Popular Posts

Saturday, August 9, 2008

Diskusi Ilmiah bersama Seorang Wahabi

Bismillahir rahmanir rahim..

"Ya Allah,dengan haknya Nubuwwah Muhammad, lapangkan dada dan hatiku,Dengan haknya Wilayah Ali, perkenankan doaku, Dengan haknya Ibu fatimah, berikan aku kefahaman, Jika ini adalah kebenaran, biarkan ia terus tetap di hatiku, Jika ini adalah satu kebatilan, jauhkan aku dr tipu durjana manusia dengki"

Assalamualaikum wbt...

Syukur kehadrat Illahi kerana masih meminjamkan kita nyawa yang entah bila akan minta dikembalikan, semoga kita bijak untuk mengusahakan ladang yang sementara ini buat bekalan di akhirat kelak.Juga salam dan selawat buat junjungan mulia Abal Qasim, Muhammad Rasullullah saw. serta keturunannya yang mulia, yang telah disucikan sesuci-sucinya."Allahumma Solli A'la Muhammad Wa Aali Muhammad" serta saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas kelahirannya cucunda kesayangan Rasul saw., Aba Abdillahil Hussein as., Penghulu Para Syuhada di mana kelahirannya membawa cahaya kegembiraan dan juga tangisan duka oleh keluarga nubuwwah(salam dan selawat atas mereka).
2 minggu lepas, saya ada menerima sms dari seorang saudara seIslam (yang jika tidak salah saya dr johor) yang mana nombor HP saya didapatinya dari sebuah website Wahabi yang tidak asing lagi.dalam website tersebut telah dipaparkan nombor saya yang telah tertera di dalam satu kad jemputan Majlis Menyambut Wiladah Kelahirannya Hadrati Zahra sa., Pemimpin Wanita Syurga.
Persoalannya, adakah salah menyambut majlis kelahiran Wanita agung dan mulia ini?Dimana Rasulullah bersabda:"Fatimah adalah bahagian dari diriku?".Adakah berdosa kita bergembira di atas kegembiraannya Rasulullah saw.?Adakah kami bersalah meraikan kelahirannya Ibu yang suci ini?Allahummal A'n Qatalata Fatimatuz zahra sa.
Berbalik pada sms tadi.apakah puncanya?pastilah kerana saya seorang syiah,Syiah Imamiyah Jaafariyah.Berikut adalah dialog dan diskusi ilmiah yang telah saya kumpulkan dan paparkan di sini.pengunjung Blog ini silalah menilai yang mana Hak dan Batil.Sesungguhnya orang yang mengkaji dan mencari kebenaran akan sentiasa dibantu dan diberi Hidayat oleh Tuhan yang Maha Adil.Selamat membaca dan berfikir untuk mencari kebenaran.

(Coming Soon)

1 comment:

zahra_ qurratulain said...

salam..
mana? kata coming soon..