Popular Posts

Saturday, February 5, 2011

Kewafatan Rasulullah Muhammad Al-Mustofa Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaika Ya Rasulullah Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Assalamualaika Ya Muhammad Ibna ‘Abdillah
Salam ke atasmu wahai Rasulullah dan rahmat serta barakahNya
Salam ke atasmu Ya Muhammad Bin Abdullah.
Assalamualaika Ya Khiyaratallah Assalamualaika Ya Habiballah
Salam ke atasmu wahai Pilihan Allah
Salam ke atasmu wahai Kekasih Allah.
Assalamualaika Ya Safwatallah Assalamualaika Ya Aminallah
Salam ke atasmu wahai Pilihan Allah
Salam ke atasmu wahai Amin (wahyu) Allah.

Asyhadu Annaka Rasulullah Wa Asyhadu Annaka Muhammad Ibnu ‘Abdillah
Aku bersaksi bahawa engkau adalah Pesuruh Allah dan aku bersaksi bahawa engkau adalah Muhammad Bin Abdullah.

Wa Asyhadu Annaka Qad Nashahta Li Ummatika Wa Jahadta Fi Sabili Rabbik
Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya engkau telah menasihati ummatmu untuk kebaikan dan berjihad di jalan Tuhanmu.

Wa ‘Abadtahu Hatta Atakal Yaqin
Dan engkau menyembahNya sehinggalah yakin (kematian) menemuimu.

Fa Jazakallahu Ya Rasulallahi Afdhala Ma Jaza Nabiyyan ‘An Ummatih
Maka balasan Allah wahai Rasulullah balasan yang terbaik dari pihak sekumpulan ummat kepada nabi mereka.

Allahumma Sholli ‘Ala Muhammadin Wa Aali Muhammad Afdhala Ma Shollaita ‘Ala Ibrahima Wa Aali Ibrahim
Tuhanku sampaikanlah salawat ke atas Muhammad Wa Aali Muhammad salawat yang terbaik yang telah Engkau sampaikan kepada Ibrahim dan Aali Ibrahim.

Innaka Hamidun Majid
Sesungguhnya Engkau Yang Terpuji dan Maha Besar.



Khatimul Anbiya’, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dilahirkan pada tahun 571 Masihi bersamaan hari Jumaat, 17 Rabiul Awal di Makkah Al-Mukarramah. Ketika berumur 40 tahun Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah dilantik oleh Allah Subhanahu Wa Taala sebagai seorang Rasul yang menerima wahyu Tuhan, yang juga sebagai hujjah bagi seluruh ummat manusia. Selama 13 tahun Baginda Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih berjuang dalam menyampaikan agama Islam di Makkah, kemudian disebabkan tekanan yang semakin banyak daripada orang-orang kafir dan musyrikin, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah berhijrah ke Madinah. Selepas 10 tahun bertungkus lumus menyampaikan hukum-hukum Tuhan dan membina pemerintahan Islam buat pertama kali, tibalah saat bagi seorang hamba yang mendambakan Tuhannya mencapai liqa’ yang diimpi, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih pada hari Isnin 28 Safar tahun 11 Hijrah, ketika berumur 63 tahun telah kembali ke alam Malakut dan mengucapkan selamat tinggal pada dunia fana. Makam sucinya di Madinah Munawwarah di sebelah Masjid Nabi yang mana setiap tahun ribuan pencinta Nubuwwah, khususnya pada musim haji, datang daripada seluruh pelusuk dunia untuk menziarahi Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih.

Tahun Sebelas Hijrah, Tahun Terakhir

Pada bulan Muharram tahun kesebelas, sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih jatuh sakit, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah memerintahkan ummat muslimin supaya bersiap sedia untuk bergerak ke sempadan Rum daripada negeri Syam. Ketika itu sebilangan bukan muslim Jaziratul Arab dan rasul-rasul palsu telah bersedia untuk memerangi Madinah. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah melantik Usamah Bin Zaid Bin Haritsah yang berumur kurang daripada 20 tahun sebagai pemimpin dan juga telah mengarahkan sebahagian sahabat seperti Abu Bakar, Umar Bin Khatab, Abu Ubaidah Bin Jarah dan Saad Bin Abi Waqas untuk segera bergabung dengan tentera pimpinan Usamah. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah memberikan bendera kepada pemimpin remaja ini dengan tangan Baginda sendiri dan memerintahkannya : Bergeraklah dengan segera sehinggakan sebelum khabar pergerakanmu sampai kesana, engkau dan para tenteramu telah lebih dahulu sampai disana. Tujuan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memerintahkan para sahabat yang lebih berumur seperti Abu Bakar dan lain-lain untuk berada dibawah pimpinan seorang remaja untuk memerangi Ampratur Rum ialah supaya selepas daripada ini, tidak ada lagi alasan untuk menjadikan umur seseorang sebagai dalil untuk menolak kepimpinan seseorang.

Timbul persoalan disini, mengapa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak menghantar Amirul Mukminin Ali Alaihissalam bersama mereka? Adakah mereka-mereka yang telah dihantar bersama tentera Usamah lebih mempunyai pengalaman ketenteraan dan keberanian khusus? Jika begitu, mengapa mereka tidak dilantik sebagai pemimpin tentera? Perjalanan ini telah berlanjutan selama hampir dua bulan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih mengetahui bahawa hari-hari terakhirnya telah semakin hampir, namun Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih masih menekankan sebahagian sahabat untuk meninggalkan Madinah dan bergabung dengan tentera Usamah secepat mungkin.

Namun, malangnya pergerakan yang sangat ditekankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih ini tidak berjaya, pertamanya dikeranakan pembantahan sebahagian sahabat terhadap kepimpinan Usamah yang masih remaja, kemudian disebabkan alasan persediaan perjalanan dan akhirnya disebabkan sampainya berita berkenaan keadaan kesihatan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih serta pulangnya Abu Bakar, Umar dan sebahagian yang lain daripada pusat ketenteraan Jurf ke Madinah.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih walau dalam keadaan sakit tenat, demam dan sakit kepala yang mana kain telah diikat di kepala Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih apabila mendengar akan bantahan mereka untuk pergi berperang telah pergi ke masjid dan naik ke mimbar lalu bersabda :

Wahai manusia, terimalah kepimpinan Usamah yang mana aku bersumpah dengan nyawaku jika (sekarang) kalian meragui kepimpinannya yang mana sebelum ini kalian telah meragui kepimpinan ayahnya juga, sedangkan dia mempunyai kelayakan sebagai pemimpin seperti mana ayahnya yang layak untuk makam ini juga.



Selepas daripada hari tersebut, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih sentiasa mengulangi kata-katanya kepada mereka-mereka yang datang menziarahinya dengan kata-kata seperti : (Jahazuu Jaisya Usamah), bersegeralah bergabung dengan tentera Usamah dan gerakkanlah tentera, malah kadang-kadang Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : (La‘anallah Man Takhallafa ‘An Jaisyi Usamah), laknat Allah ke atas barangsiapa yang meninggalkan tentera Usamah.

Ibnu Abil Hadid meriwayatkan daripada syeikh (ustaz) nya Abu Yaaqub Mu’tazili di dalam syarahan Khutbah 156 Nahjul Balaghah menulis : Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih semakin bertambah sakit, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengarahkan tentera Usamah untuk bergerak ke Syam dan memerintahkan Abu Bakar dan lain-lain para pembesar Muhajirin dan Anshar untuk menyertainya. Dalam keadaan ini, jika sesuatu terjadi ke atas Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih,kekhalifahan Ali Alaihissalam tidak akan memiliki banyak halangan.

Usamah disebabkan kesihatan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan bantahan ramai terhadap kepimpinannya, telah memohon daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih untuk memberi izin kepadanya bergerak bersama para tentera selepas Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali pulih. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak menerima permintaan tersebut lalu bersabda : Pergi sekarang juga. Usamah berkata lagi : Adakah saya perlu bergerak dengan hati yang berat dan risau akan kesihatanmu Ya Rasulullah? Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Fikirkan tentang kemenangan! Namun alangkah malang dan dukanya, mereka yang hadir di sisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak mengambil perhatian akan perintah Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan mereka melebihkan kepentingan peribadi dan cita-cita sendiri.

Wasiat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih Berkenaan Quran dan Itrah

Syeikh Mufid Rahimahullah berkata : ke semua mazhab bersepakat bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih pada hari-hari terakhir hidupnya telah bersabda :

Wahai manusia aku (pada hari kiamat) akan mendahului kalian dan kalian akan mengikutiku sehingga ke telaga Kautsar, ketahuilah aku akan menyoal kalian akan Tsaqalain (dua benda yang bernilai yang telah aku tinggalkan kepada kalian) dan menghakimi (perlakuan kalian terhadap keduanya). Maka lihatlah bagaimana perlakuan kalian terhadap kedua itu selepasku, kerana Allah Subhanahu Wa Taala telah mengkhabarkan kepadaku bahawa kedua itu tidak akan berpisah antara satu sama lain sehinggalah bertemu denganku, aku juga telah memohon perkara yang sama daripada Tuhanku serta Dia telah menunaikannya, ketahuilah bahawa aku telah meninggalkan kepada kalian dua benda : pertama Kitab Allah dan kedua Itrahku, keluargaku. Janganlah membelakangi mereka yang mana dengan itu kalian akan berpecah belah, janganlah meringankan perkara berkenaan mereka kerana kalian akan musnah, janganlah mengajar mereka kerana mereka lebih mengetahui daripada kalian, wahai kumpulan manusia janganlah selepas pemergianku, kalian kembali kepada kekufuran dan berpecah antara satu sama lain…

Ketahuilah Ali Bin Abi Thalib adalah saudara dan wasiku, berperanglah (berusahalah) dalam memperlajari Al-Quran sebagaimana aku berperang dalam menyampaikannya…

Syeikh Mufid Rahimahullah berkata : Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengulang perkara yang sama pada banyak majlis dan pertemuan.

Khutbah Terakhir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih di Masjid Madinah

Kesihatan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih hari ke hari semakin tenat dan berdasarkan riwayat Ibnu Hashim dan yang lain , Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bagi mengurangkan demam dan kepanasan badannya supaya mampu untuk pergi ke masjid bagi melakukan pertemuan dan perpisahan terakhir dengan ummatnya, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah memohon untuk mengambil tujuh bekas air daripada telaga-telaga yang pelbagai di Madinah dan menyiram badannya dengan air-air tersebut, kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengikat kain di kepalanya dan dengan satu tangan diletakkan di atas bahu Amirul Mukminin Ali Alaihissalam dan tangan yang lain di atas bahu Fadhl Bin Abbas, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah pergi ke masjid, kemudian duduk di atas mimbar dan berdasarkan riwayat Syeikh Mufid dan Thabarsi Rahimahumalllah, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah bersabda :

Wahai manusia, telah hampir waktunya untuk aku meninggalkan kalian, maka barangsiapa yang memiliki amanat disisiku, datanglah supaya aku dapat membayarnya, dan barangsiapa yang telah memberikan kepadaku pinjaman atau hutang, beritakan padaku, wahai manusia tidak ada sesuatu di antara Tuhan dan hamba-hambanya yang menjadi punca kebaikan dan menghalang keburukan kecuali amal dan perbuatannya, Aku bersumpah ketahuilah bahawa aku telah dipilih dengan kebenaran dan nubuwwah, tidak akan selamat seseorang kecuali amal baik dan Rahmat Allah Subhanahu Wa Taala. Ketahuilah aku yang merupakan RasulNya, jika mengingkariNya maka aku juga akan masuk ke neraka! Wahai Tuhanku adakah aku telah menyampaikan apa yang perlu aku sampaikan!?.

Kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih turun daripada mimbar dan menunaikan solat pendek dengan mengimami ummatnya, lalu pergi ke rumah Ummu Salamah, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih berada di bilik Ummu Salamah selama satu atau dua hari, kemudian Aisyah telah datang ke sisi Ummu Salamah dan memohon untuk membawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih ke biliknya dan mengambil tangunggjawab menjaga Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, para isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih juga bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah dibawa ke bilik Aisyah.

Ketika subuh, dan seperti hari yang lain, azan terdengar berkumandang mengajak manusia untuk menunaikan solat, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Hari ini orang lain perlu menggantikan aku untuk mengimami solat.

Aisyah berkata : Beritahulah Abu Bakar untuk pergi, dan Hafshah berkata : Beritahulah Umar untuk pergi. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih yang telah mendengar kata-kata mereka dan kesungguhan mereka yang menginginkan supaya ayahanda merekalah yang dihantar ke masjid dalam keadaan yang mana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih masih lagi hidup, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih lalu bersabda kepada mereka :

Bertenanglah! kalian umpama wanita-wanita yang bersama Yusuf.

Oleh kerana bimbang mereka berdua akan pergi ke masjid, (walaupun sebelum ini Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengarahkan mereka supaya pergi bersama Usamah untuk berperang dengan Rum) dengan keadaan yang sangat lemah malah Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak mampu walau untuk berdiri dengan kakinya sendiri, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih seperti hari sebelumnya telah menyandar ke bahu Ali Alaihissalam dan Fadhl Bin Abbas, dan dengan kaki yang mengheret tanah, Baginda telah pergi ke masjid. Abu Bakar yang telah melihat Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah bersegera ke masjid dan sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tiba, dia telah mendahului ke mihrab. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih lalu telah mengisyaratkan dengan tangan dan mengarahkannya untuk mengundur ke belakang, kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih sendiri mengambil tempatnya, berdiri di mihrab dan menunaikan solat, selepas salam Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali pulang ke rumah. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memanggil Abu Bakar, Umar dan kumpulan yang berada di masjid lalu bersabda kepada mereka :

Bukankah aku telah mengarahkan kalian untuk pergi bersama tentera Usamah? Mereka menjawab : Benar wahai Rasulullah? Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Lalu mengapa kalian tidak mengamalkan perintahku dan tidak pergi bersamanya?

Abu Bakar berkata : Aku telah pergi namun kembali pulang supaya aku dapat melihatmu sekali lagi. Umar berkata : Wahai Rasulullah, aku tidak pergi kerana aku tidak suka untuk bertanyakan keadaanmu daripada para musafir? Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih lalu bersabda tiga kali : (Nafazuu Jaisya Usamah), bergabunglah dengan tentera Usamah!



Disinilah disebabkan kesihatan yang lemah dan ditambah dengan kekecewaan akan perlakuan ummat, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah jatuh pengsan, ketika ini terdengar suara tangisan ummat Islam,wanita-wanita dan keluarga Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali sedar dan memandang orang-orang disekelilingnya lalu bersabda :
“iituni Bedawat Wa Katf Li Aktubu Lakum Kitaban La Tadhallu Badahu Abada”

Bawakan aku pen dan kertas supaya aku dapat menulis untuk kalian sebuah surat yang mana selepas itu kalian tidak akan pernah sesat.

Sebahagian dari yang hadir telah bangun supaya dapat membawakan apa yang telah diminta oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, tetapi Umar telah menghalangnya dan berkata : Kembalilah, sesungguhnya Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak sedar apa yang sedang diucapkannya! Cukuplah disisi kita Kitab Allah.

Terdengar perbualan diantara hadirin yang hadir ketika itu, sebahagian berkata : Pergilah dan bawakanlah apa yang telah diminta, sebahagian yang lain menyebelahi Umar dan menghalang daripada melakukannya, keadaan menjadi bising dan huru hara, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih menjadi murka dan berkata : Bangunlah sesungguhnya perselisihan ini tidak layak untuk dilakukan dihadapan Rasululullah. Didalam riwayat lain :

Wahai Rasulullah, mahukah tuan kami bawakan pen dan kertas tersebut? Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Adakah selepas semua kata-kata yang telah kalian lafazkan?! Kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memalingkan wajahnya daripada mereka dan dengan itu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah menyatakan ketidak senangan Baginda akan kehadiran mereka.

Mereka telah bangun dan yang tinggal hanya orang-orang terdekat Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih seperti Ali Alaihissalam, Abbas serta puteranya Fadhl dan keluarga Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih yang lain. Mereka juga pergi selepas beberapa ketika. Telah diriwayatkan bahawa : Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Bawakan saudaraku dan pakcikku. Ketika Ali Alaihissalam dan Abbas telah datang, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memandang pakciknya dan bersabda :

Pakcikku, adakah pakcik akan menerima wasiatku, dan mengamalkan perjanjian-perjanjianku, dan membayar hutang-hutangku. Abbas berkata : Wahai Rasulullah, aku adalah lelaki tua dan engkau adalah seorang lelaki sangat pemurah, bagaimanakah aku mampu untuk memegang tanggungjawab atas semua perjanjian-perjanjianmu?

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memandang Ali Alaihissalam dan bersabda : Wahai saudaraku, adakah kamu akan menerima wasiatku? Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih mengulangi apa yang telah disabdakan tadi…? Ali Alaihissalam berkata : Ya wahai Rasulullah. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih lalu bersabda : Jikalau begitu, dekatilah aku. Ali Alaihissalam datang ke hadapan dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih lalu memeluknya dan menanggalkan cincin di jarinya serta bersabda : Ambillah ini dan pakailah ia, kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah meminta pedang, penghalang dan baju perang lalu memberikannya kepada Ali Alaihissalam begitu juga sehelai kain khusus yang sentiasa diikat di dada Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih ketika berperang dan bersabda :
Semua ini dengan nama Tuhan, bawalah ke rumahmu.

Hari berikutnya, keadaan Rasulullah semakin tenat dan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah jatuh pengsan, segala pertemuan dengan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih tidak lagi dibenarkan. Ketika kembali sedar Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah bersabda : Bawakan kepadaku saudara dan penolongku, kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali tidak sedarkan diri, Aisyah berkata : Bawakan Abu Bakar bertemunya, Abu Bakar telah datang namun ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih membuka mata dan melihatnya, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih memalingkan wajahnya, Abu Bakar selepas melihat perlakuan itu, bangun dan berkata : Jika Baginda memerlukan aku, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih pasti akan bersabda kepadaku. Ketika Abu Bakar telah pergi, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali mengulangi kata-kata yang sama dan bersabda : Bawakan kepadaku saudara dan penolongku, Hafshah berkata : Bawakan Umar ke sisi Baginda. Umar telah datang tetapi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih sebaik sahaja melihatnya, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah memalingkan wajahnya, setelah itu Umar juga bangun dan pergi. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih mengulangi sabda Baginda kali ketiga : Bawakan kepadaku saudara dan penolongku. Ummu Salamah bangun dan berkata : Bawakan Ali kepada Baginda yang mana Baginda hanya menginginkan Beliau, Ummu Salamah membawakan Ali Alaihissalam ke sisi pembaringan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan apabila mata Baginda terpandang Beliau Alaihissalam, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengisyaratkan untuk maju kehadapan, Ali Alaihissalam mendekati Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan membongkokkan kepalanya mendekati dada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bercakap dengan Beliau Alaihissalam lama dan secara khusus, ketika itu, Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih sekali lagi tidak sedarkan diri, Amirul Mukminin Ali Alaihissalam lalu bangun dan duduk di satu sudut, kemudian Beliau Alaihissalam keluar daripada bilik tersebut. Ketika mereka bertanya kepada Beliau Alaihissalam : Apa yang dikatakan oleh Rasulullah kepadamu?, Beliau Alaihissalam menjawab :

‘Allamani Alfa Babin Minal ‘Ilm Fataha Li Kullu Babin Alfa Babin Wa Aushoni Bi Ma Ana Qaim Bihi InsyaAllah

Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengajarku seribu pintu ilmu yang mana telah dibukakan setiap pintu seribu pintu yang lain untukku. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mewasiatkan kepadaku kepada sesuatu yang insyaAllah aku akan mengamalkannya.

Ketika telah tiba detik-detik terakhir, detik seorang hamba akan kembali menemui Rabnya, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah bersabda kepada Ali Alaihissalam : Wahai Ali, letakkan kepalaku di pangkuanmu kerana perintah Tuhan telah sampai, ketika nyawaku telah diambil, letakkanlah badanku ke arah qiblah, mandikan daku, sembahyanglah untukku serta kafankan daku dan janganlah berpisah dariku sehinggalah engkau telah kebumikanku. Ali Alaihissalam meletakkan kepala Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih di atas pangkuannya dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kembali tidak sedarkan diri.

Fatimah Salamullah Alaiha yang berada disisi mereka yang juga melihat kejadian tersebut, kini tidak mampu lagi menahan diri, lalu datang kesisi Ayahanda dan memeluknya lalu menangis dan membaca syair ini :

Wa Abyadhu Yastasqa Al-Ghamam Biwajhih
Tsumalul Yatami ‘Ismatu Lil Arami.

Puteriku, ini adalah kata-kata pakcikmu Abu Thalib, jangan berkata sebegitu katakanlah :
Wa Ma Muhammadun Illa Rasulun Qad Khalat Min Qablihil Rusulu Afaim Mata Au Qatalan qalabtum ‘Ala A’qabikum.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang.

Fatimah Salamullah Alaiha menangis teresak-esak, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengisyaratkan untuk mendekatinya apabila melihat puteri kesayangannya sedang menangis, ketika itu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengatakan sesuatu secara perlahan yang mana telah menyebabkan wajah Beliau Salamullah Alaiha kembali ceria dan kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih menghembuskan nafas terakhirnya.

Terdapat riwayat menyatakan bahawa kemudian Fatimah Salamullah Alaiha telah ditanya : Apakah yang telah dikatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih kepadamu yang telah menghilangkan kesedihan dan kedukaanmu?

Beliau Salamullah Alaiha berkata : Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah mengkhabarkan daku bahawa orang pertama daripada keluarga Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih yang akan bergabung bersamanya adalah aku dan jarak kematianku dengannya tidak terlalu panjang, disebabkan ini kesedihan dan kedukaanku terubat.

Berdasarkan riwayat-riwayat mahsyur diantara para perawi hadis Syiah, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah wafat pada hari isnin 28 bulan Safar. Tetapi disisi Ahli Sunnah, riwayat mahsyur adalah pada 12 Rabiul Awal. Ketika itu Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah berumur 63 tahun.

Oleh kerana Amirul Mukminin ingin memandikan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih mengikut wasiat yang telah diberikan kepadanya, Beliau Alaihissalam telah memanggil Fadhl Bin Abbas supaya dapat membantunya. Beliau Alaihissalam mengarahkan Fadhl supaya menutup matanya dan hanya memberikan air kepada Beliau Alaihissalam, Ali Alaihissalam telah memandikan, meletakkan hunuth dan mengafankan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, kemudian Beliau Alaihissalam telah menyembahyangkan jenazah Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih seorang diri, selepas itu, Beliau Alaihissalam keluar daripada rumah dan memandang semua ummat kemudian berkata :
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih ketika hidup dan wafatnya adalah imam dan pemimpin kita, sekarang datanglah berkumpulan-berkumpulan untuk menyembahyangkannya. Kemudian, Beliau Alaihissalam telah mengarahkan Abbas Bin Abdul Muthalib untuk pergi ke sisi Abu Ubaidah Jarah yang merupakan orang yang menggali kubur untuk penduduk Makkah supaya dia dapat menggali kubur untuk jenazah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih. Kubur Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih telah digali di bilik yang sama ketika Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih wafat dan dimakamkan di sana.
Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih ingin dimakamkan telah terdengar daripada belakang rumah, orang-orang Anshar Madinah telah bersuara : Ya Ali, demi Tuhan janganlah kamu melupakan hak kami, benarkanlah salah seorang daripada kami juga untuk menolong mengebumikan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih supaya kami juga dapat mengikut berbangga akan perkara ini. Ali Alaihissalam telah mengizinkan Aus Bin Khauli, salah seorang daripada mereka yang menyertai perang Badar dan dia merupakan salah seorang daripada pembesar Qabilah Bani Auf. Aus telah masuk ke dalam rumah, lalu Imam Alaihissalam berkata kepadanya :

Masuk lah ke dalam kubur, Ali Alaihissalam telah mengangkat jenazah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan memberikannya kepada Aus, lalu Aus meletakkannya di atas tanah, kemudian Ali Alaihissalam berkata : Sekarang keluarlah dari sana, selepas itu, Amirul Mukminin Alaihissalam telah masuk ke dalam kubur dan membuka ikatan kafan di sebelah kepala lalu meletakkan pipi Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih di atas tanah, kemudian mereka meletakkan tanah sehinggalah badan suci Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih selesai dimakamkan.

Solawatullah ‘Alaihi Wa ‘Ala Aalihit Thoyyibanat Thohirinal Ma’sumin Wa Laknatullahu ‘Ala A’da-ihim Ajma‘in Minal Aan Ila Yaumiddin.



Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih:

1. Seumpama Bahtera Nabi Nuh as

Al-Suyuti dalam kitabnya Ihya al-Mait bi Fadail Ahlul Bait meriwayatkan dari al-Bazaar meriwayatkan dari Ibnu Abbas, berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda yang bermaksud:

" Perumpamaan Ahlul Baitku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam." [ Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277; Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168 ]

2. Bintang Keselamatan

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Musaddad dalam musnadnya, al-Hakim, al-Tirmidzi dalam Nawadir al-Usul, Abu Ya'la dan al-Tabrani dari Salamah bin al-Akwa' dia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda yang bermaksud:

" Bintang-bintang di langit adalah petunjuk keselamatan bagi penghuni langit dan Ahlul Baitku adalah penyelamat umatku." [Al-Hakim, al-Mustadrak, Juzuk III, hlm.457]

3. Mencegah dari Kesesatan

Al-Tirmidzi meriwayatkan sebuah Hadith dari Jabir ia berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda yang bermaksud:

" Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kalian apa yang mencegah kalian dari kesesatan selama kalian berpegang teguh dengannya iaitu Kitab Allah dan Itrahku, Ahlul Baitku." [Al-Tirmidzi, Sahih, Bab Manaqib Ahlul Bait al-Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, Juzuk 22, hlm. 308]

4. Model kepada Anak-anak
Al-Dailami meriwayatkan dari ‘Ali Alaihissalam, beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda:

" Didiklah putra-putrimu tiga perkara - Kecintaan kepada Nabimu, kecintaan kepada Ahlul Baitnya dan membaca al-Quran. Sesungguhnya pembawa al-Quran berada di bawah naungan Allah pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan-Nya bersama para Nabi dan para (Asfiya') orang-orang pilihan-Nya." [Kanzul Ummal, Juzuk VIII, hlm.278]

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda: “Hanyasanya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak"

Khidmat Imam Zaman Ajjalallahu Farajah
Ya Aba Soleh Eltimasi Doa

Friday, December 4, 2009

Selamat Hari Raya Ghadir Khum Mubarak




Hari Aidul Ghadir

Salam dan selawat buat Baginda Rasul Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta Ahlul Baytnya yang suci serta tahniah kita ucapkan buat mereka Maasumin as. atas Hari Perlantikan Imamah dan Wilayahnya Imam bagi segala Imam, Amirul Mukminin Ali Ibni Abi Tolib Alaihissalam. Tahniah juga buat kaum Muslimin pada hari ini kerana telah sempurna agama dan hujjat buat kita semua.

Pada tahun kesepuluh Hijrah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam telah pergi ke Makkah bagi menunaikan fardhu Haji. Haji pada kali ini merupakan haji yang terakhir bagi Rasul, maka oleh sebab itu ia dinamakan sebagai Hujjatul Wida’ . Para haji yang telah bersama Rasulullah bilangan mereka mencapai sehingga sebanyak seratus dua puluh ribu orang.

Ibadah haji telah tamat dan Rasulullah pun memulakan perjalanan untuk pulang ke Madinah, berduyun-duyun manusia datang untuk mengucapkan selamat tinggal dan selain daripada penduduk-penduduk Makkah semuanya bersama Rasulullah meneruskan perjalanan pulang ke negeri masing-masing. Apabila mereka telah sampai di satu tempat bernama Ghadir Khum, hampir 5km daripada Juhfah, Jibrail Al-Amin telah turun membawa wahyu kepada Rasul untuk berhenti di tempat tersebut. Rasulullah pun mengarahkan semua ummat Islam untuk berhenti di situ.

Para rombongan hairan dengan arahan untuk berhenti dengan tiba-tiba tersebut yang mana dari segi zahir ia tidak sesuai pada tempat dan masanya, tempat yang tidak memiliki air dan pada waktu tengah hari dengan cuaca yang panas terik. Mereka bercakap sesama sendiri : Pasti telah turun perintah yang penting daripada Tuhan dan kepentingan perintah yang dipertanggungjawabkan ke atas Rasulullah (dapat difahami) cukup dengan larangan Baginda meneruskan perjalanan pada keadaan yang tidak sesuai begini untuk menyampaikan wahyu Tuhan.

Perintah Allah ini berhubung kait dengan ayat :

يا ايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك و ان لم تفعل فما بلغت رسالته و الله يعصمك من الناس

Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.

Cahaya matahari tengah hari 18 Zulhijjah di Ghadir Khum terik memancar dan rombongan besar yang mana sejarah telah mencatatkan bilangan mereka adalah daripada 70 ribu sehingga 120 ribu orang telah berhenti disitu atas perintah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan menunggu apakah yang bakal dicatat oleh sejarah pada hari itu. Disebabkan panas yang sangat terik mereka telah membahagikan pakaian mereka kepada dua bahagian, satu untuk diletakkan di atas kepala dan yang lainnya diletakkan di bawah kaki. Dalam detik-detik penting tersebut, terdengar suara azan berkumandang mengajak manusia untuk solat. Mereka pun bersiap-siap untuk bersembahyang dan Rasulullah pun mengimami solat jemaah di Ghadir kemudian Rasulullah naik ke atas mimbar yang telah didirikan di tengah ummat manusia dan dengan suara yang lantang berkhutbah. Diantara sabda Baginda adalah seperti berikut:

Segala puji hanya bagi Allah. DaripadaNya kita memohon pertolongan, kepadaNya kita beriman dan bertawakal serta kita berlindung daripada kejelekan hawa nafsu dan amalan buruk yang mana tidak ada Hadi dan penunjuk bagi orang yang sesat selain Dia; Tuhan yang mana jika sesiapa yang Dia beri hidayah maka tidak akan ada lagi yang dapat menyesatkannya. Aku bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan selainNya dan Muhammad hamba dan RasulNya.

Wahai manusia, telah hampir waktu untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada dakwah yang hak (benar) dan meninggalkan kalian. Aku mempunyai tanggungjawab dan kalian juga mempunyai tanggungjawab. Apakah yang kalian fikirkan mengenai diriku?

Kami bersaksi bahawa kamu telah menyampaikan agama Tuhan, menginginkan kebaikan serta menasihati kami dan telah berusaha di jalan ini, maka Allah Subhanahu Wa Taala akan memberikan ganjaran yang baik kepadamu.

Rasulullah meneruskan khutbahnya setelah menenangkan keadaan sekeliling :
Adakah kalian bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya? Syurga dan neraka adalah hak, hari kiamat tanpa syak pasti akan berlaku dan Tuhan akan menghidupkan kembali mereka-mereka yang telah terkubur didalam tanah?

Sahabat-sahabat Rasul menjawab : Ya, ya kami bersaksi.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih meneruskan :

Aku akan meninggalkan kepada kalian dua benda berharga, bagaimanakah perlakuan kamu dengan mereka? Seorang telah bertanya : Apakah dua benda berharga tersebut?

Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih bersabda : Benda berharga akbar adalah kitab Tuhan (Quran) yang mana satu bahagiannya di tangan Tuhan dan bahagian yang lainnya di tangan kalian. Genggamlah ia dengan erat supaya kamu tidak sesat. Dan benda berharga asghar adalah Itrah Ahlul Baitku. Allah Subhanahu Wa Taala telah memberitakanku bahawa dua tinggalanku ini tidak akan berpisah antara satu sama lain sehingga hari kiamat.




Wahai manusia, janganlah berpaling daripada Kitab Allah dan Itrahku dan jangan ketinggalan daripada mereka supaya kamu tidak binasa.


Ketika itu, Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih mengambil tangan Ali Alaihissalam dan mengangkat tangannya sehinggakan cahaya putih dibawah ketiak Rasul kelihatan kepada semua. Mereka melihat Imam Ali Alaihissalam disisi Rasul serta turut mengenalinya dan kini mereka telah memahami tujuan daripada pengumpulan ini pasti adalah mengenai sesuatu yang berkenaan dengan Ali Alaihissalam, mereka semua menanti untuk mendengar sabda Rasul (saaw) seterusnya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih bersabda :

Siapakah yang lebih Aula dan didahulukan keatas orang Islam daripada mereka sendiri?

Sahabat Rasul menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih bersabda :

Allah Subhanahu Wa Taala adalah maulaku, aku adalah maula para mukmin dan aku lebih aula dan didahulukan ke atas mereka dari diri mereka sendiri.
Kemudian bersabda :

من كنت مولاه فهذا على مولاه ‏

Wahai manusia, barangsiapa Aku adalah maulanya, maka Ali adalah maulanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih mengulang kata-kata terakhir ini sebanyak tiga kali kemudian bersabda :

(Daripada riwayat Ahmad Bin Hanbal didalam musnadnya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih mengulang kata-kata tersebut sebanyak empat kali.)

Ya Allah, cintailah mereka yang mencintai Ali, musuhilah mereka yang memusuhi Ali. Ya Allah, bantulah penolong Ali dan hinakanlah musuh-musuhnya. Tuhanku, jadikan Ali bersama hak (kebenaran).

Kemudian bersabda Sallallahu Alaihi Wa Aalih :

Hendaklah yang hadir menyampaikannya pada yang tidak hadir dan saling memberitakan kepada orang lain berkenaan perintah ini.

Kemudian Malaikat wahyu turun dan menyampaikan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih bahawa Allah Subhanahu Wa Taala hari ini telah menyempurnakan agamaNya dan telah mencukupkan nikmatnya ke atas seluruh mukmin.

اليوم اكملت لكم دينكم و اتممت عليكم نعمتى و رضيت لكم الاسلام ديناً) سوره مائده ، آيه 3)

Ketika itu, telah terdengar takbir yang dilaungkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan bersabda :

Aku bersyukur ke Hadrat Ilahi bahawa Dia telah menyempurnakan agamaNya dan mencukupkan nikmatNya serta telah ridha akan risalahku dan wilayah Ali selepasku..

Rasulullah turun daripada tempatnya dan sahabat-sahabat Baginda, datang berduyun-duyun mengucapkan tanhiah kepada Amirul Mukminin Ali Alaihissalam dan menggelarkannya sebagai maula setiap lelaki dan wanita mukmin.




Ghadir dikenali sebagai hari pembakar semangat, hari wilayah, hari imamah, hari wishayah, hari ukhuwah, hari peningkatan, keberanian, pelindungan, keridhaan. Hari nikmat, hari kesyukuran, hari menyampaikan, hari mengucapkan tahniah dan syabas, hari kegembiraan, kebahagiaan, memberi hadiah, hari perjanjian dan memperbaharuinya, hari penyempurna agama dan penyampaian hak, hari pemusnahan syaitan, hari yang mengenalkan jalan serta rahbar (pemimpin), hari ujian, hari putus asa musuh dan harapan pencinta dan ringkasan hari Islam, Quran dan Itrah, satu hari yang dimuliakan oleh pengikut sebenar agama Islam dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Allah Subhanahu Wa Taala memberikan pahala dan ganjaran beberapa kali ganda pada hari ini berbanding hari-hari raya yang lain yang mana kita tidak akan dapat melihat ganjaran sebegini selain daripada hari tersebut. Berbuat baik pada hari ini memurahkan rezeki dan memanjangkan umur. Menyayangi antara satu sama lain menyebabkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Pada hari ini, berikanlah harta yang telah dikurniakan Tuhan kepadamu kepada sanak saudara setakat yang kamu mampu dengan senyuman diwajah. Bergembiralah apabila dapat membantu orang lain dan bersyukurlah ke atas segala nikmat yang diberikan Allah. Berbuat baiklah kepada sesiapa yang memerlukan bantuan darimu dari segi pakaian dan makanan, samakan dirimu seperti orang yang berada dibawahmu. Amalkanlah persamaan ini setakat yang kamu mampu yang mana pahala satu dirham pada hari ini umpama seratus ribu dirham dan barakahnya pula adalah disisi Tuhan.

Berpuasa pada hari ini telah disunatkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala dan mempunyai pahala berlipat kali ganda. Jika sesiapa pada hari ini, menyempurnakan keperluan saudaranya – sebelum diminta – dan dengan niat yang baik, pahalanya seperti dia telah berpuasa pada hari ini dan pada malamnya beribadah sehingga terbit fajar. Selain itu, barangsiapa pada hari ini memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa umpama dia telah memberi makan kumpulan-kumpulan manusia.
Ghadir Didalam Quran

Berkenaan peristiwa Ghadir selepas daripada ayat Tabligh yakni ayat :

(يا اَيّها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك)

Telah turun dua ayat lain yang terdiri daripada :

1) Ayat sempurna agama

اليوم يئس الذين كفروا من دينكم فلا تخشوهم و اخشون اليوم اكملت لكم دينكم و اتممت عليكم نعمتى و رضيت لكم الاسلام ديناً

Pada hari ini (Hari Ghadir) orang-orang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini (Hari Ghadir Khum) telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-ridhai Islam itu sebagai agama bagimu (Al-Maidah, 3).

Apabila kita teliti ayat di atas ini, dapat difahami bahawa hari turun ayat tersebut merupakan suatu peristiwa yang sangat penting, yang mana ia merupakan punca musuh berputus asa daripada harapan untuk mengalahkan Islam. Sekarang, kita perlu meneliti apakah hari yang memiliki kepentingan sebegini ?

1-Adakah Hari Pembukaan Kota Makkah mempunyai ciri-ciri ini? Adalah jelas tidak, ini adalah kerana pada hari tersebut, perjanjian-perjanjian orang Islam dengan musyrikin masih menunjukkan kekuatan musyrikin dan ibadah haji masih dilakukan seperti pada zaman jahiliyah, dan sebahagian daripada hukum-hukum Islam turun selepas peristiwa tersebut. Di sini, orang kafir masih belum berputus asa, agama juga masih belum sempurna dari segi penyampaian furu’ dan hukum-hukum asasi.

2-Adakah hari pengumuman baraat (kebenciaan) terhadap musyrikin dapat menjadi hari penting tersebut, dengan menggambarkan bahawa pada hari ini musyrikin berputus asa dan tidak lagi mempunyai harapan? Sekali lagi tidak, kerana penyampaian agama dari segi hukum-hukum masih belum sempurna pada hari tersebut seperti berkenaan sebahagian daripada hudud, qisas dan hukum-hukum berkenaan kalalah (saudara sebapa atau saudara seibu sebapa) yang turun selepas peristiwa ini. Oleh itu, putus asa sahaja bukanlah penunjuk hari tersebut, bahkan putus asa perlu seiring dengan penyempurnaan agama; dan hari pengumuman baraat ini tidak memiliki kedua-dua ciri ini.
Sekarang kita hendaklah melihat apakah hari yang memiliki kedua-dua perkara berharga ini?





Sebahagian berpendapat bahawa hari tersebut, adalah hari Arafah tahun sepuluh Hijrah yang mana didalam sejarah terkenal dengan Hujjatul Wida’ tetapi dengan merujuk kepada peristiwa sejarah, hari ini tidak memiliki dua perkara tersebut.
Namun berputus asa dan tidak lagi memiliki harapan boleh diterangkan kepada dua bentuk :

1) Kafir Quraish dan musyrikin yang berada di semenanjung Arab telah berputus asa sebelum peristiwa ini lagi (Hujjatul Wida’), Quraish pada hari pembukaan kota Makkah dan musyrikin pada hari pengumuman baraat, telah berputus asa sepenuhnya untuk mengalahkan Islam, maka dalam keadaan ini, tidak benar untuk kita mengatakan musyrikin berputus asa pada hari Arafah tahun sepuluh Hijrah (Hujjatul Wida’) dalam keadaan yang mana perkara ini telah berlaku lebih setahun sebelumnya.

2)Semua orang musyrik (seluruhnya) masih belum berputus asa sehinggalah hari tersebut.

Disini, masalah penyempurnaan agama, jika agama bermaksud hukum-hukum dan furu’ Ad-Din, maka pada hari Arafah semua hukum belum sempurna bahkan asas hukum-hukum yang berkaitan dengan (Riba, warisan dan kalalah) selepas hari Arafah diturunkan.
Maka, satu-satunya hari yang memiliki ciri-ciri kedua-duanya adalah hari Ghadir yang mana penentuan pengganti bukan sahaja memutuskan harapan musuh malah menyempurnakan juga agama Tuhan. Sebenarnya, maksud putus asa disini adalah putus asa yang dimiliki disebabkan penyempurnaan agama. Dan maksud penyempurnaan agama adalah penyempurnaan rukun-rukun dan pengukuh agama itu, bukan penerangan furu’ dan bahagian-bahagiannya.
Putus Asa Musuh dan Penyempurnaan Agama

1) Penentuan pengganti dan punca putus asa

Hari yang mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih secara rasmi menentukan penggantinya merupakan hari orang kafir berputus asa dan harapan untuk melihat kemusnahan Islam kerana mereka sebelum ini membayangkan agama Islam hanya dapat berdiri dengan kewujudan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan dengan wafatnya Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih Islam juga akan musnah dan keadaan akan kembali seperti dahulu (zaman jahiliyah), namun ketika mereka melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah menentukan seorang yang berkemampuan (dari segi ilmu pengetahuan, keadilan dan saksama, kekuatan dan ketegasan yang tidak ada tandingan) untuk kepimpinan dan ummat Islam telah membaiatnya, maka mereka pun berputus asa dari melihat kejatuhan Islam. Dan sepenuhnya putus harapan apabila melihat Islam tumbuh dengan sebuah agama yang mempunyai asas kukuh, yang tidak akan goyah.

Ayat Quran memberi saksi bahawa orang kafir menginginkan ummat Islam meninggalkan agama mereka dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang terdahulu seperti mana Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Quran berfirman :

ود كثير من اهل الكتاب لويردونكم من بعد ايمانكم كفاراً

Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman (Baqarah,109).

Tetapi kemajuan pantas Islam di semenanjung Arab dan kejatuhan pemerintahan syirik di Makkah telah menghancurkan harapan mereka namun satu-satu harapan yang dibayangkan oleh mereka adalah oleh kerana pembawa agama baru(Islam), tidak memiliki anak untuk mengambil alih kepimpinan dan pemerintahan Islam yang masih baru selepas kewafatan Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih, daripada ini, asas pemerintahan Islam akan musnah selepas pemergian Rasul dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mereka mengalahkan Islam dan keadaan akan kembali seperti dahulu.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran berkenaan perkara ini :
اَمْ يَقُولُونَ شاعِرٌ نَتَرّبصُ به رَيْبَ المَنُون

Bahkan mereka mengatakan: "Dia adalah seorang penyair yang kami tunggu-tunggu kecelakaan menimpanya (Thuur, 30).

Ia merupakan pelan terakhir yang diharapkan oleh mereka, tetapi satu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah menentukan wasinya dan pemimpin muslimin selepasnya, hari itu merupakan hari yang mana malam melabuhkan bayangnya menghadirkan ketakutan dan menghancurkan harapan dalam hidup mereka.

2) Penyempurnaan Agama

Jika hari itu harapan musyrikin musnah dengan pemilihan khalifah dan penentuan pengganti, maka agama Islam juga akan turut sempurna, dan maksud (penyempurnaan agama) didalam ayat, bukanlah penerangan tentang furu’ agama dan hukum-hukum fekah untuk ummat Islam, bahkan sempurnanya agama adalah apabila sebuah agama itu dapat kekal, mempunyai asas yang kukuh ataupun dengan penentuan pemimpin yang akan menjalankan dan mengukuhkan benteng-benteng dan penyebab kekalnya agama tersebut. Oleh itu, dengan mengambil makna ini, kedua-dua ayat sesuai dan berkaitan antara satu sama lain. Dan hari yang merealisasikan dua perkara ini akan ditentukan.
Bukti-bukti Penurunan Ayat Di Ghadir

Para penafsir dan ahli hadis telah meriwayatkan turun ayat adalah pada hari Ghadir. Dan disini terdapat sebahagian daripada riwayat-riwayat yang membuktikannya. Dan jika riwayat syiah ditambah dengan riwayat ahlul sunnah, maka perkara ini akan mencapai pada had yang paling tinggi daripada tawatir.

Di sini terdapat beberapa alamat untuk rujukan daripada kitab :

1) Al-Wilayah penulis Thabari (wafat 310 H).
2)Tafsir Ibnu Katsir Syami, (774H) j2, m/s14.
3)Tafsir Ad-Dar Al-Mantsur Sayuti Syafie, wafat (911H) j2, m/s259 dan Al-Itqan, j1, m/s31.
4)Tarikh Abu Bakar Khatib Baghdadi, wafat (43) j8, m/s290.
5)Syeikh Al-Islam Hamwini, di dalam Farayid As-Samthin bab 13.
6) Khawarizmi, wafat (568H) didalam Manaqib m/s80 dan 94.
7)Tarikh Ibnu Katsir, j5, m/s2101.
8)Tazkirah Sibt Ibn Juzi Hanafi, wafat (654) m/s18.

Allamah Al-Marhum Amini didalam kitab Jawid (Al-Ghadir) j1, m/s 230 ke atas, telah meriwayatkan kata-kata dan riwayat-riwayat dari Ahlul Sunnah yang mana semuanya memberi saksi bahawa ayat (اليوم اكملت) telah diturunkan pada hari Ghadir...Namun riwayat-riwayat syiah dapat ditemui didalam kitab-kitab yang berkaitan dengan Imamah dan tafsir-tafsir muktabar.

Beberapa perkara penting yang terdapat di dalam ayat tersebut :

1) Kumpulan daripada penafsir-penafsir seperti Fakhru Razi didalam Mafatih Al-Ghaib, Alusi didalam Ruh Al-Maa’ni dan Abduh didalam Al-Manar meriwayatkan bahawa panjang umur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih selepas turun ayat ini, tidak lebih daripada 81 hari. Ketika wafat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih (berdasarkan riwayat Kulaini didalam Kafi dan riwayat Ahlul sunnah) berlaku pada 12 Rabiul Awal, hari turun ayat, hari ke-18 Zulhijjah, maka harinya adalah hari Ghadir. Sebenarnya bergantung kepada syarat bahawa kita tidak mengira hari Ghadir dan hari wafatnya Rasulullah, dan dua bulan daripada tiga bulan berturut-turut, dikira sebanyak 29 hari (contohnya : 11 hari bulan Zulhijjah + 29 hari Muharram + 30 hari Safar + 11 hari Rabiul Awal = 81 hari).

2- Banyak riwayat yang mengatakan turun ayat ini adalah pada hari Ghadir, yang mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih selepas pemilihan Ali Alaihissalam untuk kekhalifahan bersabda :

الله اكبرعلى اكمال الدين و اتمام النعمة و رضا الرب برسالتى و بالولاية لعلى (ع) من بعدى

Syukur ke Hadrat Ilahi atas penyempurnaan agama, mencukupi nikmat dan keridhaanNya ke atas risalahku dan wilayah Ali Alaihissalam selepasku .

Sepertimana yang difahami daripada hadis ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah menggunakan isi ayat yang sedang dibahaskan didalam sabdanya, maka ia secara langsung menunjukkan bahawa ayat tersebut adalah berkenaan hari Ghadir.
3-Dalam keadaan yang mana dalil-dalil yang pasti menyaksikan bebasnya (topik berbeza daripada ayat keseluruhan) ayat walaupun ayat tersebut berada di antara ayat yang menerangkan hukum yang berkaitan dengan daging-daging halal dan haram, perkara ini tidak tersembunyi bagi mereka yang mempunyai ilmu dan tahu berkenaan keadaan zaman awal Islam kerana sejarah dan hadis sahih telah menyaksikan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah memohon untuk menulis wasiat untuk ummatnya supaya selepas kewafatan Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih mereka tidak akan sesat, namun manusia-manusia yang ingkar apabila mengetahui bahawa Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih ingin menulis berkenaan kekhalifahan, maka dengan segera mereka mentohmah Nabi Sallallahu Alaihi Wa Aalih dengan nyanyuk (mengucapkan sesuatu yang tidak difahami).

Peristiwa ini dan yang seumpamanya sepertimana yang telah tercatat didalam sejarah, berkaitan dengan mereka-mereka yang pada awal Islam mempunyai tujuan tersendiri berkenaan perkara kekhalifahan dan pengganti Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih, oleh itu, bagi mengingkarinya mereka tidak lagi mengenal had dan sempadan.

Dengan mengingat kepada keadaan dan suasana ketika penurunan ayat ini, maka bagi menjaga dan memelihara ayat dari semua segi tahrif dan perubahan, perlu disembunyikan sesuatu yang berharga tersebut dengan suatu perkara biasa supaya ia kurang diberi perhatian.

Disini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dengan perintah Tuhan bertanggungjawab meletakkan ayat yang berkaitan dengan pengganti di antara perkara-perkara biasa supaya kurang diberi perhatian oleh musuh-musuh dan dengan cara ini sanad Ilahi ini dapat sampai ke tangan orang di masa hadapan.

2)Ayat berkenaan meminta azab

Ayat ketiga yang diturunkan berkenaan peristiwa Ghadir adalah ayat meminta azab.
Ketika Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah memilih Ali Alaihissalam sebagai khalifah pada hari Ghadir Khum, khabar ini telah tersebar ke serata tempat, Nu’man Bin Harist Fahri telah datang ke sisi Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan berkata : Kamu telah mengajak kami kepada Tuhan yang Esa, dan kami bersaksi dengannya, kemudian kamu mengarahkan untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan zakat, dan kami pun mengerjakannya, adakah kamu belum ridha dan puas dengan semua ini sehinggakan remaja ini (dengan mengisyaratkan kepada Imam Ali Alaihissalam) telah kamu pilih sebagai penggantimu, adakah kata-kata ini dari kamu sendiri atau dari Allah Subhanahu Wa Taala?

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih bersabda : Demi Tuhan yang tidak ada Tuhan selainNya, ia adalah daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Ketika ini, Nu’man mengalihkan wajahnya daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan berkata :

اللهم ان هذاهو الحق من عندك فامطِر علينا حجارة من السماء

Ya Allah, jika betul dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit (Surah Anfaal, 32).

Ketika dia menghabiskan kata-kata tersebut tiba-tiba jatuh seketul batu dari langit dan membunuhnya, kemudian ayat ini turun :

سال سائل بعذاب واقع للكافرين ليس له دافع. من الله ذى المعارج

Seseorang peminta telah meminta kedatangan azab dan ia pun terjadi, azab ini adalah khusus orang-orang kafir, yang tidak seorang pun dapat menolaknya, (Yang datang) dari Allah, Yang mempunyai malaikat-malaikat yang naik ke langit (Al-Ma’aarij, 1-3).

Sebab turun ayat ini telah diriwayatkan oleh para penafsir dan ahli hadis syiah dan kumpulan daripada Ahlul sunnah yang mana bilangan mereka sampai kepada 30 orang dan ia dapat dirujuk didalam kitab Al-Ghadir .

Sebab turun ayat tersebut telah diterima oleh ulama-ulama Islam kecuali Ibnu Taimiyah yang tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga risalah, didalam kitab Minhaj As-Sunnah yang mana lebih sesuai jika dinamakan dengan Minhaj Al-Bida’h, telah mengingkari sebab turun ayat ini dengan 7 perkara dan Al-Marhum Allamah Amini didalam permulaan jilid Al-Ghadir telah menjawab kesemuanya dan kami datangkan disini :

1- Peristiwa Ghadir berlaku selepas pulang daripada Hujjatul Wida’ namun di dalam sebab turun ayat tersebut Nu’man bertemu Rasulullah ketika di Abthah dan Abthah terletak di Makkah.

Jawapan : Pertama : didalam riwayat Sirah Halabi, Sibt Ibn Juzi dan yang lainnya, Nu’man bertemu dan berbicara dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih di dalam Masjid Madinah. Kedua : Ibthah yang didalam bahasa Arab adalah pantai dan pada setiap tempat yang air banjir melaluinya, ia dapat dirujuk kepada kitab-kitab bahasa.
2- Surah Ma‘aarij adalah surah Makki (diturunkan di Makkah) dan telah turun sepuluh tahun sebelum peristiwa Ghadir, oleh itu bagaimana ayat ini boleh dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku selepas Ghadir Khum.

Jawapan : Ukuran dalam menentukan sebuah surah itu adalah Makki atau Madani adalah kebanyakan ayat didalam surah tersebut telah diturunkan dimana (Makkah atau Madinah), terdapat banyak surah-surah Makki tetapi didalamnya terdapat ayat-ayat yang turun di Madinah dan juga sebaliknya. Perkara ini akan difahami dengan merujuk kepada Quran yang telah dikeluarkan di negara-negara Arab yang mana pada permulaan setiap surah mengisyaratkan berkenaan Makki dan Madani surah tersebut.

3-Ayat : ( واذ قالوا اللهم ان كان هذا هو الحق من عندك فامطر علينا حجارة من السماء ) 32, surah Al-Anfaal telah turun selepas perang Badar dan sebelum peritiwa Ghadir.
Jawapan : Masalah ini sebenarnya adalah keanak-anakan kerana pembahasan kita tidak ada kena mengena langsung dengan ayat tersebut (ayat ini telah turun selepas perang Badar), bahkan perbahasan adalah berkenaan ayat (سأل سائل بعذاب واقع).

4-Kewujudan Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih dengan hukum ayat :

و ما كان الله ليعذ بهم و انت فيهم و ما كان الله معذبهم و هم يستغفرون

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (Al-Anfaal, 33).

Dengan kewujudan Nabi Sallallahu Alaihi Wa Aalih azab tidak akan diturunkan.
Jawapan : Maksud ayat adalah azab yang menghancurkan sebuah kumpulan manusia, seperti azab-azab yang terdapat di dalam Quran berkenaan kisah-kisah para Rasul terdahulu, bukannya azab satu orang tambahan pula dia sendiri yang memohonnya, jika tidak sejarah mencatatkan bahawa terdapat mereka-mereka yang binasa akibat daripada laknat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih seperti yang berlaku kepada Aswad Bin Mathlab, Malik Bin Thalalah dan yang lain.

5-Jika benar peritiwa ini telah berlaku maka hendaklah ia terkenal seperti cerita berkenaan Ashhabul Fiil (tentera bergajah).

Jawapan : Peristiwa berkenaan satu orang dengan yang berkenaan satu jemaah besar adalah amat berbeza, jika kita lupakan yang itu pun, untuk meriwayatkan peristiwa kedua (tentera bergajah) ini terdapat riwayat yang banyak tetapi sebaliknya berkenaan kelebihan Imam riwayat-riwayat hanya berbentuk tersembunyi, namun dengan keadaan sebegini jika 30 orang berilmu meriwayatkan berkenaannya pasti ia merupakan salah satu inayah daripada Tuhan yang mana daripada jalan ini Dia memelihara hujjatNya.

6- Nu’man berdasarkan sebab turun ayat, telah menerima dan beriman dengan usul yang lima, dalam keadaan ini, bagaimanakah boleh turun ke atasnya?

Jawapan: Sebab turun ayat menunjukkan bahawa dia tidak ridha dengan keputusan Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalih bahkan dia juga tidak ridha dengan perintah Tuhan kerana dia telah berkata: Jika pemilihan Ali sebagai khalifah adalah daripada Allah Subhanahu Wa Taala maka turunkan azab kepadanya, apakah murtad yang lebih besar daripada ini.

7-Didalam kitab-kitab berkenaan nama-nama para sahabat tidak terdapat nama Nu’man Bin Harist.

Jawapan: Bilangan sahabat-sahabat Rasul lebih daripada yang terdapat didalam kitab-kitab . Mereka-mereka yang mengkaji berkenaan sejarah para sahabat hanya mencatatkan nama-nama mereka setakat informasi yang mereka miliki dan merujuk kepada muqaddimah kitab-kitab seperti Al-Istia’b, Asad Al-Ghabah, Al-Ishayah dan maklumat-maklumat berkenaan kitab-kitab ini akan menjelaskan perkara ini.
Kelebihan Hari ini :

Hari kelapan belas Zulhijjah merupakan hari peringatan sebuah sejarah penting. Hari yang mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam selepas menunaikan haji pada tahun kesepuluh Hijrah telah mengumpulkan manusia di Ghadir ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah dan menyampaikan firman Tuhan yang telah memilih Ali Alaihissalam sebagai Imam dan Wali ke atas ummat manusia. Disitulah turun ayat (الیَومَ أَکمَلتُ لَکُم دِینَکُم، وَ أَتمَمتُ عَلَیکُم نِعمَتِی، وَرَضِیتُ لَکُمُ الإِسلَامَ دِینًا) . Allah Subhanahu Wa Taala telah menyempurnakan agama Islam dan memutuskan harapan para musuh dengan pemilihan Ali Alaihissalam sebagai Imam bagi ummat. Hari ini merupakan antara hari raya yang paling besar bagi ummat Islam, sepertimana yang terdapat didalam banyak riwayat berkenaan kepentingan hari atas hari-hari raya yang lain.

Didalam riwayat daripada Imam Ridha Alaihissalam yang berkata: (Pada Hari kiamat, empat hari yang telah dijadikan perhiasan akan dibawa ke Arash Ilahi: Hari Raya Aidil Adha (Korban), Hari Raya Aidil Fitri, Hari Jumaat dan Hari Raya Ghadir. Namun antara empat hari ini, Hari Raya Ghadir dari segi keindahan umpama bulan dikelilingi bintang-bintang.

Didalam riwayat yang sama, hari ini merupakan hari Raya Akbar; hari dimana dosa-dosa para syiah (yang bertaubat) Amirul Mukminin Alaihissalam akan diampuni dan hari ini, hari kegembiraan, hari yang mana senyuman terlakar di semua wajah mukminin.

Didalam riwayat lain, Imam Sodiq Alaihissalam telah disoal : Adakah bagi ummat Islam hari raya lain selain daripada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha? Berkata Alaihissalam: Ya. Hari Raya yang mana lebih azhim dan mulia lebih daripada dua hari tersebut. Hari tersebut adalah hari yang mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih telah memilih Imam Ali Alaihissalam sebagai Imam ummat dan didalam riwayat lain berkata Alaihissalam: Hari tersebut adalah hari kelapan belas Zulhijjah.

Oleh kerana itu, hari ini ummat Islam menyambutnya dengan mengadakan majlis-majlis gembira, madahi dan perbahasan berkenaan Hari Raya Ghadir dan masalah Imamah serta kelebihan Amirul Mukminin Alaihissalam. Mengenalkan serta mengajar anak-anak dan para remaja berkenaan wilayah Amirul Mukminin Ali Alaihissalam, kitab-kitab, sunnah dan sejarah berkenaannya.


Amalan Hari Raya Ghadir :

Telah diriwayatkan beberapa amalan bagi hari ini :

1- Berpuasa yang mana terdapat riwayat daripada Imam Sodiq Alaihissalam bahawa berpuasa pada hari ini umpama berpuasa selama enam puluh bulan. Riwayat lain mengatakan berpuasa pada Hari Raya Ghadir merupakan kaffarah enam puluh tahun.

2- Al-Marhum Kaf’ami didalam (Bilad Al-Amin) meriwayatkan bahawa mandi sunnat hari ini adalah mustahab.

3- Berbuat baik dan berkhidmat kepada saudara-saudara mukmin.
Riwayat daripada Imam Sodiq Alaihissalam berkata: Hari ini adalah hari beribadah, hari memberi makan, berbuat baik dan berkhidmat kepada saudara seagama.
Riwayat lain daripada Imam Ridha Alaihissalam yang berkata: Barangsiapa yang hari ini meluaskan rezeki, memberikan dan menginfakkan kepada keluarga dan saudara mukminnya, maka Allah Subhanahu Wa Taala akan meluaskan rezekinya.

4- Ziarah Amirul Mukminin Ali Alaihissalam pada hari ini mempunyai banyak fadhilah dan kelebihan.

Didalam satu riwayat daripada Ibnu Abi Nasir (salah seorang daripada sahabat dan penolong setia Imam Ridha Alaihissalam) yang meriwayatkan bahawa Imam Ridha Alaihissalam telah berkata kepadanya: Walau dimana sahaja kamu berada berusahalah pada Hari Raya Ghadir, untuk berada paling dekat dengan makamnya Amirul Mukminin Alaihissalam, kerana pada hari tersebut Allah Subhanahu Wa Taala akan mengampuni ramai daripada lelaki-lelaki dan wanita-wanita muslim dan akan melepaskan pada hari ini daripada api neraka Jahannam dua kali ganda mereka-mereka yang dilepaskan daripada api neraka pada bulan Ramadhan, malam Lailatul Qadar dan malam Hari Raya Aidil Fitri.

Telah diriwayatkan ziarah-ziarah untuk Amirul Mukminin Alaihissalam pada hari ini yang mana yang paling makruf daripadanya adalah Ziarah Aminullah yang mana ziarah ini boleh dibaca untuk Amirul Mukminin Alaihissalam tidak kira dekat atau jauh, begitu juga ziarah khusus Amirul Mukminin pada Hari Ghadir.

5- Imam Ridha Alaihissalam berkata: Pada hari sebegini yang merupakan hari raya dan hari mengucapkan tahniah antara satu sama lain, maka adalah lebih baik seorang mukmin apabila bertemu antara satu sama lain untuk menyebut :

اَلحَمدُ لِلهِ الَّذِی جَعَلنَا مِنَ المُتَمَسِّکِینَ بِوِلَایَةِ أَمِیرِ المُؤمِنِینَ وَالأَئِمَّةِ عَلَیهِمُ السَّلامُ.

6- Pada hari ini, apabila bertemu saudara mukminmu sebutlah :

اَلحَمدُ لِلهِ الَّذِی أَکرَمنَا بِهَذَا الیَومِ، وَجَعَلنَا مِنَ المُؤمِنِینَ، وَجَعَلَنَا مِنَ المُوفِینَ بِعَهدِهِ إِلَینَا، وَمِیثَاقِهِ الَّذِی وَاثَقَنَا بِهِ، مِن وِلَایَةِ وُلَاةِ أَمرِهِ، وَالقُوَّامِ بِقِسطِهِ، وَلَم یَجعَلنَا مِنَ الجَاحِدِینَ وَالمُکَذِّبِینَ بِیَومِ الدِّینِ.

7-Membaca doa Nudbah pada hari ini .

8-Al-Marhum Sayyid Bin Thawus dengan sanad sahih daripada Imam Sodiq Alaihissalam meriwayatkan bahawa pada Hari Ghadir, solatlah dua rakaat, selepas selesai solat maka sujudlah dan bersyukurlah kepada Allah sebanyak 100 kali (contoh sebutlah: شُکرًا لِله – Syukran Lillah) kemudian setelah bangun daripada sujud bacalah doa ini :

اَللّهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ بِاَنَّ لَكَ الْحَمْدَ وَحْدَكَ لا شَريكَ لَكَ وَاَنَّكَ
واحِدٌ اَحَدٌ صَمَدٌ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَكَ كُفُواً اَحَدٌ وَاَنَّ
مُحَمّداً عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَ آلِهِ يا مَنْ هُوَ كُلَّ يَوْمٍ فى
شَاْنٍ كَما كانَ مِنْ شَاْنِكَ اَنْ تَفَضَّلْتَ عَلَىَّ بِاَنْ جَعَلْتَنى مِنْ اَهْلِ
اِجابَتِكَ وَاَهْلِ دِينِكَ وَاَهْلِ دَعْوَتِكَ وَوَفَّقْتَنى لِذلِكَ فى مُبْتَدَءِ
خَلْقى تَفَضُّلاً مِنْكَ وَكَرَماً وَجُوداً ثُمَّ اَرْدَفْتَ الْفَضْلَ فَضْلاً وَالْجُودَ
جُوداً وَالْكَرَمَ كَرَماً رَاْفَةً مِنْكَ وَرَحْمَةً اِلى اَنْ جَدَّدْتَ ذلِكَ الْعَهْدَ
لى تَجْديداً بَعْدَ تَجديدِكَ خَلْقى وَكُنْتُ نَسْياً مَنْسِيّاً ناسِياً ساهِياً
غافِلاً فَاَتْمَمْتَ نِعْمَتَكَ بِاَنْ ذَكَّرْتَنى ذلِكَ وَمَنَنْتَ بِهِ عَلَىَّ وَهَدَيْتَنى
لَهُ فَليَكُنْ مِنْ شَاْنِكَ يا اِلهى وَسَيِّدى وَمَولاىَ اَنْ تُتِمَّ لى ذلِكَ وَلا
تَسْلُبَنيهِ حَتّى تَتَوَفّانى عَلى ذلِكَ وَاَنتَ عَنّى راضٍ فَاِنَّكَ اَحَقُّ
المُنعِمينَ اَنْ تُتِمَّ نِعمَتَكَ عَلَىَّ اَللّهُمَّ سَمِعْنا وَاَطَعْنا وَاَجَبْنا داعِيَكَ
بِمَنِّكَ فَلَكَ الْحَمْدُ غُفْرانَكَ رَبَّنا وَاِلَيكَ المَصيرُ امَنّا بِاللّهِ وَحدَهُ لا
شَريكَ لَهُ وَبِرَسُولِهِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَ آلِهِ وَصَدَّقْنا وَاَجَبْنا
داعِىَ اللّهِ وَاتَّبَعْنَا الرَّسوُلَ فى مُوالاةِ مَوْلينا وَمَوْلَى الْمُؤْمِنينَ اَميرِ
المُؤْمِنينَ عَلِىِّ بْنِ اَبيطالِبٍ عَبْدِاللّهِ وَاَخى رَسوُلِهِ وَالصِّدّيقِ الاْكْبَرِ
وَالحُجَّةِ عَلى بَرِيَّتِهِ المُؤَيِّدِ بِهِ نَبِيَّهُ وَدينَهُ الْحَقَّ الْمُبينَ عَلَماً لِدينِ
اللّهِ وَخازِناً لِعِلْمِهِ وَعَيْبَةَ غَيْبِ اللّهِ وَمَوْضِعَ سِرِّ اللّهِ وَاَمينَ اللّهِ عَلى
خَلْقِهِ وَشاهِدَهُ فى بَرِيَّتِهِ اَللّهُمَّ رَبَّنا اِنَّنا سَمِعْنا مُنادِياً يُنادى
لِلا يمانِ اَنْ امِنُوا بِرَبِّكُمْ فَامَنّا رَبَّنا فَاغْفِرْ لَنا ذُنُوبَنا وَكَفِّرْ عَنّا
سَيِّئاتِنا وَتَوَفَّنا مَعَ الاْبْرارِ رَبَّنا وَ اتِنا ما وَعَدْتَنا عَلى رُسُلِكَ وَلا
تُخْزِنا يَوْمَ الْقِيمَةِ اِنَّكَ لا تُخْلِفُ الْميعادَ فَاِنّا يا رَبَّنا بِمَنِّكَ وَلُطْفِكَ
اَجَبْنا داعِيَكَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ وَصَدَّقْناهُ وَصَدَّقْنا مَوْلَى الْمُؤْمِنينَ
وَكَفَرْنا بِالجِبْتِ وَالطّاغُوتِ فَوَلِّنا ما تَوَلَّيْنا وَاحْشُرْنا مَعَ اَئِمَّتِنا فَاِنّا
بِهِمْ مُؤْمِنُونَ مُوقِنُونَ وَلَهُمْ مُسَلِّمُونَ امَنّا بِسِرِّهِمْ وَعَلانِيَتِهِمْ
وَشاهِدِهِمْ وَغائِبِهِمْ وَحَيِّهِمْ وَمَيِّتِهِمْ وَرَضينا بِهِمْ اَئِمَّةً وَقادَةً
وَسادَةً وَحَسْبُنا بِهِمْ بَيْنَنا وَبَيْنَ اللّهِ دُونَ خَلْقِهِ لا نَبْتَغى بِهِمْ بَدَلاً وَلا
نَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِمْ وَليجَةً وَبَرِئْنا اِلَى اِلله مِنْ كُلِّ مَنْ نَصَبَ لَهُمْ حَرْباً
مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ مِنَ الأَوَّلينَ وَالأَ خِرينَ وَكَفَرْنا بِالْجِبْتِ
وَالطّاغُوتِ وَالاَوثانِ الاَرْبَعَةِ وَاَشْياعِهِمْ وَاَتْباعِهِمْ وَكُلِّ مَنْ
والاهُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ مِنْ اَوَّلِ الدَّهرِ اِلى آخِرِهِ اَللّهُمَّ اِنّا
نُشْهِدُكَ اَنّا نَدينُ بِما دانَ بِهِ مُحَمَّدٌ وَ الُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ
وَعَلَيْهِمْ وَقَوْلُنا ما قالُوا وَدينُنا ما دانُوا بِهِ ما قالُوا بِهِ قُلْنا وَما دانُوا
بِهِ دِنّا وَما اَنْكَرُوا اَنْكَرْنا وَمَنْ والَوْا والَيْنا وَمَنْ عادَوْا عادَيْنا وَمَنْ
لَعَنُوا لَعَنّا وَمَنْ تَبَرَّؤُا مِنهُ تَبَرَّأنَا {مِنهُ} وَمَن تَرَحَّمُوا عَلَیهِ تَرَحَّمنَا
عَلَيْهِ آمَنّا وَسَلَّمْنا وَرَضينا وَاتَّبَعْنا مَوالِيَنا صَلَواتُ اللّهِ عَلَيْهِمْ
اَللّهُمَّ فَتَمِّمْ لَنا ذلِكَ وَلا تَسْلُبْناهُ وَاجْعَلْهُ مُسْتَقِرّاً ثابِتاً عِنْدَنا وَلا
تَجْعَلْهُ مُسْتَعاراً وَاَحْيِنا ما اَحْيَيْتَنا عَلَيْهِ وَاَمِتْنا اِذا اَمَتَّنا عَلَيْهِ آلُ
مُحَمَّدٍ اَئِمَّتُنا فَبِهِمْ نَاْتَمُّ وَاِيّاهُمْ نُوالى وَعَدُوَّهُمْ عَدُوَّ اللّهِ نُعادى
فَاجْعَلْنا مَعَهُمْ فِى الدُّنْيا وَالأخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبينَ فَاِنّا بِذ لِكَ راضُونَ
يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ

Selepas selesai solat, sujud kembali dan sebutlah 100 kali اَلحَمدُ لِله - Alhamdulillah dan 100 kali شُکرًا لِله – Syukran Lillah.

Imam Alaihissalam menyambung : Barangsiapa yang melakukan amalan ini, maka dia akan memiliki pahala orang yang berada disisi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih pada Hari Ghadir dan berbaiat kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih. (Al-Marhum Muhaddis Qumi berkata: Adalah lebih baik solat ini ditunaikan ketika hampir zohor kerana waktu tersebut berdekatan dengan waktu pemilihan Imam Ali Alaihissalam sebagai khalifah.

9- Telah diriwayatkan daripada Syeikh Mufid Rahimahullah bahawa bacalah doa ini pada Hari Ghadir :

اَللّهُمَّ اِنّى اَسْئَلُكَ بِحَقِّ
مُحَمَّدٍ نَبِيِّكَ وَعَلِىٍّ وَلِيِّكَ وَالشَّاْنِ وَالْقَدْرِ الَّذى خَصَصْتَهُما بِهِ دُونَ
خَلْقِكَ اَنْ تُصَلِّىَ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلِي وَاَنْ تَبْدَءَ بِهِما فى كُلِّ خَيْرٍ
عاجِلٍ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ الاْئِمَّةِ الْقادَةِ وَالدُّعاةِ
السّادَةِ وَالنُّجُومِ الزّاهِرَةِ وَالاْعْلامِ الْباهِرَةِ وَساسَةِ الْعِبادِ وَاَرْكانِ
الْبِلادِ وَالنّاقَةِ الْمُرْسَلَةِ وَالسَّفينَةِ النّاجِيَةِ الْجارِيَةِ فِى الْلُّجَجِ
الْغامِرَةِ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ خُزّانِ عِلْمِكَ وَاَرْكانِ
تَوْحِيدِكَ وَدَعآئِمِ دينِكَ وَمَعادِنِ كَرامَتِكَ وَصِفْوَتِكَ مِنْ بَرِيَّتِكَ
وَخِيَرَتِكَ مِنْ خَلْقِكَ الاْتْقِيآءِ الاْنْقِيآءِ النُّجَبآءِ الاْبْرارِ وَالْبابِ
الْمُبْتَلى بِهِ النّاسُ مَنْ اَتاهُ نَجى وَمَنْ اَباهُ هَوى اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى
مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ اَهْلِ الذِّكْرِ الَّذينَ اَمَرْتَ بِمَسْئَلَتِهِمْ وَذَوِى
الْقُرْبَى الَّذينَ اَمَرْتَ بِمَوَدَّتِهِمْ وَفَرَضْتَ حَقَّهُمْ وَجَعَلْتَ الْجَنَّةَ مَعادَ
مَنِ اقْتَصَّ اثارَهُمْ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ كَما اَمرَوُا
بِطاعَتِكَ وَنَهَوْا عَنْ مَعْصِيَتِكَ وَدَلّوُا عِبادَكَ عَلى وَحْدانِيَّتِكَ اَللّهُمَّ
اِنّى اَسْئَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ نَبِيِّكَ وَنَجيبِكَ وَصَفْوَتِكَ وَاَمينِكَ
وَرَسُولِكَ اِلى خَلْقِكَ وَبِحَقِّ اَميرِ الْمُؤْمِنينَ وَيَعْسُوبِ الدّينِ وَقاَّئِدِ
الْغُرِّ الْمُحَجَّلينَ الْوَصِىِّ الْوَفِىِّ وَالصِّدّيقِ الاْكْبَرِ وَالْفارُوقِ بَيْنَ
الْحَقِّ وَالْباطِلِ وَالشّاهِدِ لَكَ وَالدّالِّ عَلَيْكَ وَالصّادِعِ بِاَمْرِكَ
وَالْمُجاهِدِ فى سَبيلِكَ لَمْ تَاْخُذْهُ فيكَ لَوْمَةُ لاَّئِمٍ اَنْ تُصَلِّىَ عَلى
مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ وَاَنْ تَجْعَلَنى فى هذَا الْيَوْمِ الَّذى عَقَدْتَ فيهِ
لِوَلِيِّكَ الْعَهْدَ فى اَعْناقِ خَلْقِكَ وَاَكْمَلْتَ لَهُمُ الّدينَ مِنَ الْعارِفينَ
بِحُرْمَتِهِ وَالْمُقِرّينَ بِفَضْلِهِ مِنْ عُتَقآئِكَ وَطُلَقائِكَ مِنَ النّارِ وَلا
تُشْمِتْ بى حاسِدِى النِّعَمِ اَللّهُمَّ فَكَما جَعَلْتَهُ عيدَكَ الاْكْبَرَ وَسَمَّيْتَهُ
فِى السَّمآءِ يَوْمَ الْعَهْدِ الْمَعْهُودِ وَفِى الاْرْضِ يَوْمَ الْميثاقِ الْمَاْخُوذِ
وَالجَمْعِ المَسْئُولِ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ وَاَقْرِرْ بِهِ عُيُونَنا
وَاجْمَعْ بِهِ شَمْلَنا وَلا تُضِلَّنا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنا وَاجْعَلْنا لاِنْعُمِكَ مِنَ
الشّاكِرينَ يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذى عَرَّفَنا فَضْلَ هذَا الْيَوْمِ
وَبَصَّرَنا حُرْمَتَهُ وَكَرَّمَنا بِهِ وَشَرَّفَنا بِمَعْرِفَتِهِ وَهَدانا بِنُورِهِ يا رَسُولَ
اللّهِ يا اَميرَ الْمُؤْمِنينَ عَلَيْكُما وَعَلى عِتْرَتِكُما وَعَلى مُحِبِّيكُما مِنّى
اَفْضَلُ السَّلامِ ما بَقِىَ اللّيْلُ وَالنَّهارُ وَبِكُما اَتَوَجَّهُ اِلىَ اللّهِ رَبّى
وَرَبِّكُما فى نَجاحِ طَلِبَتى وَقَضآءِ حَوآئِجى وَتَيْسيرِ اُمُورى اَللّهُمَّ
اِنّى اَسْئَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ اَنْ تُصَلِّىَ عَلى مُحَمَّدٍ وَ الِ
مُحَمَّدٍ وَاَنْ تَلْعَنَ مَنْ جَحَدَ حَقَّ هذَا الْيَوْمِ وَاَنْكَرَ حُرْمَتَهُ فَصَدَّ عَنْ
سَبيلِكَ لإِطْفآءِ نُورِكَ فَاَبَى اللّهُ اِلاّ اَنْ يُتِمَّ نُورَهُ اَللّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ اَهْلِ
بَيْتِ مُحَمَّدٍ نَبِيِّكَ وَاكْشِفْ عَنْهُمْ وَبِهِمْ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ الْكُرُباتِ
اَللّهُمَّ امْلاَءِ الاْرْضَ بِهِمْ عَدْلاً كَما مُلِئَتْ ظُلْماً وَجَوْراً وَاَنْجِزْ لَهُمْ
ما وَعَدْتَهُمْ اِنَّكَ لا تُخْلِفُ الْميعادَ

10- Disebabkan kebesaran Hari “Ghadir” dan keberkatan yang dimilikinya, adalah baik saudara mukmin untuk membaca akad ukhuwah dan persaudaraan pada hari ini antara satu sama lain untuk lebih mengeratkan hubungan persaudaraan serta kerjasama antara mereka.

Al-Marhum Haji Nuri didalam Mustadrak Al-Wasail berkata: Letakkan tangan kananmu di atas tangan kanan saudara mukminmu dan sebutlah:

وَأَخَیتُکَ فِی اللهِ، وَصَافَیتُکَ فِی اللهِ، وَصَافَحتُکَ فِی اللهِ، وَعَاهَدتُ اللهَ وَمَلَآئِکَتَهُ وَکُتُبَهُ وَرُسُلَهُ وَأَنبِیَائَهُ، وَالأَئِمَّةَ المَعصُومِینَ عَلَیهِمُ السَّلَامُ، عَلَی أَنِّی إِن کُنتُ مِن أَهلِ الجَنَّةِ وَالشَّفَاعَةِ، وَأُذِنَ لِی بِأَن أَدخُلَ الجَنَّةَ، لا أَدخُلُهَا إِلَّا وَأَنتَ مَعِی

Kemudian saudara mukmin berkata :

قَبِلتُ.

Kemudian sebutlah:

أَسقَطتُ عَنکَ جَمِیعَ حُقُوقِ اَلأُخُوَّةِ، مَا خَلَا الشَّفَاعَةَ وَالدُّعآءَ وَالزِّیَارَةَ.

Ketika saudara mukmin tersebut mengabulkannya, maka jadilah saudara maknawi antara satu sama lain. Dan dikeranakan tanggungjawab ukhuwah persudaraan adalah sangat berat, semua hak-hak saudara akan dilepaskan kecuali ziarah, doa dan syaafat satu sama lain.




Ya Aba Soleh Eltimasi Doa
سید محمد فضلی
Khidmat Imam Zaman Ajjalallahu Farajah
Email: abalfazl@arridha.com
05 December 2009 /18 Zulhijjah 1430

Friday, October 30, 2009

Imam Reza as




Bismi Taala

قُل لا اسألُكُم عَليه اَجراً اِلّا المَوَدّة في القُربى

Katakanlah wahai Nabi! Aku tidak mengharapkan ganjaran daripada kalian, kecuali kecintaan kepada keluargaku. (Syura, 23)

Imam Ali Ar-Ridha alaihissalam dalam menerangkan tafsir ayat ini dan bukti kedudukan Ahlulbait alaihimussalam berkata :

Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang seumpama ini, turun berkenaan sebahagian Rasul-rasul seperti Nabi Nuh, Hud, Soleh, Luth dan Syuaib dengan hanya perbezaan pada ayat yang berbunyi (pahala dan ganjaran para Rasul hanya terletak disisi Allah), tetapi (kecintaan kepada keluarga)) mereka tidak disebutkan. Al-Quran merakamkan berkenaan Rasul terakhir, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Aalih bahawa ganjaran bagi risalah Rasul, kecintaan kepada keluarga terdekatnya.
Imam Ridha Alaihissalam meneruskan : Allah swt, mewajibkan kecintaan kepada Ahlul Bait Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Aalih kerana Dia mengetahui bahawa Ahlul Bait Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Aalih tidak akan sesekali membelakangi agama dan tidak akan sesekali tersesat atau terpesong.

Imam Ridha Alaihissalam berkata : selepas turun ayat ini dan sebelum ia dibaca kepada orang ramai, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Aalih berada bersama pengikut-pengikutnya dan mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi kemudian bersabda : ‘Wahai manusia, Allah Subhanahu Taala telah mewajibkan ke atas kamu satu tanggungjawab, adakah kamu akan mengamalkan tanggungjawab ini?’

Tidak ada yang menyambut persoalan yang dikemukakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Aalih , kerana mereka menyangka tanggungjawab mereka itu adalah dari segi harta. Hari kedua, Rasulullah Sallallhu Alaihi wa Aalih mengulang sekali lagi perkara yang sama dan mereka masih diam membisu sehinggalah Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Aalih bersabda : ‘Tanggungjawab ini, bukanlah (dari segi harta dan) membayar emas dan perak, makanan atau minuman.’ Mereka bertanya : ‘Jika bukan semua itu, maka apakah itu? Maka Baginda Sallallahu Alaihi wa Aalih membaca ayat-ayat yang telah diturunkan kepadanya dan bersabda : ‘Ganjaran risalahku adalah kecintaan kepada ahlul baitku’.. mendengar ayat ini mereka berkata : ‘Kami menerima perintah Tuhan, dan kewajipan ini akan kami tunaikan.’ Imam Ridha Alaihissalam kemudian berkata : ‘Namun ramai manusia tidak mengamalkan tanggungjawab Ilahi ini dan tidak setia pada apa yang telah mereka janjikan.’

Imam Musa al-Kazhim Alaihissalam, seluruh keluarga Bani Hashim serta para pengikutnya Imam Jaafar As-Sodiq Alaihissalam masih dalam keadaan berduka-cita atas kesyahidan ayahnya, sebagai ketua dan pemimpin tercinta. Madinah juga turut berduka atas kehilangan pemimpin dan imam tercinta seperti Imam Sodiq alaihissalam, langit juga tampak suram di mana matahari, bulan dan bintang-bintang amat masgul.. Dari 25 Syawal sehingga 11 Zulkaedah, tidak terlihat walau senyuman dibibir para pengikut imam. Sehinggalah hari ke 11 Zulkaedah yang mana matahari terbit berbeda dan Madinah serta ahlinya mendapat khabar gembira tentang kelahiran seorang putera di rumah Imam Musa Al-Kazhim Alaihissalam.

Kelahiran seorang putera yang dinamakan ALI, yang menenangkan serta membawa cahaya ceria kepada seluruh alam.

Abul Hassan, Ali ibni Musa Alaihimussalam yang terkenal dengan gelaran Ar-Ridha, pemimpin dan imam yang kelapan, dilahirkan pada 11 Zulkaedah tahun 148 Hijrah. Imam a.as yang merupakan salah seorang daripada Ahlul Bait Alaihimussalam yang telah diwajibkan kecintaan ke atas mereka.

Kelahiran mulia ini telah dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih di mana telah diriwayatkan bahawa Hamidah Salamullah Alaiha, ibunda Imam Musa Al-Kazhim Alaihissalam telah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih pada satu malam di dalam tidurnya, Baginda Sallallahu Alaihi Wa Aalih bersabda kepadanya supaya mengahwinkan Najmah Salamullah Alaiha dengan puteranya Musa Alaihissalam, kerana daripada wanita itu akan lahir seorang putera yang terbaik daripada seluruh penduduk bumi. Oleh sebab itu, Hamidah Salamullah Alaiha telah mengahwinkan Imam Musa Kazhim Alaihissalam dengan Najmah Salamullah Alaiha. Terdapat riwayat lain daripada Imam Musa Al-Kazhim Alaihissalam yang berkata : ‘Datuk dan ayahku telah berkata kepadaku di dalam tidur.. Wahai Musa! Daripada hamba ini akan lahir seorang yang terbaik daripada seluruh penduduk bumi. Letakkan namanya Ali yang mana Allah Subhanahu wa Taala akan memberikan dengannya segera keadilan, rahmat dan barakah disebabkan beliau.Berbahagialah mereka yang membenarkannya dan sengsaralah mereka yang memusuhinya dan mengingkarinya.’

Kelahiran Imam Ridha Alaihissalam adalah sebuah harapan dan merupakan cita-cita datuknya Imam Sodiq Alaihissalam untuk bertemu dengan beliau. Imam Kazhim Alaihissalam meriwayatkan ‘Aku telah mendengar acapkali daripada ayahandaku, Jaafar Bin Muhammad yang berkata.. alim Aali Muhammad akan lahir daripadamu dan alangkah berbahagianya jika aku dapat melihatnya. Namanya adalah sama dengan nama datukku Amirul Mukminin Alaihissalam.’

Khurasan pada malam kelahiranmu merupakan tempat yang paling dikasihi. Malam ini para malaikat dan hati-hati menjurus ke arah kota Mashad. Hati-hati malam ini mengharapkan bahawa alangkah bahagia dan beruntungnya jika kita dapat menyambut kelahiran mulia ini disisi sang kekasih, di Haram dan tempat bersemadi tubuh sucinya.
Pada kelahiran Imam Ridha Alaihissalam kali ini, kita akan cuba meniliti apakah kepentingan dan kelebihan yang dijanjikan dengan menziarah ke makam beliau Alaihissalam.




Antara kelebihan ziarah ke Makam Imam Ridha Alaihissalam :
1) Ziarah Imam Ridha Alaihissalam lebih baik daripada menziarahi Sayyidush Syuhada Alaihissalam.

Syah Abdul Azim Hasani berkata ‘Aku telah bertanya kepada Imam Jawad Alaihissalam, kemanakah aku perlu berziarah, adakah ziarah Imam Husain Alaihissalam atau ayahandamu, (Imam Ali Ar-ridha a.s.)
Imam Alaihissalam berkata ‘Bersegeralah! Kemudian beliau berduka dan menangis.Imam Jawad menjelaskan lagi..’Penziarah Imam Husain Alaihissalam begitu banyak namun penziarah Ayahandaku amatlah sedikit berbandingnya.’

Di dalam riwayat lain beliau Alaihissalam berkata ‘Menziarahi ayahku lebih utama kerana Imam Husain Alaihissalam didatangi oleh semua manusia namun ayahku hanya diziarahi para pengikut syiah Imam 12.

Ini adalah kerana semua golongan syiah seperti Isna ‘Asyaari, Zaidiyah,Ismailiyah, waqifiyah dan lain-lain menerima wilayahnya Imam Husain Alaihissalam akan tetapi tidak semua golongan syiah menerima wilayah dan kepimpinan Imam Ridha Alaihissalam. Oleh kerana itu, terdapat riwayat yang menekankan bahawa beliau Alaihissalam adalah عارفا بحقه yang bermaksud beliau adalah imam yang wajib ditaati.

2) Janji keampunan dosa-dosa yang terdahulu dan yang akan datang bagi penziarah Imam Ridha Alaihissalam.

Imam Jawad Alaihissalam bersabda ‘Barangsiapa menziarahi makam ayahku di Tus, Allah Subhanahu wa Taala akan mengampuni dosa-dosanya baik yang terdahulu mahupun yang akan datang, pada hari kiamat akan didirikan mimbar baginya yang berhadapan dengan mimbar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih dan dengan tenang duduk di atasnya sehinggalah amalan semua hamba dihisab oleh Allah Subhanahu Taala.
Riwayat ini menunjukkan dua perkara :

1) Pengampunan dosa
2) Kemudahan dalam hisab
3) Ziarah dengan makrifah ganjarannya 70 syahid
Hamzah Bin Hamran meriwayatkan daripada Imam Sodiq Alaihissalam bahawa beliau Alaihissalam berkata ‘Barangsiapa yang menziarahi cucuku di Khurasan dengan mengenali haknya, akan mendapat ganjaran 70 syahid daripada para syuhada yang dikebumikan berhampiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalih.
‘Aku berkata , aku adalah korban bagimu.’

Apakah maksud daripada mengenalinya hak itu? Berkata Alaihissalam :
Mengetahui bahawa beliau Alaihissalam adalah Imam yang wajib ditaati, terasing dan syahid.

4) Pada hari kiamat, semua manusia hanya ingin memikirkan diri sendiri tetapi Imam Ridha Alaihissalam berusaha untuk menyelamatkan para penziarahnya
Di hari kiamat, semua manusia hanya memikirkan diri sendiri dan perkara-perkara ini:
1) Timbangan amal.. ‘Adakah akibatnya baik atau buruk?’
2) Bagaimana melalui Jambatan Sirath..’Adakah berjaya melintasinya atau akan jatuh ke bawah?’
3) Menerima buku amalan.. ‘Adakah akan menerima buku amalan daripada tangan kiri atau tangan kanan?’



Imam Ridha Alaihissalam berkata : Aku akan menolong para penziarahku dalam menghadapi kesulitan itu dan mensyafaati mereka.

Imam Ridha Alaihissalam berkata.. ‘Barangsiapa menziarahiku yang berada dikejauhan, aku akan membantunya pada 3 tempat dan memudahkan 3 kesulitan itu :
1) Ketika buku-buku amalan diberikan pada tangan kiri atau kanan.
2) Ketika melalui jambatan sirath.
3) Ketika amalan ditimbang.

Kita memohon daripada Allah Subhanahu wa Taala supaya memberikan taufiq kepada kita untuk mengenali hak dan keutamaan Ahlul Bait Alaihimussalam, mencintai mereka sesuai dengan perintah Allah Subhanahu wa Taala. Semoga Allah memberikan inayah kepada kita untuk dapat menziarahi makam mereka Alaihimussalam khususnya makamnya Imam Ali Ibni Musa Ar-Ridha Alaihissalam.

Eltimasi doa

Fatimah Masumah sa





Sejarah bulan ini tertumpu kepada seorang lagi Fatimah. Penantian kehadiran permata cahaya yang menerangi bahagia. Ketenangan hadirnya seorang lagi Fatimah tersebar ke seluruh Madinah, telaga Kausar Fatimah, mengalirkan airnya.

Ahlul Bait Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasalam merupakan punca-punca cahaya yang menerangi alam, nama-nama mereka umpama bintang-bintang yang cemerlang berkelipan di langit-langit yang memberi keberkatan dan mencurahkan kebaikan, dan antara yang paling cerah dan menonjol di kalangan wanita keturunan mulia ini adalah puteri Imam ketujuh, Fatimah Kubra puteri suci Musa Ibni Jaafar Alaihis Salam.

Beliau sa. Adalah puteri terbaik Musa as. yang mana setiap kali nama Ayahanda dituturkan pasti akan diiringi nama beliau sa.. dan kini kita berada didalam minggu-minggu hari kelahiran beliau sa., 10 hari karamah dimana bermula daripada 1 Zulkaedah (hari kelahiran Hadrati Masumah sa.) hingga 11 Zulkaedah (wiladah Kekandanya Imam Ali Ibni Musa Ar-Ridha as.).

Kelahiran puteri ini sangat di nantikan oleh Ahlul Bait Alaihimussalam dan mempunyai kepentingan yang tersendiri kerana kelahiran beliau sa. telah diberitakan oleh Datuknya Imam Sodiq as. berulang kali sebelum kelahirannya, malah sebelum kelahiran Ayahandanya. Oleh sebab itu, para syiah sejak zaman itu lagi telah mengenal dan mengetahui makam tinggi yang dimiliki Beliau sa.

Salah satu riwayat daripada Imam Sodiq as. Bahawa satu hari telah datang sekumpulan syiah daripada Rei (sebuah negeri di Iran ) bertemu Imam Sodiq as. , Imam as. Berkata : Tahniah ke atas saudara-saudara kami dari ahli Qum .
Mereka berkata : Kami merupakan ahli Rei.
Tetapi Imam mengulang kata-kata yang sebelumnya.
Dan menyambung :

Ketahuilah sesungguhnya Allah swt. memiliki haram (tanah suci) iaitu Makkah, haramnya Rasulullah saww. merupakan Madinah, haram (tempat suci) Amirul Mukminin as. adalah Kufah dan ketahuilah Qum merupakan haramku (tempat suciku) dan anak-anak selepasku. Ketahuilah bahawa Qum adalah Kufah kecil kami.Ketahuilah bahawa syurga mempunyai 8 buah pintu yang mana 3 pintu daripadanya ke arah Qum. Seorang puteri dari keturunanku akan wafat di sana yang namanya Fatimah puteri Musa as.. Semua para syiah kami akan masuk syurga dengan syafaatnya.

Fatimah Masumah Salamullah Alaiha dilahirkan pada satu Zulqaedah, tahun 173 Hijrah, di Madinah Munawwarah. Puteri suci ini dari titik mula hidupnya telah dididik dalam keadaan dan dikalangan manusia yang mana ayah, ibu dan anak-anak yang dihiasi dengan kelebihan dan kecantikan akhlak yang terpuji. Ibadah, kezuhudan, taqwa, jujur, berdiri teguh dalam menentang kebathilan, pemurah, dan kesucian merupakan antara sifat agung keluarga ini. Lelaki-lelaki keluarga ini merupakan antara yang terpilih dan pemimpin hidayah, permata-permata bersinar imamah dan pemilik kapal penyelamat manusia.

Fatimah Masumah sa. dididik dalam keluarga yang merupakan sumber dan punca ilmu, taqwa dan pendidikan akhlak. Selepas kesyahidan Ayahandanya Imam Musa Al-Kazhim as., putera terbaiknya, iaitu Imam Ali Ar-Ridha as. pula bertanggungjawab mengambil alih tugas ayahandanya dalam mendidik, menjaga dan mentarbiyah saudara-saudara lelaki dan perempuan beliau as.. Natijah daripada dididikan beliau as., setiap daripada anak-anak Imam Musa as. telah mencapai makam yang tinggi dan menjadi buah mulut manusia. Dan tidak ada keraguan bahawa selepas daripada abangnya Imam Ridha as., Hadrati Masumah as. dari segi ilmu dan akhlak memiliki makam yang paling tinggi diantara anak-anak Imam Kazhim as..Hakikat ini jelas dibuktikan dengan riwayat-riwayat daripada para Imam as. berkenaan nama-nama, gelaran-gelaran dan pujian-pujian terhadap beliau sa..

Fatimah Masumah sa., puteri syurga, tenggelam didalam khusyuk ibadah, indah daripada segala kejelekan dan wangian sebuah penciptaan. Mungkin salah satu daripada dalil mengapa beliau sa. digelar dengan nama ((Masumah)) adalah bahawa kemaksuman Ibundanya Fatimah Az-Zahra’ telah terlihat didalam dirinya. Terdapat riwayat bahawa gelaran ini diberikan oleh Imam Ridha as., Allamah Majlisi ra. berkata : Imam Ridha as. telah berkata pada satu tempat : Barangsiapa yang menziarahi Masumah sa. di Qum, umpama dia telah menziarahiku.
Gelaran lain yang dimiliki oleh Fatimah Masumah sa. adalah ((Karimah Ahlul Bait)) , gelaran ini diberikan berdasarkan sebuah mimpi sodiq (yang dipercayai) oleh seorang ulama besar Syiah daripada Imam Maksum as. . Kisah ini diriwayatkan bahawa :

Marhum Ayatullah Sayyid Mahmud Mara’syi Najafi, datuk Ayatullah Sayyid Shahabuddin Mara’syi ra. sangat ingin mengetahui tempat kuburnya Fatimah Zahra sa.. Beliau ra. beribadah selama 40 hari. Malam ke-40, beliau beristirehat selepas menamatkan ibadahnya dan bertawassul. Didalam mimpi beliau telah bertemu dengan Imam Sodiq as..

Imam as. berkata kepadanya : “:pegang eratlah kepada Karimah Ahlul Bait”
Beliau ra. memikirkan bahawa maksud Imam as. adalah Hadrati Zahra sa., dan berkata : Aku adalah korbanmu, aku mengkhatam Quran bagi mengetahui tempat sebenar kubur mulia beliau sa. (Fatimah Zahra sa.) supaya aku dapat menziarahinya dengan lebih baik. Imam as. berkata : maksudku adalah kubur mulia Hadrati Masumah di Qum. Kemudian berkata as. : Disebabkan maslahat (kebaikan) , Allah swt. berkehendak kubur mulia Hadrati Zahra sa. kekal rahsia, oleh itu Allah swt. telah menetapkan kubur Hadrati Masumah sa. sebagai gantinya. Jikalau Allah swt. telah menzahirkan kuburnya Fatimah sa. dan menetapkan ketinggian, kelebihan dan kemulian baginya, Allah swt. telah memberikan ketinggian, kelebihan dan kemulian yang sama kepada kubur suci Hadrati Masumah sa.

Marhum Mara’syi ketika telah bangun daripada tidur, beliau ra. membuat keputusan untuk pergi ke Iran bagi menziarahi Hadrati Masumah sa.. Beliau ra. bersama keluarganya meninggalkan Najaf dan bermusafir dengan niat menziarahi kubur Karimah Ahlul Bait sa.

Makam paling tinggi syafaat, dimiliki oleh Rasulullah saww. yang mana didalam Al-Quran disebut dengan ((Makam Mahmud)). Begitu juga, dua orang puteri keturunan Baginda saww. yang memiliki syafaat yang luas yang mana mereka mampu mensyafaati seluruh ahli mahsyar. Dua puteri mulia ini adalah Siddiqah Athar, Fatimah Zahra sa. dan Syafiah hari pembalasan, Fatimah Masumah sa..Tidak ada wanita yang mampu menandingi keluasan syafaat yang dimiliki oleh beliau sa. (selepas Ibundanya Zahra sa.), dan dengan demikian Imam Jaafar Sodiq as. berkata : Dengan syafaatnya, semua syiah kami dapat masuk ke syurga.



Doa dan ziarah merupakan sayap-sayap yang membawa manusia terbang kepada Tuhannya. Doa dan ziarah umpama air yang menghilangkan dahaga manusia yang tergapai-gapai mencari makrifat iman, dan ziarah haram Masumah sa. memberikan sebuah harapan kepada ruh yang menjerit derita dengan segala kejahatan dan kekotoran dunia, memberi kesedaran kepada diri yang kadang alpa dan lupa, memberi khabar gembira syurga yang abadi selamanya. Ziarah makam Fatimah Masumah sa. memberi kekuatan dan kepercayaan pada diri, menyelamatkan daripada lemas daripada putus harapan, dan mengajak kepada usaha yang gigih. Ziarah Karimah Ahlul Bait sa. ini menyebabkan penziarahnya melihat diri perlu dan bergantung kepada Tuhan, merasa rendah berhadapan dengan Dia yang Esa, turun dan rebah daripada kenderaan bangga dan takabbur yang merupakan punca segala malapetaka dan kegelapan, dan meletakkan Fatimah Masumah sa. ini sebagai perantaraan berhadapan dengan Allah swt.. Oleh kerana itu, ziarah beliau sa. telah dijanjikan dengan pahala yang sangat besar dan ia adalah janji syurga, yang mana diriwayatkan daripada Imam Jawad as. : Barangsiapa yang menziarahi makcikku di Qum, maka syurga adalah miliknya.





Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Fatimah Masumah sa., antaranya :
Fatimah Masumah sa. telah meriwayatkan hadis ini daripada puteri Imam Sodiq as. dimana salasilah sanad (perawi) ini sampai kepada Fatimah Zahra sa.. Fatimah sa., puteri Rasulullah saww. berkata :

“Adakah kamu telah lupa sabda Rasulullah saww. pada hari Ghadir Khum yang bersabda : Barangsiapa Aku adalah maulanya, maka Ali merupakan maulanya, dan (adakah kamu telah lupa) sabda Baginda saww. yang lain yang bersabda : Kamu bagiku umpama Harun bagi Musa?.”

Fatimah Masumah sa. meriwayatkan daripada puteri Imam Sodiq as. yang mana salasilah sanad sampai kepada Fatimah Zahra sa. bahawa beliau sa. berkata : Rasulullah saww. bersabda : “Ketahuilah! Barangsiapa yang mati dengan kecintaan kepada Ahlul Bait as., adalah mati syahid.”

Ya Fatimah Masumah sa., Ishfai’ lana fil jannah

Ya Aba Soleh Eltimasi Doa
Sayyed Mohd Fadlie ben Yahya
Khidmat Imam Zaman (as)
Email: abalfazl@arridha.com

Tuesday, October 13, 2009

Syahadah Imam Ja'far Sodiq as

Bismillahirrahmanirrahim

Bagaimanapun aku berfikir apa yang patut aku tuliskan berkenaan Imam Sodiq as. tidak aku temui didalam fikiranku. Bagaimanakah aku hendak menggelarkan aku sebagai seorang syiah, adakah aku boleh digelar sebagai pengikutnya Mazhab Jaafari, aku walau dalam keadaan terpaksa mungkin tidak mampu untuk meriwayatkan walau 4 baris daripada kata-kata Imam dan pemimpin mazhabku sendiri.
Setiap muharam atau majlis azadari yang aku hadiri, apabila Imam Husain as. bertanya semua pukulan dada atau tangisan buatnya untuk apa?apa yang aku ketahui? Mungkin aku boleh menjawab kerana ini kerana itu. Namun apabila sampai kepada Imam Hassan as., aku hanya mengetahui bahawa Imam Hassan as. berada di lorong-lorong Madinah dan hadir ketika kejadian tamparan kepada Ibunya dahulu, atau Imam Hassan as. syahid dikeranakan racun yang diletakkan oleh isterinya sendiri, ataupun Imam Ali as. telah berkata kepada Imam Hassan as. : Hasanku sayang, jika kamu mahu menjalankan qisas kepada pembunuhku maka hanya dengan satu pukulan, dan hanya ini…..
Kini tiba syahadah Imam Sodiq as., Imam yang mazhabku terkenal dengan namanya, mazhab Jaafari!... apakah yang patut aku lakarkan berkenaan dengannya, apa yang aku patut tuturkan berkenaan musibahnya?...diri kerdil ini terlalu jahil untuk bercakap mengenai Imam besar ini…



Namun, ringkasan daripada apa yang aku temui daripada kitab-kitab atau bahan-bahan bacaan berkenaan Imam Sodiq as., akhirnya artikel ini dengan segala kekurangan dan dengan harapan diterima oleh Imam tercinta as. disembahkan kepada semua.
Nama Imam Sodiq as., Jaafar, gelarannya Sodiq dan nama panggilannya Abu Abdillah. Ayahnya, Imam Muhammad Al-Baqir as. dan ibunya Ummu Farwah. Hari kelahiran beliau as. adalah pada 17 Rabiul Awal tahun 83 Hijrah Qamariah di Madinah. Zuriat peninggalan Imam Sodiq as. adalah 10 orang, 7 lelaki dan 3 perempuan, salah seorang daripadanya adalah Imam Musa Al-Kazhim as.
Masa keimamahan Imam Sodiq as. bersamaan dengan zaman akhir pemerintahan Bani Umayyah dan permulaan pemerintahan Abbasi, maka oleh kerana zaman tersebut antara zaman yang paling sesuai dan terbaik, Imam Sodiq as. memiliki ramai pelajar yang menuntut ilmu daripadanya.
Pelajar-pelajar Imam Sodiq as. boleh dibahagikan kepada dua kumpulan : tanpa perantaraan (seperti Malik Bin Anas, Abu Sufyan Thuri dan Jabir Bin Hayyan) dan dengan perantaraan (umpama Imam Syafie dan Abu Hanifah). Sebab kenapa Mazhab kita digelar dengan Mazhab Jaafari adalah kerana Imam Sodiq. Mempunyai ramai pelajar dan banyak hadis-hadis daripadanya yang sampai pada kita, Imam Sodiq as. mempunyai banyak hak atas kita syiah-syiahnya.




Musibah Imam Sodiq as.

Khalifah Mansur Dawaniqi Mal’un sangat risau dan takut akan pergerakan-pergerakan Imam Sodiq as., maka dengan itu dia sentiasa menyakiti dan menyeksa imam as. dengan menggunakan kuasa pemerintahan yang dimiliki.

Dia telah memerintahkan menteri Madinah dan Makkah Hasan Bin Ziyad supaya membakar rumah Imam Sodiq as.. Dia telah mematuhi perintah tersebut dan membakar rumah Imam as. yang mana api tersebut telah merebak sehingga pertengahan rumah, Imam Sodiq as. keluar dan berjalan diantara api yang membara dan berkata :
Aku merupakan putera Ismail as. dimana anak-anaknya seperti urat nadi dan akar yang tersebar ke seluruh kawasan bumi dan aku juga merupakan putera Ibrahim Khalil as. (dimana api Namrud telah sejuk baginya dan diselamatkan).
Satu malam, dengan arahan Mansur Imam Sodiq as. pada pertengahan malam dengan kepala tanpa amamah dan pakaian luar telah dibawa menemuinya, Mansur dengan penuh kemarahan dan tidak sopan berkata kepada beliau as. :
Wahai Aba Jaafar, adakah kamu tidak malu dengan umur sebegini ingin merampas pemerintahanku dan mencetuskan fitnah dan permusuhan antara kaum muslimin?
Kemudian dia mengeluarkan pedang dan menghalakannya ke arah Imam as. untuk menghentak leher Imam as., namun tiba-tiba dia melihat Rasulullah saww. berdiri dihadapannya, maka dia menyimpan semula pedang kedalam sarungnya, dan ini telah berulang sebanyak 3kali, oleh itu, Mansur membatalkan hasratnya untuk membunuh Imam as.. dan akhirnya Mansur menggunakan anggur beracun untuk membunuh Imam as..
Terdapat banyak riwayat berkenaan bulan kesyahidan Imam Sodiq as.. Sebahagian mengatakan 25 Syawal dan sebahagian yang lain mengatakan pertengahan bulan Rejab, namun riwayat 25 Syawal lebih masyhur. Namun berkenaan tarikh wafat Imam as., para ahli sejarah Syiah dan Sunni bersepakat mengatakan pada tahun 148 Hijrah. Masa keimamahannya adalah selama 34 tahun. Masa kesyahidannya juga bersamaan tahun ke12 pemerintahan Mansur.



Begitu juga, para penulis dan ahli sejarah Syiah mempercayai bahawa wali Madinah atas arahan Mansur Abbasi telah meracuni Imam as. dengan racun dan mensyahidkannya. Kaf’ami didalam kitab Mishbah meriwayatkan bahawa Imam as. diracuni dan syahid dengan anggur baracun, begitu juga sebahagian daripada para penyelidik Ahli Sunnah juga meriwayatkan bahawa kesyahidan Imam disebabkan oleh racun seperti penulis-penulis kitab Is’af Ar-Raghibin, Nur Al-Abshar, Tazkirah Al-Khawash, As-Showa’iq Al-Muhriqah.
Kewafatan Imam as.
Telah diriwayatkan daripada beliau as.ketika dalam keadaan telah hampir dengan kewafatannya yang berkata :
Aku beriman kepada Allah, dan aku kufur kepada Thagut, Ya Allah ya Tuhanku peliharalah aku didalam tidur dan jaga (kiamat).
Upacara pengebumian jenazah Imam as. sangat luar biasa yang mana didalam sejarah para Imam as. yang lain tidak pernah berlaku. Umat Islam, kafir, syiah dan sunni semua turut hadir dalam upacara duka tersebut.
Telah diriwayatkan daripada kitab Mishkah Al-Anwar bahawa seorang lelaki yang merupakan salah seorang sahabat Imam as. telah pergi menemui Imam as. ketika Imam as. dalam keadaan sakit (yang menyebabkan kewafatannya),lelaki tersebut menangis pilu apabila melihat keadaan Imam as. yang tersangat kurus dan lemah yang mana boleh dikatakan Imam as. tidak lagi memiliki apa-apa daripada tubuh badannya kecuali kepala.
Imam as. berkata : kenapa kamu menangis? Dia berkata : adakah aku tidak patut menagis apabila melihat keadaan Tuan begini. Berkata as. : Janganlah menangis, sesungguhnya seorang mukmin itu apabila setiap perkara yang menimpanya baginya adalah kebaikan, jika anggota badannya terpotong, baginya kebaikan dan jika dia memiliki kekayaan utara dan barat juga baginya kebaikan.
Syeikh Thusi daripada Salamah, hamba Imam Sodiq as. meriwayatkan bahawa berkata : Aku berada disisi Imam Sodiq as. ketika Imam as. pengsan dan ketika beliau as. kembali sedar, berkata as. : berikan kepada Hasan Bin Ali Bin Ali Bin Husain Bin Ali Bin Abi Thalib as. yang terkenal dengan Afthas, 70 syiling emas, berikan kepada fulan dan fulan sebanyak fulan ini, aku berkata : kamu ingin berikan kepada seorang lelaki yang menentang kamu dengan parang dan ingin membunuhmu? Berkata as.: Adakah kamu berkehendak aku tidak menjadi salah seorang daripada mereka-mereka yang Allah puji disebabkan silaturrahim yang mereka lakukan, yang mana Allah swt. berfirman tentang sifat-sifat mereka :
Dan mereka yang melakukan apa yang diperintah oleh Allah (menjaga silaturrahim) , takut akan Tuhannya dan gerun atas hari perhitungan yang buruk.
Kemudian berkata as. : Wahai Salamah, sesungguhnya Allah swt. telah menciptakan syurga dan menjadikannya harum mewangi dimana bau wangi tersebut dapat dihidu walau sejauh dua ribu tahun. Bau tersebut tidak akan dapat dihidu dan ditemui oleh mereka yang derhaka kepada ibu bapa dan mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan keluarga.
Syeikh Kulaini telah meriwayatkan daripada Imam Musa Kazhim as. bahawa berkata as.: Aku telah mengafankan ayahku dengan dua kain putih buatan mesir dimana kain tersebut telah digunakan sebagai ihram, sepasang baju dan amamah yang telah diwarisi daripada Imam Zainul Abidin as. serta sehelai kain buatan Yamani yang telah dibeli dengan 40 dinar emas.
Syeikh Saduq telah meriwayatkan daripada Abu Bashir yang berkata : Aku telah pergi menemui Ummu Hamidah, isteri Imam Sodiq as. bagi mengucapkan takziah, kemudian beliau menangis dan aku juga turut menangis dikeranakan tangisannya. Selepas itu beliau berkata : Wahai Abu Muhammad, jika kamu melihat Imam Sodiq as. ketika waktu kewafatannya,sesungguhnya kamu akan melihat perintah yang ajaib. Beliau as. telah membuka matanya dan berkata : bawakan aku mereka-mereka yang ada hubungan kerabat dan kekeluargaan denganku.
Maka kami semua yang merupakan keluarganya hadir disisinya, Imam as. melihat ke arah kami semua dan berkata :
Syafaat kami tidak akan sampai kepada mereka yang meringankan sembahyang.
Imam Sodiq as. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ bersebelahan Imam Hasan Mujtaba as., datuknya Imam Ali Zainul Abidin as., ayahnya Imam Muhammad Baqir as. dan Imam Sodiq as. merupakan Imam terakhir yang dikebumikan di Baqi’. Selepas beliau as. semua Imam as. dikebumikan di bumi Iraq kecuali Imam Ali Ar-Ridha as yang telah dikebumikan di bumi Khurasan, Iran.



Antara hadis daripada Imam Sodiq as.
Imam Sodiq as. berkata : Ibadah yang terbaik adalah yang diiringi dengan berfikir berkenaan Allah dan kekuatannya.
Imam Sodiq as. : Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak kenal Imam zamannya, maka dia mati dalam keadaan jahiliyah.
Takziah diucapkan kepada seluruh Ummat Islam atas pemergian Imam agung as. ini, khusus kepada Imam Zaman Hujjat Ibnil Hasan ajf... Hanya doa supaya diberi kesabaran menghadapi musibah dan kedukaan ini kita iringkan.

Atas Muhammad wa Aali Muhammad Salawat...
Eltimasi Doa

Seyyed Abal Fazl Ben Yahya

Khidmat Imam Zaman (as)

Monday, September 7, 2009

Mengenal Bulan Tuhan




Perkara pertama yang patut dilakukan berhubung dengan “Bulan Mubarak Ramadhan” adalah mengenal bulan ini dengan benar, pengenalan yang diambil daripada Al-Quran dan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Ilahi kepada manusia. Berturutan daripada ini, seorang manusia yang beriman, bagi menghadapi bulan ini pasti akan berusaha untuk mengetahui apakah sebenarnya Bulan Ramadhan dan pasti tidak akan lupa untuk mengumpulkan segala makrifat yang perlu berkenaan makam dan kelebihan bulan ini.

Sepertimana Imam Ali Zainul Abidin as yang memohon dan merayu makrifat daripada Tuhannya:

Tuhanku selawat buat Muhammad dan ahli keluarga Muhammad dan ilhamkanlah kami makrifat kelebihan Bulan Ramadhan dan ketinggian kehormatannya...(Sahifah Sajjadiyah/doa155)

Dalam usaha mengenal dan mengumpul makrifat itu sendiri merupakan suatu nikmat yang besar yang membuka jalan luas untuk menyiapkan manusia berhadapan dengan bulan mulia. Hakikatnya, pengenalan dan makrifat ini menunjuk manusia bagaimana menjalani bulan yang penuh keberkatan, maghfirah(keampunan) dan nikmat ini dengan sebaiknya. Anas Bin Malik meriwayatkan:

“Ketika sampai bulan Ramadhan, Rasulullah saaw bersabda: Maha Suci Allah, ketahuilah apa yang kamu menyambutnya dan apa yang akan menyambut kamu, dan Rasulullah saww mengulanginya sebanyak tiga kali.” (Bihar, j93, m/s347)

Abi Mas’ud Ansori meriwayatkan bahawa Rasulullah saww bersabda:

“Jika hamba mengetahui apa yang telah ditetapkan pada bulan Ramadhan, pasti dengan sepenuh hati akan mendambakan sepanjang tahun merupakan bulan Ramadhan.” (Bihar, j93, m/s346)


Mengenal dan Memahami Bulan Ramadhan Punca Syukur Kepada Ilahi

Mengenal rahsia sebenar bulan Ramadhan mengenalkan kita kepada keberkatan, jutaan hadiah dan pemberian Rabbani dalam bulan ini.

Suatu nikmat yang besar yang tidak diragukan lagi bagi setiap orang yang berjaya memanfaatkan sebaik mungkin bulan ini, yang berjaya membuka pintu kebahagiaan dan makrifat serta berjaya mendapatkan piala ketaqwaan dengan penuh bangga. Satu nikmat yang amat berharga yang tiada galang gantinya. Maka amat sesuai bagi setiap yang telah mencapai nikmat besar ini untuk bersyukur kepada Tuhannya:

“Jika kamu mengetahui apa yang telah ditetapkan bagi kamu pada bulan Ramadhan, kamu pasti akan memperbanyakkan mengucapkan syukur kepada Allah.” (Wasail As-Syiah, j6, m/s174)


Bulan Mubarak

Salah satu daripada sifat-sifat bulan Ramadhan yang terdapat dalam sebahagian daripada riwayat-riwayat dan doa-doa adalah sifat “Mubarak”. Sebagai contoh sebahagiannya:

1) Rasulullah saww bersabda: “Telah datang ke sisimu bulan Ramadhan, bulan mubarak, satu bulan di mana Allah Subhanahu Taala telah mewajibkan ke atasmu ibadah puasa.” (Tahzib Al-Ahkam, j4, m/s152)

2) Imam Ali as meriwayatkan bahawa pada satu hari Rasulullah saww telah bersabda: “Wahai manusia, telah datang pada kamu bulan Allah yang diiringi dengan barakah(keberkatan), rahmat dan maghfirah (keampunan).” (Wasail As-Syiah, j7, m/s227)

3) Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saww telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir bulan Syaaban sambil bersabda: “Bulan Ramadhan telah muncul, satu bulan mubarak, satu bulan yang di dalamnya terkandung Lailatul Qadar yang fadhilatnya melebihi kebaikan seribu bulan.” (Mustadrak Al-Wasail, j7, m/s429)

4) Telah diriwayatkan daripada Rasulullah saww bahawa baginda pada setiap malam pertama bulan Ramadhan akan berdoa: “Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memuliakan kami dengan bulan mubarak.” (Mustadrak Al-Wasail, j7, m/s446)

5) Diriwayatkan bahawa Imam Sodiq as pada malam terakhir bulan Syaaban dan malam pertama bulan Ramadhan membaca doa: “Wahai Tuhanku, telah hadir bulan mubarak ini yang Dikau turunkan di dalamnya Al-Quran, dan Dikau jadikannya petunjuk bagi manusia, penerang jalan hidayah serta pemisah antara hak dan bathil. (Al-Iqbal Bi Al-A’mal Al-Hasanah (Iqbal Syed Ibni Thawus, bab3, bhg4)

Gelaran Mubarak bagi bulan Ramadhan telah dikenali sebagai sifat yang paling mahsyur bagi bulan ini.


Makna Barakah dan Mubarak

Ulama bahasa memaknakan ((Barakah)) dengan makna - banyak dan membesar, diiringi dengan kukuh dan berkekalan.

Di dalam kitab Lisan Al-Arab terdapat riwayat yang dikutip daripada Ibnu Abbas yang menerangkan maksud barakah: ((Makna barakah adalah banyak dalam setiap perkara yang baik)). (Lisan Al-Arab/j1)

Namun Mubarak, digelar kepada sesuatu yang terdapat di dalamnya kebaikan yang banyak dan kebaikan itu cemerlang dan tersebar daripadanya. Zujjaj berkata: ((Mubarak adalah sesuatu yang keluar daripadanya kebaikan yang banyak)). (Lisan Al-Arab/j1)



Rahsia Mubarak Bulan Ramadhan

Tidak ada keraguan bahawa setiap sesuatu sama ada mubarak atau tidak, berfaedah atau tidak, apabila ia ada hubungkait dengan manusia, maka ia mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan dan perspektif wujud manusia serta hubungan sempurna dengan maslahat-maslahat hidupnya. Oleh sebab itu, bagi memahami mubaraknya bulan Ramadhan dan barakahnya ia bagi manusia maka perlu diberi perhatian dan difikirkan perkara-perkara dibawah:

1- Hakikat hidup dan wujud manusia selain berasal daripada campuran unsur kebendaan dan kehidupan kehaiwanan, manusia juga mempunyai unsur spiritual dan kehidupan insani. Unsur maknawi dan kemanusiaan ini adalah satu pemberian yang menjadikan manusia makhluk yang terbaik. Ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam Surah Mukminun/14 dan surah Hajr/29.

Unsur wujud yang terbaik dan hakikat yang tertinggi yang membina asas kewujudan dan permata kehidupan seorang manusia adalah ruh dan jiwa insani yang tidak dimiliki oleh makhluk-makhluk yang lain. Selain dari nyawa yang juga terdapat pada lembu dan keldai, manusia telah dikurniakan akal dan jiwa yang berbeza. Tatkala permata berharga ini hilang, manusia akan jauh dari kehidupan insani dan makamnya hanyalah seperti haiwan-haiwan lainnya.

2) Keperluan fizikal hidup seorang manusia juga seperti keperluan kehidupan haiwani lainnya, tatkala tidak dipenuhi maka tidak mungkin kelangsungan hidupnya dapat dijaga dan dipelihara. Sisi kehidupan insani dan spiritual seorang insan juga begitu. Ia mempunyai keperluan dan kecenderungan asasi. Bagi menjaga dan memeliharanya kita perlu menyediakan dan memenuhkan sesuai dengan keperluannya.

Adalah jelas bahawa keperluan antara dua unsur wujud ini berbeza, bersesuaian dengan perbezaan mereka; pemakanan, pembesaran dll. Unsur haiwani dan fizikal manusia, memerlukan sesuatu yang daripada unsurnya sendiri. Namun kita seringkali lupa dan lalai bahawa unsur spiritual, roh, dan wujud insani kita memerlukan sesuatu yang dari unsurnya sendiri juga.

3) Oleh itu, tujuan dan matlamat bulan Ramadhan adalah bagi mendidik, membesarkan dan meninggikan jiwa. Untuk memenuhi keperluannya, kita perlu kembali kepada unsur-unsur selain daripada unsur-unsur yang hanya menyempurnakan keperluan badan luaran.

Hakikatnya, tujuan asal dan natijah akhir berpuasa yang telah diwajibkan pada bulan Ramadhan adalah agar kita bertaqwa. Allah swt berfirman di dalam Surah Baqarah/183:

“Wahai mereka yang telah beriman, telah tertulis bagi kamu kewajipan berpuasa; sepertimana telah diwajibkan bagi mereka sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Taqwa memelihara dan mengawal kemahuan-kemahuan haiwani dan nafsu manusia. Segala kelebihan yang dimiliki bulan Ramadhan bagi mempertingkatkan, memperbaiki dan memperindahkan unsur hakiki dan permata asli wujudnya manusia hanya dapat menjadi kenyataan apabila manusia mampu mengawal dan mengimbangkan kemahuan-kemahuan haiwani dan nafsunya serta mempertingkatkan kekuatan ruh bagi berhadapan dengan tarikan-tarikan nafsu yang membusuk.




4) Bagi memenuhkan keperluan hidup maknawi, menguatkan, mendidik dan menyenangkan ruh, insan memerlukan hubungan bulan Ramadhan ini dengan hidupnya. Walau bagaimanapun, kesan dan faedah kewajipan berpuasa pada bulan ini seperti kewajipan-kewajipan lain bukan sahaja terhad kepada unsur maknawi, malah juga menyediakan keuntungan dan keberkatan duniawi bagi individu dan masyarakat. Namun, tujuan asli, tugas asasi dan kesan penting bulan Ramadhan adalah kehidupan maknawi dan jiwa insani.

Maka, daripada ini, dapat kini difahami kepentingan bulan mubarak ini. Muhammad Bin Muslim telah meriwayatkan daripada Imam Baqir Alaihissalam:

“Allah swt mempunyai malaikat yang tugas mereka beristighfar, memohon keampunan bagi mereka yang berpuasa, setiap hari sepanjang bulan Ramadhan sehingga berakhir bulan ini dan setiap malam ketika tiba waktu berbuka mereka akan menyeru orang-orang yang berpuasa: Berbahagialah wahai hamba-hamba Allah, sedikit rasa lapar yang telah kamu rasakan dan dengan segera kamu akan kembali kenyang. Tahniah kepada kamu dan apa yang ada pada kamu.” (Wasail As-Syiah, j6, m/s176)


Imam Ja’far as berkata: “Tidurnya orang yang sedang berpuasa itu adalah ibadah,diamnya adalah tasbih,amalnya diterima & doanya dikabulkan.”
“Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan; kegembiraan di saat berbuka & kegembiraan di saat bertemu dengan Tuhannya”
Imam Ali pada berkata pada salah satu hari raya: “Sungguh hari ini adalah hari raya bagi yang ALLAH terima puasanya dan ibadah malam harinya. Setiap hari dimana perintahnya ALLAH swt tidak dilanggar maka hari itu adalah hari raya.”



Ya Aba Soleh Eltimasi Doa
Fatimah Az-Zahraa
Khidmat Imam Zaman (as)
Email: heyatt_arredza@yahoo.co.uk

Saturday, August 22, 2009

Marhaban Ya Syahru Ramadhan




Imam Ja'far (as) berkata: "Tidurnya orang yang sedang berpuasa itu adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, amalnya diterima dan doanya dikabulkan."

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

May Almighty ALLAH accepts our amal and we will be closer to Him..Ya ALLAH..!