Popular Posts

Friday, May 9, 2008

Palestin Dalam Ingatan

“Siapa yang malamnya berganti

siang tanpa memerhatikan

urusan umat Islam, ketahuilah

ia bukanlah seorang Islam.”

- Sabda Rasul SAWW



60 Tahun Malapetaka

“Nakba” (malapetaka) merujuk kepada peristiwa malang tahun 1948. Lebih dari dua pertiga dari penduduk Palestin telah dipaksa berambus dari tanah air mereka.

Enam puluh tahun telah berlalu. Pelarian Palestin mencatatkan jumlah terbesar dalam sejarah dunia. Hingga kini, masyarakat antarabangsa masih gagal menyelamatkan hak rakyat Palestin, termasuklah hak untuk kembali ke kampung halaman mereka sendiri.

















“Jika kaum muslimin bersatu dan masing-masing dari mereka mengguyurkan seember air pada Israel, maka Israel akan tersapu; namun masih saja mereka tak berdaya di hadapannya.” [Imam Khomeini, 16 Ogos 1979]



“Al-Quds adalah bagian dari tubuh Islam. Dan Generasi baru Palestina pun telah mengerti bahwa jalan satu-satunya untuk mengakhiri penghinaan adalah dengan perlawanan bersenjata, bukan melalui rundingan. Rejim Zionis tak berhak untuk wujud dan memerintah di tanah Palestin. Israel adalah tumor dan kanser yang mesti dicabut dari wilayah ini.” [Sayyed Ali Khamenei, Tehran, 15 Disember 2000]


"Hizbullah dan pejuang Islam sudah siap untuk menghadapi apapun serangan musuh. Emad Moghneya meninggalkan puluhan ribu pemuda yang sudah terlatih dan siap untuk mati syahid. Kamu (Israel) telah membunuh Haji Emad di luar arena perang. Atas pembunuhan ini, yang anda pilih ialah untuk perang terbuka dengan kami. Dari perang Jun 2006 lalu hingga tumpahnya darah Haji Emad, dunia perlu mencatat akan masuknya ambang tumbangnya Israel. Darah syahid Emad Mughneya akan mengeluarkan (orang-orang Zionis itu) dari wujud dunia. Tiada ketakutan, kelemahan dan sakit di dalam tubuh atau barisan pejuang. Teman Mughneya akan menyambung jalan, rencana, jihad dan darahnya. Darah ini menambah kekuatan, kekukuhan dan keteguhan kami untuk melanjutkan perjuangan yang lebih besar lagi.” 'Sayyed Hassan Nasrallah '



“Imam (Khomeini) berkata rejim yang
menjajah al-Quds ini akan lenyap dari lembaran masa (sejarah). Saya yakin segera kita akan melihat runtuhnya rejim Zionis berkat usaha keras semua pejuang Palestina dan Lebanon. Hitungan mundur menuju kehancuran rejim itu sudah dimulai lewat tangan anak-anak Hizbullah. Seperti Soviet Union telah musnah dan sekarang tidak ada, begitu juga rejim Zionis akan segera musnah". [Ahmadinejad]


Apakah anda ketahui? Bahawa sehingga April 2008:

Semenjak 29 September 2000, seramai 1101 kanak-kanak telah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin, dan 982 daripada jumlah tersebut adalah kanak-kanak Palestin; seramai 4,719 rakyat Palestin dan hanya 1,044 rakyat Israel telah terbunuh; seramai 32,213 rakyat Palestin dan hanya 6,845 rakyat Israel telah tercedera.

Sepanjang tahun 2007, Amerika telah membelanjakan lebih $6.8juta sehari untuk Israel, dan hanya $0.3juta sehari untuk rakyat Palestin.

Setakat ini, hanya 1 rakyat Israel ditahan di Palestin, sementara 10,756 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel.

Sebanyak 18,147 rumah awam Palestin telah dirobohkan oleh Israel, sementara tiada satu pun rumah awam Israel telah dirobohkan Palestin.

Pengangguran di Israel mencapai 9%, sementara di Palestin hampir 40% penduduknya menganggur.

Sehingga kini, Israel telah berjaya membina 223 penempatan eksklusif yahudi di atas tanah Palestin yang dirampas.

Israel telah dihukum oleh lebih daripada 65 resolusi PBB, namun tetap tiada merubah kerakusannya.



No comments: