Popular Posts

Thursday, November 27, 2008

Imam Muhammad Al Jawad (as)






Nama : Muhammad
Gelar : Al-Jawad, Al-Taqi
Julukan : Abu Ja'far
Ayah : Ali Ar-Ridha
Ibu : Sabikah (khaizuran)
Tempat/Tgl Lahir : Madinah, 10 Rajab 195 H.
Hari/Tgl Wafat : Selasa, Akhir Dzul-Hijjah 220 H.
Umur : 25 Tahun
Sebab kematian : diracun istrinya
Makam : Al-Kadzimiah
Jumlah Anak : 4 Orang; 2 laki-laki dan 2 perempuan
Anak Laki-laki : Ali, Musa
Anak Perempuan : Fatimah, Umamah


Riwayat Hidup

Ahlul Bait Nabi saww yang akan kita bincangkan adalah Muhammad al Jawad. Beliau adalah putra Imam Ali Ar-Ridha a.s. yang dikenali sebagai orang yang zuhud, alim serta ahli ibadah. lbunya Sabikah berasal dari kota Naubiyah. Di masa kanak-kanaknya beliau dibesarkan diasuh dan dididik oleh Ayahandanya sendiri selama 4 tahun. Kemudian Ayahandanya dipaksa pindah dari Madinah ke Khurasan. ltulah pertemuan terakhir antara beliau dengan ayahnya.Sejak tanggal 17 Safar 203 Hijriah, Imam Muhammad aL-Jawad memegang tanggung jawab keimaman atas pernyataan ayahandanya sendiri serta titah dari Ilahi.Beliau hidup di zaman peralihan antara al-Amin dan al-Makmun. Beliau juga mendengar pengangkatan ayahnya sebagai putra mahkota yang mana kemudian mendengar berita tentang kematian ayahnya.

Telah tertulis didalam sejarah bahawa Ma’mun berkehendak Imam Jawad as. ke Baghdad selepas kesyahidan Ayah Mulianya Imam Reza as. , Imam Jawad as. selama berada di Baghdad sentiasa dalam keadaan berduka dan tersiksa atas perlakuan Ma’mun. Imam as. telah memohon daripada Ma’mun untuk pergi Haji di Baitullah dan dari sana ke Madinah untuk menziarahi Datuknya. Imam as tinggal di Madinah sehingga kematian Ma’mun dan Mu’tasim, adik Ma’mun telah merampas kuasa kekhalifahan. Peristiwa ini berlaku pada 17 Rejab tahun 217 Hijrah. Mu’tasim selepas menaiki takhta kekhalifahan, merasakan hasad dengki apabila mendengar dan melihat fadhilat-fadhilat dan kesempurnaan-kesempurnaan Imam dari semua segi yang merupakan sumber kebahagiaan dan kebaikan dan mengambil kuputusan bahawa Imam as mesti dihapuskan. Mu’tasim mengarahkan Imam as untuk pulang ke Baghdad dan Imam Jawad as sebelum meninggalkan Madinah (tidak ada jalan lain) telah mengkhabarkan bahawa Imam Ali An-Naqi sebagai pengganti khalifah selepasnnya dan Imam as telah mengambil baiat para syiah dan sahabat-sahabatnya.Imam Jawad as telah menunjukkan tanda-tanda kesyahidan dan melakukan salam perpisahan dengan putera tercintanya as serta dengan hati yang luka menziarahi kubur Datuk sucinya saww dan terus bergerak ke Baghdad.Imam Jawad as tiba di Baghdad pada tanggal 28Muharram tahun 220 Hijrah dan Mu’tasim telah mensyahidkan Imam as pada akhir tahun yang sama dengan racun.



Terdapat perbezaan riwayat tentang bagaimana kesyahidan Imam Jawad as. tetapi riwayat yang paling mahsyur adalah Imam Jawad as telah diracuni oleh isterinya sendiri Ummul Fazl, anak Ma’mun atas arahannya Mu’tasim, Ummul Fazl membelakangi Imam as adalah disebabkan Imam as mempunyai isteri dan hamba perempuan yang lain serta Bondanya Imam Ali An-Naqi as disisi Imam Jawad as adalah lebih baik darinya.Disebabkan ini, Ummul Fazl ketika masa hidup ayahnya sentiasa mengadu domba tetapi Ma’mun tidak menghiraukannya, ini adalah kerana selepas kesyahidan Imam Reza as Ma’mun tidak lagi melihat bahawa mengganggu dan menyiksa Ahlul Bait Risalah (keluarga Rasul saw) adalah sesuatu yang baik bagi pemerintahannya.Walau bagaimanapun, satu malam Ummul Fazl telah datang menemui ayahnya dan mengadu berkenaan Imam Jawad as bahawa Imam as telah mengahwini seorang wanita dari keturunannya Ammar Yasir dan bercakap buruk berkenaan Imam as,Ma’mun dimana ketika itu dalam keadaan mabuk lantas marah dan mencapai pedangnya langsung pergi menyerang Imam Jawad as. malah telah memukul Imam as dengan pedang tersebut beberapa kali dimana semua berpendapat badan Imam Jawad as pasti luka parah namun pagi esoknya mereka melihat Imam as dalam keadaan sempurna sihat dan tidak ada langsung kesan luka umpama cerita yang didengar hanya khabar dusta semata.Telah diriwayat didalam Kitab ‘Uyunil Mu’jizat bahawa selepas Imam Jawad as sampai di Baghdad dan Mu’tasim mengetahui tentang kemarahan dan kebenciannya Ummul Fazl ke atas Imam as, Mu’tasim telah memujuk Ummul Fazl untuk meletakkan racun di dalam makanannya Imam Jawad as.Ummul Fazl telah meletakkan racun didalam anggur dan menghidangkan dihadapan Imam Mazlum as. Imam disebabkan telah memakan anggur tersebut, kesan racun tersebut telah merebak ke seluruh badan Imam as. dan Ummul Fazl selepas melihat keadaan Imam as terus menyesal dan mula menangis dan meraung.Imam Jawad as lalu bersabda : sekarang kamu menangis selepas membunuhku, Demi Tuhan kamu akan ditimpa bala dimana tidak ada ubat dan penyembuh baginya.






Kemudian Jenazah Imam as telah dimandikan serta dikafankan dan telah dibawa ke perkuburan Quraish dan dimakamkan di belakang makam DatukNya, Imam Musa as dan dari pandangan zahir, Wasiqu Billah yang telah menyembahyangkan jenazah Imam as tetapi yang sebenarnya Imam Ali An-Naqi as telah datang dari Madinah secara Thiyul Ardh (mukjizat), dan Beliau as lah yang telah memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan serta menguburkan AyahNya, Imam Jawad as, dan didalam Kitab Bashairul Darajat telah diriwayatkan dari seorang lelaki yang pernah sentiasa bersama Imam Taqi as telah berkata : Ketika Imam Taqi as berada di Baghdad, dan kami ketika itu duduk bersama Imam Ali An-Naqi as yang masih kecil dan Beliau as sedang membaca tulisan AyahNya, tiba-tiba Imam as berdiri dan masuk ke rumah dan kami mendengar suara tangisan dan rintihan dari rumah Imam as dan beberapa minit kemudian Imam as keluar dan kami bertanyakan tentang kejadian tersebut, Imam as bersabda bahawa ketika ini Ayah kesayanganku telah syahid, aku berkata : Bagaimana kamu mengetahuinya? Imam as bersabda : dari Kebesaran dan Ketinggian Hak Taala telah menyebabkan aku merasakan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah aku rasakannya dan dari keadaan ini aku telah mengetahui bahawa Ayahku telah wafat dan Imamah telah diturunkan kepadaku. Kemudian beberapa waktu selepas itu, telah sampai khabar tentang kembaliNya Imam Jawad as ke Rahmatullah dan berkenaan tarikh kewafatan Imam Jawad as. terdapat perbezaan riwayat, dan yang paling mahsyur, kesyahidan Imam as adalah pada akhir bulan Zulkaedah tahun 220 Hijrah dan sebahagian meriwayatkan pada 6 Zulhijjah dan ini berlaku dua tahun setengah selepas kematian Ma’mun. Mas’udi pula meriwayatkan Imam as telah syahid pada 5 Zulhijjah tahun 219 Hijrah ketika berusia 25 tahun beberapa bulan.





Antara kata-kata mutiara Imam Jawad (as).
“Seandainya orang yang bodoh itu diam,tentu manusia tidak akan berpecah-pecah.”
“Lemah lembut merupakan pakaian seorang yang alim,maka janganlah sampai anda tidak memakainya”
“berhati-hatilah dari berteman dengan orang yang berperangai jahat,kerana dia laksana pedang yang indah di pandang namum buruk akibatnya”
“Kita tidak akan mendapatkan kecintaan daripada ALLAH,kecuali dengan mendapat kebencian dari kebanyakan manusia”
Eltimasi Doa..

Disediakan oleh

Fatimah Az Zahraa

Jamae Az-Zahra Qom,Iran

No comments: