Popular Posts

Thursday, December 11, 2008

PESANAN AS-SAYYED ALI KHAMANE'I KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SEMPENA MUSIM HAJI 1429 HIJRIAH.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekali lagi, Tanah Turunnya Wahyu telah mengumpulkan orang-orang yang benar-benar beriman bagi Majlis Perhimpunan terbesar mereka. Di tempat lahirnya Islam, hati-hati

yang teruja dari seluruh pelusuk dunia tersebut sekarang sedang beramal dengan amalan-amalan yang menunjukkan ajaran Islam yang tulus dan ajaran Al-Quran kepada manusia sejagat : satu susunan langkah –langkah simbolik ke arah perlaksanaan ajaran-ajaran tersebut.
Tujuan utama ajaran besar ini adalah untuk memastikan satu pengabdian abadi dan maruah kemanusiaan dengan melatih golongan yang benar dan mengasaskan masyarakat yang benar, iaitu satu golongan manusia yang hanya menyembah Yang Satu dan hanya Yang Satu dalam hati dan dalam amalan serta membersihkan diri-diri mereka dari Syirik, kenajisan moral dan nafsu yang menyeleweng untuk satu satu masyarakat yang dibina di atas asas kebenaran, kebeebasan, keimanan. Kecergasan serta ciri-ciri kehidupan dan kemajuan yang lain.




Elemen utama bagi latihan individu dan sosial tersebut ada dilengkapkan dalam amalan Haji ini. Dengan memakai ihram dengan meninggalkan segala kedudukan dan kelebihan peribadi, menahan diri dari pelbagai kesukaan dan kelazatan nafsu, bertawaf mengelilingi simbol monotisme serta bersembahyang di tempat Ibrahim (a.s), Pemecah Batu Sembahan dan Yang Maha Berkorban, berlari anak di antara dua bukit, mendambakan diri di Arafat di kalangan hamba-hamba dari pelbagai warna kulit dan asal-usul yanf pelbagai hinggalah menjalani malam-malam dalam keadaan bersolat dan berdoa di Mahshar Al-Haram dalam keadaan hati yang berseronok dengan Allah SWT, menumpukan perhatian dan jiwa raga pada Allah SWT dalam keadaan yang amat sesak, menghadirkan diri di Mina dan melontarkan batu-batu pada simbol-simbol syaithan-satu cara mengukuhkan makna sebenar erti pengorbanan serta memberi makanan kepada golongan miskin dan golongan yang tidak berumah- semuanya bertujuan untuk latihan, perlaksanaan dan mengingatkan kita akan perkara-perkara tersebut.
Dalam ritual yang sempurna, keikhlasan, kemurnian dan ketulusan hati dan perlepasan diri dari segala hubungan material, usaha-usaha yang bersungguh-sungguh, kekuatan, keakraban dan intimasi dengan Tuhan, kesatuan, kesaksamaam; kesamarataan, penyucian hati dan jiwa , komitmen jiwa dan raga pada kesatuan dengan batabg tubuh besar Ummah Islam, ketawakun di hadapan Yang Maha Benar, ketegasan bila berhadapan dengan kebatilan, keinginan yang tinggi dan menyerlah demi Hari Akhirat dan keinginan yang jitu untuk menguasai dunia- semua sulam-menyulami antara sama satu lain dan dilaksanakan secara berterusan :
‘... Dan di antara mereka ada yang berkata : Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab neraka..’
Melalui pendekatan ini, Kaabah dan manasik Haji menyumbang kepada ketahanan dan kebangkitan umat-umat manusia dengan dipenuhi manfaat dan kegembiraan bagi manusia sejagat :
‘.. Allah SWT telah membina Rumah Suci Kaabah sebagi kesinambungan manusia...supaya mereka boleh menyaksikan manfaat untuk mereka dan menyebut nama Allah SWT untuk hari-hari yang telah ditentukan.
Hari ini, orang Islam di semua negara dan bangsa semestinya menghargai nilai besar amalan ini lebih dari sebelumnya dan seharusnya mengambil manfaat darinya. Sesungguhnya ufuknya sungguh cerah di mata umat Islam dan harapan untuk mencapai matlamat Islam lebih dari sebelumnya.
Jilalau, dalam dua dekad yang lalu sebelum ini, umat Islam berpecah dan dikalahkan dalam pertembungan mereka dengan tamaddun Barat yang sangat meterialistik bersama dengan aliran pemikiran kiri dan kanan, hari ini, dalam abad ke 15 dalam tahun Hijrah, segala teori-teori ekonomi dan politik Barat telah lumpuh dan terhakis. Hari ini, disebabkan arus kesedaran tinggi umat Islam dan pengembalian semula identiti umat Islam serta kebangkitan ide kesatuan, perpaduan dan logika keadilan dan ketuhanan, satu ufuk baru yang maju dan gemilang telah bermula bagi orang-orang Islam.







