Popular Posts

Saturday, August 11, 2007

ROZEH ABAL FADHL ABBAS



Abbas teringat kembali waktu kecilnya di Madinah, mengekori Husein dengan penuh setia, ke sana ke mari. Di teringat juga saat-saat di Kufah, sewaktu ayahdanya Amirul Mukminin a.s. sedang berkhutbah kepada hadirin di Masjid Kufah, dan beliau saat itu masih anak kecil melihat dengan penuh minat wajah Husein agar apa sahaja yang Husein gambarkan pada wajahnya, dia akan segera cuba menunaikannya dan membuatkan Husein gembira. Terbayang kembali bagaimana waktu itu bibir Husein yang merkah, dia terfikir mungkin Husein dalam keadaan dahaga. Teringat juga di benaknya, bagaimana dia kemudiannya berlari keluar dari masjid, dan pulang semula ke masjid dengan sebekas air, dan bagaimana kerana ingin segera sampai ke masjid untuk menghilangkan haus Husein, dia telah memercikkan air tersebut ke bajunya sendiri. Terbayang kembali kepadanya, bagaimana ayahdanya yang mahsyur itu tiba-tiba sahaja terhenti dari khutbahnya, air mata meleleh keluar membasahi pipinya tatkala melihat baju dan badannya dibasahi air. Terngiang kembali penjelasan ayahandanya kepada soalan-soalan sahabat setia Amirul Mukminin a.s yang bertanyakan apakaha gerangan yang membuatkan ayahandanya menangis, serta jawapan dari ayahdanya bahawa Abbas yang telah membasahkan dirinya dengan air ketika cuba untuk menghilangkan dahaga Husein akan tidak lama lagi membasahi dirinya dengan darahnya sendiri ketika ingin menghilangkan haus anak-anak Husein. Terkenang juga peristiwa 21 Ramadhan 40 Hijrah yang lalu, ketika ayahnya parah dillukakan, berbaring di atas ranjang mautnya mengamanahkan penjagaan setiap anak-anaknya serta orang2 yang bergantung kepadanya keapda Hasan, abang sulungnya- kesemuanya telah diamanahkan penjagaannya kepada Hasan kecuali dia! Dia yang hanya berusia 12 tahun ketika itu menangis kerana tidak diserahkan kepada Hasan, seperti anak-anak yang lain. Ayahnya yang ketika itu mendengar esakannya, memanggil Abbas kesisinya lalu mengambil tangannya dan meletakkannya ke tangan Husein sambil mengatakan, "Husein, ayah amanahkan anak ini kepadamu. Dia akan mewakiliku pada hari pengorbanan agungmu, mengorbankan nyawanya demi mempertahankan mu dan para kesayanganmu, sama seperti apa yang ayah lakukan sekiranya ayah masih hidup pada hari itu." Ayah kemudian berpusing kepadanya sambil berkata dengan kasih sayang, "Abbas anakku, ayah tahu kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi kepada Husein. Sekalipun kau masih terlalu muda untuk diberitahu mengenainya, bila fajar menyinsing pada hari itu, bayangkanlah bahaw tidak ada pengorbanan yang terlalu besar buat Husein dan kesayanagnnya."

Kini Abbas berhadapan dengan saat itu. Kini dia akan menunaikan permintaan ayahnya yang agung. Dia telah menjalankan tugasnya, tujuan dia dilahirkan, dan dibesarkan. Teringat kembali kepada peristiwa semalam, bila Shimir la secara menyusup datang bertemu dengannya, menawarkan ganjaran besar untuk mengikat tali persahabatan dan tawaran lumayan untuk berpaling tadah dari Husein dan menyertai mereka di Kem Yazid la. Ditengkingnya Shimir yang lari ketakutan, "Engkau wahai penyembah harta kekayaan, janganlah engkau terfikir Abbas akan tergoda dengan kekuasaan dan keduniaanmu. Andai aku mati mempertahankan tuanku Husein, aku menganggap diriku sebagai orang yang paling beruntung sekali. Wahai pengecut, ketahuilah bahawa si gagah akan mati sekali sahaja. Tiada siapa yang dilahirkan untuk hidup selama-lamanya. Dengan mengkhianati tuanku, kau telah mengkhianati Rasulullah, yang kau dakwa mengikuti agamanya. Pada hari Kiamat, kau akan dicelakakan dengan kehancuran yang abadi. Aku merasa malu mengikat sebarang ikatan denganmu. Kalau tidak mengingatkan yang kau datang ke sini tidak bersenjata, telah aku ajar kau dengan ajaran berat yang kau patut terima kerana ajakanmu untuk berppaling itu." Bagaiamana si buruk itu telah lari tidak cukup tanahs tatkala mendengar ngauman Abbas itu.

Teringat pula di matanya, bagaimana anak-anak kecil serta kesayangannya Sakinah menderita kehausan yang melampau, merayu apakah ada air yang masih tertinggal buat mereka? Dalam panas yang mencengkam, dalam terik mentari yang membahang, penderitaan mereka bertambah buruk. Sakinah inginkan air, kesian Sakinah. Dia mengharapkan dariku air! Aku harus dapatkan untuknya air, ya aku harus dapatkan utnuknya air!

Abbas teringat kembali peristiwa sebentar tadi, bagaimana dia terjatuh dari kudanya. Dengan keinginan mencapai air untuk Sakinah, dia telah menghambat musuh-musuh yang menjaga Sungai Furat. Kegagahannya telah menyebabkan musuh-musuh bertempiaran lari, dan meminta bantuan Sepertinya, Ali Singa Allah telah turun dari syurga. Dalam sekelip mata Abbas telah berada di gigi air, dia segera turun dari kuda lalu tunduk untuk memenuhkan bekas kulit mengisi airnya. Setelah ia penuh, dia menceduk segenggam air untuk menghilangkan penat dahaganya sendiri. Namun segera dia membatalkan niatnya. Bagaimana dia mampu minum apabila Sakinah dan akan2 lain masih dalam keadaan dahaga? Mana mungkin dia mendahului Husein maulanya, yang sudah tiga hari tidak menderita kehausan? Abbas kembali kepada kudanya dengan segera. Mereka harus diberikan air! Ya, dengan segera.

Dengan bekas air yang penuh itulah, Abbas segera ingin berangkat dengan satu harapan – untuk memberikan air kepada penghuni khemah yang kehausan. Secepat yang mungkin. Melihat Abbas mara menuju khemah dengan lajunya, musuh2 segera berkumpul. Seseorang menjeritkan bahwa sekiranya Husein dan sesiapa yang masih ada di khemah Husein dapat meminum air itu, pasti sukar menentang mereka di medan tempur. Mereka langsung mengerumuni Abbas, Abbas dengan gagah ingin maju terus, ingin segera bergerak laju menuju ke khemah. Sebelah tangan memegang qurbah air, dan sebelah tangan lagi memegang bendera Imam! Musuh2 tidak mampu mendekati Abbas, mereka lalu memainkan permainan licik dan kotor mereka. Mereka mulalah memanah Abbas. Abbas melajukan gerakannya, namun kini di hadapannya musuh telah penuh berkumpul. Abbas bertekad untuk menghantarkan bekalan air tersebut, walau bagaimana cara sekalipun. Abbas kini hanya berfikiran bagaimana untuk menyelamatkan qurbah air itu, bukan menyelamatkan dirinya sendiri. Musuh melihat betapa nekad Abbas untuk pulang ke khemah, mereka tahu mereka harus bertindak segera. Dalam hujanan panah, Abbas berputar2 di dalam medan dengan sebuah tarian maut. Abbas harus segera mengawal geraknya, walaupun luka telah merebak keseluruh tubuhnya kini. Abbas ingin segera pergi. Apapun yang terjadi.

Seorang musuh mengambil kesempatan dalam keadaan terdesak Abbas itu, menyerbu lalu menghayunkan pedang kepadanya. Abbas tak sempat mengelak, tangan kanannya terputus! Abbas terjatuh dari kudanya. Abbas segera, memegang bendera dengan tangan kirinya, qurbah air masih bergantungan di pinganngnya. Abbas berdiri dengan susah payah. Abbas tahu, dia harus segera pergi tapi…musuh2 ini? Abbas harus pergi…cepat…cepat…musuh2 mula menyerbu Abbas, Abbas cuba bertahan dan mengatur langkah pulang ke khemah. Musuh menyerbu, dan …qurbah air terputus jatuh dari ikatan dipingganya! Abbas tidak buang masa, terus merebahkan dirinya lalu menggigit bekas air dengan giginya! Susah payah Abbas cuba naik ke atas kudanya. Kali dia harus cepat. Seorang musuh yang buruk datang dan menghayunkan pedangnya kepada Abbas. Abbas mengelak, pedang dihayunkan lagi…Abbas cuba mengelak namun…tangan kiri Abbas terkulai, terpotong! Singa Husein telah cacat luka parah. Abbas cedera parah. Bendera? Tangan Abbas hampir terputus habis. Abbas sempat mengepit bendera dengan dadanya, sedangkan tangannya yang terputus masih bergantungan dan memegang bendera! Abbas cuba bergerak…hanya satu saja yang difikirkannya, air itu mesti disampaikan, tidak kira bagaimana, Sakinah mesti meminumnya, tidak kiralah bagaimana. Doa perlahan mengalir keluar dari lidah sucinya, "YA Allah, hidupkanlah aku lebih lama agar dapat kusempurnakan tugasku." Namun apa yang berlaku bukan seperti itu, tidak pernah terjadi seperti doanya Abbas. Sebatang panah bergerak lalu membocorkan qurbah air Abbas, air mula bercurahan keluar. Apakah yang bercurahan keluar itu air untuk sakinah atau, harapan Abbas? Semua tugas ini telah gagal! Akhirnya kehausan Sakinah akan tetap berpanjangan dan semua harapan telah hancur kini. Abbas luka parah, cedera dan kecewa. Musuh yang mengepungnya melihat keadannya yang semakin melemah, tidak berdaya. Mereka semakin galak mengermuninya. Salah seorang dari mereka menghampirinya dan melepaskan pukulan kuat ke kepalanya. Abbaas cuba bertahan namun akhirnya menggelungsur jatuh ke tanah.

Abbas terlantar di atas pasir panas membahang dengan seluruh luka parah di badannya. Kini Abbas merasakan nyawanya semakin melayang jauh…namun kerinduan melihat wajah maulanya seolah2 menyekat keluar rohnya pergi. Abbas telah luka parah, dikeronyok musuh2 dari semua arah. Dengan segenap tenaga yang masih tinggal, dengan usaha yang terkahir Abbas menjerit, "Maulaku, datanglah kepadaku sebelum matiku!" seperti

Matanya telah dibutakan dengan sebatang panah, dan sebelah lagi dipenuhi darah. Abbas tidak mapu melihatnya. Sekiranya Abbas mampu melihat, apakah Abbas mampu mengenali tuannya itu? Badan yang membongkok, rambut yang memutih, janggut yang berdebu, dengan suara yang begitu memilukan dan teresak, dan saat mendengar panggilan Abbas adiknya, Husein berlari masuk ke medan dengan keadaan yang tiada siapapun mampu mengenalinya lagi. Abbas merasakan sentuhan kasih sayang tuannya. Dengan susah payah dia berkata, "Tuan datang juga akhirnya! Aku fikir tidak mampu lagi melihatmu tuan selama-lamanya. Hamba ingat tak mampu lagi mengucapkan selmat tinggal kepadamu, tapi, syukur kepada Allah, tuan di sini." Dengan menghabiskan kata-kata ini, kepala Abbas jatuh terkulai ke tanah, Husein mengangkatkan Kepala Abbas sekali lagi sambil bertanya mengapa Abbas mengalihkan kepalanya dari riba Husein? "tuanku," Jawab Abbas, "Bayangan hembusan nafas terakhirmu, saat tiada siapa yang akan meletakkan kepalamu ke atas ribanya untuk melegakan mu, membuatkan ku berfikir betapa baikny sekiranya kepalu hanya terbiar di atas tanah bila aku mati. Lagipun, aku hanyalah hambamu dan tuan adalah tuanku. Tak sanggup kepala hamba letak di atas riba tuannya." Husein menangis. Pemandangan adiknya itu, untuk mati di atas ribanya menghancurkan hatinya.

Abbas berbisik lemah, "Tuanku, aku punya berberapa permintaan akhir. Bila hamba lahir, hamba melihat wajah tuan sebagai wajah pertama, dan apabila hamba mati, hamba melihat wajah tuan buat penghabisannya. Sebelah mataku telah buat dipanah, dan sebelah lagi penuh darah. Jika tuan bersihkan darah darinya, hamba dapat melihat wajah tuan. Permintaanku yang lain, bila hamba mati, janganlah tuan bawa pulang mayatku kerana, hamba telah berjanji kepada Sakinah untuk membawanya air, tapi kerana hamba gagal, hamba tak sanggup berhadapan dengannya sekalipun setelah kematian hamba. Hamba tahu benar, kesedihan yang telah menimpa tuan sejak pagi telah melelahkan tuan untuk membawa pulang mayat hamba ke khemah. Janganlah biarkan Sakinah melihatku, kecintaannya kepadaku akan membuatkan hatinya luluh melihat tubuh mati hamba."

Husein dengan teresak2 berjanji memenuhinya, sambil berkata: "Abbas, abang pun punya sebuah harapan padamu Abbas yang harus kau penuhi. Sejak kecil kau hanya memanggilku tuan. Buat kali pertama dan terakhir, panggilah aku abang dengan nafas terakhirmu." Darah pun telah dibersihkan dari mata Abbas, seorang adik melihat kepada abangnya dengan sebuah pandangan penuh kerinduan dan kematian. Dengan susah payah, dengan nafas akhirnya Abbas membukakan mulutnya lalu terdengarlah bisikan lemahnya, "Aabangku! Abangku!" dengan ucapan ini, Abbas pun menyerahkan nyawanya kepada sang Pencipta.

"Wahai Abbas, siapakah lagi yang akan mempertahankanku dan Sakinah?"

No comments: