Popular Posts

Friday, December 12, 2008

Wiladah Al-Imam Ali Al Hadi as




Nama : Ali

Gelar : al-Hadi, al-Naqi

Julukan : Abu al-Hasan al-Tsaalits

Ayah : Muhammad Al-Jawad

lbu : al-Maghrabiah (Samanah)

Tempat/Tgl : Madinah, 15 Dzul-Hijjah/5 Rajab 212 H.

Hari/Tgl Wafat : isnin, 3 Rajab 254 H

Umur : 42Tahun

Sebab Kematian : Diracun Al-Mu'tamad al-Abbasi

Makam : Samara

Jumlah Anak : 5 orang; 4 Laki-Laki dan Perempuan

Anak Laki-laki : Abu Muhammad al-Hasan, al Husein, Muhammad, Ja’far

Anak Perempuan : Aisyah

Tempat lahir

Dari kota risalah dan dari silsilah keluarga teragung dan termulia, lahirlah Ali al-Hadi bin Imam Muhammad al- Jawad. Buah kesepuluh dari kebunya wilayat, yang kedua belas dari manusia suci dan bersih, anak pertama Imam kesembilan telah lahir di salah satu tempat di Madinah Munawwarah, di tempat yang bernama "Suriya" Tahniah ke atas Ahlul Bayt Nubuwwah atas kelahiran suci ini.

Nama dan gelaran Imam

Nama sucinya adalah nama yang tercantik seperti nama-namanya keluarga Nubuwwah sebelumnya.Beliau as. Dinamakan dengan nama ALI as. Antara gelaran-gelaran suci Imam as. Adalah Hadi, Nasihul 'Alam (penasihat alam), Faqih, Amin, Askari, Dalil, Fattah, Naqi dan Murtadha. Imam as. Terkenal dikalangan syiah-syiahnya dengan gelaran Hadi.


keadaan Haram selepas di bom al qaeda dan wahabi laknat

Bonda Imam Hadi as.

Imam hadi as. Adalah anak pertama Imam Jawad as. Bondanya kesayangannya adalah Samanah dari keturunan raja Rom yang telah menjadi tawanan askar muslimin dan telah bebas sebagai Ummu Walad serta telah menajdi isteri bagi Imam kesembilan as. Beliau telah banyak berkorban, penyayang, solehah, suci dan menjadi tulang belakang dan penyokong Imam dan wilayat Ilahi.

Ilmu Imam HAdi as.

Gabenor Madinah Munawwarah telah memilih seorang ulama pilihannya yang bernama Junaidi. Ketika Junaidi mengajar Imam Ali Hadi, dia dapati Imam Ali Hadi seorang yang sangat pintar dan mempunyai ilmu luar biasa.




Suatu hari Muhammad bin Ja’far menemui Junaidi dan bertanya tentang perkembangan Imam Ali Hadi. Junaidi menjawab:

“Engkau menyangka beliau seorang kanak-kanak, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang yang mempunyai ilmu laduni. Ketika aku membahaskan satu bab ilmu, beliau telah menambahnya dengan ilmu –ilmu yang belum aku dengar sehingga aku pula yang belajar daripadanya. Orang Madinah Munawwarah menganggap aku mengajar Imam Ali Hadi, tetapi sebenarnya akulah yang belajar pelbagai ilmu daripadanya.”

Di waktu lain Muhamaad bin Ja’far bertemu Junaidi dan menanyakan lagi hal Imam Ali Hadi. Junaidi menjawab:

“Aku berharap janganlah engkau bertanya perihal Imam Ali Hadi lagi. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang alim dan yang terbaik antara penduduk Madinah Munawwarah. Suatu ketika sebelum Imam Al Hadi memasuki biliknya, aku menyuruhnya membaca beberapa surah Al-Quran terlebih dahulu lalu beliau membaca surah yang aku suruh dan ketika itu beliau membaca dengan bacaan yang fasih dan suaranya sungguh merdu sekali. Belum pernah aku mendengar orang membaca Al-Quran semerdu Imam Ali Hadi. Walaupun usianya masih kanak-kanak tetapi beliau telah pun menghafal keseluruhannya berserta asbabun nuzul dan tafsirannya sekali. Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan ilmu laduni kepada Imam Ali Hadi.”


Samarra menjadi Baqi ke dua


Imam Hadi as. Merupakan anak lautnya ilmu dan makrifat, buahnya pohon Imamat dan wilayat. Umpama Ayahnya yang mempunyai kelebihan dan ilmu yang luas, Imam hadi as. Selepas 7 tahun dibesarkan di dalam rumah Wilayat dan tarbiyah Ilahi, selepas wafat dan syahid Ayahnya, ilmu dan pengetahuan agama Imam as. Adalah yang paling berkilauan ketika itu dan Beliau as. Adalah orang yang menyelesaikan segala masalah feqah dan ilmu dengan ketinggian dan kehebatan ilmu pengetahuannya.

Mampu Berbicara pelbagai Bahasa

Keupayaan dan kemampuan serta ilmunya Ahlul bayt Risalah yang wujud didalam diri para Imam dan Auliya' Ilahi adalah berpunca dari wahyu dan Ilham dimana ia wujud sejak azali dan tidak dimiliki oleh manusia biasa; ini dikeranakan mereka membesar dibawah wahyu Ilahi dan bersedia bagi menghidayah manusia. Imam Hadi as., Imam kesepuluh syiah, sejak kecil memiliki ilmu Ilahi. Dalam beberapa keadaan dan peristiwa, di Negara Arab, apabila bercakap dengan seorang berbangsa Turki, Imam menggunakan bahasa Turki, dalam waktu lain, ketika Imam as. berbicara dengan Ali bin Mahziyar Ahwazi dengan berbahasa Farsi umpama Imam adalah seorang yang berbangsa Farsi ( Iran ).

Cara Hidup Imam as.

Imam Hadi as. sentiasa hidup besederhana dan sentiasa bergaul dengan masyarakat. Imam as. merupakan contoh dan teladan yang terbaik buat semua.Walaupun Imam Ali Hadi seorang pemimpin Islam yang mulia, namun beliau sering kelihatan melakukan kerja-kerja harian seperti berkebun dan sebagainya.




Suatu ketika Ali bin Hamzah meriwayatkan:

“Pada satu hari saya melihat Imam Ali Hadi sedang menyangkul di kebunnya yang ketika itu cuaca begitu panas sekali sehingga peluh membasahi tubuhnya. Lalu aku menghampirinya dan berkata, “Kenapa anda bersusah-payah? Di manakah pekerja-pekerja anda?” Imam Ali Hadi menjawab, “Inilah pekerjaan mulia yang telah dilaksanakan oleh bapa dan nenek moyangku.”

“Siapakah mereka itu?” Tanyaku. Imam Ali Hadi menjawab, “Bapaku Imam Muhammad Jawad, Saidina Husin, Saidina Ali dan Rasulullah. Mereka menggunakan tangan mereka yang suci untuk melakukan kerja-kerja di kebun dan ini adalah sunah Rasul dan pekerjaan orang yang soleh.”

Kenapa mereka digelar Askari?

Imam Ali Naqi as. dan puteranya Imam Hassan Askari as.telah dikawal dan dikepung di Samarra , dan dikeranakan Samarra adalah markaz askar Abbasi sehingga zamannya Mutawakkil, maka Imam Hadi as. dan puteranya as. digelar dengan nama tersebut.

Karamah Imam Al Hadi as.

Suatu hari salah seorang jiran Imam Ali Hadi yang mahir perihal ukir-mengukir bernama Yunus telah datang berjumpanya dalam keadaan takut dan cemas.

“Kenapa anda kelihatan cemas dan takut wahai Yunus!” Tanya Imam Ali Hadi. Yunus menjawab:

“Seorang teman saya yang bernama Musa bin Bagha telah menyuruh saya mengukir di atas sebuah batu miliknya. Batu miliknya juga sangat tinggi nilainya. Tiba-tiba ketika saya sedang mengukir di atas batu tersebut, ia telah pecah dan terbelah menjadi dua. Esok dia akan datang mengambil batu tersebut. Jika dia mengetahui hal ini pasti saya akan dibunuh.” Imam Ali Hadi menjawab:

“Sekarang pulanglah ke rumah dan tenangkan fikiranmu. Esok Insyaallah sesuatu yang baik akan berlaku ke atas anda.”

Keesokan hari pagi-pagi lagi Yunus telah berjumpa dengan Imam Ali Hadi dalam keadaan khuatir kerana Musa akan datang untuk mengambil batu ukiran miliknya. Imam Ali Hadi menjawab:

“Usahlah bimbang! Pergilah berjumpa dengan Musa. Dengarlah apa yang akan diperkatakannya kelak. Sesungguhnya perkataannya akan menyebabkan anda bergembira.” Lalu Yunus pun berlalu dan menurut kata Imam Ali Hadi dan tidak lama kemudian dia kembali menemui Imam Ali Hadi dalam keasaan gembira sambil berkata:

“Wahai junjunganku! Saya telah menemui Musa dan dia telah berkata, “Wahai Yunus! Sesungguhnya jiranku telah berselisih pendapat tentang batuku itu. Jadi bolehkah engkau bahagikan batu tersebut menjadi dua bahagian semoga perselisihan antara kami akan selesai.” Imam Ali Hadi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berkata, “Apakah jawapan anda kepada Musa?” Yunus menjawab, “Berilah aku masa untuk melakukan hal tersebut.” Imam Ali Hadi memuji jawapan Yunus. Di waktu yang lain ada seorang wanita menghadap istana Khalifah al-Mutawakkil dan mengaku bahawa dia adalah Zainab anak Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Khalifah al-Mutawakkil terkejut dan berkata:

“Sesungguhnya Zainab telah lama meninggal dunia dan engkau kelihatan masih begitu muda.” Wanita tersebut menjawab:

“Sesungguhnya Rasulullah telah meletakkan tangan baginda di atas kepalaku dan berdoa bahawa setiap 40 tahun aku akan kembali muda.” Kemudian Khalifah al-Mutawakkil memanggil kesemua Bani Abu Thalib dan mereka menyatakan bahawa wanita ini telah berdusta. Namun wanita tersebut tetap dengan pendiriannya. Akhirnya mereka mencadangkan kepada Khalifah al-Mutawakkil supaya perkara ini disampaikan kepada Imam Ali Hadi semoga beliau dapat menyelesaikan masalah yang rumit ini. Lalu Imam Ali Hadi pun dipanggil untuk berhujah dengan wanita tersebut. Setelah dipertemukan Imam Ali Hadi berkata:

“Sesungguhnya Zainab anak Fatimah az-Zahra’ telah lama meninggal dunia. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra’, sesungguhnya keturunan Fatimah az-zahra’ tidak takut kepada binatang buas dan binatang buas pula tidak akan makan daging keturunan Fatimah az-Zahra’. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra’ sila masukkan dia ke dalam sangkar singa yang buas.”

“Apa pendapat anda wahai wanita!” Tanya Khalifah al-Mutawakkil.

“Adakah kerana sebab ini dia ingin membunuh aku?” Sangkal wanita tersebut.

Imam Ali Hadi menjawab:

“Di sini terdapat ramai dari keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Jika mahu kita boleh suruh salah seorang daripada mereka masuk ke dalam sangkar singa sehingga segala kebenaran terbukti.” Wajah mereka yang berketurunan Fatimah az-Zahra’ menjadi agak cemas lalu salah seorang dari mereka berkata:

“Wahai junjunganku! Kenapa anda sendiri tidak cuba untuk masuk ke dalam sangkar singa tersebut?” Imam Ali Hadi bersetuju dengan cadangan salah seorang dari mereka dan setelah sangkar dan singa yang buas disediakan, beliau pun masuk ke dalam sangkar tersebut. Imam Ali Hadi duduk dalam sangkar dan singa yang amat buas tersebut seolah-olah menjadi jinak dan menundukkan muka tanda hormat kepadanya. Imam Ali Hadi membelai kepala singa tersebut dan mengarahkannya beredar ke tepi. Tanpa disangka-sangka singa tersebut menjadi jinak dan terus menurut perintahnya. Para pembesar dan Khalifah al-Mutawakkil terpegun melihat keramat yang dimiliki oleh Imam Ali Hadi dan dengan segera mereka menyuruh Imam Ali Hadi keluar dari sangkar singa kerana khuatir akan dilihat oleh rakyat jelata. Kemudian Imam Ali Hadi berpaling kepada orang ramai dan berkata:

“Siapa antara anda yang mengaku dari keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah, silalah masuk ke dalam sangkar ini.” Akhirnya wanita tersebut mengaku bahawa dia bukan dari keturunan Fatimah az-Zahra’. Dia berbuat demikian kerana kemiskinan yang dialaminya. Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah dan dia mengarahkan supya wanita tersebut dicampakkan ke dalam sangkar singa yang buas lagi kelaparan. Ibu Khalifah al-Mutawakkil yang melihat kejadian itu meminta anaknya memaafkan wanita tersebut. Akhirnya wanita tersebut terselamat dari dibaham oleh singa yang buas gara-gara hanya mengaku keturunan Fatimah az-Zahra’.

Penguasa Bani Abbasiyah

Menurut catatan sejarah Khalifah al-Mutawakkil sangat membenci keturunan Ali bin Abi Thalib dan Ahlul Bait Rasul.

Nama sebenar Khalifah al-Mutawakkil ialah al-Mutawakkil Ja’far bin al-Mu’tashim. Dia memegang jawatan khalifah setelah kematian Khalifah al-Watsiq pada tahun 232 Hijrah. Khalifah al-Mutawakkil sangat menaruh dendam dan benci terhadap keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Khalifah al-Mutawakkail memperlakukan mereka dengan begitu kejam sehinggakan bantuan metarial telah disekat. Orang ramai juga dicegah memberi bantuan dan meringankan beban mereka. Inilah tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang Khalifah al-Mutawakkil semenjak pemerintahan Abasiah berkuasa. Antara kekejaman Khalifah al-Mutawakkil terhadap Ahlul Bait Rasul boleh digambarkan seperti berikut.

1. Kebencian Khalifahal-Mutawakkil kepada keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib dan sentiasa berupaya untuk mencela dan menghinanya.

2. Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam dan tempat ibadah di sekitarnya dirobohkan serta menghukum sesiapa yang menzirahi makam tersebut.

3. Melakukan sekatan ekonomi terhadap keturunan Ahlul Bait atau Alawiyin dan mencegah orang ramai menolong mereka sehingga ada yang kelaparan.

4. Mempersulit kehidupan para Imam Ahlul Bait, khususnya Imam Ali Hadi dan memaksanya berpindah dari Madinah al-Munawwarah untuk ditempatkan di kem Sammara’ supaya mudah diawasi.

5. Khalifah al-Mutawakkil berniat untuk membunuh Imam Ali Hadi kerana rakyat mulai berpihak kepadanya.

6. Khalifah al-Mutawakkil berusaha untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpihak kepada Imam Ali Hadi.

Ibnu Atsir menyebutkan bahawa Khalifah al-Mutawakkil sangat membenci keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib. Ketika beliau mendengar ada sesiapa yang berpihak kepada keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib maka diperintahkan supaya ditangkap dan hartanya dirampas. Khalifah al-Mutawakkil juga sangat membenci para khalifah terdahulu iaitu bekas Khalifah al-Ma’mun, Khalifah al-Mu’tashim dan Khalifah al-Watsiq kerana mereka berpihak kepada Ahlul Bait Rasul.

Suatu ketika seorang ahli nahu terkenal bernama Ya’qub bin Ishaq telah dihadapkan di depan ke Istana dan Khalifah al- Mutawakkil pun berkata:

“Manakah yang engkau lebih cintai? Di antara Al-Mu’taz dan al-Muayyad (keduanya anak Khalifah al-Mutawakkil) atau Saidina Hasan dan Saidina Husin?” Ya’qub bin Ishaq menyebut kekurangan kedua putera al-Mutawakkil dan menyebut kemuliaan yang dimiliki oleh Saidina Hasan dan Saidina Husin. Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah lalu memerintahkan Orang Turki yang ada di situ supaya memijak perut Ya’qub bin Ishaq dan setelah dia kembali ke rumah tidak lama kemudian dia meninggal dunia.

Ibnu Atsir juga menyebutkan bahawa pada tahun 236 Hijrah, Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam Saidina Husin di Karbala dirobohkan. Malahan rumah-rumah dan bangunan yang ada disekitarnya juga diarahkan supaya dirobohkan. Khalifah al-Mutawakkil memerintahkan supaya anak-anak sungai digali dan pokok-pokok ditanam di atas perkuburan Saidina Husin. Dia juga melarang orang ramai menziarahi makam yersebut. Seorang utusannya lalu menyeru kepada penduduk setempat dengan berkata:

“Barang siapa yang didapati berada di makam Saidina Husin setelah tiga hari nanti kami akan tangkap dan memenjarakannya di penjara bawah tanah.”

Abu Abas Fadhl bin Ahmad bin Israil al-Katib pula menceritakan:

“Wahai Abu Said! Aku akan ceritakan kepadamu sesuatu yang telah diceritakan oleh ayahku. Ayahku berkata, “Pada suatu hari aku bersama al-Mu’taz (putera Khalifah al-Mutawakkil) masuk menghadap istana. Al-Mu’taz berdiri di hadapan sementara aku berdiri di belakangnya. Tugasku adalah menyambut kedatangannya dan mempersilakannya duduk. Sidang perbincangan di istana berjalan agak lama. Para pengawal pula bersilih ganti. Aku melihat wajah Khalifah berubah-ubah dari masa ke semasa. Ketika Khalifah berhadapan dengan al-Fatah bin Khaqan dia berkata, “Engkau masih mengatakan hak ke atasnya (Imam Ali Hadi).” Al-Fatah bin Khaqan menghadap Khalifah lalu berkata, “Mereka telah memfitnahnya wahai Tuanku!” Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah lalu berkata, “Aku akan bunuh orang yang suka menentang kerajaanku.” Tidak lama kemudian Khalifah al-Mutawakkil berkata lagi, “Bawakan kepadaku empat orang asing.” Lalu dibawa masuk empat orang asing (yang tidak tahu berbahasa arab) dan diberikan setiap seorang sebilah pedang supaya membunuh Imam Ali Hadi.” Ketika itu aku sedang berdiri di belakang al-Mu’taz yang berselindung di sebalik langsir istana dan tiba-tiba Imam Ali Hadi pun masuk menghadap. Orang ramai berdiri tanda hormat dan menyambut kedatangannya. Aku melihat bibir Imam Ali Hadi bergerak-gerak membaca sesuatu dan wajahnya bercahaya tanpa kelihatan cemas. Ketika Khalifah al-Mutawakkil melihat Imam Ali Hadi, lalu Khalifah pun turun dari singgahsana dan menyambut kedatangan beliau sambil mencium pipinya. Sambil memegang pedang Khalifah al-Mutawakkil berkata, “Wahai junjunganku! Wahai putera Rasulullah! Wahai sebaik-baik manusia! Wahai Abu Hasan! (gelaran Imam Ali Hadi) Apa yang membuat anda datang di kala ini?” Imam Ali Hadi menjawab, “Utusanmu datang ke rumahku dan mengatakan, Khalifah al-Mutawakkil menjemput anda.” Khalifah al-Mutawakkil berkata, “Dia telah berdusta dan kembalilah ke rumahmu wahai junjunganku!” Empat orang asing yang berada di situ pun tidak disangka-sangka terus menghormati Imam Ali Hadi. Setelah beliau keluar dan pulang ke rumah, Khalifah al-Mutawakkil meminta penterjemah supaya menanyakan kepada empat orang asing tadi mengapa mereka tidak jadi untuk membunuh Imam Ali Hadi. Orang asing tadi menjawab, “Kami melihat di sekeliling Imam Ali Hadi terdapat 100 bilah pedang yang berjalan di sampingnya, tetapi kami tidak nampak orang yang membawa pedang-pedang tersebut. Sebab itulah kami mebatalkan hasrat untuk membunuh Imam Ali Hadi sehingga kami merasa gerun dan takut.”

Syahid Al Imam Ali Hadi as

Di zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’taz, Imam Ali Hadi telah diancam dengan pelbagai ancaman. Khalifah al-Mu’taz telah merancang untuk membunuh Imam Ali Hadi dan pada 3 haribulan Rejab tahun 254 Hijrah, Imam Ali Hadi telah diracun oleh seorang utusan Khalifah al-Mu’taz yang menyebabkan beliau meninggal dunia dalam beberapa jam setelah diracun. Ketika itu usia beliau baru menjangkau 42 tahun. Imam Ali Hadi tidak meninggalkan harta. Beliau meninggalkan empat orang anak lelaki bernama Imam Hasan Askari, al-Husin, Muhammad dan Ja’far serta seorang anak perempuan bernama Aisyah. Imam Ali Hadi telah dimakamkan di dalam rumah beliau di Samarra’. Para pengikut beliau telah mendirikan masjid dan bangunan disekitar makamnya. Semenjak itu orang ramai mulai menziarahi makam Imam Ali Hadi demi untuk mengenang jasa dan mengambil berkat dari ilmu yang dimiliki. Sehingga kini makam Ali Hadi telah dikunjungi oleh pelbagai masyarakat dari seluruh pelusuk dunia.




Antara kata-kata mutiara Imam Ali Hadi adalah seperti berikut:-

1. “Barang siapa yang rendah keperibadiannya maka berhati-hatilah dari kejahatannya.”

2. “Dunia ini laksana pasar. Ada yang untung dan ada yang rugi.”

3. “Barang siapa yang rela dengan apa yang ada pada dirinya, akan banyaklah yang memusuhinya.”

4. “Kefakiran itu adalah kesempitan jiwa dan perasaan berputus-asa.”

5. “Yang lebih baik dari kebaikan adalah pelakunya, yang lebih indah dari keindahan adalah pembicaranya, yang lebih unggul dari ilmu adalah pemiliknya, yang lebih buruk dari kejahatan adalah penyebabnya dan yang lebih dahsyat dari bencana adalah pelakunya.”

6. “Allah tidak boleh disifatkan kecuali dengan apa yang Allah sifatkan untuk diriNya. Mana mungkin disifatkan Zat yang pancaindera tidak dapat melihatNya dan angan-angan tidak sanggup menggapaiNya. Sedangkan lintasan fikiran juga tidak dapat membatasiNya. Dan penglihatan tidak akan mampu mencangkupNya.”

7. “Barang siapa yang menganggap bahawa dirinya dalam keadaan mujbar (di paksa oleh takdir) ketika melakukan dosa, bererti dia telah menisbatkan dosanya kepada Allah dan menganggap Allah telah melakukan zalim ketika menyeksanya.”

8. “Apabila suatu zaman di mana kebaikan lebih banyak dari keburukan, maka tidak boleh seseorang menyangka jahat kepada orang lain, sehingga dia tahu akan kebenarannya. dan apabila suatu zaman kejahatan lebih bermaharajalela daripada kebaikan, maka tidak diperbolehkan seseorang menyangka kebaikan seseorang hingga tahu benar dalam tindak-tanduk perbuatan baiknya itu.”

9. “Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencari kebenaran akan di kira dalam kebaikan walau belum mendapatkannya dengan sempurna, Sesuai dengan firman Allah; “ …Dan barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya kemudian kematian menimpanya, maka sungguhnya telah tetap pahalanya disisi Allah ….” [1]

10. “Barang siapa yang takut kepada Allah, akan disegani dan barang siapa taat kepadaNya maka dia akan ditaati”

11. “Sifat dengki itu penghancurkan segala kebaikan dan menyebabkan kebencian terhadap pelakunya.”

12. “Derhaka itu boleh menyebabkan kekurangan (dalam segala hal) dan boleh menyebabkan kehinaan.”

13. “Cacian itu kunci dari segala kebencian, walaupun ia lebih ringan dari perasaan dengki.”

14. “Barang siapa mentaati Allah maka dia tidak akan menghiraukan kemarahan makhluk dan barang siapa yang memarahkan Allah akan mengakibatkan kebencian manusia.”

15. “Sesungguhnya seorang guru dan murid adalah lakasana dua sejoli dalam menggapai kebenaran.”

16. “Bangun malam itu akan menambahkan lazatnya tidur dan lapar itu akan menambah lazatnya hidangan.”

17. “Ingatlah masa kematianmu di hadapan keluargamu, manakala masa itu tidak ada doktor yang boleh mencegahnya dan tidak pula sahabat yang dapat memberikan manfaat bagimu.”

18. “Barang siapa mengerjakan suatu pekerjaan yang diperintahkan oleh agama, namun tidak yakin akan kebenarannya maka Allah tidak akan menerima pekerjaan tersebut kecuali jika disertai niat yang baik.”

19. “Barang siapa yang merasa tenang dari pembalasan Allah dan seksa hukumannya, sesungguhnya dia telah takabur sehingga saat ketentuan dan perintah Allah dilaksanakan. Barang siapa yang melihat bukti-bukti yang jelas dari Tuhannya, maka akan merasa ringanlah baginya segala musibah di dunia walaupun tubuhnya dicincang atau digergaji.”

20. “Jika anda ingin kenikmatan itu tidak hilang maka gunakanlah di jalan yang baik dan carilah tambahannya dengan bersyukur ke atasnya.”

21. “Allah menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan akhirat sebagai tempat balasan. Dijadikannya ujian di dunia sebagai sebab dapatnya pahala di akhirat dan dijadikannya pahala di akhirat sebagai ganti atas ujian yang di terima di dunia.”

22. “Jika Allah menginginkan kebaikan dari seseorang akan diberinya kelapangan untuk menerima suatu teguran.”

23. “Sesungguhnya seorang bodoh yang ada dalam kebenaran boleh menyebabkan kebodohannya memadamkan cahaya kebenaran.”

24. “Antara syair Imam Ali Hadi yang ditujukan kepada Khalifah al-Mutawakkil:

“Mereka mendirikan rumah di puncak-puncak bukit yang dijaga rapi oleh para askar yang gagah, namun itu semua sudah tiada berguna lagi. Kemudian mereka di bawa ke kubur dan di sanalah seburuk-buruk tempat baginya. Tiba-tiba seseorang datang dan memanggil-manggil setelah dikebumikannya. Di manakah emas-emas, mahkota-mahkota dan baju-baju yang cantik. Di manakah wajah-wajah yang mendapat nikmat yang banyak. Yang dengannya boleh mendapatkan sesuatu tanpa kesulitan dan kepayahan. Dengan jelas kubur itu mengungkapkan perkhabaran keadaan mereka. Itulah wajah-wajah yang kini sedang dipatuk oleh ular-ular yang saling berebutan. Telah lama mereka hidup dan menikmati masa hidupnya. Kini setelah mereka merasakan nikmat itu, mereka jadi santapan ular-ular. Lama mereka bina rumah-rumah megah untuk didiami, namun rumah-rumah tersebut telah diwariskan untuk keluarganya setelah permergiannya. Telah lama mereka menimbun harta dan hanya menyimpannya. Kini harta tersebut telah di tinggalkan dan jadi rebutan musuh-musuhnya.”

25. “Kekayaan itu adalah sedikitnya angan-anganmu serta rela dengan apa-apa yang mencukupimu.”

26. “Marah terhadap orang yang berada dalam lingkungan kekuasaanmu adalah satu pencerobohan.”

27. “Orang yang bersyukur kerana seuatu nikmat akan lebih merasa bahagia dengan rasa syukurnya dibandingkan nikmat yang diterimanya. Sebab nikmat itu hanya kesenangan, sedangkan syukur adalah satu nikmat yang sekaligus mendapat pahala.”

28. “Manusia di dunia mendapat kejayaan dengan harta manakala di akhirat dengan amalan”

29. “Berhati-hatilah dengan perasaan dengki, sebab ia hanya akan menampakkan aibmu dan tidak berpengaruh kepada musuhmu.”

30. “Sesungguhnya hikmah itu tidak berguna bagi orang yang bersifat jahat.”

31. “Sifat suka berdebat dapat merosakkan persahabatan yang sudah terjalin lama.”

32. “Jangan anda minta kejernihan (hubungan) dari orang yang anda cemari dirinya dan jangan mengharapkan tepatnya janji dari orang yang pernah anda tipu.”

33. “Orang yang keras kepala hanyalah akan menjadi suruhan dirinya. Sedangkan orang yang bodoh akan menjadi suruhan lisannya.”

34. “Orang yang sering mengasihanimu dan memberikan pendapat kepadamu, maka taatilah dia.”

35. “Bersenda gurau dalam pembicaraan itu adalah gurauan orang yang dungu yang hanya di lakukan oleh orang yang bodoh.”

36. “Sifat ujub (bangga diri) akan merosakkan pencari ilmu dan akan menyebabkan kekurangan dan kejahilan.”

37. “Sesungguhnya seorang yang zalim yang berhati lembut itu hampir-hampir tertiup cahaya kebenaran kerana kejahilannya.”

38. “Barang siapa yang menganggap ringan terhadap hawa nafsunya maka janganlah merasa tenteram dari kejahatannya.”


Thursday, December 11, 2008

PESANAN AS-SAYYED ALI KHAMANE'I KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEMPENA MUSIM HAJI 1429 HIJRIAH.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekali lagi, Tanah Turunnya Wahyu telah mengumpulkan orang-orang yang benar-benar beriman bagi Majlis Perhimpunan terbesar mereka. Di tempat lahirnya Islam, hati-hati

yang teruja dari seluruh pelusuk dunia tersebut sekarang sedang beramal dengan amalan-amalan yang menunjukkan ajaran Islam yang tulus dan ajaran Al-Quran kepada manusia sejagat : satu susunan langkah –langkah simbolik ke arah perlaksanaan ajaran-ajaran tersebut.
Tujuan utama ajaran besar ini adalah untuk memastikan satu pengabdian abadi dan maruah kemanusiaan dengan melatih golongan yang benar dan mengasaskan masyarakat yang benar, iaitu satu golongan manusia yang hanya menyembah Yang Satu dan hanya Yang Satu dalam hati dan dalam amalan serta membersihkan diri-diri mereka dari Syirik, kenajisan moral dan nafsu yang menyeleweng untuk satu satu masyarakat yang dibina di atas asas kebenaran, kebeebasan, keimanan. Kecergasan serta ciri-ciri kehidupan dan kemajuan yang lain.




Elemen utama bagi latihan individu dan sosial tersebut ada dilengkapkan dalam amalan Haji ini. Dengan memakai ihram dengan meninggalkan segala kedudukan dan kelebihan peribadi, menahan diri dari pelbagai kesukaan dan kelazatan nafsu, bertawaf mengelilingi simbol monotisme serta bersembahyang di tempat Ibrahim (a.s), Pemecah Batu Sembahan dan Yang Maha Berkorban, berlari anak di antara dua bukit, mendambakan diri di Arafat di kalangan hamba-hamba dari pelbagai warna kulit dan asal-usul yanf pelbagai hinggalah menjalani malam-malam dalam keadaan bersolat dan berdoa di Mahshar Al-Haram dalam keadaan hati yang berseronok dengan Allah SWT, menumpukan perhatian dan jiwa raga pada Allah SWT dalam keadaan yang amat sesak, menghadirkan diri di Mina dan melontarkan batu-batu pada simbol-simbol syaithan-satu cara mengukuhkan makna sebenar erti pengorbanan serta memberi makanan kepada golongan miskin dan golongan yang tidak berumah- semuanya bertujuan untuk latihan, perlaksanaan dan mengingatkan kita akan perkara-perkara tersebut.
Dalam ritual yang sempurna, keikhlasan, kemurnian dan ketulusan hati dan perlepasan diri dari segala hubungan material, usaha-usaha yang bersungguh-sungguh, kekuatan, keakraban dan intimasi dengan Tuhan, kesatuan, kesaksamaam; kesamarataan, penyucian hati dan jiwa , komitmen jiwa dan raga pada kesatuan dengan batabg tubuh besar Ummah Islam, ketawakun di hadapan Yang Maha Benar, ketegasan bila berhadapan dengan kebatilan, keinginan yang tinggi dan menyerlah demi Hari Akhirat dan keinginan yang jitu untuk menguasai dunia- semua sulam-menyulami antara sama satu lain dan dilaksanakan secara berterusan :
‘... Dan di antara mereka ada yang berkata : Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab neraka..’
Melalui pendekatan ini, Kaabah dan manasik Haji menyumbang kepada ketahanan dan kebangkitan umat-umat manusia dengan dipenuhi manfaat dan kegembiraan bagi manusia sejagat :
‘.. Allah SWT telah membina Rumah Suci Kaabah sebagi kesinambungan manusia...supaya mereka boleh menyaksikan manfaat untuk mereka dan menyebut nama Allah SWT untuk hari-hari yang telah ditentukan.
Hari ini, orang Islam di semua negara dan bangsa semestinya menghargai nilai besar amalan ini lebih dari sebelumnya dan seharusnya mengambil manfaat darinya. Sesungguhnya ufuknya sungguh cerah di mata umat Islam dan harapan untuk mencapai matlamat Islam lebih dari sebelumnya.
Jilalau, dalam dua dekad yang lalu sebelum ini, umat Islam berpecah dan dikalahkan dalam pertembungan mereka dengan tamaddun Barat yang sangat meterialistik bersama dengan aliran pemikiran kiri dan kanan, hari ini, dalam abad ke 15 dalam tahun Hijrah, segala teori-teori ekonomi dan politik Barat telah lumpuh dan terhakis. Hari ini, disebabkan arus kesedaran tinggi umat Islam dan pengembalian semula identiti umat Islam serta kebangkitan ide kesatuan, perpaduan dan logika keadilan dan ketuhanan, satu ufuk baru yang maju dan gemilang telah bermula bagi orang-orang Islam.







Mereka, yang tidak lama dahulu, pernah mendendangkan lagu kekecewaan dan ketidakyakinan dan yang percaya bahawa bukan sahaja Islam dan umatnya sahaja, tetapi semua yang mempunyai dasar dan asas spiritualiti dan keagamaan sudah gagal dan tewas di bawah pehjajahan Barat, pada hari ini, telah menyaksikan satu kebangkitan Islam yang menjunjung Al-Quran yang suci. Mereka juga sedang meyaksikan kehancuran berperingkat dan kemunduran penjajahan Barat dengan memastikan semua penyaksian ini dengan lidah-lidah dan hati-hati mereka.

Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa ini hanya baru satu permulaan dan merupakan satu pemenuhan janji suci kemenangan kebenaran di atas kebatilan dan kepalsuan dan merupakan satu pembinaan semula umat Al-Quran dan tamaddun Islam yang baru :
‘..Allah SWT telah berjanji kepada mereka yang beriman dan berbuat kebaikan bahawa sudah pasti Allah SWT akan meletakkan mereka pada pusat kekuasaan sebagaimana Dia telah letakkan sebelum mereka pewaris-pewaris, dan sudah pasti Allah SWT akan mengukuhkan bagi mereka agama mereka yang telah diredhaiNya dan Allah SWT sudah pasti akan menukarkan keadaan mereka kepada keamanan selepas ketakutan, ketika mana mereka menyembah Aku dan tidak mensyirikkanKu. Dan sesiapa yang tidak bersyukur selepas ini, sesungguhnya merekalah golongan yang fasik...’
Penanda utama dan yang pertama bagi janji yang tidak dapat dielakkan ini adalah kemenangan Revolusi Islam di Iran dan penubuhan sistem Islam yang gemilang ini yang telah menjadikan Iran satu pertahanan yang kuat bagi ide tamaddun dan pemerintahan Islam. Kelahiran fenomena gemilang ini di tengah-tegah desakan materialisme dan Islamfobia golongan politikus dan pemikir kiri dan kanan dan kemudian penentangan mereka terhadap serangan dan propaganda politik, ekonomi dan ketenteraan dari pelbagai arah, memberi kebangkitan kepada satu harapan dan kecintaan baru dalam hati dan jiwa umat Islam. Dengan berlalunya masa dan dengan rahmat Allah SWT, kekuatan dan kemampuan Revolusi Islam telah meningkat dan harapan yang tercipta dari kelahirannya telah menjadi lebih mendalam dan membekas berbanding sebelum ini.

Sejak 30 tahun yang lalu, Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia dan Afrika telah menjadi medan di mana perjuangan yang berjaya berlaku - negara Palestin, intifidhah islamiyyah dan wujudnya pemerintahan Palestin yang Islamik; negara Lubnan dan kemenangan penuh sejarah Hizbullah serta penentangan Islam terhadap rejim Zionis yang lapar darah itu; negara Iraq dan kewujudan pemerintahan Islamik dan popular ekoran runtuhan rejim atheis dan diktator Saddam; negara Afghanistan dan kekalahan yang memalukan penjajah Komunis dan pemerintahan badut mereka; kekalahan demi kekalahan dan kegagalan semua konspirasi yang didalangi Amerika Syarikat untuk menguasai Timur Tengah; masalah-masalah yang tidak nampak penyelesaian serta kekalutan dan kekecohan dalam rejim Zionis; kewujudan rangkaian massa yang dahagakan Islam di semua dan kebanyakkan negara-negara jiran-lebih-lebih lagi di kalangan golongan muda dan intelektual; pencapaian yang mengkagumkan dalam kemajuan sains dan teknologi di Republik Islam Iran walaupun ditekan dengan hadangan ekonomi; kekalahan para pencinta dan penyeru peperangan dalam bidang politik dan ekonomi dalam pentadbiran Amerika Syarikat dan juga kejayaan golongan minoriti Muslim yang telah dapat mengembalikan jati diri dan identiti mereka di kebanyakan negara-negara Barat -semua ini merupakan petanda kejayaan dan kemajuan Islam dalam perjuangannya berdepan dengan musuh-musuhnya dalam abad ini, iaitu abad ke 15 Hijrah.

Saudara dan saudari, kemenangan ini adalah merupakan hasil usaha dari jihad dan keikhlasan. Pabila suara-suara Tuhan didengari dari mulut-mulut hamba-hambaNya, dan keazaman dan kekuatan pejuang-pejuang jalan kebenaran telah diaktifkan dan ketika mana Muslim memenuhi segala jani-janji mereka pada Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi akan memenuhi janji-janjiNya sebagai tindakbalas, maka jejak sejarah telah berubah:
‘...Penuhilah janjimu semoga Aku mungkin dapat memenuhi janji Ku dan kagumlah hanya padaKu. Jika kamu membantu Allah SWT maka Allah SWT akan membantu kamu dan menetapkan pendirianmu. Allah SWT tentu membantu sesiapa yang menbantuNya, Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Sesungguh kita harus membantu Nabi-Nabi kita dan mereka yang mempunyai Iman dengan kehidupan dunia dan pada hari pabila semua saksi-saksi dibangkitkan...’
Tetapi ini semua hanyalah baru satu permulaan. Bangsa Muslim masih lagi berhadapan dengan jalan yang penuh berduri dan berliku. Seseorang tidak sesekali akan dapat terselamat kecuali dia dibekalkan dengan kuasa iman, keikhlasan, harapan dan jihad di samping pandangan hati dan kemuliaan. Jalan ini tidak boleh diambil dengan rasa kecewa, ketidakyakinan, ketidaksediaan, kekurangan semangat, kegelojohan, kepenatan dan ketidakpercayaan dalam merealisasikan janji-janji suci tersebut.




Musuh yang sudah cedera itu sekarang sedang melakukan apa sahaja yang termampu untuk bertindakbalas. Kita perlu sentiasa bersiap siaga, bijak, dan mampu bersedia untuk mengambil segala kesempatan yang ada. Dengan cara ini, semua usaha musuh akan gagal. Dalam masa 30 tahun yang lepas, musuh-musuh, terutama sekali Amerika Syarikat dan Zionis, telah menggunakan semua kekuatan yang ada tetapi mereka telah gagal dengan teruknya. Perkara yang sama akan berlaku, insyallah.

Gegabahnya musuh selalunya menzahirkan kelemahan dan kekalutan mereka. Lihatlah pada Palestin dan Gaza. Tindakan-tindakan mereka yang zalim dan kejam, yang tidak pernah disaksikan sejarah, memperlihatkan kelemahan mereka berhadapan dengan segolongan manusia yang bersemangat waja, yang terdiri dari lelaki,wanita dan anak-anak kecil, yang dengan tangan kosong, telah bertempur dengan rejim penjajah dan pendokongnya, iaitu Amerika Syarikat; mereka menolak mentah-mentah tuntutan musuh : iaitu menolak pemerintahan HAMAS. Semoga rahmat Allah SWT berterusan bersama mereka.
Rakyat Gaza dan pemerintahan HAMAS telah memberi makna kepada ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud :
'...kehilangan kekayaan dan harta benda, nyawa dan buah-buahan; dan sampaikanlah berita gembira kepada golongan yang sabar; golongan yang apabila diuji, mereka berkata : Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Merekalah golongan yang dirahmati Tuhan mereka dengan kasih sayangNya dan merekalah golongan yang diberi panduan..’
‘.. Sesungguhnya kamu pasti akan diuji dengan harta benda dan jiwa-jiwa kamu dan sudah pasti kamu akan mendengar dari mereka yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan dari golongan Mushrikin serangan kata yang banyak tetapi jika kamu tetap bersabar dan takutkan Allah , itulah sebaik-baik keazaman...’
Kebenaran akan lahir sebagai pemenang dalam pertempurannya dengan kebatilan.

Sesungguhnya golongan tertindas dan mereka yang yang berpegang teguh dari kalangan bangsa Palestin yang menang ke atas musuh mereka :
‘...Sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa dan Maha Berkuasa...’
Sehinggalah hari ini, musuh telah gagal dalam memecahkan semangat penentangan rakyat Palestin. Dakwaan pembebasan dan demokrasi serta slogan hak kemanusiaan telah terbongkar akhirnya sebagai satu pembohongan belaka. Hakikat ini amat memalukan Amerika Syarikat dan kebanyakkan rejim Eropah; penghinaan yang tak terkira yang mana mereka tidak akan dapat mengatasinya dalam waktu terdekat ini. Zionis yang terkenal itu sebenarnya adalah lebih kejam dari sebelum mereka. Sebahagian negara-negara Arab telah hilang maruah dan kesucian mereka dan mereka sebenarnya tidak berkemampuan untuk ujian ini.
‘...Akan tahulah golongan yang zalim bagaiman rosaknya kedudukan golongan yang merosakkan...’

Sayyed Ali Husseiny Khamane’i
4 Zulhijjah 1429 bersamaan dengan 3 Disember 2008

Dua Kumayl di Madinah



Doa Kumayl diajarkan Imam ali as Menurut seorang alim besar, Sayyid Ibn Thawuus, dalam buku Iqbal, riwayat ini disampaikan Kumayl: Pada suatu hari, saya duduk di Masjid Basrah bersama Maulana Amirul Mukminin (Imam Ali as) membicarakan hal Nisfu Sya'ban. Ketika ditanya tentang ayat "Fiiha yufroqu kullu amrin hakimin" QS 44:4), Imam Ali mengatakan ayat ini mengenai Nisfu Sya'ban; orang yang beribadat di malam itu, tidak tidur dan membaca Doa Hidhir, akan diterima doanya oleh Alah SWT.

Ketika Imam Ali pulang kerumahnya, dimalam itu, saya menyusul beliau. Melihat saya, imam bertanya, apakah keperluan anda kemari? Jawab saya, saya kemari untuk mendapatkan doa Hadhrat Hidir as, Imam mempersilahkan saya duduk, seraya mengatakan: "Ya Kumayl apabila anda menghafal doa ini dan membacanya setiap malam jum'at cukuplah itu untuk melepaskan anda dari kejahatan, anda akan ditolong Allah diberi rezeki dan doa ini akan makbul. Ya Kumayl, lamanya persahabatan dan kekhidmatan anda, menyebabkan anda dikarunia nikmat dan kemuliaan untuk belajar (Doa Kumayl)".

Dalam Mafatihul Jinan, Muhaddits besar Al-Qummi, yang dikutip dalam Mishbah-ul-Mutahajjid, disebutkan bahwa doa ini adalah doa terbaik dan termasyur sebagai Doa Nabi Hidr as dan bahwa Imam Ali mengatakan kepada Kumayl, salah seorang sahabat beliau, untuk membacanya dimalam Nisfu Sya'ban dan setiap malam Jum'at. Dikatakan bahwa doa ini memperluas pintu rezeki dan melawan niat jahat musuh dan meluputkan dari dosa.

Berikut ini saya kutipkan satu rangkaian kutipan sangat indah doa Kumayl tersebut:

Kini aku datang menghadap kepada-Mu, ya Ilahi
Setelah semua kecerobohan dan pelanggaranku atas diriku
Memohon maaf, mengungkapkan penyesalan dengan hati luluh
Merasa jera, mengharapkan ampunan menginsafi kesalahan
Mengakui kelalaian, menyedari kecerobohan, menginsafi kesalahan
Tiada kutemui tempat melarikan diri, dari (dosa–dosa) yang telah kulakukan
Dan tiada tempat berlindung agar ku terlepas dari segala noda dan beban
Melainkan Kau kabulkan permohonan ampunanku
Dan Memasukan daku ke dalam lautan kasih-Mu
Ya Allah, terimalah alasan (pengakuan) ku ini
Dan kasihanilah beratnya kepedihanku
Dan bebaskanlah daku dari kekuatan belengguku....

Coretan Setelah Seminggu di Kota Suci Qom




Imam Ja’far Shodiq as ( lahir 83H dan telah diracun oleh khalifah al-Mansur Abbasiyah tahun 148H ) lapisan ke-6 zuriat nabi Muhammad saww yang di katakan oleh Malik bin Anas ( Imam Malik )

“ Aku tidak pernah melihat seorang pun lebih Faqih dari Ja’far Ibni Muhammad ”
berkata: ( dengan melontar soalan kepada seorang yang bernama Affan al-Basri)

Adakah kamu tahu kenapa dinamakan Qom ?
Aku menjawab: “ Allah, Rasulnya dan tuan lebih mengetahui. ”
Beliau berkata: “ Bahawasanya dinamakan Qom kerana ahlinya akan berhimpun bersama-sama dengan Qaim dari keluarga Muhammad (قائم ال محمد-qaim ali Muhammad) bangun bersama-samanya dan beristiqamah membantunya ”

Ya, perkara kebangkitan penyelamat umat manusia di akhir zaman dengan nama dan panggilan yang berbagai di dalam agama-agama dan yang dipanggil Imam Mahdi di dalam Islam adalah satu hakikat yang di sepakati walaupun tahap kepercayaan, penghayatan dan pembudayaannya adalah berbeza di antara umat dan ianya adalah merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dan di fikirkan secara serius.

Berkata Imam Ja’far as-Sadiq lagi, “ sesungguhnya bagi Allah adanya haram ( tempat suci ) iaitu Mekah, bagi Rasulullah saww adanya tempat suci iaitu Madinah dan bagi Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib) tempat suci iaitu Kufah. Sesungguhnya Qom adalah Kufah yang kecil. Akan di Wafatkan seorang perempuan di dalamnya dari anak keturunanku bernama Fatimah binti Musa dan dengan syafaatnya akan masuk ke syurga semua para pengikutnya ”

(( salam ke atasmu wahai Puteri Rasulullah, salam ke atasmu wahai Puteri Fatimah dan Khadijah, salam ke atasmu wahai Puteri Penghulu 0rang-orang beriman, salam ke atasmu wahai Puteri Hasan dan Hussein, salam ke atasmu wahai Puteri wali Allah, salam ke atasmu wahai adindanya wali Allah, salam ke atasmu wahai bonda saudaranya wali Allah, salam ke atasmu wahai Puteri Musa Ibne Ja’far dengan rahmat Allah dan keberkatannya. ))

Ini adalah sebahagian ungkapan ketika menziarahi Sayyidah Fatimah al-Ma’sumah di Qom, puteri Imam Musa Ibne Ja’far al-Kazim ( adindanya Imam Ali Redha a.s yang maqamnya berada di kota Mashad, Khorasan, Iran) sambil berpesan,



من زارهاعاْ فابحقّها فله الجنّة
Sesiapa yang menziarahi Fatimah Ma’sumah dengan mengenali akan haknya maka ganjarannya adalah syurga.

Ya, Qom seperti yang terdapat di dalam kitab Biharul Anwar, ketika Rasulullah saww Isra’ ke langit ternampak satu kawasan pergunungan yang warnanya lebih cantik dari kemerahan za’faran dan lebih wangi dari kasturi lalu Rasulullah saww ternampak seorang tua yang bertopi panjang
(( فاذا فيها شيخ على رأسه برنس فقلت:لجبر أيل ما هذه البقعه الحمراء التر هى احسن لونا من الزعفران واطيب ريحا من المسك؟ قال:بقعة شيعتك وشيعة وصّيك عليّ

Maka aku bertanya kepada Jibrail apakah tempat yang lebih cantik dari warna za’faran dan lebih wangi dari kasturi ini?
Maka jawab Jibrail: itulah tempat pengikutmu dan pengikut pewarismu ‘Ali

فقلت:من الشيغ صا حب البرنس؟

Siapakah orang tua bertopi panjang?
قال:البليس،قلت:فما يريد منهم؟قال:يريد ان يصدّ هم عن ولاية اميرالمؤمنين ويدعوهم الى الفسق والفحور

Berkata Jibrail: Dialah iblis, maka aku berkata, apakah yang ia mahu dari mereka?
Jibrail berkata: Dia mahu menghalang mereka dari kepimpinan (wilayah) nya Amirul Mukminin dan mengajak mereka kepada kefasikan dan dosa, maka bersabda Rasulullah saww: wahai Jibrail bawalah daku turun kepada mereka, maka Jibrail membawa Rasulullah turun dengan lebih pantas dari kilat dan kelipan mata.
Maka aku berkata qom-قم (bangunlah) wahai yang dilaknat, bersekutulah kamu dengan musuh-musuh mereka di dalam harta, anak-anak dan perempuan-perempuan mereka. Sesungguhnya pengikutmu dan pengikut Ali tiada penguasaan bagimu ke atas mereka: maka dinamakan
“ Qom ”

Imam Musa al-Kazim (128H-183H) ayahanda kepada Imam Ali Redha dan Sayyidah Fatimah Ma’sumah lebih seribu tahun dahulu berkata:
رجل من اهل قم يدعوالناس الى الحق يحتمع معه قوم كزبرالحديدلاتزلّهم الرياح العواصف ولايملّون من الحرب ولايجبنون

Seorang lelaki dari ahli Qom akan mengajak manusia kepada kebenaran, akan berhimpun bersamanya kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak bergoyang ditiup angin kencang dan tidak letih dari berperang dan tidak gentar dan bertawakal kepada Allah
dan akibat yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Benar seperti yang dikatakan Imam Musa al-Kazim as, sejak sampainya saya ke Iran pada tahun 1983 bulan September sehinggalah kini 2008 yakni sejak zaman hayatnya al-Marhum Imam Ayatullah Ruhullah Khomeini sampailah beralihnya kepimpinan Faqih kepada Ayatullah Uzma Syed ‘Ali Khamenei dan sejak zaman presiden ‘Ali Akhbar Rafsaujani hinggalah presiden Mahmoud Ahmadinejad, di zaman perang yang dipaksa syaitan besar Amerika melalui ejennya Saddam sehinggalah beberapa hari yang lalu apabila diuji peluru berpandu Iran “ sijjil ” berkeupayaan jangkauan 2000km sebagai sebahagian kecil dari usaha-usaha
الهم مااستطعتم من قوّة واعدّو
persiapan kekuatan menghadapi musuh-musuh Allah, hakikat inilah yang di saksikan di Iran dan khasnya di kota suci Qom.

Imam Ja’far Shodiq pernah berkata:
سيأتي زمان تكون بلدة((قم)) واهلها حجّة على القلا ئق وذلك في زمان غيبة قائمنا() الرطهوره ولولاذ لك لساخت الارض باهلها
( كارالانوارج. )

Akan datang satu masa di mana kota Qom dan penghuninya menjadi hujjah ke atas sekalian mahluk dan ketika itu adalah zaman keghaiban Qaim dari kami (Imam Mahdi yang akan bangkit dari keluarga Nabi saww) sehingga zahirnya dan kalau tiada hujjah sedemikian maka hancurlah bumi dengan penghuninya.

Setelah kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, empat tahun selepas itu saya telah berangkat ke Republik Islam Iran. Mula mempelajari bahasa Parsi di sebuah pekan kecil yang terletak di wilayah Isfahan, bekas ibu negeri Iran sebelum Tehran, terkenal dengan gelaran “ Nesfe Jehan ” (separuh dunia) pemandangannya indah, kaya dengan kesenian dan kraf tangan, terdapat binaan-binaan bersejarah yang unik, begitu asyik bagi karyawan dan seniman. Dialek Parsi yang berbeza dari kota-kota Iran yang lain, punya irama ketika bertutur, bicara, pantulan keindahan jiwa dan keceriaan hati.




Dari Isfahan berpindah ke Qom yang jalan dan orangnya dipenuhi dengan para Rohani (ilmuan agama) yang berjubah dan berserban yang putih warnanya dan hitam dan talabeh-talabeh dari seluruh pelusuk dunia, Amerika dan Afrika, India dan China, Arab dan Ajam, Indonesia, Filipina, Jepun, Thailand dan Malaysia pun ada dan berbagai-bagai mazhab dan pegangannya semua dengan berkat kewujudan cicit Nabi Muhammad saww manusia suci bernama “ Fatimah Ma’sumah ” yang wafat dalam usia yang begitu muda, belasan tahun dalam perjalanan untuk mengubat kerinduan menemui kekandanya Imam Ali Ibne Musa ar-Redha pada tahun 201H tetapi tidak kesampaian di alam dunia.

Keberkatan diri yang suci ini tidak terbatas di zaman hayatnya semata-mata. Makam dan martabatnya di sisi Allah yang semakin tinggi maka اتار dan kesan setelah kewafatannya semakin terserlah dan karamahnya melimpahkan kemuliaan kepada yang berhak, pada diri yang layak
يا فاطمة اشفعي لي في الجنّة

Ya Fatimah, berilah syafaat kepadaku di dalam syurga
فانّ لك عندالله شأنا من الشّأن

Bagimu satu kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah sehingga tidak mampu diungkapkan .

Tiada diskriminasi darjat pada zahir yang berbeza dari segi jantina dan usia satu pencapaian kerohanian yang di luar jangkauan kefahaman manusiawi. Itulah keindahan dan keunikan Fatimah Ma’sumah sa, hidayah pelusuk alam, lus dan Jaan (manusia dan jin)
تدقل بشفاعتها شيعتي الجنة باجمعهم -

Marilah sama-sama kita memohon syafaatnya kerana dengan syafaatnya seluruh pengikut Shodiq Ali Muhammad akan ke syurga.

Kalau Isfahan mendapat jolokan “separuh dunia” hebatnya Qom sebagai - ‘asy ali Muhammad عش ال محمّد (sarang keluarga Nabi Muhammad saww) – ‘asy ali Muhammad عش ال محمّد tempat perlindungan orang-orang tertindas.
شاه من به دهان اين دولت مى زنم

Masih kedengaran teriakan Ayatullah Khomeini di tanah perkuburan Baheshte Zahra berhadapan rejim Shah tali barut Shaitane Bozorg (Syaitan Besar Amerika)
“ Shah, aku menghentam mulut kerajaan ini ”

Masih kedengaran kata-kata “ Aku terdengar bunyi tulang belulang Marxisma” dan “ Marxisma hanya layak diletak di dalam museum sejarah ”

“ Marg Bar Amriko” (Mampus Amerika) “ Marg Bar Israel ”(Mampus Israel)
Bergegar dunia dengan runtuhnya bangunan Soviet Union dengan kegagalan segala teori yang diguna pakai olehnya.

Sekarang sama-sama kita sedang menonton retakan yang membawa belah bangunan Kapitalisma dengan teori-teorinya.
Datang Jimmy Carter dan pergi tidak terkata
Datang Ronald Reagan dengan topi koboinya kembali dengan segala angan-angannya
Datang seorang lagi saya dah lupa namanya, oh ya Bill Clinton
Datang George Bush yang tiada “ W ” dan yang ada “ W ” dan kini tiba masanya yang bernama Obama, kalaulah rakyat Amerika tak sedar lagi, yang ini pun sama.
Utusan tahniah Dr Mahmoud Ahmadinejad kepada Barack Obama sempena
Kemenangannya di dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat adalah satu langkah Politik terbaru dan perutusan ini adalah penghormatan kepada keputusan dan pemilihan rakyat Amerika walaupun menurut setiausaha akhbar Presiden Islam Republik Islam Iran lagi, pengalaman lepas telah menunjukkan bahawa dengan perubahan parti-parti yang memerintah Amerika, perginya Republikan dan datangnya Demokrat, polisi kerajaan Amerika Syarikat khasnya polisi luar negeri tiada perubahan yang besar berlaku. Ali Akhbar Javanfikr berkata lagi, polisi dan langkah kedua- dua parti Amerika Syarikat mengenai Timur Tengah dan pembelaan terhadap Israel ialah dengan mengukuhkan ketenteraannya di sana dan membela rejim Zionis dengan jenayah-jenayah yang dilakukannya secara tidak rasional.

Maka menurut etika diplomasi adalah sepatutnya perutusan tahniah Dr Ahmadinejad itu dijawab oleh Barack Obama.
Ayatullah Sayyed Ahmad Khatami, Imam Jumaat sementara Tehran telah menegaskan bahawa, sejak zaman Eisenhower lagi tiada perubahan di dalam polisi-polisi luar negeri Amerika walaupun sekecil-kecilnya dan yang berubah hanya bentuk permainan semata-mata, satu hari slogan perubahan dilihat mampu menarik sokongan dan ada kalanya slogan memerangi terrorism.
Maka menaruh harapan kepada mereka adalah kerja sia-sia.

Salam ke atasmu wahai Abbal Hassan, salam ke atasmu wahai teman kemesraan jiwa, salam ke atasmu wahai yang dikebumikan di bumi Tus, salam ke atasmu wahai ‘Ali Ibne Musa Ar-Ridha Warahmatullah Wabarakatuh.

Wahai Imam, kali ini aku menziarahi pusara adindamu, bunga kenangan Fatimahtuz Zahra, puteri nabi tercinta yang kuburannya tiada bertanda bagi pihak sahib zaman, para ma’sumen kedua ibu bapa, isteri, mentua, anak-anak dan adinda-adinda, sahabat-sahabat mukminin dan mukminat serta rakan-rakan yang punya hajat InsyaAllah akan ku ziarahi pusaramu di lain kali.





Ya Wajihan ‘Indallah, Ishfa’lana ‘Indallah ( wahai yang tinggi martabat di sisi Allah, berikan kami syafaat di sisi Allah).
oleh Ust.Kamil zuhairi

nota kaki:

Qom (فم) di dalam bahasa Arab bererti “Bangunlah”

Imam Mahdi yang bergelar “orang yang akan bangun dari keturunan Nabi Muhammad”di akhir zaman

Rujuk kitab Biharul Anwar, Majlis, jilid 57 m/s 216

منين حرما وهو الكوفه الآ وانّ قم الكوفة حرما وهوالمدينه الاوانّ لاصيرالمؤ ان لله حرماوهو مكة ، اْلاان لرسول الله

الضعيره.الاانّ ئمانية ابواب ئلائةمنها الى قم.تقبض فيها امرة من ولدى اسمها فاطمه بنت موسى وتدخل بشفا عتها شيعتي الجنّة باجمعهم.عجاراللانوار,المجلسى

[1] Biharul Anwar jilid 60,63

Ilal Syarai’ jilid 2 Rujuk 40 hadis fadhilat Qom dan Ahli Qom

Dr Sy Ja’far Tabatabai Amiri

[1] Bihar jilid 60 m/s 216

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidil Adha



Selamat Hari Raya kurban.Wa abi ya taba ummi shahebi yare sepa ya Hussein!.Dgn Haknya kurban yg agung,semoga semua permintaan kitaDimakbulkan ALLAH.

Ya aba Soleh Madaddi..


"Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Laa ilaaha illallaah wallaahu Akbar, Allaahu Akbar, Wa lillaahil hamd. Alhamdulillah alaa maa hadaanaa walahu Shukr alaa maa aulana."







Qunut raya kurban..

Syukur ke Hadrat Ilahi , hari yang penuh barakah dan diredhai ini, sekumpulan manusia yang kini sedang mengilingi dan berkumpul di RumahMu, sebagian yang lain sedang memohon dan meminta hajat, sebahagian memohon dan merayu RahmatMu, sebahagian mengharapkan belas kasihanMu, dan sebahagian yang lain pula takut akan amarah dan murkaMu. Engkau menginayah hamba-hambaMu dengan rahmat dan keagunganMu. Maka, demi zatMu kami memohon dan merayu dengan keagungan dan kekayaanMu segala hajat-hajat kami permudahkanlah dan tunaikanlah. Tuhanku. hari ini dari pihakMu kami sampaikan salam, selawat dan tahniah atas Muhammad dan Aali Muhammad dan demi Hak Mereka percepatkanlah dan tunaikanlah hari raya hakiki kami iaitu hari zuhurnya Imam Zaman ajf. kami, Hujjatibnil Hassan. Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir dan Batin