Mereka, yang tidak lama dahulu, pernah mendendangkan lagu kekecewaan dan ketidakyakinan dan yang percaya bahawa bukan sahaja Islam dan umatnya sahaja, tetapi semua yang mempunyai dasar dan asas spiritualiti dan keagamaan sudah gagal dan tewas di bawah pehjajahan Barat, pada hari ini, telah menyaksikan satu kebangkitan Islam yang menjunjung Al-Quran yang suci. Mereka juga sedang meyaksikan kehancuran berperingkat dan kemunduran penjajahan Barat dengan memastikan semua penyaksian ini dengan lidah-lidah dan hati-hati mereka.

Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa ini hanya baru satu permulaan dan merupakan satu pemenuhan janji suci kemenangan kebenaran di atas kebatilan dan kepalsuan dan merupakan satu pembinaan semula umat Al-Quran dan tamaddun Islam yang baru :
‘..Allah SWT telah berjanji kepada mereka yang beriman dan berbuat kebaikan bahawa sudah pasti Allah SWT akan meletakkan mereka pada pusat kekuasaan sebagaimana Dia telah letakkan sebelum mereka pewaris-pewaris, dan sudah pasti Allah SWT akan mengukuhkan bagi mereka agama mereka yang telah diredhaiNya dan Allah SWT sudah pasti akan menukarkan keadaan mereka kepada keamanan selepas ketakutan, ketika mana mereka menyembah Aku dan tidak mensyirikkanKu. Dan sesiapa yang tidak bersyukur selepas ini, sesungguhnya merekalah golongan yang fasik...’
Penanda utama dan yang pertama bagi janji yang tidak dapat dielakkan ini adalah kemenangan Revolusi Islam di Iran dan penubuhan sistem Islam yang gemilang ini yang telah menjadikan Iran satu pertahanan yang kuat bagi ide tamaddun dan pemerintahan Islam. Kelahiran fenomena gemilang ini di tengah-tegah desakan materialisme dan Islamfobia golongan politikus dan pemikir kiri dan kanan dan kemudian penentangan mereka terhadap serangan dan propaganda politik, ekonomi dan ketenteraan dari pelbagai arah, memberi kebangkitan kepada satu harapan dan kecintaan baru dalam hati dan jiwa umat Islam. Dengan berlalunya masa dan dengan rahmat Allah SWT, kekuatan dan kemampuan Revolusi Islam telah meningkat dan harapan yang tercipta dari kelahirannya telah menjadi lebih mendalam dan membekas berbanding sebelum ini.

Sejak 30 tahun yang lalu, Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia dan Afrika telah menjadi medan di mana perjuangan yang berjaya berlaku - negara Palestin, intifidhah islamiyyah dan wujudnya pemerintahan Palestin yang Islamik; negara Lubnan dan kemenangan penuh sejarah Hizbullah serta penentangan Islam terhadap rejim Zionis yang lapar darah itu; negara Iraq dan kewujudan pemerintahan Islamik dan popular ekoran runtuhan rejim atheis dan diktator Saddam; negara Afghanistan dan kekalahan yang memalukan penjajah Komunis dan pemerintahan badut mereka; kekalahan demi kekalahan dan kegagalan semua konspirasi yang didalangi Amerika Syarikat untuk menguasai Timur Tengah; masalah-masalah yang tidak nampak penyelesaian serta kekalutan dan kekecohan dalam rejim Zionis; kewujudan rangkaian massa yang dahagakan Islam di semua dan kebanyakkan negara-negara jiran-lebih-lebih lagi di kalangan golongan muda dan intelektual; pencapaian yang mengkagumkan dalam kemajuan sains dan teknologi di Republik Islam Iran walaupun ditekan dengan hadangan ekonomi; kekalahan para pencinta dan penyeru peperangan dalam bidang politik dan ekonomi dalam pentadbiran Amerika Syarikat dan juga kejayaan golongan minoriti Muslim yang telah dapat mengembalikan jati diri dan identiti mereka di kebanyakan negara-negara Barat -semua ini merupakan petanda kejayaan dan kemajuan Islam dalam perjuangannya berdepan dengan musuh-musuhnya dalam abad ini, iaitu abad ke 15 Hijrah.

Saudara dan saudari, kemenangan ini adalah merupakan hasil usaha dari jihad dan keikhlasan. Pabila suara-suara Tuhan didengari dari mulut-mulut hamba-hambaNya, dan keazaman dan kekuatan pejuang-pejuang jalan kebenaran telah diaktifkan dan ketika mana Muslim memenuhi segala jani-janji mereka pada Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha Tinggi akan memenuhi janji-janjiNya sebagai tindakbalas, maka jejak sejarah telah berubah:
‘...Penuhilah janjimu semoga Aku mungkin dapat memenuhi janji Ku dan kagumlah hanya padaKu. Jika kamu membantu Allah SWT maka Allah SWT akan membantu kamu dan menetapkan pendirianmu. Allah SWT tentu membantu sesiapa yang menbantuNya, Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Sesungguh kita harus membantu Nabi-Nabi kita dan mereka yang mempunyai Iman dengan kehidupan dunia dan pada hari pabila semua saksi-saksi dibangkitkan...’
Tetapi ini semua hanyalah baru satu permulaan. Bangsa Muslim masih lagi berhadapan dengan jalan yang penuh berduri dan berliku. Seseorang tidak sesekali akan dapat terselamat kecuali dia dibekalkan dengan kuasa iman, keikhlasan, harapan dan jihad di samping pandangan hati dan kemuliaan. Jalan ini tidak boleh diambil dengan rasa kecewa, ketidakyakinan, ketidaksediaan, kekurangan semangat, kegelojohan, kepenatan dan ketidakpercayaan dalam merealisasikan janji-janji suci tersebut.




Musuh yang sudah cedera itu sekarang sedang melakukan apa sahaja yang termampu untuk bertindakbalas. Kita perlu sentiasa bersiap siaga, bijak, dan mampu bersedia untuk mengambil segala kesempatan yang ada. Dengan cara ini, semua usaha musuh akan gagal. Dalam masa 30 tahun yang lepas, musuh-musuh, terutama sekali Amerika Syarikat dan Zionis, telah menggunakan semua kekuatan yang ada tetapi mereka telah gagal dengan teruknya. Perkara yang sama akan berlaku, insyallah.

Gegabahnya musuh selalunya menzahirkan kelemahan dan kekalutan mereka. Lihatlah pada Palestin dan Gaza. Tindakan-tindakan mereka yang zalim dan kejam, yang tidak pernah disaksikan sejarah, memperlihatkan kelemahan mereka berhadapan dengan segolongan manusia yang bersemangat waja, yang terdiri dari lelaki,wanita dan anak-anak kecil, yang dengan tangan kosong, telah bertempur dengan rejim penjajah dan pendokongnya, iaitu Amerika Syarikat; mereka menolak mentah-mentah tuntutan musuh : iaitu menolak pemerintahan HAMAS. Semoga rahmat Allah SWT berterusan bersama mereka.
Rakyat Gaza dan pemerintahan HAMAS telah memberi makna kepada ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud :
'...kehilangan kekayaan dan harta benda, nyawa dan buah-buahan; dan sampaikanlah berita gembira kepada golongan yang sabar; golongan yang apabila diuji, mereka berkata : Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..Merekalah golongan yang dirahmati Tuhan mereka dengan kasih sayangNya dan merekalah golongan yang diberi panduan..’
‘.. Sesungguhnya kamu pasti akan diuji dengan harta benda dan jiwa-jiwa kamu dan sudah pasti kamu akan mendengar dari mereka yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan dari golongan Mushrikin serangan kata yang banyak tetapi jika kamu tetap bersabar dan takutkan Allah , itulah sebaik-baik keazaman...’
Kebenaran akan lahir sebagai pemenang dalam pertempurannya dengan kebatilan.

Sesungguhnya golongan tertindas dan mereka yang yang berpegang teguh dari kalangan bangsa Palestin yang menang ke atas musuh mereka :
‘...Sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa dan Maha Berkuasa...’
Sehinggalah hari ini, musuh telah gagal dalam memecahkan semangat penentangan rakyat Palestin. Dakwaan pembebasan dan demokrasi serta slogan hak kemanusiaan telah terbongkar akhirnya sebagai satu pembohongan belaka. Hakikat ini amat memalukan Amerika Syarikat dan kebanyakkan rejim Eropah; penghinaan yang tak terkira yang mana mereka tidak akan dapat mengatasinya dalam waktu terdekat ini. Zionis yang terkenal itu sebenarnya adalah lebih kejam dari sebelum mereka. Sebahagian negara-negara Arab telah hilang maruah dan kesucian mereka dan mereka sebenarnya tidak berkemampuan untuk ujian ini.
‘...Akan tahulah golongan yang zalim bagaiman rosaknya kedudukan golongan yang merosakkan...’

Sayyed Ali Husseiny Khamane’i
4 Zulhijjah 1429 bersamaan dengan 3 Disember 2008

No comments: