Zarih empat Imam Ahlul Bait di Baqi' sebelum di
musnahkan oleh Nasibi (musuh keluarga Rasulullah)
musnahkan oleh Nasibi (musuh keluarga Rasulullah)
Ummat Islam sedang bergembira pada 17 Rabiul Awal menyambut hari kelahiran Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih yang ke-136 tahun. Pada masa yang sama, didalam rumah risalah juga berlaku sebuah peristiwa yang menambahkan lagi kegembiraan keluarga Rasul pada hari tersebut, rumah itu hari ini menyambut kelahiran seorang bayi mulia yang menambahkan kebanggaan dan kemulian mereka.
Jaafar Bin Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Bin Ali Bin Abi Thalib Alaihimussalam. Nama panggilan Beliau Abu Abdillah dan gelarannya yang paling mahsyur adalah Sodiq. Gelaran-gelaran Beliau yang lain antaranya : Shabir, Thahir dan Fadhil. Namun dikeranakan fuqaha dan ahli-ahli hadis pada zamannya mempercayai akan kesahihan hadis dan kejujuran Beliau dalam meriwayatkan hadis, oleh itu Beliau lebih terkenal dengan gelaran “Sodiq”.
Terdapat juga sebuah hadis daripada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih yang bersabda : Ketika Puteraku Jaafar telah lahir, letakkan namanya Sodiq kerana putera keturunan kelimanya juga adalah Jaafar yang mengakui imamah dan dia disisi Tuhan adalah seorang Kazzab.
Nama Ibunda Beliau Alaihissalam Fatimah atau Qaribah puteri Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar dan terkenal dengan panggilan Ummu Farwah.
Ibunda Ummu Farwah adalah Asma’ puteri Abdul Rahman Bin Abu Bakar.
Imam Sodiq Alaihissalam berkata mengenai Ibundanya : Ibundaku seorang mukmin, bertaqwa, berbuat baik dan sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala mencintai mereka yang berbuat kebaikan.
Malik Bin Anas, faqih Ahlul Sunnah telah berkata berkenaan akhlak Sodiq Aali Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih baik daripada Jaafar Bin Muhammad dari segi akhlak, ilmu, wara’, zuhud, ibadah dan kehambaan kepada Tuhannya, Beliau didalam hidupnya sentiasa berada didalam tiga keadaan; sama ada puasa, atau ibadah ataupun sentiasa dibibirnya zikir nama dan pujian Tuhan. Telah diriwayatkan bahawa : Beliau sentiasa membaca Al-Quran didalam solatnya dan akan tenggelam khusyuk didalamnya. Suatu hari Beliau telah disoal mengapa Engkau boleh menjadi sebegini? Beliau berkata : Aku sentiasa mengulangi membaca ayat-ayat Al-Quran sehingga aku berjaya mencapai kepada kekhusyukan ruh seperti mana aku mendengarnya daripada Tuhan tanpa apa-apa perantaraan.
Berkenaan sifat pemaaf dan pemurah Beliau telah diriwayatkan didalam kitab Miskahul Anwar bahawa : suatu hari seorang pemuda telah datang kesisi beliau dan berkata bahawa putera pakcikmu telah menghina dan bercakap buruk berkenaan kamu.
Beliau meminta hambanya untuk menyediakan air wuduk, lalu Beliau berwuduk dan menunaikan solat, perawi berkata : didalam hatiku berkata bahawa Beliau pasti akan melaknat ke atas lelaki tersebut, selepas menyelesaikan solat dua rakaat, Beliau telah berdoa : Ini adalah hakku untuk memaafkannya dan Engkau dari segi kemurahan dan karamahMu lebih banyak dariku, maka ampunkanlah dia, janganlah menilainya dengan perbuatannya dan janganlah membalasnya akan amalan yang dilakukannya.Kemudian aku memerhati dan melihat Beliau meneruskan untuk mendoakannya.
Terdapat banyak saksi dan bukti-bukti yang banyak berkenaan syakhsiah ilmu Imam Sodiq Alaihissalam. Beliau dikalangan Ahlul Sunnah juga dikenali sebagai seorang faqih dan ahli hadis yang diterima oleh Syeikh-syeikh Ahlul Sunnah seperti Muslim, Abu Hanifah, Malik Bin Anas dan sebagainya.
Abu Hanifah berkata berkenaan Imam : Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih faqih daripada Jaafar Bin Muhammad, Beliau seorang muslim yang paling alim dikalangan ummat Islam.
Syeikh Mufid berkata : Tidak ada seorang ulama Islam yang telah meriwayatkan hadis sebanyak Beliau.
Nama Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bagi Imam Sodiq Alaihissalam mempunyai sesuatu yang tersendiri yang mana setiap kali Beliau mendengar nama Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih, ketinggian dan kesempurnaan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih akan memberi kesan kepada Beliau sehinggakan warna wajahnya akan berubah menjadi kehijauan atau kekuningan, sehinggakan perubahan tersebut menyebabkan sahabat-sahabatnya tidak dapat mengenali Beliau. Imam Sodiq Alaihissalam juga sentiasa akan mengatakan selepas mendengar nama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih : Jiwaku korban untukNya.
Aba Harun berkata : Suatu hari aku telah datang ke sisi Imam Sodiq Alaihissalam. Beliau Alaihissalam berkata : Aba Harun! Sudah beberapa hari aku tidak melihatmu.
Aku menjawab : Allah Subhanahu Wa Taala telah mengurniakan kepadaku seorang putera.
Imam Alaihissalam berkata : semoga Allah memberkatinya apakah nama yang telah engkau pilih untuknya?
Aku berkata : Aku telah menamakannya Muhammad.
Imam Sodiq Alaihissalam ketika mendengar nama Muhammad tersebut (sebagai tanda menghormati Baginda) Beliau telah menundukkan wajahnya ke bawah, sehingga pipi-pipinya hampir mengenai tanah. Beliau mengucapkan dibibirnya : Muhammad, Muhammad, Muhammad. Kemudian berkata : Jiwaku sendiri, anak-anakku, ayahandaku dan semua ahli bumi adalah korban untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih! Kemudian Beliau menyambung janganlah memusuhinya! Janganlah memukulnya! Jangan lakukan perkara buruk kepadanya! Ketahuilah! Tidak ada sebuah rumah yang mana didalamnya terdapat yang bernama Muhammad, melainkan rumah tersebut akan diberkati setiap hari.
Husain Bin Abdullah berkata : Aku telah bertanya kepada Imam Sodiq Alaihissalam : Adakah Rasulullah pemimpin anak-anak Adam?
Imam Alaihissalam menjawab : Aku bersumpah demi Tuhan, Sesungguhnya Baginda merupakan pemimpin seluruh makhluk Allah. Allah Subhanahu Wa Taalah tidak mencipta walau satu makhluk yang lebih baik daripada Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih.
Imam Sodiq Alaihissalam didalam hadis lain berkata : Selepas Rasulullah telah dibawa ke Mi’raj, Jibrail telah mengiringinya sehinggalah sampai ke satu tempat yang mana Jibrail tidak akan lagi menemani Baginda. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Jibrail, dalam keadaan begini, engkau akan meninggalkanku keseorangan?! Jibrail berkata : Pergilah. Demi Tuhan, engkau telah melangkah di suatu tempat yang mana tidak ada manusia yang pernah menjejaknya dan lebih daripadamu tidak ada manusia yang akan sampai ke sana.
Muammar Bin Rashid berkata : Aku telah mendengar daripada Imam Sodiq Alaihissalam bahawa beliau telah berkata : seorang Yahudi telah datang ke sisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih dan memandang Baginda dengan penuh teliti.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Wahai Yahudi! Apakah hajatmu? Yahudi berkata : Adakah engkau lebih hebat daripada Musa Bin Imran; seorang Nabi yang mana Allah Subhanahu Wa Taala telah berkata-kata dengannya serta telah menurunkan Taurat dan Injil ke atasnya, begitu juga dengan wasilah tongkatnya Tuhan telah membelah lautan dan melindunginya dengan awan?
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalih bersabda : Adalah tidak baik seseorang memuji dirinya sendiri namun (bagi menjawabmu) aku akan mengatakan bahawa Nabi Adam Alaihissalam ketika ingin bertaubat daripada kesalahannya, telah berkata : ( Allahumma Inni As-aluka Bi Haqqi Muhammad Wa Aali Muhammad Lima Ghafarta Li ); Tuhanku! Dengan haknya Muhammad Wa Aali Muhammad aku memohon keampunan dariMu. Lalu Allah telah menerima taubahnya. Nabi Nuh Alaihissalam ketika tenggelam didalam laut telah menjadi takut dan berkata : ( Allahumma Inni As-aluka Bi Haqqi Muhammad Wa Aali Muhammad Lima Anjaitani minal Gharq ); Tuhanku demi hak Muhammad Wa Aali Muhammad aku memohon daripadaMu supaya engkau selamatkanlah daku daripada lemas. Allah Subhanahu Wa Taala lalu telah menyelamatkannya. Nabi Ibrahim Alaihissalam didalam api berkata : ( Allahumma Inni As-aluka Bi Haqqi Muhammad Wa Aali Muhammad Lima Anjaitani Minha ); Tuhanku! Dengan hak Muhammad Wa Aali Muhammad aku menohon daripadaMu selamatkanlah aku daripada api. Allah subhanahu lalu telah menjadikan api tersebut sejuk dan dingin. Nabi Musa Alaihissalam ketika tongkatnya dilontarkan ke tanah dan merasakan ketakutan didalam dirinya telah berkata : ( Allahummah Inni As-aluka Bi Haqqi Muhammad Wa Aali Muhammad Lima Amintani ); Tuhanku! Demi hak Muhammad Wa Aali Muhammad aku memohon daripadaMu keamanan. Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman kepadanya : ( La Tkhaf Innaka Antal ‘A’la ) Jangan takut. Sesungguhnya engkau yang akan menguasai.
Wahai Yahudi, jika Musa Alaihissalam berada pada masa sekarang, Beliau pasti akan menerimaku dan beriman kepadaku dan kenabianku. Iman dan nubuwwahnya tidak ada manfaat baginya. Wahai Yahudi! Daripada zuriatku akan lahir seorang dengan nama Mahdi Alaihissalam yang mana ketika kezuhurannya Isa Bin Maryam juga akan datang untuk menolongnya dan akan menunaikan solat di belakang Beliau.
Imam Sodiq Alaihissalam berkata:
“Jangan sombong di kala kaya, jangan cemas di kala miskin, jangan berkeras hati sehingga manusia enggan mendekatimu, jangan menjadi orang yang lemah agar tidak diremehkan oleh yang mengenalimu, jangan suka melihat orang yang berada di atasmu atau mencela orang yang berada di bawahmu, jangan merebut sesuatu dari pemiliknya, jangan mengikuti orang yang dungu, jangan hidup dalam kehinaan di hadapan siapa pun, Jangan bersandar kepada bantuan seseorang dan renungkanlah setiap sesuatu sehingga anda mengetahui dengan baik sebelum dirimu tersungkur dan menyesal. Jadikanlah hatimu teman karib yang sentisa bersamamu, jadikanlah amalanmu laksana ayahmu yang selalu anda ikuti, jadikanlah nafsumu sebagai musuh yang harus anda perangi dan barang pinjaman yang harus anda kembalikan. Oleh itu jadilah doktor untuk dirimu sendiri dan ketahuilah tanda-tanda kesihatan yang diterangkan padamu serta pelbagai penyakit dan rawatannya. Maka lihatlah apa yang anda lakukan untuk dirimu.”
Imam Sodiq Alaihissalam berkata:
“Sesungguhnya pekerjaan amar ma’ruf dan nahi mungkar itu adalah dua perkara antara makhlul-makhluk Allah. Maka barang siapa yang membantunya nescaya Allah akan membantunya dan barang siapa yang meninggalkannya nescaya Allah akan meninggalkannya pula.”
“Pada hari kiamat kelak Allah akan membangkitkan orang yang alim dan orang yang ahli ibadah setelah keduanya berada di hadapan Allah. kemudian Allah berfirman kepada yang ahli ibadah, “Masuklah engkau ke dalam syurga.” Kemudian Allah berfirman kepada orang alim, “Berdirilah dan syafaatkanlah manusia yang ingin engkau beri syafaat sebagai balasan pendidikan baik yang telah engkau berikan kepada mereka.”
“Sambungkanlah tali kekeluargaan dari saudaramu yang memutuskannya, berilah hadiah orang yang tidak pernah memberimu, berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepadamu, berilah salam orang yang mencacimu, berbuatlah adil kepada orang yang memusuhimu, maafkanlah orang yang berbuat aniaya kepadamu sebagaimana anda ingin untuk dimaafkan, contohilah pengampunan yang Allah berikan kepadamu. Tidakkah anda melihat bagaimana matahari menyinari orang yang baik maupun orang yang jahat. Begitu juga hujan turun ke atas orang yang baik serta orang yang berbuat dosa.”
“Berhati-hatilah dari tiga orang. Pengkhianat, penganiaya dan yang suka memfitnah. Orang yang berkhianat suatu hari akan ada orang yang mengkhianatimu. Orang yang menganiaya orang lain kelak akan ada orang menganiayamu dan yang suka memfitnah orang lain suatu hari juga akan ada orang yang memfitnahmu.”
Eid Shumo Mubarak!!
Khidmat Imam Zaman Ajjalallahu Farajah
Ya Aba Soleh Eltimasi Doa
No comments:
Post a Comment