Popular Posts

Friday, January 2, 2009

Imam Khomeini (ra) – Kepentingan ‘Asyura



Terus menghidupkan ‘Asyura adalah sesuatu yang sangat penting dari segi politik dan penghambaan (ibadah). Mengadakan majlis musibah ke atas kesyahidan memberi kesan yang besar terhadap revolusi Islam adalah merupakan masalah politik dan masalah yang mempercepatkan revolusi. “ Aku dari Hussein ”yang merupakan riwayat, Di mana Rasulullah saww bersabda yang bermaksud : “ Hussein kepunyaanku, dan aku akan sentiasa hidup melaluinya dan aku darinya”.kesyahidan Imam Hussein melahirkan pelbagai rahmat walaupun musuh cuba memusnahkan segala bukti akan kewujudannya.



kami adalah bangsa yang penuh dengan tangisan politik. Kami adalah bangsa yang mana dengan air mata yang sama membanjiri dan memusnahkan segala halangan yang menentang Islam. Dan melalui perarakan ‘asyura yang berharga inilah dapat membangun dan mengegarkan manusia ke arah Islam serta mempertahankan matlamat Islami. Kamu jangan lemah dalam masalah ini.(Seseorang mestilah bersungguh-sungguh untuk merealisasikan tuntutan ini)


Majlis musibah untuk mengingati dan menangisi kesyahidan Syahidul syuhada Imam Hussein as bukan hanya untuk mendapat ganjaran dan keberkatan di akhirat nanti walaupun ini juga ada dan mengurniakan ganjaran ukhrawi kepada yang lain, tetapi perkara yang penting adalah dari segi politik yang telah di lakar oleh para Imam maksum kami,pada permulaan Islam lagi sehingga ke penghujungnya .Jikalau bukan kerana perhimpunan musibah, memukul dada dan perarakan-perarakan ‘ nohe ‘ maka siapa pun tidak akan percaya bahawa 15 ‘khordad’ benar-benar berlaku. Tiada kuasa melainkan kuasa darahnya Imam Hussein as yang dapat membentuk 15 ‘khordad’ seperti mana yang pernah berlaku.



Satu kuasa pun tidak akan mampu menundukkan bangsa ini yang telah di serang dari segenap penjuru dan yang telah diporak-perandakan oleh kuasa-kuasa besar melainkan Majlis A’za. Syahidul Syuhada as, pengikut dan Ahli Keluarga beliau telah mengajar tanggungjawab ini; perlunya pengorbanan di medan juang dan dakwah. Sebarkan seruan ini kepada seluruh dunia walaupun tidak berada di medan ‘Karbala’ . peliharalah ‘Asyura kerana dengan memelihara ‘Asyura negara kamu tidak akan ditimpa bencana.



No comments: