Popular Posts

Sunday, May 11, 2008

Wiladah Hazrat Zainab (sa)

Sempena Hari Ulang Tahun Penuh Keberkatan Hazrat Zainab (as):

Dia Menyampaikan Mesej Islam Sejati.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

5hb Jamadi ul·awwal, bertetapan dengan hari ulang tahun kelahiran Hazrat Zainab (s), cucunda Nabi Muhammad (s.a.w.a). Dia dilahirkan kepada Amirul Mukminin Ali Ibn Abi Talib (as), Imam pertama Ahlul Bayt, dan Hazrat Fatimah (s) puteri kesayangan Rasulullah (s.a w), di kota suci Madinah, pada 5hb Jamadi ul·awwal, 5 tahun selepas Hijrah (5H). Nabi Muhammad (s.a.w) memberinya nama "Zainab" yang bermaksud "perhiasan bapa".Mempelajari kehidupan ahli-ahli keluarga Rasulullah (s.a.w) menjadi jelas bahawa Imam (as) dan keturunan mereka begitu juga Hazrat Fatimah (s) adalah contoh-contoh manusia agung. Selepas Rasulullah sendiri, yang telah mencapai tahap akhlak, peradaban yang tinggi dan kesempurnaan ruhaniah. Dikalangan mereka, kehidupan para wanita yang telah dibesarkan dibawah tunjuk ajar dan bimbingan Nabi Muhammad (s.a.w), melaksanakan tugas seperti Iampu suluh yang bersinar bagi mereka-mereka yang hari ini mencari identiti, keperibadian dan peranan sebenar wanita.

5hb Jamadi ul-awwal

Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah, Maha Penyayang "Sesungguhnya kami memberi kepada mu nikmat yang banyak, sembahyanglah kepada Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya musuh mu akan terputus zuriatnya"

AI-Quran Surah AI-Kausar


Wanita Contoh.

Hazrat Zainab (s) adalah dikalangan peribadi-peribadi yang agung dan terkemuka Islam.Peranan pentingnya didalam kebangkitan Imam Hussein (as) (Revolusi Karbala) dan mengikuti kesyahidan Imam dan saudaranya, Hazrat Imam Hussein (as), mencerminkan pandangan dan hikmahnya yang mendalam didalam hal ehwal umat Islam.

Dia adalah contoh bagi seorang insan yang agung. Hazrat Zainab (s) adalah simbol kebaikan, peradaban, kesucian dan ketahanan. Ringkasnya, dia adalah seorang wanita revolusioner.

Di Karbala, para syuhada memenuhi matlamat mereka melalui darah mereka yang mengalir, di satu peperangan yang tiada tara dipaksakan oIeh agen-agen Khalifah kejam Yazid atas perintahnya Keluarga mulia Nabi Muhammad (s.aw), termasuk putera sulung Imam Husain (as) Imam Zain ul Abidin (as), Hazrat Zainab (s) dan lain-lain ahli keluarga dan dibawa ke Kufah dan kemudian ke istana Yazid di Damsyik oleh tentera Khalifah.

Hazrat Zainab (s) mengambil alih mengetuai para wanita dan kanak-kanak yang berada di khemah Imam Husain (as) selepas kesyahidannya, kerana orang lelaki yang hidup didalam khemah itu hanyalah Imam Zainul Abidin (as) yang sedang sakit tenat.Untuk memberi penjelasan orang ramai mengenai kebenaran Imam Husain (as) dan jalan serta tujuan Islamnya, dimana sahaja Hazrat Zainab (s) pergi, termasuklah di istana Yazid dan gabenornya di Kufah, dia menyampaikan Khutbah·Khutbah yang penuh semangal Dia juga mendedahkan pengenalan sebenar dirinya dan saudaranya dan saudara maranya serta yang lain-lain yang syahid. Dia menyampaikan mesej Revolusi Karbala yang telah berlaku demi untuk memelihara Islam yang tulin dan sejati Nabi Muhammad (s.a.w).Apabila kita membaca bahagian ini didalam sejarah secara spontan ayat berikut akan timbul difikiran."Mereka yang menyampaikan risalah-risalah Allah dan hendaklah takut kepada Nya dan janganlah dia takut kepada seseorang kecuali kepadaAliah dan mencukupilah Allah sebagai penghisab" AI-Quran, ayat 33:39 Malah, Hazrat Zainab (s) tidak takut kepada sesiapapun iaitu Yazid penjenayah atau agen-agen zalimnya, dia hanya takutkan Allah S.W.t yang Maha Berkuasa.Di istana Yazid, dia membuat kecantikan taqwa dan kebenaran hilang dari wajah Yazid yang zalim dan pegawai-pegawainya. Dan dialah yang menyebabkan propaganda dinasti Umayyah tidak berkesan dan membuat umat Islam mengetahui bahawa Yazid dan dinasti Umayyah adalah kafir, pelaku dosa, kejam dan pengikut syaitan, yang telah membunuh Imam Husain (as) cucunda Rasulullah (s.a.w) dan 72 orang saudara mara dan para sahabatnya di Karbala.

Hazrat Zainab (s), selepas dibebaskan daripada tawanan khalifah penjenayah, pulang bersama· sama dengan ahli-ahli keluarga Rasulullah yang lain ke Karbala. Orang ramai mengerumuni di sekelilingnya dan dia bercakap kepada mereka mengenai kekejaman Umayyah dan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Yazid dan gabenornya ibnu Ziad. Wanita-wanita Madinah perlahan.lahan mula berfikir untuk membalas dendam. Sebagai akibatnya, gabenor Madinah menjadi takut dan menulis sepucuk warkah kepada Yazid mengenai kebimbangannya mengenai kebangkitan yang akan berlaku.Didalam jawapan, Yazid menulis, "Keluarkan dia dari Madinah dan biarkan dia bergerak kemana sahaja yang dia kehendaki". Gabenor itu bercakap dengan Hazrat Zainah (s), dia enggan untuk meninggalkan Madinah dan berkata: "Allah S.W.T mengetahui apa yang telah Yazid lakukan terhadap kami. Dia telah membunuh kaum lelaki terbaik kami dan menghalang pengaliran air yang dinikmati oleh semua haiwan, dan membawa kami dari satu kota ke kota lain seperti hamba abdi. Dan sekarang aku bersumpah demi Allah bahawa jika mereka hendak membakar kami, aku tidak akan meninggalkan pusara datukku (Rasulullah s.a.w)".Hazrat Zainab (s) telah memainkan satu peranan penting didalam sejarah Islam ini. Dia mempertahankan sunnah Nabi Muhammad (s.a.w) dan Revolusi Islam Imam Hussein dan lain-lain para syuhada Karbala. Khutbah-khutbah bersejarah yang dilakukan didalam mengecam kerajaan zalim Yazid dipelbagai upacara, tidak akan dilupai. Peranannya didalam tujuan suci itu sebegitu besar sehingga dia menjadi satu simbol bagi para wanita Islam selama 14 abad.

Dihari ulang tahun kelahirannya yang mulia ini, kami mengucapkan tahniah kepada semua Islam wanita dan lelaki diseluruh dunia. Hari ini juga dikenali sebagai "Hari Jururawat" di Iran dan Republik Islam akan merayakan upacara yang berkat ini. Kami melahirkan ucapan tahniah kepada semua pembaca diseluruh dunia berhubung dengannya.

Nota Kaki:

I. Cucu Rasulullah s.a.w, Imam Husain (as) bangun menentang kejahatan yang diketuai oleh Yazid, pada tahun 61 H (683 M). Dengan perintah Yazid selepas kesyahidan Imam Husain (as) dan 72 orang saudara mara dan para sahabatnya, keluarga Rasulullah (s.a.w) telah ditawan dan dibawa ke kota Kufah dan Damsyik.

ZAINAB KUBRA (as), wanita agung

Sewaktu dia dilahirkan, Fatimah az Zahra (as) ibunya, membawanya kepada suaminya, Amirul Mukminin Ali b. Abi T alib (as), untuk memberinya nama, sebagai mana adat resam dikalangan orang-orang Arab.

Dia berkata dia tidak akan mendahului Rasulullah s.a.a.w, sedang waktu itu baginda sedang bermusafir.Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w pulang, Amirul Mukminin bertanya kepada baginda mengenai nama dimana bayi itu akan dipanggil. Baginda juga berkata dia tidak akan mendahului Allah Maha Berkuasa dan akan menunggu.Kemudian Jibrail turun menemui mereka; selepas menyampaikan salam daripada Allah S.W.T kepada Rasulullah S.a. w, malaikat itu menambah bahawa Allah Maha Berkuasa ingin bayi itu diberi nama Zainab. Dia lalu memberitahu Rasulullah s.a.a.w. mengenai peristiwa-peristiwa sedih yang akan ditempuhinya.Rasulullah s.a.a.w merasa sedih dan berkata sesiapa yang menangis akan tragedi anak ini akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T sepertimana ia telah menangisi keatas kedua·dua saudaranya Hasan dan Hussein as.Gelaran-gelaran nya adalah petunjuk-petunjuk benar akan kelebihan- kelebihannya, sifat-sifatnya yang terpuji dan perangainya yang disanjungi. Dia amat berpengetahuan mengenai prinsip-prinsip Islam dan tunjang-tunjangnya juga cabang-cabangnya, begitu juga pengetahuannya terhadap perundangan mazhab Ahl ul Bayt, pengetahuan tradisi, kesabaran dan taqwa tanpa menerima persekolahan yang resmi apa yang diketahuinya ialah dari ilham ketuhanan.Dia adalah wanita yang teragung dikalangan semua wanita pada zamannya kecuali ibunya sendiri. Dia adalah yang paling taqwa malah walaupun dikalangan saudara maranya sendiri. Dia membesar didalam rumah Rasulullah s.a.w untuk menjadi seorang wanita agung, ketulusan hati, suci dan berbudi bahasa.Sebagai seorang ahli yang muda dan dihormati dari Ahl-ul Bayt Rasulullah s.a.w, ramai para orang mulia dari keluarga.keluarga Arab telah datang untuk mengahwininya. T etapi, bapanya, Amirul Mukminin menurut kepada cadangan daripada Rasulullah s.a.a.w bahawa "puteri-puteri kami adalah untuk putera·putera kami dan putera-putera kami adalah untuk puteri-puteri kami", lalu menerima Abdullah b. Jaafar al· Tayyar, anak saudaranya, putera saudara tuanya, sebagai menantu.

Dia adalah seorang anak muda yang alim yang telah mengingati banyak dari kata-kata Rasulullah s.a.w.w; menghabiskan kebanyakkan masanya dengan Amirul Mukminin, Imam Hasan dan Imam Hussein, as dan dia seorang yang dermawan. Dia hadir dipeperangan Jamal, Siffin dan Nahrawan bersama bapa saudaranya.

Sebab mengapa dia tidak bersama Imam Hussein (as) ke Karbala dicatit bahawa samada dia uzur atau matanya telah rabun, bagaimanapun untuk satu sebab atau yang lain dia telah dikecualikan daripada mengambil bahagian didalam rombongan yang penuh rahsia oleh Imam sendiri. Bagaimanapun dia telah menghantar kedua-dua orang puteranya Aun dan Muhammad yang mana kedua-duanya mati syahid diperistiwa Karbala Sewaktu berita kesyahidan mereka sampai kepada Abdullah b. Jaafar al- T ayyar dia berkata, "Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada Nya kita kembali". Sebuah ayat dari al Quran surah 2: 155/156, ''Sesungguhnya kami akan mencuba kamu dengan sesuatu daripada ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan nyawa dan buah·buahan; dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar yang apabila mereka ditimpa oleh bencana mereka berkata, "Sesungguhnya, kita kepunyaan Allah dan kepada Nyalah kita kembali". Yang mana kedua-duanya bererti didalam maksud bahasa dan kiasannya, yang kita adalah kepunyaan dan dimiliki oleh Allah s.w.t Oleh itu apa sahaja yang Dia kehendaki dari kita, adalah satu rahmat dan pada hari pengadilan, kita akan kembali kepada Nya untuk menerima ganjaran.

Hasil daripada perkahwinan itu telah dikurniakan empat orang putera bernama Muhammad, Aun Akbar, Ali dan Abbas dan seorang puteri bernama Umm Kulthum.Setiap kali dia menziarahi saudaranya Imam Hussein (as), Imam akan bangun sebagai tanda penghormatan, menawarkan tempat duduknya sendiri· satu perbuatan yang sama sekali tidak didengari di hari·hari tersebut terutamanya apabila berhubung dengan kedudukan seorang wanita Dia adalah seorang yang berterus terang seperti bapanya Amirul Mukminin, dan juga fasih. Jika tidak, Imam Hussein (as) tidak akan mengamanahkan Zainal Abidin as yang sedang sakit, Imam ke empat Ahlul Bayt Rasulullah s.a.a.w. kepadanya Pada kebaikan, kasih sayang dan kecintaan dia adalah seperti ibunya yang ditempat perbaringan sebelum ajalnya, meninggalkannya untuk menjaga saudara-saudaranya sambil berkata, "Jagalah mereka dengan baik. Engkau yang akan menggantikan tempat ku didalam menjaga mereka".Begitulah kelebihannya Didalam soal beribadah, dia adalah hanya orang kedua selepas ibunya sendiri, Fatimah az·Zahra (as). Dia tidak pernah meninggalkan sembahyang tengah malamnya walaupun pada malam tragedi kesyahidan Pemimpin Para Syuhada, Hussein bin Ali (as), disebalik kerusuhan, kesulitan, kacau bilau dan kebingungan yang melanda Dan menurut kepada Imam Zainal Abidin (as), "Walaupun segala kesusahan dan peristiwa Karbala yang mengejutkan, apabila kami dibawa ke Damsyik, ibu saudaraku tidak pernah meninggalkan sembahyang tengah malamnya" Pada ucapan selamat tinggalnya kepada adiknya, Imam Husain (as) meminta dia mengingatinya pada sembahyang.sembahyang tersebut.

Mengenai tahap kesabaran, tolak ansur, penguasaan diri,penahanan diri atau ketenangan hati yang boleh membantu seseorang untuk menanggung penghasutan, ketidak adilan, kesusahan atau sebarang hal ehwal yang tidak menyenangkan dari masa dan hidup, dan penyerahan mutlaknya kepada Allah s.w.t, mungkin adalah mencukupi untuk menyebut bahawa dia telah berdiri tegak dihadapan jasad terpenggal saudaranya Imam Husain (as), dia lalu mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata, "Oh Tuhan, terimalah pengorbanan kecil ini dari kami yang telah mati dijalankan." Satu rujukan pasti kepada 37: 10711 09 dari a1-Quran ul-Karim, iaitu "Dan kami membebaskannya dengan satu pengorbanan yang besar, dan meninggalkan untuknya dikalangan orang-orang kemudian, salam keatas Ibrahim!".

Allah s.w.t akan mencari jalan, jika kita menawarkan diri kita sendiri, untuk menggunakan kita bukan untuk kemusnahan diri kita, tetapi untuk kemajuan lanjut kita.


malam ini syurga berseronok dan bergembira
madinah tenggelam dlm cahaya dan kasih sayang
di bulan 5 Jamadi ul-awwal zainab datang
menjadi tetamu di rumahnya Zahra dan Maula Ali
keadaan dan hawa suria berubah
wajahnya zainab seperti bulan bercahaya
tahniah buat Mahdi Sohibaz Zaman(Imam Mahdi)
dimana malam ini telah lahir sebuah permata
kamu puteri syurga dan petunjuknya kesetiaan
bahagian wujudnya Zahra, puteri raja alam
kamu emak saudara (ammeh), dengan pandangannya Murtadha
berilah satu pandangan pd ku spy dpt menjadi korbanmu
fikiran ku tenang disebabkan dirimu zainab
dengan kedatangannya zainab penyebab bercahayanya mataku
buat yg xdikenalai tiada jalan untuk haramnya
lebih mngenali dirimu zainab dr diri sendiri
sebuah matahari datang, ke arah karbala
seorang puteri datang ke dunia, datang dri arash karbala
padanya mereka memanggil "zainab", hiasannya abah
bercahaya dunia dengan langkahnya dia(zainab)
buah hatinya zahra, adanya maula (ei azizam)
ya zainab kubra, madadi kun
kesabarannya seorang wanita, ammeh nya mahdi
penyembuh segala kesedihan,atas semua kesakitan
petunjuknya cinta, kesabaran, keindahannya perjanjian (ei tabibam)
ya zainab kubra, madadi kun
telah ditentukan kamu yg sentiasa disisi hussein, kamu puterinya ALi
namamu penenang jiwa dan setiap hati
kamu yg hati ku mahukan, wahai kekasihku (ei umidam)
ya zainab kubra, madadi kun
bintang begermelapanku, penolongnya hussein, cintanya hasan
wahai bunga tamannya zahra,wahai bungannya dunia
disebabkan cinta mu, hati ini mabuk dan gila
hatiku ini hanya buatmu
siapa yg melihatmu, pasti akan mendapat kebaikan
ya zainab kubra, madadi kun

hatiku sentiasa dlm ingatan mu zainab
hari ini hatiku telah diambil, didlam kesedihanmu zainab
di tengah api dan asap,
aku pengemisnya zainab
jiwaku korbannya zainab
dri karbala ke kufah
dri kufah ke syam
telah dipukul2nya zainab
jiwaku korbannya zainab
aku tanah pijakannya zainab
aku pengemisnya zainab
jiwaku korbannya zainab
jangan pisahkan bajunnya hussain dr zainab
inilah satunya2 tinggalan peringatan buat zainab
malam ini telah sampai pengakhirannya
masa penghijrahan hussein
malam ini zainab telah jd tetamu dukannya hussein
telah sampai jiwa dr bibir
kekasih zahra zainab
rambutnya telah putih
tua disebabkan kedukaan hati
belangkangnya telah bongkok sudah
tanah dan duka berada di atas kepalanya
telah sampai jiwa dr bibir
kekasih zahra zainab
bajunya hussein diletakkan di dadanya
memukul dada menyebut hussein2
telah sampai jiwa dr bibir
kekasih zahra zainab

Heyatt_arredza@yahoo.co.uk
Abalzahra.blogspot.com

Friday, May 9, 2008

Palestin Dalam Ingatan

“Siapa yang malamnya berganti

siang tanpa memerhatikan

urusan umat Islam, ketahuilah

ia bukanlah seorang Islam.”

- Sabda Rasul SAWW



60 Tahun Malapetaka

“Nakba” (malapetaka) merujuk kepada peristiwa malang tahun 1948. Lebih dari dua pertiga dari penduduk Palestin telah dipaksa berambus dari tanah air mereka.

Enam puluh tahun telah berlalu. Pelarian Palestin mencatatkan jumlah terbesar dalam sejarah dunia. Hingga kini, masyarakat antarabangsa masih gagal menyelamatkan hak rakyat Palestin, termasuklah hak untuk kembali ke kampung halaman mereka sendiri.

















“Jika kaum muslimin bersatu dan masing-masing dari mereka mengguyurkan seember air pada Israel, maka Israel akan tersapu; namun masih saja mereka tak berdaya di hadapannya.” [Imam Khomeini, 16 Ogos 1979]



“Al-Quds adalah bagian dari tubuh Islam. Dan Generasi baru Palestina pun telah mengerti bahwa jalan satu-satunya untuk mengakhiri penghinaan adalah dengan perlawanan bersenjata, bukan melalui rundingan. Rejim Zionis tak berhak untuk wujud dan memerintah di tanah Palestin. Israel adalah tumor dan kanser yang mesti dicabut dari wilayah ini.” [Sayyed Ali Khamenei, Tehran, 15 Disember 2000]


"Hizbullah dan pejuang Islam sudah siap untuk menghadapi apapun serangan musuh. Emad Moghneya meninggalkan puluhan ribu pemuda yang sudah terlatih dan siap untuk mati syahid. Kamu (Israel) telah membunuh Haji Emad di luar arena perang. Atas pembunuhan ini, yang anda pilih ialah untuk perang terbuka dengan kami. Dari perang Jun 2006 lalu hingga tumpahnya darah Haji Emad, dunia perlu mencatat akan masuknya ambang tumbangnya Israel. Darah syahid Emad Mughneya akan mengeluarkan (orang-orang Zionis itu) dari wujud dunia. Tiada ketakutan, kelemahan dan sakit di dalam tubuh atau barisan pejuang. Teman Mughneya akan menyambung jalan, rencana, jihad dan darahnya. Darah ini menambah kekuatan, kekukuhan dan keteguhan kami untuk melanjutkan perjuangan yang lebih besar lagi.” 'Sayyed Hassan Nasrallah '



“Imam (Khomeini) berkata rejim yang
menjajah al-Quds ini akan lenyap dari lembaran masa (sejarah). Saya yakin segera kita akan melihat runtuhnya rejim Zionis berkat usaha keras semua pejuang Palestina dan Lebanon. Hitungan mundur menuju kehancuran rejim itu sudah dimulai lewat tangan anak-anak Hizbullah. Seperti Soviet Union telah musnah dan sekarang tidak ada, begitu juga rejim Zionis akan segera musnah". [Ahmadinejad]


Apakah anda ketahui? Bahawa sehingga April 2008:

Semenjak 29 September 2000, seramai 1101 kanak-kanak telah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin, dan 982 daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak Palestin; seramai 4,719 rakyat Palestin dan hanya 1,044 rakyat Israel telah terbunuh; seramai 32,213 rakyat Palestin dan hanya 6,845 rakyat Israel telah tercedera.

Sepanjang tahun 2007, Amerika telah membelanjakan lebih $6.8juta sehari untuk Israel, dan hanya $0.3juta sehari untuk rakyat Palestin.

Setakat ini, hanya 1 rakyat Israel ditahan di Palestin, sementara 10,756 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel.

Sebanyak 18,147 rumah awam Palestin telah dirobohkan oleh Israel, sementara tiada satu pun rumah awam Israel telah dirobohkan Palestin.

Pengangguran di Israel mencapai 9%, sementara di Palestin hampir 40% penduduknya menganggur.

Sehingga kini, Israel telah berjaya membina 223 penempatan eksklusif yahudi di atas tanah Palestin yang dirampas.

Israel telah dihukum oleh lebih daripada 65 resolusi PBB, namun tetap tiada merubah kerakusannya.