Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ustaz Abdullah Hasan selaku tenaga pengajar mazhab Syiah Imamiyah di Kedah menafikan pengikut Syiah Imamiyah di Hawzah Imam Ridha, Sri Gombak menggunakan senjata ketika mengenang hari kesyahidan saidina Husain pada 10 Muharam. Menurut laporan akhbar Sinar Harian hari ini, Aziz Hanafi mendakwa pengikut Syiah Imamiyah mencederakan badan sendiri dengan menggunakan senjata semata-mata untuk memperingati kematian cucu Rasulullah SAW, Sayidina Husin sewaktu penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 15 Disember lalu. Ustaz Abdullah berkata ramai ulama Syiah mengharamkan penggunaan alat senjata ketika mengingati kesyahidan Saidina Husain di Karbala. Selain itu Ustaz Abdullah turut menafikan penerapan unsur Syiah ketika mengkebumikan jenazah aktivis Pas Othman Talib.
Selain itu, dakwaan penganut fahaman Syiah membenci pengikut Ahlusunnah dan mendatangkan ancaman kepada mereka tidak benar kerana tidak berlaku kejadian yang serius sepanjang hidup bermasyarakat di negeri ini. Kominiti Syiah di Kedah hidup dalam suasana harmoni dan tiada satu pun peristiwa pertumpahan darah atau pergaduhan tercetus yang membabitkan Syiah dan Ahlusunnah. Abdullah Hasan dan pengikut Syiah juga sering memenuhi undangan kenduri dan tahlil anjuran masyarakat setempat.
Akhbar Sinar Harian edisi Utara hari ini juga mendedahkan Ustaz Abdullah Hasan sudah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pegawai Agama Kota Setar, Alaudin Abu Bakar atas dakwaan memfitnah pengikut Syiah dalam satu ceramah agama baru-baru ini.
Pada 15 Disember lalu Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu Hawzah Imam Ridha, Sri Gombak, Selangor dan menahan kira-kira 200 pengikut mazhab Syiah Imamiyah ketika mengenang hari kesyahidan Saidina Husain di Karbala. Dalam serbuan tersebut tidak ada pengikut Syiah menggunakan alat senjata untuk mencederakan badan seperti yang dituduh oleh Aziz Hanafi sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar berita Sinar Harian kerana ramai ulama Syiah mengharamkan perbuatan tersebut. Pendustaan seperti ini kelihatan ekstrim dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana tokoh agama.
lihat sini Fatwa-fatwa ulama dan Marji' tentang budaya memukul badan dengan pisau dan rantai...
No comments:
Post a Comment