Kami tidak akan memanjangkan untuk menerangkan topik ini secara sia-sia. Dan kami tidak pula berniat untuk membincangkan perkara yang tidak ada kaitan dengannya. Sebenarnya tajuk ini adalah tajuk yang terpenting yang wajib kami membentangkannya untuk menerangkan kedudukan mazhab Ahlul Bayt AS.
Sesungguhnya masalah yang berdiri di hadapan pengkaji ialah menuduh Syi'ah mencaci sahabat [1] atau mengkafirkan mereka. Kami telah menjelaskan beberapa kali bahawa segala-galanya lembali kepada faktor-faktor political yang tidak ada kaitan dengan kedudukan yang sebenarnya, kerana nama Syi'ah berkait rapat dengan keluarga Muhammad AS. Dan Syi'ah adalah pembantu-pembantu mereka. Dan keluarga Muhammad (Ali Muhammad) AS merupakan penentang utama kepada pemerintah-pemerintah yang zalim. Maka di atas dorongan politiklah hati orang ramai dicapkan dengan cap permusuhan bagi pihak yang menandingi mereka atau memandang mereka atau pihak yang berkecuali, tetapi mengambil sikap penentangan terhadap perbuatan mereka.
Tidak syak lagi tentang penentangan Syi'ah dan penolakan bekerjasama mereka dengan pemerintah, mereka tidak mengakui kesahihannyanya pada zaman tersebut. Kerana mereka tidak bertolak ansur tentang hak Ahlul Bayt AS terhadap jawatan khalifah, kerana Ahlul Bayt telah dibiasakan dengan kebersihan jiwa, pengorbanan untuk kemaslahatan umum. Mereka adalah yang paling layak memerintah dan yang paling adil.Lantaran itu kita dapati undang-undang atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pemerintah ke atas mereka yang dituduh mencaci sahabat adalah bertujuan untuk menghukum Syi'ah.[2] semata-mata. Adapun orang lain tidak dikenakan hukuman tersebut sekalipun dia mengingkari Allah SWT.
Dan bagi mereka yang cepat tertipu, akan mengakui (hukum atau fatwa). Lalu mereka melaksanakannya. Mereka menghukum Syi'ah dengan kefasiqan atau kekufuran. Semoga mereka memberi garis sempadan kepada orang ramai sehingga mereka mengetahui bagaimana mereka memberi hukuman atau fatwa sedemikian. Tetapi sebaliknya mereka tidak memberi jawapan yang dikehendaki. Malah mereka membuat ketetapan tidak menerima taubat seorang yang dituduh mencaci sahabat atau Syaikhain secara khusus. Lalu mereka menetapkan pendapat individu kepada semua umat, tanpa membuat penelitian kepada hukum dan kajian yang mendalam di dalam topik tersebut.
Lantaran itu, ulama-ulama upahan - terdiri daripada ulama yang menjadi sumber bagi fatwa tersebut - telah memikul tanggungjawab menyesatkan orang ramai dan membawa mereka menentang kebenaran. Oleh itu merekalah pendakwah-pendakwah perpecahan dan imam-imam yang sesat. Kerana merekalah yang telah menghukum Syi'ah - tanpa menerangkan tempat hukum itu diambil, mereka befatwa - sesungguhnya memerangi (mereka) Syi'ah adalah jihad akbar. Dan sesiapa yang terbunuh di dalam memeranginya adalah syahid.Dan yang lain pula berkata di akhir fatwanya: Al-Rafidi apabila ia mencaci Syaikhain dan mengutuk mereka, maka ia adalah kafir. Dan sekiranya ia mengutamakan Ali daripada kedua-duanya ia adalah seorang yang bid'ah.[3]
Demikianlah mereka memperlihatkan kepada orang ramai kasih sayang sesama mereka, tetapi mereka mengharuskan pembunuhan Muslim di tangan saudara Muslimnya, tanpa berhati-hati di dalam menjatuhkan hukuman. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan pemerintah, sekalipun ia dimurkai oleh Allah SWT.
Kami begitu keberatan untuk memberi contoh-contoh yang boleh memberi gambaran mentaliti orang yang berkata mengenainya, dan sejauh manakah mereka memahami perkara yang sebenar. Oleh itu kami tidak akan memanjangkan pendirian kami di atas khurafat dan kebatilan. Maka kami tutup tirai daripada mereka dengan mengemukakan dua perkara:
1. Adakah cacian ke atas sekumpulan sahabat membawa kepada hukuman yang keras? Atau adakah di sana diskriminasi di dalam hukuman? Sekiranya hukuman itu dikenakan ke atas setiap orang yang mencaci sahabat atau menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya, kenapa mereka tidak menghukum orang yang mencaci sebahagian sahabat yang melakukan perkara tersebut? Sedangkan mereka adalah sahabat yang besar.[4] Mereka menentang Uthman kerana mementingkan keluarganya Bani Umayyah.
Tidakkah ianya suatu cacian apabila mereka menyifatkan sahabat sebagai perosak di bumi dan pemberontakan terhadap Imam (Ali AS).[5] Ibn Taimiyyah berkata:"Mereka adalah Khawarij, perosak bumi," sehingga dia berkata:"Tidak membunuh Uthman selain daripada penderhaka, dan zalim. Adapun orang yang berusaha untuk membunuhnya, adalah bersalah, malah zalim, penderhaka dan pelampau."[6]
Mereka membuat ketetapan mengenai keadilan bahawa sahabat adalah adil sehingga berlakunya fitnah (pembunuhan Uthman). Adapun selepas itu latar belakang mereka yang tidak jelas mestilah dikaji semula.[7]
Kami tidaklah ingin membentangkan kesemua kata-kata yang ditujukan kepada sahabat yang terlibat menentang Uthman, dan yang memberi perangsang kepada orang ramai supaya menentangnya.
Kedua: Sesungguhnya Syi'ah tidak merahsiakan kemarahan mereka kepada orang yang bermusuh dengan Ali AS kerana orang yang memarahi Ali adalah munafiq mengikut hadith:
Terjemahan:"Wahai Ali! Tidak mengasihi anda melainkan orang Mukmin dan tidak membencikan anda melainkan orang munafiq."[8]
Sesungguhnya orang munafiq itu akan berada di neraka. Dan sesungguhnya sebahagian orang yang dikatakan sahabat itu membenci Ali dan mencacinya.
Tanpa syak lagi sesungguhnya Muawiyah dan kumpulannya membenci Ali, melahirkan permusuhan dan mengiystiharkan peperangan ke atasnya. Sebagaimana juga Muawiyah mengisytiharkan cacian terhadap Ali AS [9] dan menjadikannya Sunnah.[10]Dan dikuti oleh pembantu-pembantunya yang terdiri daripada sahabat dan juga Tabi'in. Dia mengenakan bermacam-macam azab dan penyeksaan yang tidak perlu diterangkan secara terperinci di sini.
Perbuatan-perbuatan Muawiyah yang bertentangan dengan Islam tidak dapat diselindungi lagi. Tidak ada jalan untuk mengatakan ianya betul. Dan memang tidak tepat jika dikatakan: Muawiyah adalah seorang Mujtahid yang menggunakan takwil, kerana dia telah membekukan hukum hudud, membatalkan saksi-saksi, membunuh orang yang tidak berdosa, mencabul kehormatan wanita di pasar-pasar dan lain-lain lagi.[11]
Abu al-Ghadiyah al-Juhani adalah sahabat yang mendengar daripada Nabi SAWA dan meriwayatkan hadith daripadanya, dan dia adalah seorang daripada perawi hadith:
Terjemahan:"Wahai Ammar, sesungguhnya golongan pemberontak (zalim) akan membunuh anda."
Dialah yang membunuh Ammar bin Yasir. Orang ramai (sahabat) menentang perbuatan jenayahnya. Dia sendiri mengakui sesungguhnya sesungguhnya beliau adalah ahli neraka. Dia berkata:"Demi Allah, sekiranya Ammar dibunuh oleh seluruh penduduk bumi nescaya mereka akan memasuki neraka."[12]
Bagaimana pula orang yang membersihkan dirinya daripada sahabat yang melakukan jenayah ini dituduh terkeluar daripada agama? Sedangkan dia sendiri mengakui dirinya adalah musuh Allah SWT. Tetapi sebahagian para Muhaddithin, membuat takwilan untuknya (Abu al-Ghadiyah) bahawa dia adalah seorang Mujtahid yang bersalah, dan berpendapat "menyangka baik" terhadap sahabat adalah wajib.[13]
Kami tidak faham logik yang mengenepikan hukum-hukum syarak, dan meninggalkan al-Kitab kerana ingin melakukan "baik sangka" terhadap sahabat dan mendiamkan diri daripada sebarang jenayah yang "mereka lakukan!
Adakah kita boleh mendiamkan diri tentang perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Busir bin Arta'at? Dia juga adalah sahabat, dan dialah ketua turus tentera Muawiyah. Dia telah melakukan jenayah yang belum disaksikan oleh sejarah seumpamanya sehingga dia ditentang oleh wanita-wanita apabila dia masuk ke Yaman. Dia membunuh orang-orang tua, kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita. Seorang wanita daripada Kandah berkata:"Wahai anak Arta'at! Sesungguhnya pemerintah tidak boleh berdiri tanpa melakukan pembunuhan ke atas kanak-kanak, orang-orang tua, hilang belas kasihan dan menentang keluarga sendiri. Sesungguhnya ia adalah pemerintah yang zalim.[14]
Adakah kita boleh mendiamkan diri daripada perbuatan-perbuatan Busir? Kita memekakkan telinga kita daripada suara ibu yang merintih mencari gelombang kebenaran dan mengangkat kegelapan masa depannya kepada lelaki yang adil dan menyerunya dengan penuh harapan? Suara itu adalah daripada ibu yang malang, iaitu isteri Ubaidillah bin 'Abbas.
Dia telah kehilangan kedua-dua orang anaknya iaitu Qutham dan Abdur Rahman. Kedua-duanya telah disembelih oleh Busir bin Arta'at di hadapan ibu mereka.[15]
Adakah wajar bagi seorang Muslim yang menjadi marah apabila mendengar suara ibu tersebut, lalu mensabitkan kezaliman ke atas pembunuh kedua-dua kanak-kanak tersebut dituduh zindiq dan kafir dengan alasan ianya mencaci Muawiyah? Kerana pembunuhan itu adalah atas perintahnya dan dialah seorang sahabat. Dia mempunyai ijtihadnya tersendiri, dan takwilnya yang betul? Lantaran itu Muawiyah boleh melakukan apa yang dia mahu kerana sebutan "sahabat" ke atasnya adalah satu benteng yang membuat beliau terselamat daripada bahaya. Beliau boleh mengalirkan darah muslim, membunuh berdasarkan sangkaan dan tohmah. Maka hilanglah segala rintangan di wajahnya dan pecahlah segala halangan di hadapannya.
Lantaran itu dia tidak diliputi oleh hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, yang menjamin kebahagiaan manusia, mempunyai sistem-sistem kehidupan, kerana dia adalah seorang sahabat, dan dia mempunyai kebebasan di dalam pengendalian hukum-hukum.
Jikalau dia mempunyai kebebasan sedemikian, nescaya sahabat-sahabat lain tidak akan menentang perbuatannya. Di antaranya Abu Dhar al-Ghiffari yang telah mengisytiharkan kepada orang ramai (sahabat-sahabat) tentang penyelewengan perjalanan Muawiyah dan penentangannya terhadap hukum-hukum agama.
'Aisyah menentang Muawiyah kerana membunuh Hujr bin Adi dan sahabat-sahabatnya.[16] Beliau memarahinya dan tidak membenarkan Muawiyah berjumpa dengannya dan tidak menerima alasannya. Muawiyah berkata:
Terjemahan:"Sesungguhnya membunuh mereka adalah untuk kebaikan umat, dan "wujudnya" mereka merosakkan umat."
Lalu 'Aisyah berkata:
Terjemahan:Aku mendengar Rasulullah SAWA bersabda:"Sekumpulan manusia akan membunuh di 'Azra' di mana Allah dan seluruh penghuni langit akan memarahi mereka."[17]
Kami berharap daripada penulis-penulis yang berkhidmat untuk kebenaran supaya mengkaji secara mendalam sebelum melakukan segala tuduhan yang ditujukan kepada Syi'ah, agar mereka menggunakan "bahasa logik" dan tidak patuh kepada taqlid.
Kami mempunyai harapan yang besar agar apa yang kami perbincangkan akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam. Dan dengan ini dapatlah mereka mengenepikan perasaan marah, dan membuangkan pendapat-pendapat yang tidak berasaskan keilmuan dan kebenaran. Dan kita memohon kepada Allah SWT supaya melaksanakan harapan tersebut dan kepadaNya kita bertawakkal. Dan kita memohon kepada Allah SWT supaya memberi pertolongan kepada Muslimin dan menyatukan perkataan mereka sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir.
Dan segala puji bagi Allah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benara sekalipun oleh orang-orang Musyrikin.
Selawat dan Salam ke atas Muhammad, Itrahnya dan sahabat-sahabatnya al-Muntajabin.
Nota Kaki:
1. Sebenarnya Nabi SAWA telah melaknati sebahagian sahabatnya yang telah mengundurkan diri dari menyertai tentera Usamah bin Zaid. Sebelum ini mereka mencaci ta'anu Usamah kerana beliau dilantik oleh Nabi SAWA sebagai pemimpin tentera ketika beliau berumur 18 tahun. Nabi SAWA bersabda, maksudnya:"Jika kamu mengkritik atau mencaci perlantikannya, maka sesungguhnya kamu telah mencaci sebelum ini bapanya. Sekalipun dia adalah orang yang layak untuk jawatannya, kedua-dua adalah orang yang layak untuk perlantikan tersebut. Sesungguhnya dia (Usamah) adalah orang yang paling aku kasihi...."Lihat Ahmad bin Hanbal, Musnad, 6, hlm.139; Ibn Asakir, Tarikh Dismasyq, I, 424; Ibn Saad, Tabaqat, II, hlm.249; Ibn al-Athir, al-Kamil, II, hlm.129; Al-Syarastani, al-Milal, I, hlm.21 menerangkan hadith Nabi dengan lafaz laknat:"Allah melaknati orang yang mengundurkan diri dari menyertai tentera Usamah." Berdasarkan kepada rujukan-rujukan tersebut maka tetaplah bahawa sahabat yang telah dicaci oleh Nabi SAWA adalah berhak dicaci.
Adapun riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:"Janganlah kamu semua mencaci sahabat-sahabatku...."adalah bertentangan dengan hadith pertama yang Nabi SAWA menentang sahabatnya yang mencaci Usamah dan mengundurkan diri dari tenteranya. Kerana ianya tidak mungkin bagi Nabi SAWA yang melarang supaya sahabatnya tidak dicaci, beliau sendiri mencacinya pula. Dan orang yang dkhitabkan di dalam hadith tersebut ialah orang yang berada di majlis Nabi SAWA yang terdiri sama ada daripada orang kafir atau orang Islam. Ini bermakna Nabi SAWA melarang orang kafir mencaci sahabatnya. Walaupun beliau sendiri dicaci oleh mereka. Dan jikalau ianya ditujukan untuk orang Islam, maka ianya mempunyai dua pengertian. Pertama: orang Islam pada masa hayat Nabi SAWA yang berada bersama beliau adalah sahabatnya. Dengan itu khitab Nabi SAWA bermaksud:"janganlah kamu (wahai sahabatku) mencaci sahabatku...."Ini bermakna sahabat yang dikhitabkan itu adalah sahabat yang jahat. Di dalam ertikata yang lain"Wahai sahabatku yang jahat janganlah mencaci sahabatku yang baik." Justeru itu sahabat ada yang baik dan ada yang jahat. Dan jikalaulah "orang Islam" itu hanya dimaksudkan kepada orang selain daripada sahabat, ini bermakna orang Islam tidak boleh mencaci orang Islam (sahabat) yang telah dicaci oleh Rasulullah SAWA! Begitu juga apa yang dikatakan hadith"sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang" adalah bertentangan dengan hadith pertama dan lain-lain. Oleh itu tidak hairanlah jika Qadhi Iyadh di dalam bukunya Syarh al-Syifa', II, hlm 91-94 menerangkan bahawa di dalam sanad hadith tersebut terdapat seorang pembohong bernama Hamzah bin Abi Hamzah Nusairi. Justeru itu hadith tersebut adalah lemah di samping itu ianya adalah bertentangan dengan perbuatan sebahagian sahabat.
2. Buku-buku dan rencana-rencana menentang Syi'ah digalakkan dan sebaliknya buku-buku atau rencana-rencana yang bersimpati terhadap Syi'ah atau rencana-rencana ilmiah dengan rujukan Sunni yang lengkap, ditentang, malah penulis-penulisnya diugut atau diletakkan di dalam kandang orang salah dan sebagainya dengan berbagai alasan yang diciptakan oleh ulama jahat.
3. Rasa'il Ibn Abidin, II, 169. Jika mengutamakan Ali AS adalah bid'ah, ini bermakna ia juga akan memasuki neraka! Dari manakah mereka mengambil hukum ini? Sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Wahai Ali, anda dikasihi oleh Mukmin dan dibencikan oleh munafiq."
4. Umpamanya 'Aisyah telah mencaci Uthman dan pernah menyuruh supaya dia dibunuh. Dan apabila Uthman dibunuh oleh sekumpulan sahabat, beliau turut bergembira, kerana berpendapat Talhah orang yang layak menduduki jawatan khalifah. Pembelaan beliau ke atas kematian Uthman adalah loga politiknya sahaja. Dan ianya menjadi alasan yang kuat untuk memerangi (membunuh) Ali AS sebagai khalifah. Di dalam peperangan Jamal lebih daripada enam belas ribu terbunuh kebanyakan mereka adalah sahabat. Lihat Ibn al-Jauzi, Tazkirah al-Khawwas, hlm.36, Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj Al-Balaghah, II, hlm.77; al-Masudi, Kitab Akhir al-Zaman, hlm.80-82; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siasah, I, hlm.52
5. Ibn Kathir, Tarikh, I, hlm.176
6. Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm.191-192
7. Syarh, al-Fiyah al-Iraqi, IV, hlm.26
8. Ahmad bin Hanbal, Musnad, I,hlm.84,95,127; Muslim, Sahih,I,hlm.39;al-Turmidhi,Sahih,II,hlm.301;al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm.170;al-Nasa'i,Sunan,II,hl,.271
9. Muawiyah mencaci Ali AS selama 20 tahun dari mimbar masjid. Sekurang-kurangnya 75,000 mimbar masjid telah digunakan untuk mencaci Ali AS di seluruh pelusuk negara pada tiap-tiap Juma'at. Kemudian cacian dan kutukan itu diteruskan selama 60 tahun lagi oleh pemerintah-pemerintah Bani Umaiyyah kecuali 2 tahun di masa pemerintahan Umar Abd Aziz. Oleh itu, siapakah yang mula mencaci sahabat di atas mimbar masjid? Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,III, 15-20, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.243. Sekiranya orang yang dikatakan mencaci sahabat itu adalah fasiq atau kafir, kenapa mereka tidak pula mengkafirkan atau memfasiqkan Muawiyah dan orang yang seumpamanya?
10. Jika Sunnah Muawiyah dijadikan sunnah sahabat, maka ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA yang mengasini Ali AS dan ianya juga bertentangan dengan Sunnah Allah (al-Qur'an).Lantaran itu apa yang dikatakan "Sunnah Sahabat" itu belum pasti ianya betul sebelum ianya dinilai dengan neraca al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA yang tidak bercanggah dengan al-Qur'an. Oleh itu jika ianya bercanggah dengan al-Qur'an, maka ianya mestilah diketepikan, dan tidak ada ruang untuk melakukan takwil.
11. Al-Isti'ab, I,hlm.157
12. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm.267
13. Al-Isabah,IV,hlm.151
14. Al-Kamil,III,hlm.195
15. Ibid
16. Hujr bin Adi dan tujuh sahabat Rasulullah SAWA telah dibunuh oleh Muawiyah kerana mereka tidak melaknati Ali AS. Lihat umpamanya, Ibn al-Athir, Tarikh,I,hlm.18-55;al-Muttaqi al-Hind, Kunz al-Ummal, VII,hlm.88
17. Ibn Kathir, Tarikh,VIII,hlm.55
No comments:
Post a Comment