Popular Posts

Thursday, December 4, 2008

Riwayat Hidup Imam Baqir (as)




Nama : Muhammad
Gelar : Al-Baqir
Julukan : Abu Ja'far
Ayah : Imam Ali Zainal Abidin
lbu : Fatimah binti Hasan
Tempat/Tgl Lahir : Madinah Munawwarah, 1 Rejab 57 H.
Hari/Tgl Wafat : Isnin, 7 Dzulhijjah 114 H.
Umur : 57 Tahun
Sebab Kematian : Diracun Hisyam bin Abdul Malik
Makam : Baqi’, Madinah
Jumlah Anak : 8 orang; 6 laki-laki dan 2 perempuan
Anak Laki-laki : Ja’far Shodiq, Abdullah, Ibrahi, Ubaidillah, Reza, Ali
Anak Perempuan : Zainab, Ummu Salamah



Riwayat Hidup

Imamah Muhammad Al-Baqir a.s, bermula sejak terbunuhnya Ali Zainal Abidin a.s. melalui racun. Beliau merupakan Imam pertama yang nasabnya bertemu antara Imam Hassan dan Imam Hussein.Berarti beliau orang pertama yang bernasab kepada Fatimah Az-Zahra’, sekaligus dari pihak ayah dan ibu.Selama 34 Tahun beliau berada dalam perlindungan dan didikan ayahnya, Ali Zainal Abidin a.s. Selama hidupnya beliau tinggal di kota Madinah dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk beribadah mendekatkan diri kepada Allah SWT serta membimbing masyarakat ke jalan yang lurus.Seminggu dari bulan terakhir tahun 57 Qamariah yang lalu, datang berita yang pahit, yang memilukan hati semua, hari ketujuh bulan Zulhijjah, Ummat manusia dan sahabat-sahabat Imam Baqir as. telah mengetahui bahawa musuh-musuh Imam as. telah meracuni Beliau as. dan Imam as. telah disyahidkan. Kini setelah berabad tahun berlalu, namun setiap kali teringat akan peristiwa tersebut, kita akan berduka dan bagi menunjukkan rasa hormat dan kecintaan kepada para Imam as.,pakaian-pakaian hitam kita sarungkan di badan dan kita turut serta dalam majlis-majils memperingatinya.Hari ini, atas kedukaan dan kesedihan anak-anak serta pencinta-pencintanya Imam Baqir as. takziah kami ucapkan.Imam Baqir as. merupakan putera Imam Sajjad as.. IbuNya Fatimah, puterinya Imam Hasan Mujtaba as.. Imam Baqir as. dilahirkan pada 3 Safar di Madinah Al-Munawwarah. Imam as. disebabkan ketinggian Ilmu dan pengetahuanNya melebihi semua Ummat di zamanNya serta penemuan-penemuan rahsia-rahsia besar Ilmu serta penyelesaian-penyelesaian masalah yang rumit yang telah dilakukan oleh Imam as., maka Imam as. telah digelar dengan gelaran “Baqirul ‘Ulum” , yang bermaksud orang yang menemukan ilmu pengetahuan. Imam Baqir as. juga turut hadir dalam peristiwa duka Karbala dimana Imam as. ketika itu hanya berumur 4 tahun. Beliau merupakan salah seorang Imam yang hidup di zaman yang bukan zaman Rasullah saww, namun jauhnya jarak waktu antara beliau dan Rasulullah bukan merupakan alasan untuk merasa jauh dengan beliau saww. Alamah al-Bahrani meriwayatkan sebuah hadis dari Muhammad bin Husein bin Syahzan - melalui jalur Ahlusunah - yang berkata, "Jabir bin Abdullah al-Anshari berdiri dan kemudian bertanya, 'Ya Rasulullah, siapakan para imam dari keturunan Ali bin Abi Thalib itu ?" Rasulullah saaw menjawab, "Hasan dan Husein, dua penghulu pemuda ahli surga; kemudian penghulu orang-orang yang beribadah pada zamannya, yaitu Ali bin Husain; kemudian al-Baqir, Muhammad bin Ali, dan engkau pasti akan menemuinya. Wahai Jabir, jika engkau berjumpa dengannya, sampaikan salamku kepadanya………”

Akhlak Imam as.

Imam Baqir as., sentiasa menyarungkan pakaian yang bersih ke badannya, memakai atar (minyak wangi), berjalan dengan cermat dan berhati-hati, tidak pernah marah dan sentiasa menghormati orang lain. Salah satu daripada sifat-sifat mulia yang dimiliki Imam Baqir as. adalah setiap kali bertemu dengan sahabat-sahabatnya, Imam as. pasti menghulurkan tangan untuk bersalam dan bersabda : Perlakuan ini (berjabat tangan) akan mendekatkan hati dan menambahkan kecintaan serta menghapuskan permusuhan. Dengan akhlak yang mulia inilah telah menyebabkan timbulnya rasa kecintaan ummat kepada Beliau as.. Malah disebabkan perlakuan Imam as. yang sentiasa dengan rasa hormat dan kasih-sayang telah menyebabkan ramai dari musuh-musuh Beliau as. yang sebelum ini berkelakuan buruk apabila berhadapan denganNya kini berubah dengan sangat menghormatiNya malah sebahagian dari mereka telah turut bersahabat dengan Imam Baqir as.




Syahadah Imam as.

Hisham yang merupakan khalifah dan hakim pada zaman Imam Baqir as, telah mengarahkan salah seorang dari orang terdekat dan pengikutnya untuk mensyahidkan Imam as., Lelaki hina tersebut telah meracuni Imam Baqir as. yang menyebabkan kesyahidan Imam as. ketika berusia 57 tahun. Makam mulia Imam Baqir as. adalah di Madinah Munawwarah di Perkuburan Baqi’. Setiap tahun, para haji turut hadir menziarahi empat Imam Gharib yang telah dimakamkan di perkuburan tersebut.Imam Hasan Mujtaba as., Imam Sajjad as., Imam Baqir as. dan Imam Sodiq as., keempat-empat Imam ini telah dimakamkan bersebelahan di Perkuburan Baqi’.

Hari-hari Kesyahidan

Kita di hari syahadahnya Imam as. tercinta kita – dimana kita sangat-sangat mencintainya- untuk menunjukkan kecintaan kita ini, apa yang dapat kita lakukan? Sebahagian mengatakan : Kita turut serta dalam majlis-majlis azadari memperingatinya, sebahagian yang lain mengatakan: kita mengkaji tentang riwayat hidup Imam as. dan menambahkan lagi rasa kecintaan kita buat Beliau as. dan sebahagian lain pula yang berada di dalam rumah-rumah mereka mengatakan : Kita hadiahkan seratus kali selawat buat Imam Baqir as.Semua perkara ini baik, tetapi ketahuilah ada satu lagi perkara yang dapat membuatkan Imam as. kita gembira, ia adalah mari kita sama-sama mengamalkan salah satu arahan perintah Imam as. yang dapat membuatkan kita mengingatiNya. Cuba lakukannya sekali! supaya kita dapat menikmati faedahnya yang banyak.

Sahabat Dan Musuh Sebenar

Imam Baqir as. telah mengungkapkan kata-kata yang sangat indah berkenaan sahabat-sahabat dan pencinta-pencinta sebenarNya. Imam as. dengan mengungkapkan kata-kata ini, telah memisahkan atau membezakan antara sahabat dan musuh. Imam Baqir as. telah bersabda : Barangsiapa yang mengamalkan perintah ALLAH adalah merupakan sahabat kami dan barangsiapa yang meninggalkan perintahNYA dan melakukan dosa, adalah musuh Kami.

Maka, sesiapa yang ingin menjadi sahabat bagi manusia-manusia yang baik dan mulia seperti para Imam as. yang tercinta, maka dari sekarang, ketahuilah bahawa satu-satunya jalan untuk menjadi sahabat kepada Imam as. kita, adalah dengan mencari dan mencapai keredhaan ALLAH swt.

Bersahabat Dengan Orang Faqir

Salah satu pekerjaan yang akan membahagiakan dan menggembirakan ALLAH swt. Dan para Imam as. adalah dengan berbuat baik kepada orang faqir ; mereka-mereka yang dengan sebab yang pelbagai, tidak mempunyai hidup yang baik dan sempurna. Kita mungkin setiap hari, melihat sebahagian daripada mereka. Mungkin mereka berada dalam kalangan kita ini, dikalangan sahabat-sahabat kita, anak-anak dimana dikeranakan kefaqiran kedua ibu bapa mereka, tidak mempunyai pakaian dan makanan yang baik.Tahukah apa yang dapat kita lakukan untuk mereka?melayan mereka dengan baik dan penuh kasih-sayang, dan yang paling sedikit yang dapat kita lakukan adalah bersahabat dan mendengar masalah mereka. Imam Baqir as. yang Beliau as. sendiri sentiasa menolong dan membantu orang yang memerlukan dan melayan mereka dengan hormat dan kasih-sayang, berharap daripada kita semua untuk menyayangi mereka.

Sebuah Rumah Yang Penuh Dengan Zikir (Ingatan) Tuhan

Imam Sodiq as., Putera kepada Imam Baqir as. telah meriwayatkan satu peninggalan dari AyahNya dimana dapat menunjukkan kita satu jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah rumah-tangga dan pelajaran kita.Imam as. bersabda : Setiap kali AyahKu berhadapan dengan masalah yang menyebabkan Beliau as. berduka, Beliau as. akan mengumpulkan isteri dan anak-anakNya dan berdoa serta memohon kepada ALLAH swt. yang Maha Menyelesaikan segala masalah, supaya masalah tersebut terurai dan anak-anakNya akan mengaminkan doa tersebut.Alangkah baiknya jika kita juga dapat mempelajari dan mencontohi Imam as. kita ini, dimana ketika kita berhadapan dengan masalah, kita sama-sama berdoa seisi keluarga dan memohon bantuan daripada ALLAH swt.




Melayan Tetamu

Salah satu pekerjaan yang disukai oleh Imam Baqir as. adalah Imam as. sentiasa berusaha untuk menjemput sahabat-sahabat dan para syiahNya untuk datang ke rumahNya serta melayani mereka. Imam Baqir as. ketika membawa tetamu ke rumahNya, Beliau as. sentiasa berusaha menjamu mereka dengan makanan yang terbaik dan memberi pakaian kepada mereka dengan pakaian yang paling baik supaya mereka semua keluar dari rumah dengan rasa gembira dan bahagia.Imam as. dengan pekerjaan ini telah mengajar kita bagaimana untuk melayan tetamu dan semampu yang boleh melayan mereka dengan penuh kasih sayang dan yang paling baik.

Antara kata-kata mutiara Imam Baqir (as)

“ALLAH menjadikan bagi semua perbuatan yang buruk itu terkunci dan anak kuncinya adalah meminum arak.Namun kebohongan itu lebih jahat dari minum arak.”

“Berhati-hatilah dari kemalasan dan kebosanan sebab keduanya kunci dari segala keburukan. Siapa yang malas tidak akan melaksanakan apa yang menjadi kewajibanya. Sedangkan orang yang bosan tidak akan boleh sabar melakukan kebenaran.”

“Allah Membenci orang yang suka melaknat,mencela dan menghina kaum mukmin”

Khidmat Imam Zaman (as)

No comments: