Popular Posts

Tuesday, December 30, 2008

Perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika



KUALA LUMPUR 30dec-Demo kecam,melaknat kekejaman rejim zionis ke atas Gaza pagi tadi di US embassy.Jln tun Razak..








Wednesday, December 24, 2008

KISAH PERKAHWINAN AYATULLAH SYAHID MURTADHA MUTAHHARI


KISAH PERKAHWINAN AYATULLAH SYAHID MURTADHA MUTAHHARI

Sumber: Kisah ini diperolehi daripada isteri Ayatullah Syahid Murtadha Mutahhari yang disegani ramai

sumber buku : " Tetamu yang Sedar "

penulis: Muhammad Kherdmand, hal: 201

SYARIFAH SYUHADAH

" Lebih kurang 27 tahun sebelum kesyahidan Ustaz Murtadha Mutahhari saya hidup bersama dengannya sebagai pasangan suami isteri. Bapa saya Ayatullah Ruhani seorang ulama yang disegani di Khurasan dan sentiasa sibuk dengan urusan majlis pengajaran dan dakwahnya. Bapa saya seorang yang tawaddu', beragama, penuh dengan ketaqwaan dan disegani ramai.

Ketika saya berumur 11 tahun, tanpa disangka-sangka saya telah melihat sebuah mimpi di dalam tidur saya. Di dalam mimpi tersebut, saya telah meluru masuk ke dalam bilik bapa saya dan di dalam bilik itu saya dapati terdapat sehelai kertas yang terjatuh ke lantai. Saya pun mengambil kertas tersebut dan kelihatan tertera nama saya di dalam kertas itu dengan tulisan ini : [ Fulani (nama saya) akan bernikah dengan Murtadha Mutahhari pada tarikh 29 hari bulan…. ]

Apabila saya tersedar daripada tidur, saya jadi terpegun dan timbul tanda tanya apakah maksud mimpi tersebut? Namun saya langsung tidak menyuarakannya pada sesiapa. Sehinggalah tempoh tersebut berlalu begitu sahaja. Tidak lama selepas itu, lamaran demi lamaran datang melamar namun ibu saya memberikan jawaban negatif kepada mereka dengan berkata: " Selagi anak saya tidak menamatkan pengajiannya hingga ke akhir sekolah menengah tinggi, saya tidak akan membenarkan beliau berkahwin dengan sesiapa."

2 tahun kemudian ( ketika saya berumur 13 tahun), pada tahun 1331 syamsi, bulan panas (Tabestan), Syahid Murtadha Mutahhari yang ketika itu sedang menuntut ilmu menjadi talabeh di Hauzah Ilmiah Qom, datang berkunjung ke rumah kami bersama ahli keluarganya untuk tujuan merisik dan melamar saya. Bapa saya menyambutnya dengan layanan baik dan memahami niat suci mereka itu lantas bersetuju lalu berkata kepada saya: " Pada tahun lepas, saya telah pergi ke rumah beliau dan bertemu di dalam bilik beliau di Qom. Saya sangat mengenali peribadi beliau. Beliau seorang yang baik, bijak, mempunyai nilai akhlak yg tinggi serta seorang remaja mulia dan suci (tidak suka melakukan dosa)."

Namun ibu saya membantah lamaran ini habis-habisan. Ini kerana beliau bukanlah berasal daripada keluarga ulama dan ruhani malah beliau yang membesarkan saya, beliau tidak berapa senang jika saya turut berkahwin dengan seorang ulama ruhani. Beliau tetap dengan pendiriannya dengan berkata: " Saya sama sekali tidak akan mengahwinkan anak gadis saya dengan ulama atau ruhani!

Selanjutnya, Syahid Muttahhari telah beberapa kali datang ke rumah keluarga saya dan mengajukan persoalan ini, tetapi ibu saya sentiasa memberi dalih dengan mengatakan anak saya belum lagi tamat belajar. Tetapi Syahid Mutahhari bertolak ansur dan terus merisik saya dengan berjanji akan membenarkan saya menamatkan pelajaran hingga ke akhir sekolah menengah tinggi. Akhirnya, ibu saya akur dan membenarkan beliau berkahwin dengan saya. Ketika ibu saya memberi kebenaran untuk berkahwin dengan beliau, tarikh ketika itu 23 hari bulan. Sejurus selepas itu, Syahid Mutahhari membuat keputusan dan mengajukannya kepada saya: " 29 haribulan ini merupakan hari baik dan sesuai untuk akad pernikahan kita. "

Lantas pada 29 haribulan tersebut, kami pun bernikah dan sekarang saya menyedari maksud mimpi tersebut. Tidak lama selepas akad pernikahan kami yang diadakan di Qom, kami berpindah ke Tehran."

Ustaz Syahid Mutahhari dan isterinya hidup bersama selama 27 tahun dan dianugerahkan Ilahi 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Ustaz di rumah merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang. Menurut kata isterinya, selepas beberapa tahun hidup bersama malahan semenjak malam hari pertama perkahwinan, kami tidak pernah lepas daripada kasih- sayang dan lemah – lembut beliau. Beliau juga merupakan tonggak utama di dalam keluarga saya sehinggakan sukar bagi kami untuk berpisah.

Tingkah-laku terhadap anak-anak sangat mesra dan akrab. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya memilih jurusan mengikut bidang dan minat masing-masing, beliau tidak menggunakan kaedah memaksa dalam pilihan hidup anak-anak. Manakala dalam melaksanakan amalan-amalan wajib dan fardhu, beliau sangat menitik beratkannya dan selalu menggalakkan mereka di samping turut melaksanakannya dalam rutin harian beliau. Begitu juga dari segi memperlengkapkan pendidikan anak-anak, beliau sama sekali tidak culas atau cuai malah sentiasa memberikan galakan supaya mereka gemar membaca dan berkhidmat kepada masyarakat.

Anak lelakinya yang pertama bernama Mujtaba' Mutahhari, beliau merupakan seorang tenaga pengajar bahagian pembangunan Warisan dan Kebudayaan. Manakala Dr.Ali Mutahhari sebelum kesyahidan bapanya, mengambil jurusan di dalam bidang kejuruteraan mekanikal tetapi selepas kesyahidan, beliau mengambil jurusan falsafah dan hingga kini masih menjadi tenaga pengajar di dalam bidang Teologi (Ilmu ketuhanan) di Universiti Tehran. Manakala masa selebihnya dihabiskan untuk menyusun dan mengatur penerbitan buku dan tulisan bapanya.

Anak lelaki bongsu bernama Muhammad Mutahhari, merupakan seorang jurutera elektronik dari Universiti Pembuatan/Perkilangan Syariff Tehran dan merupakan seorang talabeh hauzah Ilmiah Qom dengan mengambil kursus kuliah luar kampus. Manakala kesemua anak perempuan Syahid Ustaz Mutahhari merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

Semoga kisah kehidupan ulama tersohor ini menjadi teladan dan tauladan buat kita semua, InsyaAllah.

TIDAK BERPUTUS ASA KEPADA ALLAH SWT

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Apa yang dimaksudkan dengan tidak berputus asa? Iaitu kita memulakan sesuatu kerja dengan mengharapkan natijahnya. Sepertimana seseorang yang menanam sebiji benih di dalam tanah dan berusaha menunggu hasilnya, bukannya seperti seseorang yang tidak menanam sebarang benih dan tidak berusaha apa-apa untuk mendapatkan hasil tanaman tersebut, namun akhirnya menunggu dan mengharapkan hasilnya akan terhasil.

Harapan merupakan sayap kedua di mana sayap pertama merupakan rasa takut/taqwa. Melalui kedua-dua sayap ini kita terbang untuk taat dan beribadah kepada Allah SWT. Tidak berputus asa adalah punca kepada cita-cita, dan harapan pula punca bagi manusia untuk berharap dan taat kepada Allah serta takut kepada-Nya.

Manusia apabila berhadapan dengan amalan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT memerlukan rasa takut (taqwa) dan harapan. Ini merupakan satu hakikat bahawa harapan itu lebih indah dan dapat menikmatinya berbanding dengan rasa takut kerana punca harapan adalah kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT dan kepercayaan sepenuhnya kepada rahmat Allah SWT itu adalah lebih luas di mana belas simpati dan kasih Tuhan itu dilimpahkan berdasarkan rahmat-Nya. Hakikatnya, sesiapa yang beribadah berdasarkan harapan kepada Allah SWT itu lebih mulia dan tinggi kedudukannya berbanding dengan orang yang beribadah kerana rasa takutnya kepada azab dan pembalasan dari Ilahi.

Allah SWT di dalam ayat suci al-Quran telah melarang manusia daripada rasa berputus asa. Allah SWT berfirman: " Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah kerana hanya kaum kafir yang berputus asa dengan rahmat Allah SWT." (surah Yusuf : 87)

Imam Ali (a.s) telah menasihatkan kepada seseorang yang berputus asa kerana dosa-dosanya yang lalu dengan berkata: " Berputus asa itu lebih besar dosanya berbanding dengan dosa-dosa amalan silammu” . Kerana Rasulullah saww bersabda: " Allah SWT akan menghidupkan orang-orang yang berputus asa atas rahmat-Nya di hari kiamat kelak dengan wajah-wajah yang diselaputi kehitaman dan warna kehitaman di wajah-wajah mereka mendominasi warna putih yang terdapat di kulit wajah-wajah mereka dan Allah SWT akan berkata: " Lihatlah wajah-wajah mereka ini yang berputus asa terhadap rahmat Tuhan."





Seseorang telah bertanya kepada Imam Hussein (a.s) tentang tafsir ayat: " Hanya orang-orang yang bertaubat dan melakukan amalan soleh, Allah akan menukarkan keburukan-keburukan mereka kepada kebaikan-kebaikan." Imam Hussein (a.s) menjawab: " Ayat ini ada kaitannya dengan kalian semua. Begitulah keadaan orang-orang mukmin pada hari kiamat nanti dan orang-orang mukmin yang pernah melakukan dosa di dunia sebelum ini akan dihisab dan dihitung di hadapan Allah SWT satu-persatu. Namun kerana lutf, belas kasih dan rahmat-Nya, Allah SWT akan memaafkan dan menghilangkan satu-persatu dosa-dosa lampaunya dan bersabda: " Sememangnya kamu telah melakukan kejahatan ini pada hari dan waktu tertentu (disebutkan waktu dan harinya). Kemudian, orang mukmin akan menjawab: " Benar wahai Tuhanku! Saya telah mengetahuinya." Beginilah cara ditunjukkan dosa-dosa orang mukmin dan mereka menjawab " saya mengetahuinya " pada setiap jawapan yang diberikannya kepada Tuhan di akhirat kelak. Sejurus selepas itu, Allah SWT akan berfirman: " Sesungguhnya Aku telah menyembunyikan semua amalan-amalan buruk dan dosa-dosamu, dan pada hari ini turut Aku ampuni dan lupakan segala dosa-dosamu dan menggantikannya dengan amalan-amalan kebaikan. Kemudian, Allah SWT akan menunjukkan buku catatan amalan orang mukmin ini kepada orang-orang mukmin yang lain dan kesemua di antara mereka berasa terkejut dan terpegun lalu berkata: "Subhanallah! Bagaiman mungkin orang ini langsung tidak pernah melakukan dosa di dalam hayatnya? " Dan tutur kata ini terpacul dari mulut mereka hanya disebabkan Allah SWT telah menukarkan keburukan-keburukan orang mukmin kepada kebaikan-kebaikan.

Oleh itu, setiap hamba Allah hendaklah sentiasa bersangka baik kepada penciptanya kerana bersangka baik merupakan penyebab terkuat untuk berharap kepada rahmat Allah SWT.

Imam Shodiq (a.s) bersabda: " Di hari akhirat kelak, ada seorang hamba Allah SWT yang telah diputuskan untuk dihantar ke neraka, lalu di dalam perjalanan membawanya ke neraka, hamba Allah ini ingin berpatah semula dan berpaling ke belakang. Ketika beliau berbuat demikian, lantas Allah SWT bersabda: Bawalah beliau ke sisiKu! " Ketika dihadapkannya kepada Allah SWT, Allah lalu bertanya kepadanya mengapa beliau memandang ke belakang? Lalu hamba Allah tersebut berkata: " Wahai Tuhanku. Ketahuilah bahawa sangkaanku dahulu (di dunia) terhadap-Mu bukanlah seperti mana keadaan sekarang ini! " Allah SWT berfirman: " Bagaimana sangkaanmu terhadap-Ku di dunia sebelum ini? " Hamba Allah ini menjawab: " Wahai Tuhanku! Sangkaanku tentang diri-Mu sebelum ini adalah bahawa Dikau akan mengampuni dosa-dosaku dan tidak akan mencampakan daku ke dalam api neraka dan Dikau akan memasukkan daku ke dalam syurga dengan limpahan rahmat dan belas simpati-Mu terhadapku." Lantas Allah SWT berfirman kepada malaikat-Nya: " Jikalau hamba-Ku ini hatta hanya sekali di dunia bersangka baik terhadap-Ku, akan Aku masukkannya ke dalam syurga dan tidak sama sekali memasukannya ke dalam neraka. Meskipun hamba-Ku ini berbohong kepada-Ku dengan memberi alasan bahawa bersangka baik terhadap-Ku di dunia, namun Aku memaafkannya disebabkan katanya yang berbaik sangka kepadaku sekarang, lantas Aku masukkannya ke dalam syurga. MasyaAllah, lihatlah betapa belas kasih dan luasnya rahmat Allah SWT sehingga orang yang berbohong di hari perhitungan namun disebabkan wujudnya sekelumit rasa harapan dan sangka baik terhadap Allah, menyebabkan Allah SWT memaafkannya dan memasukkannya ke dalam syurga. Hayatilah wahai orang yang mempunyai akal dan perasaan!




Namun di sini, kita tidak boleh lupa bahawa harapan itu mempunyai makna jika anda pada awalnya melakukan sesuatu amalan, seperti mempercayai kepada Allah SWT dengan beribadah hanya untuk-Nya dan seumpama dengannya. Kemudian, anda berharap kepada Tuhan meskipun sedikit daripada hidayah dan taufik dari-Nya diberikan kepada anda sehingga melayakkan anda masuk ke syurga. Namun bukanlah bermakna harapan kepada Allah jika anda sentiasa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dan tidak melakukan sebarang amalan ibadah dan ketaatan kepada-Nya, lalu terus berharap kepada Allah semoga dimasukkan ke dalam syurga. Ketahuilah, ini merupakan tanda-tanda ketidakwarasan, sepertimana anda melihat orang yang dibunuh terlantar di atas tanah setelah menjadi mayat, namun tiba-tiba mayatnya bergerak. Bukankah hal itu mustahil. Begitu juga dengan cara memohon harapan kepada Tuhan perlu diiringi dengan usaha dan amalan yang diridhai-Nya juga.

Begitu juga apabila kita menaruh harapan kepada Allah SWT, kita perlu menitikberatkan soal kesederhanaan dan janganlah sama sekali kita berharap tanpa sebarang rasa takut kepada Ilahi sehingga dengan mudahnya tanpa amalan dan usaha kita berkata " kami bergantung harap kepada Ilahi atau bertawakkal kepada Allah ", ataupun bukanlah di dalam keadaan sangat takut dan khuatir terhadap penerimaan Allah terhadap amalnya, sehinggakan siang dan malamnya dihabiskan dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT tanpa melakukan sebarang pekerjaan lain yang berkait rapat dengan kehidupan sehariannya. Lalu berkata, disebabkan rasa takut dan khuatir terhadap azab Allah SWT kami menghabiskan masa dan hayat kami dengan beribadah dan mentaati-Nya."

Akhir kalam, InsyaAllah semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka ini, moga harapan kita kepada Allah SWT merupakan harapan yang direstui-Nya. Dan berdasarkan harapan kita kepada Allah SWT, sama-samalah kita berdoa mengharapkan lutf dan belas kasih-Nya. Dan sama-samalah berdoa semoga kezuhuran Imam Zaman (ajfs) semakin hampir, dan semoga kita dapat menjadi pembantu dan penolong hakikinya, insyaAllah. Juga dengan harapan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa kita dan memberi akibat baik di dunia dan di akhirat…Ilahi Amin.


FATIMAH AZ-ZAHRA'

Friday, December 19, 2008

HARI INI DALAM SEJARAH : GEORGE W.BUSH DIBALING KASUT OLEH SEORANG PENGIKUT MAZHAB AHLUL BAIT DI IRAQ


*Gambar : Wira ummat Islam dan pengikut mazhab Ahlul Bait, Muntazhar az-Zaidi.

*Gambar : DIAIBKAN... Muntazhar az-Zaidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan "ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq." Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostrum ketika Muntazhar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri al-Maliki yang tergamam.

BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen ‘al-Baghdadia’, sebuah stesen milik Iraq yang berpangkalan di Kaherah, Muntazhar az-Zaidi ditahan selepas dia melemparkan dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad yang dianjurkan sempena lawatan perpisahan beliau ke Iraq.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara tersebut terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Wartawan berkenaan bangun sewaktu Bush sedang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu melempar kasut pertamanya.


Bush yang mendengar jeritan itu mengelak sambil menundukkan kepala di podium dan kasut pertama hanya mengenai bendera Amerika Syarikat dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin itu.

*Gambar : Bush mula bersedia untuk tunduk ketika kasut dilemparkan ke arahnya.

*Gambar : Bush tunduk di sisi Nouri (kanan) bagi mengelak kasut dilemparkan ke arahnya.

Ketika Bush yang terkejut dengan insiden tersebut mula kembali tenang, wartawan itu melemparkan satu lagi kasut bersaiz '10' sambil menjerit: “Ini pula salam perpisahan daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.

Bush sekali lagi mengelak menyebabkan kasut itu hampir mengenai bahagian kanan kepalanya sambil Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki cuba melindungi Presiden Amerika Syarikat tersebut dengan tangan kanannya.

Kasut itu hanya sekadar mengenai dinding di belakang kedua-dua pemimpin. Anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq mengerumuni wartawan itu dan segera menjatuhkannya. Mereka bergelut dengannya lalu mengheretnya keluar dari bilik sidang akhbar sambil Muntazhar dilihat mengerang serta menjerit. Tompokan darah wartawan itu terdapat di karpet di bilik sidang akhbar.

*Gambar: Anggota-anggota keselamatan mengerumuni Muntazhar selepas dia melemparkan kasutnya ke arah Bush.

Melemparkan kasut ke arah seseorang merupakan satu budaya Arab bagi menunjukkan penghinaan. Ketika patung bekas Presiden Iraq, al-Mal'un Saddam Hussein ditumbangkan di Baghdad pada April 2003, sekumpulan orang ramai memukul wajah patung itu dengan kasut mereka.
Tindakan wartawan itu mendapat pujian melangit daripada sebuah akhbar di Timur Tengah manakala ribuan penduduk Iraq berhimpun di jalan raya bagi menuntut pembebasannya.
"Melempar kasut ke arah Bush merupakan ciuman perpisahan yang terbaik. Ia menyuarakan bagaimana penduduk Arab membenci Bush," kata editor akhbar 'al-Gahd Arabic' di Jordan, Musa Barhoumeh.
Tindakan wartawan itu juga dianggap sebagai 'hero' oleh akhbar-akhbar di negara Arab.
Wartawan itu ditahan untuk disoal oleh pihak berkuasa Iraq bagi mengetahui sama ada terdapat mana-mana pihak yang mengupahnya untuk melemparkan kasut. Menurut seorang pegawai Iraq, beliau turut menjalani ujian dadah dan alkohol manakala kasut yang dilemparkan itu disimpan sebagai bahan bukti. Wartawan tersebut turut mengaku bahawa dia sudah merancang untuk melemparkan kasut itu sejak beberapa bulan lalu.
Sejurus selepas insiden itu, Bush memberikan reaksi : "Jangan bimbang mengenai insiden itu."
Sebahagian wartawan dalam bilik itu riuh rendah di mana Bush diberi penerangan bahawa mereka meminta maaf berhubung isu lempar kasut itu. "Jika anda mahukan fakta, kasut itu bersaiz '10'," gurau Bush.
Insiden lempar kasut itu turut menjadi perbualan paling hangat di kalangan para wartawan di Kabul di mana Bush turut mengadakan lawatan ke Afghanistan selepas Iraq.

Thursday, December 18, 2008

Perjanjian Wilayat



Hauzah Ar Ridha (as) Kuala Lumpur Malaysia 15 Disember 2008

Selamat Hari Raya Ghadir Khum Mubarak

Perjanjian Wilayat

Salam dan selawat buat Baginda Rasul saww. serta Ahlul Baytnya yang suci serta tahniah kita ucapkan buat mereka Maasumin as. atas Hari Perlantikan Imamah dan Wilayahnya Imam bagi segala Imam, Amirul Mukminin Ali Ibni Abi Tolib as. Tahniah juga buat kaum Muslimin pada hari ini kerana telah sempurna agama dan hujjat buat kita semua.Tahun kesepuluh Hijrah dimana kaum muslimin bersama Rasulullah saww. telah sampai kepada penamat ibadah haji dan pada tahun tersebut dinamakan sebagai “Hujjatul Wida’”, dan Rasulullah saww. berangkat pulang menuju ke Madinah.

Ketika rombongan sampai di tempat bernama “Rabig’ 3 kilometer dari Juhfah, tempat miqat para haji, Jibrail Al Amin telah turun membawa wahyu di tempat bernama “Ghadir Khum”. Telah turun ayat :


Surah Maidah. yang bermaksud: “ Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu,bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memellihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (QS 5: 67)”

Kemudian Rasul saww. memerintahkan semua kaum muslimin untuk berhenti disitu sementara kaum muslimin yang jauh dihadapan untuk berpatah balik, dan yang ketinggalan dibelakang dinanti agar dapat dikumpulkan semuanya. Ketika itu waktu zohor dan cuaca sangat panas. Rasulullah saww. mengimami solat zohor berjemaah, kemudian Rasul saww. mengarahkan untuk mendirikan mimbar menggunakan pelana unta supaya suara Baginda saww. dapat didengari oleh semua ummat manusia di situ.

Rasul saww. dengan suara yang kuat berkhutbah dan diantara sabda Baginda adalah seperti berikut:

“Kematianku sudah semakin hampir, undangan Allah aku terima, dan aku akan pergi meninggalkan kamu semua, aku mempunyai tanggungjawab (untuk menyampaikan) dan kamu juga mempunyai tangunggjawab (menerima dan mengamalkannya)”

Kemudian Rasul saww. bersabda :

“Aku tinggalkan kamu dua amanat yang berharga, pertama kitab ALLAH dan yang kedua itrah dan ahlul baytku, dua perkara ini tidak akan sesekali berpisah. Wahai manusia jangan tinggalkan Quran dan itrahku dan jangan meminggirkan mereka dalam amalan kamu supaya kamu tidak binasa”

Ketika ini, Rasul saww. mengambil dan mengangkat tangan Ali (as) dan mengenalkan kepada kaum muslimin dan bersabda :

“Siapakah disisi kaum mukminin lebih berharga dari diri mereka sendiri? Semua menyambut : Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”

Rasul saww. bersabda :

“Allah adalah maulaku, dan aku adalah maula kaum mukminin dan aku lebih aula dari diri mereka sendiri”

Kemudian Baginda bersabda :

“Wahai manusia barangsiapa mengakui aku adalah maulanya, maka Ali adalah maulanya, Tuhan menyukai orang yang menyukainya dan bermusuhan dengan orang yang bermusuhan dengannya”

Kemudian malaikat turun membawa wahyu, maka turun ayat :


ayat 3, Surah Maidah, yang bermaksud : “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam itu agama bagimu.” (QS Al-Maidah: 3)

Ghadir dari kalam Maasumin as.

1)


AAmirul Mukminin Alahis Salam dan Ghadir

Berkata seorang lelaki kepada Amirul Mukminin Ali as. : Beritahukan aku kelebihan anda yang paling tinggi di sisi Rasul Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wasallam? Imam as. bersabda : Rasul saaw telah memilih Aku di Hari Ghadir dan menyatakan kewajipan wilayatku dari sisi Tuhan dengan perintahNya.

2) Hadrat Zahra Salamullah Alaiha dan Ghadir

Bekenaan peristiwa Ghadir Hadrat Zahra sa. telah bersabda :

Rasulullah saww. telah mengukuhkan perjanjian wilayat untuk Ali as. pada Hari Ghadir, sehingga dengan wasilah ini dapat menghancurkan segala harapan dan angan-angan para musuh.

3) Imam Reza as. dan Raya Ghadir

Imam Reza as. telah bersabda mengenai Raya Ghadir : Hari ini adalah hari raya bagi Keluarga Muhammad saww. Allah swt. akan melipat gandakan harta bagi setiap orang yang merayakan hari tersebut.

4) Imam Reza as. dan Hadiah-hadiah di Hari Ghadir

Telah diriwayatkan bahawa Imam Reza as. pada Hari Raya Ghadir telah menjemput beberapa orang dari sahabat-sahabat Beliau untuk makan malam dan menghantar hadiah-hadiah ke Rumah mereka serta berkhutbah tentang kelebihan-kelebihan hari ini.

5) Hadrat Ma’sumah Alaihas Salam dan Hadis Ghadir

Hadrat Fatimah Ma’sumah as. telah menukilkan hadis Ghadir dengan sanad dibawah, telah berkata : Hadrat Fatimah puteri Imam Musa B. Jaafar as., dari Fatimah puteri Imam Sodiq as., dari Fatimah puteri Imam Baqir as., dari Fatimah puteri Imam Zainal Abidin as., dari Fatimah dan Sukainah puteri-puterinya Imam Husain as., dari Ummu Kalsum puteri Fatimah Zahra Alaihas Salam menukilkan bahawa Ibunya Hadrat Zahra sa. puteri Rasulullah saww. telah bersabda kepada kaum muslimin : Adakah kamu telah lupa akan kata-kata Rasulullah saww. pada hari Ghadir Khum yang telah bersabda : Barangsiapa mengakui yang Aku adalah Maulanya, maka Ali adalah Maulanya.

Keperluan Mengenal Ghadir

Ghadir adalah natijah penciptaan dan yang terpilih dari seluruh agama Ilahi serta kesimpulan agama wahyu. Ghadir bukan hanya sebuah cerita sejarah; bahkan merupakan asas agama. Ghadir adalah buahnya Nubuwah dan penentu jalan perjalanan ummat Islam sehingga hari kiamat. Ghadir adalah himpunan peristiwa-peristiwa yang membina dan membentuk ada dan tiada (kewujudan) dan khutbah Ghadir merupakan undang-undang asas Islam dimana isi penting darinya adalah berdasarkan ayat berikut: ayat sempurnakan agama

Ghadir adalah Manifestasi Wilayah

Ghadir tidak hilang dan tidak lapuk dengan peredaran zaman, malah Ghadir sentiasa kekal dan hidup. Ghadir adalah manifestasi wilayah dan rukun hidup maknawi insan. Ghadir adalah hari sempurnanya agama dan penamat nikmatnya hak. Ghadir adalah tempat mengambil ujian dan Ali as. merupakan salah satu dari ujian bagi orang yang mengaku beriman, supaya dalam perjalanan ketaatan keatas pemimpinannya dan penerimaan wilayahnya, menunjukkan kebenarannya dalam amalan mereka. Rasul Islam saww. pada Hari Ghadir Khum menghendaki perjalanan pemimpin ummat, permulaannya pada tangan orang yang paling suci dan paling berwibawa dan berkemampuan dan air suci hak tidak dikotori pada pembaringan sejarah dan zaman serta pada penerusan keturunan dan pemikiran. Dengan asas ini maka Ghadir tidak akan pernah dilupakan ; bahkan namanya sentiasa dibawa dan akan sentiasa diingati.





Ghadir dari Kalam Imam Khomeini Rahimahullah

Bagi pandangan Imam Ruhullah Khomeini ra., Ghadir adalah hari raya yang paling besar dan penerus Nubuwwah. Berkenaan perkara ini beliau telah berkata : Hari yang penuh barakah ini (Raya Ghadir), adalah salah satu dari hari raya besar Islam dan dari riwayat-riwayat yang sampai pada kita, Ghadir adalah raya yang paling besar, ini dikeranakan ia adalah penerus Nubuwwah, penerus maknawiyat Rasulullah, penerus pemerintahan Ilahi, maka disebabkan semua perkara ini, ia merupakan hari raya yang paling besar.

Raya Ghadir dari Kalam Rahbar Muazzam Ayatullah Sayyid Ali Khamanei

Makam Muazzam Rahbar, Hadrat Ayatullah Khamanei mengenai Hari Raya Ghadir telah berkata : Hari Raya Ghadir yang dinamakan Raya Wilayah, adalah satu hari yang menjelaskan dan menentukan makna wilayah Islam dengan wasilah Rasul Mulia saww.. Bagi mereka yang ingin menyatakan satu contoh dari Islam, contoh yang terbaik adalah orang yang Rasul saww. pilih dan tentukan wilayahnya dari ilham Ilahi dan perintah Allah swt. Wilayah merupakan satu tajuk dari pemerintahan Islam dan penentu daripada pentadbiran masyarakat dan politik buat Islam, satu makna yang tepat dan terperinci dimana ia merupakan makna asli wilayah.

Ghadir dari Pandangan Ahlul Sunnah

1) Thabari dalam Kitabnya Al-Wilayah

Sebahagian dari riwayat Ghadir didalam kitab-kitab Ahlul Sunnah, dengan terang menjelaskan bahawa ayat Akmaluddin (sempurnya agama) di Juhfah dan pada Hari Ghadir diturunkan selepas sabda Rasulullah saww. atas perintah Allah swt. mengenai Ali as. kepada muslimin. Antara ayat-ayat berkenaan Amirul Mikminin Ali as. yang turun pada Hari Ghadir adalah ayat : “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam itu agama bagimu.” (QS Al-Maidah: 3) dan ia adalah sebab turun ayat ini yang juga disokong oleh sebahagian ulama-ulama Ahlul Sunnah. Dari kata-kata Hafiz Abu Jaafar Muhammad B. Jarir Thabari, dalam Kitab Al-Wilayah dengan sanadnya dari Zaid B. Arqam meriwayatkan : Turun ayat ini, pada Hari Ghadir Khum berkenaan Amirul Mukminin Ali as. Thabari dalam kitab ini menjelaskan : Rasulullah saww. membawa Ali bersamanya ke atas mimbar, dan mengangkat tangan Ali as. keatas, sehingga kelihatan putihnya kedua-dua ketiak mereka, dan Rasul saww. menjelaskan mengenai Ali as. tentang apa yang diperintahkan oleh Allah swt.

2) Hafiz Abul Qasim

Hafiz Abul Qasim, Hakim Hakani, melalui perantaraan Abu Said Khudri meriwayatkan : Ketika turun ayat “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam itu agama bagimu.” (QS Al-Maidah: 3), Rasul Islam saww. bersabda : Tuhan meredhai risalahku dan wilayah Ali B. Abi Talib selepasku.

Telah berkata Imam Ali Ibn Musa Ar-Reza as:

“ Barangsiapa yang berada di Najaful Ashraf pada hari ini bagi menunaikan ziarah Imam Ali bin Abi Talib as akan mendapat ganjaran yang tinggi (besar). Bersedekahlah pada hari ini sebanyak mungkin yang kamu mampu dengan nama Allah swt kepada mereka yang kurang berkemampuan, kerana “Hari Al-Ghadir” adalah dikhususkan untuk membantu mereka yang berhak.”

Rasulullah saww bersabda:

Siapa yang ingin hidup seperti hidupku dan wafat seperti wafatku serta masuk ke surga yang telah dijanjikan kepadaku oleh Tuhanku yaitu Jannatul Khuld, maka hendaklah ia berwilayah (berpemimpin) kepada Ali dan keturunan sesudahnya, karena sesungguhnya mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari pintu petunjuk dan tidak akan memasukkan kamu ke pintu kesesatan (Shahih Bukhari, jilid 5, hal. 65, cet. Darul Fikr)

Khidmat Imam Zaman

Ya Aba Soleh Eltimasi Doa..Wassalam

Allhamdulillah allazi ja'alana minal mutamassikina bi Wilayati Amirul Mukminin Al Haidar Ali Ibni Abi Thalib as.

Best wishing of Eidul Meesaq 1429H.




Friday, December 12, 2008

CAHAYA EIDUL GHADIR KHUM



CAHAYA EIDUL GHADIR KHUM

Hari Raya Al-Ghadir adalah merayakan keturunan Nabi Muhammad saw. Inilah hari raya terbesar dalam sejarah Islam. Inilah perayaan teristimewa yang dipersembahkan Tuhan, yang disebut oleh para penghuni langit dengan “Hari perjanjian yang jelas”. Inilah hari kebahagiaan dan kerelaan kerana adanya kasih-sayang, yang dengannya Tuhan menyempurnakan agamanya.

Hari Raya Al-Ghadir Dalam Sejarah

Sejarah Hari Raya Al-Ghadir sangat mengakar di dalam Islam kerana pertama kali dirayakan pada waktu hidup Rasulullah saw. Pertama, ia dirayakan pada hari Al-Ghadir setelah Haji Terakhir ketika Nabi Muhammad saw mangumumkan penggantinya dan menetapkan dasar-dasar agamanya. Inilah sebuah hari yang termashur sehingga tiap-tiap Muslim diberkati di dalamnya. Inilah hari ketika pusat legislasi Islam dan keperluan dari hokum-hukumnya ditetapkan. Kerananya, seorang Muslim seharusnya tidak terpedaya atau disesatkan oleh ketidaktahuan yang parah oleh gelombang kenaifan dan perilaku yang salah.

Secara alamiah, semestinya hari tersebut dipandang sebagai sesuatu yang sangat luar biasa. Ini kerana jalan yang paling lurus menuju Tuhan secara terang-benderang dipetakan pada hari tersebut. Lebih jauh, inilah hari ketika agama disempurnakan dan kasih saying Tuhan disempurnakan. Al-Quran yang suci telah menegaskan hal ini. Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan sebelumnya, Rasulullah saw memberi perintah untuk menyampaikan selamat kepada Ali Amirul Mukminin atas anugerah luar biasa yang diterimanya, iaitu kepimpinan khalifah dan wilayah dalam agama Islam.





Peristiwa Al-Ghadir

Peristiwa ghadir khum berlaku pada 18 Zulhijjah pada tahun 10 Hijrah (10 Mac 632 Masihi). Selepas menunaikan Haji Terakhir, Rasulallah saw bersama para sahabatnya meninggalkan Kota Suci Mekah. Setelah menyempurnakan ibadah Haji, Allah swt mewahyukan kepada Nabi saw ayat berikut:

“ Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu,bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memellihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir (QS 5: 67)”

Kemudian Rasulallah saw memanggil Bilal, yang secara formal bertugas mengumumkan banyak hal, untuk mengumumkan bahawa semua Muslim harus berada di Ghadir Khum pada esok harinya. “Ghadir Khum” adalah sebuah tempat yang terletak berhampiran al-Juhfa. Ianya merupakan tempat perlintasan bagi jalan-jalan menuju Madinah,Mesir, Iraq, Syria dan Najad. Berdasarkan perintah Allah swt, tempat tersebut dipilih kerana memiliki sumber air dan pepohonan. Selama berabad-abad, di sinilah sebuah masjid yang dinamakan “Masjid Ghadir” didirikan untuk mengenang peristiwa pada waktu itu.

Seramai seratus dua puluh ribu Muslim menemani Rasulallah saw menuju Ghadir Khum pada pagi tersebut. Setelah tiba di tempat tersebut, Nabi saw memberi arahan untuk berhenti di sana. Baginda juga memerintahkan orang-orang yang telah melewati tempat itu agar kembali dan yang belum sampai agar tetap berjalan menuju ke sana sehingga seluruh kelompok masyarakat akan berada pada lokasi yang telah ditunjukkan oleh Allah swt. Di bawah bayang-bayang pohon di situ, batu-batu telah dikumpulkan untuk mendirikan sebuah mimbar dengan menggunakan pelana unta. Mimbar ini dibuat setinggi Rasulallah saw dan didirikan di tengah-tengah orang yang berkumpul sehingga tiap-tiap orang dapat melihat Rasulallah saw dan mendengar suara baginda. Ditugaskan juga seorang laki-laki untuk mengulangi kata-kata Rasulullah saw kepada orang-orang yang agak jauh jaraknya.





Ketika orang-orang tidak dapat menunggu lebih lama lagi, sang muazin Rasulallah swt mengumandangkan azan. Mereka berkumpul dalam barisan menghadap mimbar dan Nabi saw memimpin solat Zohor berjemaah. Kemudian, kaum Muslimin melihat Rasulallah saw menempati tempatnya di atas mimbar. Tepat sebelum memulai khotbah, baginda meminta Imam Ali as untuk berada di sisi kanannya. Ali pun berdiri di sisi kanan Rasulallah saw tetapi sedikit lebih rendah. Inilah khutbah terakhir yang disampaikan baginda kepada umatnya. Walaupun khotbah umumnya dilaksanakan hanya dengan kata-kata, Nabi saw melakukan dua langkah praktis yang jelas menarik perhatian orang kepadanya. Paraktis pertama yang dilakukan oleh Rasulallah saw ialah mengangkat tangan Imam Ali as dan memperkenalkan kepada seluruh hadirin untuk mengelakkan keraguan yang mungkin terjadi di masa hadapan. Prosedur ini dilakukan tepat setelah mengumumkan kedudukan Ali sebagai penerus dan pemimpin politik serta agama pasca-Nabi saw. Baginda bersabda dalam khutbahnya:

“Wahai manusia, jangan kalian lupakan dua warisan ini. Selama kalian berpegang teguh kepada keduanya, kalian tidak akan tersesat: Kitabullah dan Keluargaku.”

Sesudah mengeluarkan pernyataan, “Tak seorangpun yang memiliki tandingan untuk menjelaskan persoalan-persoalan penting dan memberi tafsir atas Al-Quran kecuali orang yang tangannya kugenggam dan ku angkat ia dengan kedua tanganku,” Nabi saw secara praktis melakukan hal itu. Nabi saw kemudian mengambil tangan Ali. Ali pun mengangkat tangannya kea rah langit. Dalam situasi tersebut, Rasulallah bahkan mengangkat Ali hingga kaki Ali bersentuhan dengan lututnya. Seketika itu juga, Rasulallah berkata dengan suara lantang:

“Barangsiapa yang baginya aku adalah pemimpin (mawla), maka inilah Ali, pemimpinnya (mawla). Ya Allah swt! Cintailah mereka yang mencintai Ali dan musuhilah mereka yang memusuhinya serta berilah kemenangan kepada mereka yang mendukungnya dan berilah kekecewaan kepada mereka yang mengecewakannya“





Praktis kedua yang dilakukan Rasulallah saw dalam peristiwa tersebut ialah mengambil sumpah kesetiaan (Baia’t) dalam Hati, Ucapan dan Perbuatan. Dalam himpunan orang yang kian bayak itu, adalah sangat tidak praktikal untuk mengambil sumpah setia (baia’t) dengan prosedur yang biasa, iaitu dengan menjabat tangan orang yang kepadanya baia’t ditujukan. Sangat mungkin sebahagian orang tidak melakukannya. Maka, di dalam khotbahnya yang terakhir, Rasulallah saw pun memberi arahan, “Wahai Kaum Muslimin! Jumlah kalian terlalu ramai untuk berjabat tangan denganku pada saat ini. Allah Yang Maha Agung telah memerintahkanku untuk mengambil pengakuan kalian dalam kata-kata, tentang apa yang telah kunisbatkan kepada Ali dan para Imam penerusnya dari keturunanku secara eksklusif dan mengikat. Aku menyatakan kepada kalian bahawa keturunanku akan berasal dari garis keturunannya. Maka, kalian semua harus mengucapkan kata-kata berikut:

’Kami mendengarkan, mentaati, rela dan berserah diri kepada apa yang telah engkau sampaikan dari Tuhanmu dan Tuhan kami mengenai Imam kami, Amirul Mukminin Ali dan para imam yang berasal dari keturunanmu yang juga keturunannya. Dengan hati, jiwa, lidah dan tangan kami, maka kami bersumpah setia kepadamu. Di atas sumpah setia inilah, kami hidup, mati dan dibangkitkan kembali. Kami tidak akan mengubah, mencari pengganti, mencurigai, menyangkal, meragukan, dan menarik kembali perjanjian kami dan kami juga tidak akan melanggar sumpah kami. Kamu benar-benar telah menyampaikan kepada kami apa yang Allah kehendaki mengenai Ali, Amirul Mukminin, dan para Imam yang telah engkau perkenalkan, yang berasal dari keturunanmu yang juga putra-putranya: Al-Hasan, Al-Husain dan mereka yang telah ditetapkan Allah swt setelah keduanya. Sumpah dan janji kami bagi mereka datang dari hati, jiwa, lidah, fikiran, tangan, dan seluruh keberadaan kami. Jika tidak dilakukan dengan tangan, maka sumpah dan janji ini akan sah melalui kata-kata kami. Kami tidak akan mencari pengganti selain mereka dan kami pun tidak akan mengubah apa pun. Kami akan menyampaikan ini kepada orang yang terdekat, dan juga orang terjauh, termasuk keturunan dan keluarga kami. Kami memohon kepada Allah swt agar menjadi Saksi akan hal ini. Cukuplah Allah swt dan engkau yang menjadi saksi atas kami.’

Setelah Rasuallah saw selesai mengucapkan kata-kata tersebut, maka para hadirin pun langsung mengulanginya. Sepanjang upacara pembaiatan, Rasulallah saw melekatkan serbannya yang disebut “Sahab“ ke kepala Ali sementara hujung serban itu digenggamnya di dadanya. Baginda menyatakan “Allah swt telah membantuku dengan para malaikat yang ditutupi dengan serban ini di pertempuran Badar dan Hunain.“ Nabi juga menyatakan bahawa serban itu adalah mahkota orang Arab. Ini menunjukkan bahawa Rasulallah saw tengah menggambarkan keutamaan Ali dan putra-putranya yang maksum, yang kepada mereka telah dianugerahkan kedudukan yang tinggi ini. Dengan demikian, deklarasi publik tentang kesetiaan ini benar-benar ditujukan kepada Ali. Dalam kaitan dengan suatu upacara tertentu, maka segera setelah menyampaikan khutbah, Rasulallah menuju ke dalam kerumunan untuk mendeklarasikan kesetiaan (pembaiatan) secara realistik dengan saling berjabat tangan dengan baginda dan Imam Ali Amirul Mukminin serta memberi ucapan selamat. Orang yang saat itu telah ditetapkan untuk menduduki jabatan memimpin umat Islam, yang sesuai dengan perintah Tuhan dan dengan pernyataan Nabi, orang yang diberi amanat untuk membimbing umat adalah Ali bin Abi Thalib as. Manusia yang paling mulia dan terkemuka dalam masyarakat Islam. Dia yang memiliki kekayaan pengetahuan dan kebaikan, telah dipilih sebagai pemimpin umat Islam sesudah Rasulallah saw. Dan dengan menyatakan pentingnya persoalan imamah dan khalifah, Nabi saw telah memberikan perintah yang pasti dan mengikat kepada umat. Setelah itu, Jibril as menurunkan ayat di bawah ini kepada Rasulallah saw:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam itu agama bagimu.”

(QS Al-Maidah: 3)



Tahukah Anda?

Pembaitan oleh kaum perempuan Muslim juga dilakukan pada hari Al-Ghadir. Rasulallah telah memerintahkan agar sebuah wadah besar diisi dengan air dan ditutupi oleh suatu pembatas yang membahagi wadah tersebut menjadi dua bahagian. Kaum perempuan memasukkan tangan mereka di satu bahagian sementara Ali memasukkan tangannya di bahagian yang lain. Dengan cara seperti ini, baiat kaum perempuan dilangsungkan. Alhasilnya, setiap orang yang hadir di ghadir khum pasti tidak dapat menghindar pernyataan baiat kepada Ali. Penting untuk disebutkan di sini bahawa Sayyidah Fatimah Az-Zahra’ beserta seluruh isteri Rasulallah saw juga hadir di sana.

Amalan pada Hari Raya Ghadir Khum

Menurut banyak riwayat yang berasal dari para imam, berkaitan dengan hari raya al-Ghadir, sejumlah aktiviti sosial dianjurkan untuk dilakukan pada hari raya tersebut.

Imam Ali Ibn Musa Ar-Reza as berkata:

“ Barangsiapa yang berada di Najaful Ashraf pada hari ini bagi menunaikan ziarah Imam Ali bin Abi Talib as akan mendapat ganjaran yang tinggi (besar). Bersedekahlah pada hari ini sebanyak mungkin yang kamu mampu dengan nama Allah swt kepada mereka yang kurang berkemampuan, kerana “Hari Al-Ghadeer” adalah dikhususkan untuk membantu mereka yang berhak.”

Amalan yang dianjurkan pada hari Al-Ghadeer

  1. Mandi sunat (Ghusl), memakai pakaian baru atau yang terbaik serta memakai wangi-wangian.
  2. Berpuasa pada hari Al-Ghadir
  3. Beribadah pada malam sebelum Hari Raya Al-Ghadir
  4. Membaca Ziarah khusus buat Imam Ali bin Abi Talib as

(i) Ziarah Ameenallah

(ii) Ziarah Mut’laqah

Membaca doa ziarah kepada Imam Ali as membawa makna sebagai penegasan kembali kesetiaan sumpah kita kepadanya , keyakinan kita kepada kepimpinannya, dan kesetiaan kita kepada para imam melalui keterikatan kepada urusan-urusan mereka.

  1. Membaca Doa Nudbah
  2. Solat sunat 2 rakaat sebelum waktu tengahari seperti di bawah:-

Dalam setiap rakaat selepas bacaan Surah Al-Fatihah, baca

(i) Surah Al-Ikhlas 10 kali (ii) Ayat Kursi 10 kali (iii) Surah Al-Qadr 10 kali (iv) Selepas salam, sujud sambil membaca ALHAMDULILLAH SYUKRON LILLAH 100 kali. Kemudian duduk sambil membaca Doa I’ed Al-Ghadir. Kemudian sujud dan baca ALHAMDULILLAH 100 kali dan SYUKRON LILLAH 100 kali.

Barangsiapa yang melaksanakan amalan ini pada hari ini akan mendapat ganjaran sebagaimana mereka yang hadir pada peristiwa Ghadir dan mendengar deklarasi serta menerimanya dengan benar.

  1. Kita boleh melahirkan perasaan kegembiraan dan kesyukuran kita,baik secara dalaman mahupun luaran dalam apa jua bentuk yang sesuai untuk meneruskan cara hidup kita berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Ianya amat digalakkan untuk menggembirakan Mukminin, saling-mengunjungi dan memberikan hadiah serta mensedekahkan barang yang dicintai kepada mereka yang lebih memerlukan. Juga dianjurkan untuk menjemput sahabat serta saudara-mara untuk makan bersama sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebanyak mungkin.
  2. Pada waktu bertemu dengan saudara Mukmin bacalah:

اَلْحَمْدُ للهِ الّذى جَعَلَنا مِنَ الْمُتَمَسِّكينَ بِوِلايَةِ اَميرِ الْمُؤْمِنينَ وَالاَئِمَّةِ عَلَيْهِمُ السَّلامُ

Segala puji bagi Allah yang memberi rahmat kepada kami dengan bersama mereka yang berpegang teguh kepada “Wilayat“ (cinta, persahabatan dan kepimpinan) Amirul Mukminin dan semua Imam as.

Praise be to Allah, who blessed us to be among -those who cling and hold to the "Wilayaat" (love, friendship and authority) of Ameer Al Momineen and all the Imams, peace be on them all.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذى اَكْرَمَنا بِهذَا الْيَوْمِ وَجَعَلَنا مِنَ الْمُوفنَ،

بِعَهْدِهِ اِلَيْنا وَميثاقِهِ الّذى واثَقَنا بِهِ مِنْ وِلايَةِ وُلاةِ اَمْرِهِ وَالْقَوّامِ بِقِسْطِهِ،

.الدِّينَوَلَمْ يَجْعَلْنا مِنَ الْجاحِدينَ وَالْمُكَذِّبينَ بِيَوْم

Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan kami dengan hari ini, dan memasukkan kami di kalangan mereka yang telah diberikan apa yang dijanjikan kepada mereka, dan telah mengikat bersama-sama dengan ikatan perjanjian yang penuh keyakinan terhadap kepimpinan penjaga syariat agama yang telah melaksanakan keadilan (hukum); dan tidak membiarkan kami berada di kalangan mereka yang lebih mengetahui tetapi mengabaikan kebenaran serta menganggap Hari Penghitungan sebagai sesuatu yang sia-sia.

Praise be to Allah who honoured us with this day, and included us among those who have been given all that which was promised to them, and have been tied together with the bonds of contract to have full confidence in the authority of the guardians of the religious laws who established justice; and did not disgrace us to be among those who know better but deny the truth and treat the Day of Judgement as a false fable.

  1. Kemudian baca seperti berikut 100 kali:-

Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan agama-Nya dan melengkapkan nikmat-Nya dengan wilayah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as.

  1. Membaca syair dan khutbah mengenai peristiwa penting pada hari itu. Selain itu, membacakan keutamaan ahlul bait Nabi saw, khususnya memperbanyak menyampaikan selawat kepada mereka serta mengekspresikan kebencian atas musuh-musuh mereka adalah di antara aktiviti-aktiviti yang digalakkan pada hari tersebut.




disediakan oleh Nurul Zahilla Azlan

References

  1. www.ziarat.org
  2. www.al-islam.org/ghadir
  3. What Happened? Peristiwa Seputar Haji Terakhir, M.B. Ansari, Al-Huda.
  4. Imam Penerus Nabi Muhammad saw, Musa Kazhim, Lentera.