Popular Posts

Friday, December 12, 2008

Wiladah Al-Imam Ali Al Hadi as




Nama : Ali

Gelar : al-Hadi, al-Naqi

Julukan : Abu al-Hasan al-Tsaalits

Ayah : Muhammad Al-Jawad

lbu : al-Maghrabiah (Samanah)

Tempat/Tgl : Madinah, 15 Dzul-Hijjah/5 Rajab 212 H.

Hari/Tgl Wafat : isnin, 3 Rajab 254 H

Umur : 42Tahun

Sebab Kematian : Diracun Al-Mu'tamad al-Abbasi

Makam : Samara

Jumlah Anak : 5 orang; 4 Laki-Laki dan Perempuan

Anak Laki-laki : Abu Muhammad al-Hasan, al Husein, Muhammad, Ja’far

Anak Perempuan : Aisyah

Tempat lahir

Dari kota risalah dan dari silsilah keluarga teragung dan termulia, lahirlah Ali al-Hadi bin Imam Muhammad al- Jawad. Buah kesepuluh dari kebunya wilayat, yang kedua belas dari manusia suci dan bersih, anak pertama Imam kesembilan telah lahir di salah satu tempat di Madinah Munawwarah, di tempat yang bernama "Suriya" Tahniah ke atas Ahlul Bayt Nubuwwah atas kelahiran suci ini.

Nama dan gelaran Imam

Nama sucinya adalah nama yang tercantik seperti nama-namanya keluarga Nubuwwah sebelumnya.Beliau as. Dinamakan dengan nama ALI as. Antara gelaran-gelaran suci Imam as. Adalah Hadi, Nasihul 'Alam (penasihat alam), Faqih, Amin, Askari, Dalil, Fattah, Naqi dan Murtadha. Imam as. Terkenal dikalangan syiah-syiahnya dengan gelaran Hadi.


keadaan Haram selepas di bom al qaeda dan wahabi laknat

Bonda Imam Hadi as.

Imam hadi as. Adalah anak pertama Imam Jawad as. Bondanya kesayangannya adalah Samanah dari keturunan raja Rom yang telah menjadi tawanan askar muslimin dan telah bebas sebagai Ummu Walad serta telah menajdi isteri bagi Imam kesembilan as. Beliau telah banyak berkorban, penyayang, solehah, suci dan menjadi tulang belakang dan penyokong Imam dan wilayat Ilahi.

Ilmu Imam HAdi as.

Gabenor Madinah Munawwarah telah memilih seorang ulama pilihannya yang bernama Junaidi. Ketika Junaidi mengajar Imam Ali Hadi, dia dapati Imam Ali Hadi seorang yang sangat pintar dan mempunyai ilmu luar biasa.




Suatu hari Muhammad bin Ja’far menemui Junaidi dan bertanya tentang perkembangan Imam Ali Hadi. Junaidi menjawab:

“Engkau menyangka beliau seorang kanak-kanak, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang yang mempunyai ilmu laduni. Ketika aku membahaskan satu bab ilmu, beliau telah menambahnya dengan ilmu –ilmu yang belum aku dengar sehingga aku pula yang belajar daripadanya. Orang Madinah Munawwarah menganggap aku mengajar Imam Ali Hadi, tetapi sebenarnya akulah yang belajar pelbagai ilmu daripadanya.”

Di waktu lain Muhamaad bin Ja’far bertemu Junaidi dan menanyakan lagi hal Imam Ali Hadi. Junaidi menjawab:

“Aku berharap janganlah engkau bertanya perihal Imam Ali Hadi lagi. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang alim dan yang terbaik antara penduduk Madinah Munawwarah. Suatu ketika sebelum Imam Al Hadi memasuki biliknya, aku menyuruhnya membaca beberapa surah Al-Quran terlebih dahulu lalu beliau membaca surah yang aku suruh dan ketika itu beliau membaca dengan bacaan yang fasih dan suaranya sungguh merdu sekali. Belum pernah aku mendengar orang membaca Al-Quran semerdu Imam Ali Hadi. Walaupun usianya masih kanak-kanak tetapi beliau telah pun menghafal keseluruhannya berserta asbabun nuzul dan tafsirannya sekali. Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan ilmu laduni kepada Imam Ali Hadi.”


Samarra menjadi Baqi ke dua


Imam Hadi as. Merupakan anak lautnya ilmu dan makrifat, buahnya pohon Imamat dan wilayat. Umpama Ayahnya yang mempunyai kelebihan dan ilmu yang luas, Imam hadi as. Selepas 7 tahun dibesarkan di dalam rumah Wilayat dan tarbiyah Ilahi, selepas wafat dan syahid Ayahnya, ilmu dan pengetahuan agama Imam as. Adalah yang paling berkilauan ketika itu dan Beliau as. Adalah orang yang menyelesaikan segala masalah feqah dan ilmu dengan ketinggian dan kehebatan ilmu pengetahuannya.

Mampu Berbicara pelbagai Bahasa

Keupayaan dan kemampuan serta ilmunya Ahlul bayt Risalah yang wujud didalam diri para Imam dan Auliya' Ilahi adalah berpunca dari wahyu dan Ilham dimana ia wujud sejak azali dan tidak dimiliki oleh manusia biasa; ini dikeranakan mereka membesar dibawah wahyu Ilahi dan bersedia bagi menghidayah manusia. Imam Hadi as., Imam kesepuluh syiah, sejak kecil memiliki ilmu Ilahi. Dalam beberapa keadaan dan peristiwa, di Negara Arab, apabila bercakap dengan seorang berbangsa Turki, Imam menggunakan bahasa Turki, dalam waktu lain, ketika Imam as. berbicara dengan Ali bin Mahziyar Ahwazi dengan berbahasa Farsi umpama Imam adalah seorang yang berbangsa Farsi ( Iran ).

Cara Hidup Imam as.

Imam Hadi as. sentiasa hidup besederhana dan sentiasa bergaul dengan masyarakat. Imam as. merupakan contoh dan teladan yang terbaik buat semua.Walaupun Imam Ali Hadi seorang pemimpin Islam yang mulia, namun beliau sering kelihatan melakukan kerja-kerja harian seperti berkebun dan sebagainya.




Suatu ketika Ali bin Hamzah meriwayatkan:

“Pada satu hari saya melihat Imam Ali Hadi sedang menyangkul di kebunnya yang ketika itu cuaca begitu panas sekali sehingga peluh membasahi tubuhnya. Lalu aku menghampirinya dan berkata, “Kenapa anda bersusah-payah? Di manakah pekerja-pekerja anda?” Imam Ali Hadi menjawab, “Inilah pekerjaan mulia yang telah dilaksanakan oleh bapa dan nenek moyangku.”

“Siapakah mereka itu?” Tanyaku. Imam Ali Hadi menjawab, “Bapaku Imam Muhammad Jawad, Saidina Husin, Saidina Ali dan Rasulullah. Mereka menggunakan tangan mereka yang suci untuk melakukan kerja-kerja di kebun dan ini adalah sunah Rasul dan pekerjaan orang yang soleh.”

Kenapa mereka digelar Askari?

Imam Ali Naqi as. dan puteranya Imam Hassan Askari as.telah dikawal dan dikepung di Samarra , dan dikeranakan Samarra adalah markaz askar Abbasi sehingga zamannya Mutawakkil, maka Imam Hadi as. dan puteranya as. digelar dengan nama tersebut.

Karamah Imam Al Hadi as.

Suatu hari salah seorang jiran Imam Ali Hadi yang mahir perihal ukir-mengukir bernama Yunus telah datang berjumpanya dalam keadaan takut dan cemas.

“Kenapa anda kelihatan cemas dan takut wahai Yunus!” Tanya Imam Ali Hadi. Yunus menjawab:

“Seorang teman saya yang bernama Musa bin Bagha telah menyuruh saya mengukir di atas sebuah batu miliknya. Batu miliknya juga sangat tinggi nilainya. Tiba-tiba ketika saya sedang mengukir di atas batu tersebut, ia telah pecah dan terbelah menjadi dua. Esok dia akan datang mengambil batu tersebut. Jika dia mengetahui hal ini pasti saya akan dibunuh.” Imam Ali Hadi menjawab:

“Sekarang pulanglah ke rumah dan tenangkan fikiranmu. Esok Insyaallah sesuatu yang baik akan berlaku ke atas anda.”

Keesokan hari pagi-pagi lagi Yunus telah berjumpa dengan Imam Ali Hadi dalam keadaan khuatir kerana Musa akan datang untuk mengambil batu ukiran miliknya. Imam Ali Hadi menjawab:

“Usahlah bimbang! Pergilah berjumpa dengan Musa. Dengarlah apa yang akan diperkatakannya kelak. Sesungguhnya perkataannya akan menyebabkan anda bergembira.” Lalu Yunus pun berlalu dan menurut kata Imam Ali Hadi dan tidak lama kemudian dia kembali menemui Imam Ali Hadi dalam keasaan gembira sambil berkata:

“Wahai junjunganku! Saya telah menemui Musa dan dia telah berkata, “Wahai Yunus! Sesungguhnya jiranku telah berselisih pendapat tentang batuku itu. Jadi bolehkah engkau bahagikan batu tersebut menjadi dua bahagian semoga perselisihan antara kami akan selesai.” Imam Ali Hadi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan berkata, “Apakah jawapan anda kepada Musa?” Yunus menjawab, “Berilah aku masa untuk melakukan hal tersebut.” Imam Ali Hadi memuji jawapan Yunus. Di waktu yang lain ada seorang wanita menghadap istana Khalifah al-Mutawakkil dan mengaku bahawa dia adalah Zainab anak Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Khalifah al-Mutawakkil terkejut dan berkata:

“Sesungguhnya Zainab telah lama meninggal dunia dan engkau kelihatan masih begitu muda.” Wanita tersebut menjawab:

“Sesungguhnya Rasulullah telah meletakkan tangan baginda di atas kepalaku dan berdoa bahawa setiap 40 tahun aku akan kembali muda.” Kemudian Khalifah al-Mutawakkil memanggil kesemua Bani Abu Thalib dan mereka menyatakan bahawa wanita ini telah berdusta. Namun wanita tersebut tetap dengan pendiriannya. Akhirnya mereka mencadangkan kepada Khalifah al-Mutawakkil supaya perkara ini disampaikan kepada Imam Ali Hadi semoga beliau dapat menyelesaikan masalah yang rumit ini. Lalu Imam Ali Hadi pun dipanggil untuk berhujah dengan wanita tersebut. Setelah dipertemukan Imam Ali Hadi berkata:

“Sesungguhnya Zainab anak Fatimah az-Zahra’ telah lama meninggal dunia. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra’, sesungguhnya keturunan Fatimah az-zahra’ tidak takut kepada binatang buas dan binatang buas pula tidak akan makan daging keturunan Fatimah az-Zahra’. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra’ sila masukkan dia ke dalam sangkar singa yang buas.”

“Apa pendapat anda wahai wanita!” Tanya Khalifah al-Mutawakkil.

“Adakah kerana sebab ini dia ingin membunuh aku?” Sangkal wanita tersebut.

Imam Ali Hadi menjawab:

“Di sini terdapat ramai dari keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Jika mahu kita boleh suruh salah seorang daripada mereka masuk ke dalam sangkar singa sehingga segala kebenaran terbukti.” Wajah mereka yang berketurunan Fatimah az-Zahra’ menjadi agak cemas lalu salah seorang dari mereka berkata:

“Wahai junjunganku! Kenapa anda sendiri tidak cuba untuk masuk ke dalam sangkar singa tersebut?” Imam Ali Hadi bersetuju dengan cadangan salah seorang dari mereka dan setelah sangkar dan singa yang buas disediakan, beliau pun masuk ke dalam sangkar tersebut. Imam Ali Hadi duduk dalam sangkar dan singa yang amat buas tersebut seolah-olah menjadi jinak dan menundukkan muka tanda hormat kepadanya. Imam Ali Hadi membelai kepala singa tersebut dan mengarahkannya beredar ke tepi. Tanpa disangka-sangka singa tersebut menjadi jinak dan terus menurut perintahnya. Para pembesar dan Khalifah al-Mutawakkil terpegun melihat keramat yang dimiliki oleh Imam Ali Hadi dan dengan segera mereka menyuruh Imam Ali Hadi keluar dari sangkar singa kerana khuatir akan dilihat oleh rakyat jelata. Kemudian Imam Ali Hadi berpaling kepada orang ramai dan berkata:

“Siapa antara anda yang mengaku dari keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah, silalah masuk ke dalam sangkar ini.” Akhirnya wanita tersebut mengaku bahawa dia bukan dari keturunan Fatimah az-Zahra’. Dia berbuat demikian kerana kemiskinan yang dialaminya. Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah dan dia mengarahkan supya wanita tersebut dicampakkan ke dalam sangkar singa yang buas lagi kelaparan. Ibu Khalifah al-Mutawakkil yang melihat kejadian itu meminta anaknya memaafkan wanita tersebut. Akhirnya wanita tersebut terselamat dari dibaham oleh singa yang buas gara-gara hanya mengaku keturunan Fatimah az-Zahra’.

Penguasa Bani Abbasiyah

Menurut catatan sejarah Khalifah al-Mutawakkil sangat membenci keturunan Ali bin Abi Thalib dan Ahlul Bait Rasul.

Nama sebenar Khalifah al-Mutawakkil ialah al-Mutawakkil Ja’far bin al-Mu’tashim. Dia memegang jawatan khalifah setelah kematian Khalifah al-Watsiq pada tahun 232 Hijrah. Khalifah al-Mutawakkil sangat menaruh dendam dan benci terhadap keturunan Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Khalifah al-Mutawakkail memperlakukan mereka dengan begitu kejam sehinggakan bantuan metarial telah disekat. Orang ramai juga dicegah memberi bantuan dan meringankan beban mereka. Inilah tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang Khalifah al-Mutawakkil semenjak pemerintahan Abasiah berkuasa. Antara kekejaman Khalifah al-Mutawakkil terhadap Ahlul Bait Rasul boleh digambarkan seperti berikut.

1. Kebencian Khalifahal-Mutawakkil kepada keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib dan sentiasa berupaya untuk mencela dan menghinanya.

2. Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam dan tempat ibadah di sekitarnya dirobohkan serta menghukum sesiapa yang menzirahi makam tersebut.

3. Melakukan sekatan ekonomi terhadap keturunan Ahlul Bait atau Alawiyin dan mencegah orang ramai menolong mereka sehingga ada yang kelaparan.

4. Mempersulit kehidupan para Imam Ahlul Bait, khususnya Imam Ali Hadi dan memaksanya berpindah dari Madinah al-Munawwarah untuk ditempatkan di kem Sammara’ supaya mudah diawasi.

5. Khalifah al-Mutawakkil berniat untuk membunuh Imam Ali Hadi kerana rakyat mulai berpihak kepadanya.

6. Khalifah al-Mutawakkil berusaha untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpihak kepada Imam Ali Hadi.

Ibnu Atsir menyebutkan bahawa Khalifah al-Mutawakkil sangat membenci keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib. Ketika beliau mendengar ada sesiapa yang berpihak kepada keturunan Saidina Ali bin Abi Thalib maka diperintahkan supaya ditangkap dan hartanya dirampas. Khalifah al-Mutawakkil juga sangat membenci para khalifah terdahulu iaitu bekas Khalifah al-Ma’mun, Khalifah al-Mu’tashim dan Khalifah al-Watsiq kerana mereka berpihak kepada Ahlul Bait Rasul.

Suatu ketika seorang ahli nahu terkenal bernama Ya’qub bin Ishaq telah dihadapkan di depan ke Istana dan Khalifah al- Mutawakkil pun berkata:

“Manakah yang engkau lebih cintai? Di antara Al-Mu’taz dan al-Muayyad (keduanya anak Khalifah al-Mutawakkil) atau Saidina Hasan dan Saidina Husin?” Ya’qub bin Ishaq menyebut kekurangan kedua putera al-Mutawakkil dan menyebut kemuliaan yang dimiliki oleh Saidina Hasan dan Saidina Husin. Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah lalu memerintahkan Orang Turki yang ada di situ supaya memijak perut Ya’qub bin Ishaq dan setelah dia kembali ke rumah tidak lama kemudian dia meninggal dunia.

Ibnu Atsir juga menyebutkan bahawa pada tahun 236 Hijrah, Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam Saidina Husin di Karbala dirobohkan. Malahan rumah-rumah dan bangunan yang ada disekitarnya juga diarahkan supaya dirobohkan. Khalifah al-Mutawakkil memerintahkan supaya anak-anak sungai digali dan pokok-pokok ditanam di atas perkuburan Saidina Husin. Dia juga melarang orang ramai menziarahi makam yersebut. Seorang utusannya lalu menyeru kepada penduduk setempat dengan berkata:

“Barang siapa yang didapati berada di makam Saidina Husin setelah tiga hari nanti kami akan tangkap dan memenjarakannya di penjara bawah tanah.”

Abu Abas Fadhl bin Ahmad bin Israil al-Katib pula menceritakan:

“Wahai Abu Said! Aku akan ceritakan kepadamu sesuatu yang telah diceritakan oleh ayahku. Ayahku berkata, “Pada suatu hari aku bersama al-Mu’taz (putera Khalifah al-Mutawakkil) masuk menghadap istana. Al-Mu’taz berdiri di hadapan sementara aku berdiri di belakangnya. Tugasku adalah menyambut kedatangannya dan mempersilakannya duduk. Sidang perbincangan di istana berjalan agak lama. Para pengawal pula bersilih ganti. Aku melihat wajah Khalifah berubah-ubah dari masa ke semasa. Ketika Khalifah berhadapan dengan al-Fatah bin Khaqan dia berkata, “Engkau masih mengatakan hak ke atasnya (Imam Ali Hadi).” Al-Fatah bin Khaqan menghadap Khalifah lalu berkata, “Mereka telah memfitnahnya wahai Tuanku!” Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah lalu berkata, “Aku akan bunuh orang yang suka menentang kerajaanku.” Tidak lama kemudian Khalifah al-Mutawakkil berkata lagi, “Bawakan kepadaku empat orang asing.” Lalu dibawa masuk empat orang asing (yang tidak tahu berbahasa arab) dan diberikan setiap seorang sebilah pedang supaya membunuh Imam Ali Hadi.” Ketika itu aku sedang berdiri di belakang al-Mu’taz yang berselindung di sebalik langsir istana dan tiba-tiba Imam Ali Hadi pun masuk menghadap. Orang ramai berdiri tanda hormat dan menyambut kedatangannya. Aku melihat bibir Imam Ali Hadi bergerak-gerak membaca sesuatu dan wajahnya bercahaya tanpa kelihatan cemas. Ketika Khalifah al-Mutawakkil melihat Imam Ali Hadi, lalu Khalifah pun turun dari singgahsana dan menyambut kedatangan beliau sambil mencium pipinya. Sambil memegang pedang Khalifah al-Mutawakkil berkata, “Wahai junjunganku! Wahai putera Rasulullah! Wahai sebaik-baik manusia! Wahai Abu Hasan! (gelaran Imam Ali Hadi) Apa yang membuat anda datang di kala ini?” Imam Ali Hadi menjawab, “Utusanmu datang ke rumahku dan mengatakan, Khalifah al-Mutawakkil menjemput anda.” Khalifah al-Mutawakkil berkata, “Dia telah berdusta dan kembalilah ke rumahmu wahai junjunganku!” Empat orang asing yang berada di situ pun tidak disangka-sangka terus menghormati Imam Ali Hadi. Setelah beliau keluar dan pulang ke rumah, Khalifah al-Mutawakkil meminta penterjemah supaya menanyakan kepada empat orang asing tadi mengapa mereka tidak jadi untuk membunuh Imam Ali Hadi. Orang asing tadi menjawab, “Kami melihat di sekeliling Imam Ali Hadi terdapat 100 bilah pedang yang berjalan di sampingnya, tetapi kami tidak nampak orang yang membawa pedang-pedang tersebut. Sebab itulah kami mebatalkan hasrat untuk membunuh Imam Ali Hadi sehingga kami merasa gerun dan takut.”

Syahid Al Imam Ali Hadi as

Di zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’taz, Imam Ali Hadi telah diancam dengan pelbagai ancaman. Khalifah al-Mu’taz telah merancang untuk membunuh Imam Ali Hadi dan pada 3 haribulan Rejab tahun 254 Hijrah, Imam Ali Hadi telah diracun oleh seorang utusan Khalifah al-Mu’taz yang menyebabkan beliau meninggal dunia dalam beberapa jam setelah diracun. Ketika itu usia beliau baru menjangkau 42 tahun. Imam Ali Hadi tidak meninggalkan harta. Beliau meninggalkan empat orang anak lelaki bernama Imam Hasan Askari, al-Husin, Muhammad dan Ja’far serta seorang anak perempuan bernama Aisyah. Imam Ali Hadi telah dimakamkan di dalam rumah beliau di Samarra’. Para pengikut beliau telah mendirikan masjid dan bangunan disekitar makamnya. Semenjak itu orang ramai mulai menziarahi makam Imam Ali Hadi demi untuk mengenang jasa dan mengambil berkat dari ilmu yang dimiliki. Sehingga kini makam Ali Hadi telah dikunjungi oleh pelbagai masyarakat dari seluruh pelusuk dunia.




Antara kata-kata mutiara Imam Ali Hadi adalah seperti berikut:-

1. “Barang siapa yang rendah keperibadiannya maka berhati-hatilah dari kejahatannya.”

2. Dunia ini laksana pasar. Ada yang untung dan ada yang rugi.”

3. Barang siapa yang rela dengan apa yang ada pada dirinya, akan banyaklah yang memusuhinya.”

4. Kefakiran itu adalah kesempitan jiwa dan perasaan berputus-asa.”

5. Yang lebih baik dari kebaikan adalah pelakunya, yang lebih indah dari keindahan adalah pembicaranya, yang lebih unggul dari ilmu adalah pemiliknya, yang lebih buruk dari kejahatan adalah penyebabnya dan yang lebih dahsyat dari bencana adalah pelakunya.”

6. Allah tidak boleh disifatkan kecuali dengan apa yang Allah sifatkan untuk diriNya. Mana mungkin disifatkan Zat yang pancaindera tidak dapat melihatNya dan angan-angan tidak sanggup menggapaiNya. Sedangkan lintasan fikiran juga tidak dapat membatasiNya. Dan penglihatan tidak akan mampu mencangkupNya.”

7. Barang siapa yang menganggap bahawa dirinya dalam keadaan mujbar (di paksa oleh takdir) ketika melakukan dosa, bererti dia telah menisbatkan dosanya kepada Allah dan menganggap Allah telah melakukan zalim ketika menyeksanya.”

8. Apabila suatu zaman di mana kebaikan lebih banyak dari keburukan, maka tidak boleh seseorang menyangka jahat kepada orang lain, sehingga dia tahu akan kebenarannya. dan apabila suatu zaman kejahatan lebih bermaharajalela daripada kebaikan, maka tidak diperbolehkan seseorang menyangka kebaikan seseorang hingga tahu benar dalam tindak-tanduk perbuatan baiknya itu.”

9. Barang siapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencari kebenaran akan di kira dalam kebaikan walau belum mendapatkannya dengan sempurna, Sesuai dengan firman Allah; “ …Dan barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya kemudian kematian menimpanya, maka sungguhnya telah tetap pahalanya disisi Allah ….” [1]

10. “Barang siapa yang takut kepada Allah, akan disegani dan barang siapa taat kepadaNya maka dia akan ditaati”

11. “Sifat dengki itu penghancurkan segala kebaikan dan menyebabkan kebencian terhadap pelakunya.”

12. Derhaka itu boleh menyebabkan kekurangan (dalam segala hal) dan boleh menyebabkan kehinaan.”

13. “Cacian itu kunci dari segala kebencian, walaupun ia lebih ringan dari perasaan dengki.”

14. Barang siapa mentaati Allah maka dia tidak akan menghiraukan kemarahan makhluk dan barang siapa yang memarahkan Allah akan mengakibatkan kebencian manusia.”

15. Sesungguhnya seorang guru dan murid adalah lakasana dua sejoli dalam menggapai kebenaran.”

16. Bangun malam itu akan menambahkan lazatnya tidur dan lapar itu akan menambah lazatnya hidangan.”

17. Ingatlah masa kematianmu di hadapan keluargamu, manakala masa itu tidak ada doktor yang boleh mencegahnya dan tidak pula sahabat yang dapat memberikan manfaat bagimu.”

18. Barang siapa mengerjakan suatu pekerjaan yang diperintahkan oleh agama, namun tidak yakin akan kebenarannya maka Allah tidak akan menerima pekerjaan tersebut kecuali jika disertai niat yang baik.”

19. Barang siapa yang merasa tenang dari pembalasan Allah dan seksa hukumannya, sesungguhnya dia telah takabur sehingga saat ketentuan dan perintah Allah dilaksanakan. Barang siapa yang melihat bukti-bukti yang jelas dari Tuhannya, maka akan merasa ringanlah baginya segala musibah di dunia walaupun tubuhnya dicincang atau digergaji.”

20. Jika anda ingin kenikmatan itu tidak hilang maka gunakanlah di jalan yang baik dan carilah tambahannya dengan bersyukur ke atasnya.”

21. “Allah menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan akhirat sebagai tempat balasan. Dijadikannya ujian di dunia sebagai sebab dapatnya pahala di akhirat dan dijadikannya pahala di akhirat sebagai ganti atas ujian yang di terima di dunia.”

22. Jika Allah menginginkan kebaikan dari seseorang akan diberinya kelapangan untuk menerima suatu teguran.”

23. Sesungguhnya seorang bodoh yang ada dalam kebenaran boleh menyebabkan kebodohannya memadamkan cahaya kebenaran.”

24. “Antara syair Imam Ali Hadi yang ditujukan kepada Khalifah al-Mutawakkil:

Mereka mendirikan rumah di puncak-puncak bukit yang dijaga rapi oleh para askar yang gagah, namun itu semua sudah tiada berguna lagi. Kemudian mereka di bawa ke kubur dan di sanalah seburuk-buruk tempat baginya. Tiba-tiba seseorang datang dan memanggil-manggil setelah dikebumikannya. Di manakah emas-emas, mahkota-mahkota dan baju-baju yang cantik. Di manakah wajah-wajah yang mendapat nikmat yang banyak. Yang dengannya boleh mendapatkan sesuatu tanpa kesulitan dan kepayahan. Dengan jelas kubur itu mengungkapkan perkhabaran keadaan mereka. Itulah wajah-wajah yang kini sedang dipatuk oleh ular-ular yang saling berebutan. Telah lama mereka hidup dan menikmati masa hidupnya. Kini setelah mereka merasakan nikmat itu, mereka jadi santapan ular-ular. Lama mereka bina rumah-rumah megah untuk didiami, namun rumah-rumah tersebut telah diwariskan untuk keluarganya setelah permergiannya. Telah lama mereka menimbun harta dan hanya menyimpannya. Kini harta tersebut telah di tinggalkan dan jadi rebutan musuh-musuhnya.”

25. Kekayaan itu adalah sedikitnya angan-anganmu serta rela dengan apa-apa yang mencukupimu.”

26. Marah terhadap orang yang berada dalam lingkungan kekuasaanmu adalah satu pencerobohan.”

27. Orang yang bersyukur kerana seuatu nikmat akan lebih merasa bahagia dengan rasa syukurnya dibandingkan nikmat yang diterimanya. Sebab nikmat itu hanya kesenangan, sedangkan syukur adalah satu nikmat yang sekaligus mendapat pahala.”

28. Manusia di dunia mendapat kejayaan dengan harta manakala di akhirat dengan amalan”

29. “Berhati-hatilah dengan perasaan dengki, sebab ia hanya akan menampakkan aibmu dan tidak berpengaruh kepada musuhmu.”

30. “Sesungguhnya hikmah itu tidak berguna bagi orang yang bersifat jahat.”

31. “Sifat suka berdebat dapat merosakkan persahabatan yang sudah terjalin lama.”

32. Jangan anda minta kejernihan (hubungan) dari orang yang anda cemari dirinya dan jangan mengharapkan tepatnya janji dari orang yang pernah anda tipu.”

33. Orang yang keras kepala hanyalah akan menjadi suruhan dirinya. Sedangkan orang yang bodoh akan menjadi suruhan lisannya.”

34. Orang yang sering mengasihanimu dan memberikan pendapat kepadamu, maka taatilah dia.”

35. Bersenda gurau dalam pembicaraan itu adalah gurauan orang yang dungu yang hanya di lakukan oleh orang yang bodoh.”

36. “Sifat ujub (bangga diri) akan merosakkan pencari ilmu dan akan menyebabkan kekurangan dan kejahilan.”

37. “Sesungguhnya seorang yang zalim yang berhati lembut itu hampir-hampir tertiup cahaya kebenaran kerana kejahilannya.”

38. “Barang siapa yang menganggap ringan terhadap hawa nafsunya maka janganlah merasa tenteram dari kejahatannya.”


No comments: