Popular Posts
-
Kami ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua. Hari ini adalah hari yang penuh bahagia dan keberkatan,hari yang mengilhamkan nilai-ni...
Tuesday, November 25, 2008
Menyingkap Keperibadian hazrat Zainab (A.S)
Hazrat Zainab(a.s) adalah anak perempuan pertama Imam Ali dan juga anak yang ketiga didlm keluarga Imam Ali(a.s).Dilahirkan pada 5 Jamadilawwal tahun kelima hijrah.terkenal dgn panggilan AQEELAH BANI HASHIM,banyak riwayat yang menceritakan tentang rupa parasnya Hazrat Zainab sangat memyerupai nenekanda Hazrat Khadijah Al-kubra.Beliau mempunyai beberapa gelaran antaranya ialah,Aqilah,Wahidah,Fasihah,Balighah,Abidah,Fadhilah,Kamilah,Amilah dan Aqeelah.
Zain bermaksud perhiasan Abiha bermaksud ayahnya dan maksud nama Zainab ialah perhiasan ayahnya.Kalau bondanya Fatimah Az-zahra dikenali sebagai UMMU ABIHA ibu kepada ayahnya Zainab pula dikenali sebagai ZAINUABIHA perhiasan kepada ayahnya.Nama Zainab juga bermaksud pokok yang berbau wangi dan baik rupa paras.
Beliau sempat hidup bersama datuknya Nabi Muhammad((sww) selama lebih kurang 6 tahun setelah wafatnya baginda rasul pada tahun 11 hijrah bermulalah kisah duka didalam hidup Hazrat Zainab yang mana hak khalifah ayahanda Imam Ali dirampas,harta pusaka bonda Fatimah Az-zahra dinafikan juga berbagai musibah dan penderitaan yang ditanggung dan dilihat oleh Zainab bersama ayahanda dan bondanya,lebih kurang 75-90hari pemergian datuknya ,satu lagi kesedihan melanda Hazrat Zainab dengan pulangnya bonda tercinta kepangkuan ilahi,maka dari hari itulah segala tanggungjawab didalam keluarga berada dibahunya Zainab.
PERKAHWINAN HAZRAT ZAINAB(A.S)
Hazrat Zainab berkahwin dgn sepupunya Abdullah bin Jaafar bin Abu Talib,dikurniakan 5 orang putera dan puteri(Ali,Aun, Akbar Muhammad dan Umi Kathum)2 orang daripada puteranya Aun dan Muhammad telah syahid bersama Imam Husain diKarbala.Suaminya Abdullah bin Jaafar adalah antara orang berada dibarisan hadapan ketika perang Siffin dan merupakan hartawan yang sangat terkenal.Imam Ali ketika mahu mengahwinkan puterinya Zainab telah meletakkan 2 syarat kepada Abdullah,pertama ialah memberi keizinan pada Zainab melawat dan menziarahi kekanda Imam Husain setiap hari,kedua membenarkan Zainab mengikuti kekandanya Imam Husain bila diajak keluar mengikutinya,setelah kedua-dua syarat ini dipersetujui barulah Imam Ali mengahwinkan puterinya Zainab dengan Abdullah.Dua syarat ini adalah kerana kecintaan dan kasih sayang Zainab yang terlalu mendalam terhadap kekandanya Imam Husain
KEDUDUKAN HAZRAT ZAINAB DAN BONDANYA HAZRAT ZAHRA
Fatimah Az-zahra adalah anak kepada Nabi Muhammad penutup kenabian manakala Zainab pula adalah anak kepada Wasi Allah Imam Ali(a.s).Fatimah mempunyai bonda Khadijah Al-Kubra yang merupakan UMMU MUKMININ,Zainab juga mempunyai bonda FatimahAz-zahra yang merupakan SAIDATINISAILALAMIN
Fatimah Az-zahra mempunyai dua orang putera AlHasan dan AlHusain yang telah syahid dijalan Allah, Zainab juga mempunyai dua orang putera Aun dan Muhammad yang juga telah syahid dijalan Allah bersama Imam Husain diKarbala.
ILMU HAZRAT ZAINAB
Sebagaimana yang kita tahu ilmu yang yang ada pada para imam adalah daripada ketogeri ILMU LADUNI aitu ilmu yang tidak memerlukan buku atau pengajian yang mana diturunkan terus kedalam hati-hati mereka jika ilmu ini telah diberikan kepada Imam Ali,Imam Husain dan Imam Hassan ia juga telah diberi kepada Hazrat Zainab(a.s).Hazrat Zainab sejak dari awal kejadiannya telah diberi ILMU LADUNI oleh Allah Taala.Beliau juga digelar ( عا لمة غير معلمة )
‘Orang yang berilmu tanpa guru’ oleh Imam Sajjad,pengetahuan yang ada didalam Zainab adalah daripada Ilahi.
PERBEZAAN DIANTARA MUKJIZAT DAN KARAMAH
Jika sesuatu yang luar biasa dilihat pada para nabi dan para maksum ini dinamakan MUKJIZAT,tetapi kalau dilihat pada selain daripada mereka ini yang mana daripada ketogeri orang-orang yang soleh,dinamakan KARAMAH,oleh itu kalau kita lihat sesuatu yang luarbiasa ada pada ‘Imam Zadeh’ ini bukanlah mukjizat tetapi karamah.
Didalam banyak kitab menyebut tentang Karamahnya Hazrat Zainab bahkan telah disebut berkali-kali contohnya ketika beliau mahu menyampaikan khutbah di Kufah,khutbah diSyam dihadapan Yazid laknatullah yang mana telah menjatuhkan Yazid.Salah satu
karamah yang ada pada Hazrat Zainab ialah kabulnya doa beliau dengan serta merta,sebagaimana berlaku diistana Yazid diSyam.
HAZRAT ZAINAB(A.S) ADALAH CONTOH SIFAT YANG BAIK
Sifat yang ada pada Zainab adalah sama seperti yang ada kekandanya Imam Husain.
Sifat yakin,sabar,redha,berani,kuat ikhlas zuhud adalah yang ada pada dirinya.Ketika diejek oleh Ibnu Ziyad dengan mengatakan’wahai Zainab lihatlah apa yang tuhan kamu telah lakukan pada kamu dan keluarga kamu diKarbala’jawapan zainab ‘Aku tidak melihat semuanya ini melainkan kecantikan’( ما رايت الاجميل )
Keredhaan Zainab pada ketentuan Allah bukan menyalahkan takdir Allah.
DIAKHIR USIA HAZRAT ZAINAB………
Ketika akhir usia Zainab(a.s) berlaku kebuluran dikota Madinah,suaminya yang mempunyai tanaman diSyam telah mengajaknya keSyam dan ketika didalam perjalanan telah jatuh sakit dan beliau telah mengembuskan nafas yang terakhir diSyam dan dikebumikan disana yang mana sekarang dikenali sebagai Negara Syiria.tarikh wafatnya ialah pada 14 rejab tahun 62 hijrah ada juga yang mengatakan pada 5 rejab tahun 62 hijrah,umur beliau ketika itu adalah 56 tahun.Berakhirlah sudah riwayat hidup SERIKANDINYA KARBALA yang mana tidak akan diketahui akan kisah Karbala yang sebenar tanpa beliau,beliaulah yang membuka mata umat islam tentang kezaliman Yazid,beliau jugalah yang telah membangkit semangat juang untuk menentang kezaliman
Beliaulah penerus risalahnya Imam Husain tanpa beliau risalah Imam Husain tidak akan sampai kepada kita sekarang ini.ALFATIHAH untuk Imam Husain.Hazrat Zainab dan semua pejuang-pejuang Karbala yang mana kita semua terhutang budi dengan mereka semua,mereka telah mengorbankan darah mereka demi meneruskan dan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.AMIN
Disediakan oleh
Ustazah Azlina Abd.Aziz
Raudatuzzahra Resources
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment