Popular Posts

Wednesday, July 23, 2008

Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!




Assalamualaikum. ..



Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan Kurma KetikaMengandung dan Bersalin Adalah
amatbaik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung keranaini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma jugadicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah
dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasamelahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yangmerbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risaukerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianyamengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAWbersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s.bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s.bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiqa.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismismerah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidakdisenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkanjantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkankesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapatmenghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAWbersabda:
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan
menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s.beliau bersabda:
"Madu adalah ubatdari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendirdan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul sawsangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimumemperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



************ ****************** ********* ********* ********* ********* ********* *** *
Di akhirat nanti ada 4golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalahmereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Merekaialah:
************ ********* ********* ********* ********* ********* ****************** ***



1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelarayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segalakeperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkananak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakahhal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)



2. Suaminya
Apabila sang suami tidakmempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskandiri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabilasuami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernahbertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinyabersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimanaakhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, makaterimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)



3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudahtiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dansaudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja danadiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhiratkelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan,jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akandipertanggungjawabk an di akhirat kelak...jika membiarkan adikmubergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidakmenasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibumembuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anakitu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikantarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... xlepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jikatidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukansahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelakiyg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialahmanusia, jin dan batu-batu... ."

No comments: