu selama Kau hidupkan aku. Ampunilah aku, sayangilah aku ketika Engkau matikan aku.

Ya Allah, jangan Kau susahkan aku untuk mencari apa yang tidak Kau takdirkan bagiku, dan untuk apa yang Kau takdirkan bagiku lancarkan dan mudahkan ia.

Ya Allah, penuhilah sebaik-baiknya keperluan kedua orang tuaku dan semua yang melalui mereka Kau anugerahkan kepadaku kenikmatan.

Ya Allah, ringankan aku untuk melakukan apa-apa yang telah Kau ciptakan aku atasnya. Janganlah Kau sibukkan aku sebagai beban terhadap apa yang Kau wajibkan padaku. Janganlah Engkau mengazab aku padahal aku memohon ampunan-Mu. Janganlah Engkau mengabaikan aku padahal aku bermohon kepada-Mu.

Ya Allah, rendahkan diriku dan besarkan Dikau di dalam hatiku. Ilhamkan kepadaku ketaatan kepada-Mu, amal yang membuat-Mu ridha dan menjauhi apa-apa yang membuat-Mu murka. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

Kelahirannya Sayyidah Zahra (a.s)


Malam nan paling bercahaya
Malam kelahiran Hazrat Zahra,
Langit melimpah cahaya nan tulen
Cucuran cahaya di muka bumi
Indah sekali

Cahaya nan berturutan
Sisa kipasan para malaikat Tuhan
Ciptaan Tuhan nan indah telah lahir
Bayi nan gelarnya; ‘Ibu buat ayahnya’

Lingkaran pelangi cantik nan berwarna warni
Dari dua penjuru zaman
Di hati kami menghuninya Fatimah
Di hati setiap syiah tempatnya Maula

Dada kami penuh dengan cinta buatnya
Kausar cahaya dalam hati-hati kami
Malam ini, wahai bunga matahari
Adalah malam yang penuh sinar mentari.

Thursday, March 24, 2011

Kelebihan Orang Mu’min



Kemuliaan Dan Ganjaran Yang Di Jamin oleh Allah SWT Kepada Mu’min

Zurarah bin A’ayan berkata dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq 'Alaihissalam ketika datang seseorang menemui Imam bertanyakan ayat Qur’an:

“Sesiapa yang datang dengan amal baik, akan diberikan balasan pahala sepuluh kali ganda.” (6:166)

Orang itu bertanya Imam sama ada ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang tidak percaya kepada Imamah. Imam 'Alaihissalam menjawab,”Tidak ia hanya dikhususkan untuk mereka yang beriman kepada Imamah Imam-imam dari keluarga Nabi sahaja.”

Yaqoob bin Shuaib berkata dia mendengar Imam Ja’far al-Sadiq 'Alaihissalam berkata,”Tidak diberikan ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada seseorang melainkan orang-orang mu’min yang sebenarnya.”

Imam Ja’far al-Sadiq 'Alaihissalam berkata,”Apabila seorang mu’min yang sebenarnya melakukan amal kebajikan, ganjaran pahala baginya akan bertambah tujuh puluh kali kerana Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman dalam kitab suciNya,

“Allah menambahkan balasan kepada mereka yang Dia kehendaki.”(2: 261)

Orang Mu’min Adalah Cahaya Syurga

Imam yang sama 'Alaihissalam berkata,”Cahaya orang mu’min terang benderang di syurga seperti bintang berkerlipan ke bumi. Orang mu’min adalah ‘teman’ Allah. Dia (Allah) menolong mereka dan amat mengasihani mereka. Mereka tidak berkata kecuali apa yang benar dan tidak takutkan sesuatu kecuali Allah Subhanahu Wa Taala. Apabila dua orang mu’min bertemu, dan mereka berjabat tangan, Allah memberikan anugerah rahmat ke atas mereka dan dosa-dosa mereka digugurkan dari diri-diri mereka.”

Kelebihan Orang Mu’min

Imam Mohammad al-Baqir 'Alaihissalam berkata,”Sifat-sifat Allah tidak dapat dijelaskan. Bagaimana mungkin sifat-sifatNya dapat dijelaskan apabila Dia berfirman,

“Mereka tidak mengetahuiNya dengan sebenar-benarnya?” (6:90)

Maka apa yang dikatakan tentang puji-pujian ke atasNya adalah sebenarnya jauh berkurang daripada apa yang sewajarnya. Demikian juga sifat-sifat keutamaan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Aalih tidak dapat dinyatakan (diungkapkan dengan kata-kata) dengan sebenar-benarnya apabila Allah mengangkatnya dari bumi ke ArasyNya dan dibawa hampir denganNya dan membuatkan ketaatan kepadanya sama seperti ketaatan kepada Yang Maha Berkuasa? Allah menyatakan hal ini dalam al-Qur’an,

“Lakukan apa yang Nabi perintahkan ke atasmu dan jauhkan daripada apa yang Nabi larang kamu melakukannya.”(59:7)

Dalam hal yang sama sifat-sifat kelebihan orang mu’min yang menjadi pilihan Allah (Imam-imam dari keluarga Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih) juga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kerana Allah telah menghilangkan kekotoran dari mereka dan menyucikan mereka dengan sebersih-bersihnya. Begitu juga sifat-sifat kelebihan orang-orang mu’min yang menjadi pengikut Imam-imam ‘Alaihimussalam ini tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata kerana mereka ini sangat dimuliakan di hadapan Allah SWT, maka apabila dua orang daripada mereka berjabat tangan, dosa-dosa mereka pun gugur ke bumi seperti dedaun berguguran di musim luruh.”

Malik bin A’ayan al-Juhani berkata dia pergi menemui Imam Mohammad al-Baqir ‘Alaihissalam dengan harapan ingin mendapatkan penjelasan tentang mereka, tetapi sebelum dia dapat mengungkapkannya, Imam ‘Alaihissalam mula berkata perkara yang sama dan berkata,”Wahai Malik, bersangka baiklah terhadap Allah. Jangan berfikir anda telah sampai ke tahap yang sebenarnya. Sesungguhnya anda tidak dapat sampai ke hadnya ketika memuji dan mengungkapkan sifat-sifat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kerana sifat-sifat Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak dapat diungkapkan ke suatu had tertentu. Begitu juga anda tidak akan sampai ke suatu had tentang diri-diri kami dengan mengungkapkannya. Wahai Malik, anda tidak akan dapat, walau untuk mengungkapkan dengan sebenar-benarnya suatu penjelasan yang sempurna dan lengkap tentang kualiti seorang mu’min. Seorang mu’min adalah orang yang dimuliakan di hadapan Penciptanya, justeru apabila dia bertemu seorang mu’min dan berjabat tangan dengannya sebagai suatu tanda cinta dan hormat, Allah menurunkan rahmat ke atas mereka, dan dosa-dosa mereka berguguran dari diri-diri mereka sehinggalah mereka berpisah, dan apabila mereka berpisah tidak ada dosa-dosa mereka yang tertinggal. Maka, bagaimanakah anda mengetahui had kualiti orang-orang ini yang amat di muliakan dan dicintai Allah?”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata,”Apabila dua orang mu’min bertemu, seratus rahmat turun ke atas mereka. Tetapi sembilan puluh sembilan daripada rahmat tersebut adalah untuk orang yang paling besar cintanya terhadap saudara mu’minnya itu.”

Abu Ubaidah meriwayatkan ketika dia bersama Imam Mohammad al-Baqir ‘Alaihissalam dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Dia berkata apabila dia berhenti untuk berehat atau memulakan perjalanan, Imam ‘Alaihissalam akan berjabat tangan dengannya. Dia bertanya Imam ;Alaihissalam mengapa hal itu dilakukannya. Imam ‘Alaihissalam berkata,”Apabila dua orang mu’min bertemu, dan berjabat tangan, dan mereka berlalu selepas itu, semua dosa-dosanya akan dihapuskan dari mereka.”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata, “Tidak ada di kalangan makhluk yang mengetahui (dapat mengungkapkan) sifat-sifat (kebesaran dan keagungan) Allah yang sebenar-benarnya. Begitu juga tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui (dapat mengungkapkan dengan kata-kata) sifat-sifat kelebihan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, para Imam Ahlul Bait ‘Alaihimussalam, demikian juga sifat-sifat keutamaan orang mu’min yang menjadi pengikut Imam ‘Alaihissalam (kerana ia lebih besar daripada apa yang mereka ungkapkan).”

Safwan, penjaga unta berkata bahawa dia mendengar Imam ‘Alaihissalam berkata, “Apabila dua orang mu’min bertemu dan berjabat tangan, orang yang mempunyai rasa kasih yang lebih besar kadarnya daripada saudaranya itu adalah lebih tinggi imannya. Apabila mereka berjabat tangan dan memuji Allah semua dosa-dosa mereka diampunkan.”

Monday, March 21, 2011

Dunia Adalah Penjara Kepada Orang Mu’min



Mohammad bin Ajlan meriwayatkan bahawa ketika dia bersama Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam, datang seorang Syi’ah dari Kufah mengadu kepada Imam tentang penderitaan dan kesusahan yang dia alami. Imam ‘Alaihissalam menasihatkannya supaya bersabar dan mengharapkan semoga Allah melepaskannya dari hal tersebut. Kemudian selepas tidak berkata-kata beberapa saat Imam ‘Alaihissalam menyatakan kepada orang ini,”Katakan kepadaku tentang penjara Kufah. Apakah yang menghalang daripada memasukinya?” Orang itu menjawab bahawa ia adalah penjara kecil bawah tanah yang keadaannya amat buruk sekali.” Pada ketika ini, Imam ‘Alaihissalam berkata kepadanya,”Tidakkah anda ketahui bahawa dunia ini umpama penjara kepada orang mu’min? Maka bagaimana anda dapat mencapai kegembiraan dan kekayaan apabila berada dalam penjara?”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata bahawa apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan mengutuskan seorang malaikat yang memeliharanya dalam penderitaan dan sakit. Jika orang itu sembuh daripada penderitaan dan penyakit, maka dia akan mengalami penderitaan yang lebih besar lagi. Keadaan ini diwujudkan supaya dia sentiasa berpaling kepada Allah dan Allah suka kepada suaranya apabila dia berdoa.”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata Allah mengetahui tentang orang-orang mu’min yang tidak akan tercapai kedudukan yang dikhaskan untuknya tanpa penyakit, atau kesedihan tentang anak-anaknya. Maka mereka mengalami penderitaan tersebut untuk membantu mereka mencapai kedudukan yang dikhaskan untuknya di akhirat kelak.”

Imam Mohammad al-Baqir ‘Alaihissalam meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘Aaihi Wa Aalih bahawa dia berkata,”Sesungguhnya amat besar kemuliaan orang mu’min: apa yang Allah tetapkan untuk mereka, adalah semuanya baik untuknya. Jika dia diletakkan dalam keadaan penderitaan, dia bersabar, dan jika dia terlepas dari penderitaan itu, dia bersyukur kepada Allah.”

Imam Mohammad al-Baqir ‘Alaihissalam berkata,”Allah memberikan kesenangan nikmat dunia ini kepada mereka yang Dia cintai dan kepada mereka yang Dia benci. Tetapi kesenangan nikmat syurga hanya dikhaskan kepada mereka yang Dia cintai sahaja. Kadang-kadang seorang mu’min berdoa kepada Allah untuk mendapatkan sehasta tanah di dunia ini dan doanya ditolak. Tetapi apabila dia berdoa untuk mendapatkan kesenangan syurga, doanya tidak pernah ditolak. Sebaliknya kadang-kadang seorang kafir mendapat apa yang ia inginkan di dunia ini tetapi jika dia memohon untuk mendapatkan sehasta tanah di syurga dia tidak akan mendapatkannya.”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata, Allah berfirman kepada orang mu’min,”Makhluk pilihanKu apabila Aku tolak kamu daripada sesuatu, Aku lakukan itu demi kepentinganmu sendiri. Maka bersabarlah mengalami penderitaan dn bersyukur di atas pemberianKu. Kamu akan di nilai sebagai salah seorang orang yang beriman.”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata pada suatu ketika Rasulullah Sallallahu ‘Aaihi Wa Aalih tersenyum lebar di hadapan sahabat-sahabatnya dan bertanya,”Tahukan kalian mengapa aku tersenyum?” Mereka tidak tahu dan meminta Rasulullah Sallallahu ‘Aaihi Wa Aalih menyatakannya kepada mereka. “Aku fikirkan orang-orang Islam amat beruntung apabila Allah menetapkan sesuatu perkara ke atas mereka, ia adalah demi keuntungan dan kepentingan diri orang tersebut.”

Imam Ja’far al-Sadiq ‘Alaihissalam berkata, “Di syurga nanti ada suatu kedudukan untuk sebahagian daripada orang mu’min yang tidak mampu dicapai oleh mereka melainkan dengan penyakit pada tubuhnya atau kerugian dalam hartanya ( ketika di dunia ini).”

Thursday, March 17, 2011

Pengajian Akhlak: Pebezaan Hasad dengki dan cemburu



Artike sebelum ini menceritakan tentang bahaya Hasad dan cara merawatnya. Namun apakah yang membezakan Hasad dengan cemburu?


Ulama akhlak dalam maktab Ahlul Bait telah mengklasifikasikan Hasad dan cemburu sebagai dua entiti yang berbeza. Kebiasaannya orang yang mengidap penyakit Hasad akan tidak senang duduk, malah dirinya tidak akan puas selagi orang yang dihasad itu belum ditimpa musibah. Pengidap penyakit ini akan cuba sedaya upaya supaya kelebihan yang ada pada orang lain disingkirkan. Namun orang yang cemburu pula tidaklah tergamak melakukan perbuatan khianat bahkan ia hanya berangan-angan ingin kelebihan itu ada pada dirinya juga.

Cemburu tidaklah haram asalkan dalam persaingan mendapatkan sifat-sifat yang baik contohnya sifat sedekah, ahli ibadat atau kejayaan hidup yang menjadi inspirasi semua orang.

Imam Sodiq mengatakan:

ان الموءمن يغبط ولا يحسد والمنافق يحسد ولا يغبط

"Orang yang beriman cemburu tetapi tidak Hasad. Orang munafiq berhasad dengki namun tidak cemburu". - al-Kafi, jilid 2 halaman 307

Riwayat daripada Rasulullah:

ان المؤمن يغبط و المنافق يحسد

"Sesungguhnya orang beriman cemburu, dan tidak berhasad" - Mahajjatul Baidha, jilid 5 halaman 33.

Kesimpulan.

Hasad mencetuskan usaha menghalang seseorang tidak mencapai kegemilangannya. Namun cemburu pula meningkatkan motivasi seseorang itu berusaha sedaya upaya supaya ia mendapat kejayaan dalam jurusan yang diimpikannya.

Wednesday, March 16, 2011

Doa Jausyan Shaghir untuk yang dizalimi di Bahrain



Rakyat Bahrain yang dizalimi memerlukan doa anda semua dalam menghadapi serangan tentera Saudi.


Doa Jausyan Shaghir untuk yang dizalimi di Bahrain

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Saudara kita yang dizalimi dan tidak mempunyai senjata untuk mempertahankan diri di Bahrain memerlukan doa anda untuk menghadapi kekejaman Arab Saudi dan pemerintah Bahrain.

Jaushan Shaghir merupakan doa orang yang ditindas memohon bantuan untuk menghadapi golongan yang zalim yang sangat mujarab dalam waktu-waktu seperti ini. Setiausaha Agung Hizbullah pernah meminta orang ramai membaca doa ini ketika berlangsungnya peperangan 33 hari Moqawamatul Islamiyah menentang regim penceroboh Zionis.

Begitu juga tatkala konflik serangan pengganas Wahabi terhadap golongan Syiah yang di Paracinar yang tidak berdaya melawan, doa ini telah menambah kekuatan dan kemajuan orang ramai.

Golongan yang ditindas di Bahrain sekarang menghadapi detik-detik bahaya menghadapi angkatan Askar Diraja Ali Khalifah, bala tentera Saudi, Emirates dan Qatar. Pengikut mazhab Syiah diseluruh dunia telah membaca doa Jaushan Saghir sejak malam tadi, diikuti malam Jumaat sehingga malam berikutnya. Doa ini boleh ditemui dalam Mafatih Jinan atau pautan di bawah:

http://www.sibtayn.com/fa/index.php?option=com_content&view=article&id=18940:2010-08-07-15-30-05&catid=1292:2010-02-25-06-02-03&Itemid=1893