Rasulullah SAWW bersabda yang bermaksud:
" Wahai manusia aku tinggalkan kepada kamu, sekiranya kamu berpegangteguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku." [Sunan Tirmidzi]
Dari Amir bin Sa'ad bin Abu Waqqas RA, katanya:"Aku berkirim
Tek Hadith yang bergaris di atas (12 khalifah) adalah di bawah ini. Sila rujuk Sahih Muslim, Jilid IV, Bab Imarah, Hadith 1789.
Hadith-hadith yang menghadkan pengganti Nabi Muhammad SAWW kepada 12 orang, telah diriwayatkan oleh sejumlah ulama Muslimin dari kalangan Ahlul Sunnah dan Syiah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Berikut di senaraikan beberapa riwayat dari kalangan Ahlul Sunnah yang menghadkan pengganti Nabi Muhammad SAWW kepada 12 orang khalifah.
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya meriwayatkan hadith ini daripada Syabi daripada Masruq berkata:
" Kami berada di sisi Abdullah bin Masud yang sedang memperdengarkanbacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya;Wahai Abu Abdul Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWW berapakahummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Masud menjawab: "Tiada seorangpunbertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda."Kemudian dia berkata: "Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada RasulullahSAWW mengenainya. Maka beliau SAWW menjawab: " Dua belas(khalifah) sepertibilangan naqib Bani Isra'il."
Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata:
" Aku mendengar RAsulullah SAWW bersabda semasa Haji Wida':" Urusan agama ini masih pada zahirnya ditangan penentangnya dan tidakakan dihancurkan oleh orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunyadua belas Amir, semuanya daripada Quraisy."
Muslim di dalam Sahihnya meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:
" Aku bersama bapaku berjumpa Rasulullah SAWW. Maka aku mendengarNabi SAWW bersabda: "Urusan 'ini' tidak akan selesai hingga berlaku padamereka dua belas khalifah." Dia berkata: Kemudian beliau bercakap denganperlahan kepadaku. Akupun bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau?Dia menjawab: "Semuanya daripada Quraisy."
Muslim juga meriwayatkan di dalamnya Sahihnya daripada Nabi SAWW beliau bersabda:
"Agama sentiasa teguh sehingga Hari Qiamat dan dua belas khalifah memimpinmereka, semuanya daripada Quraisy." Di dalam riwayat lain Urusan manusiaberlalu dengan perlantikan dua belas elaki dari Quraisy" Sentiasa Islamitu kuat sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy" dan " Sentiasaugama ini kuat dan kukuh sehingga ua belas khalifah daripada Quraisy."[Silarujuk Kitabul Imarah, Sahih Muslim, Cairo, 1955, Jilid II, hlm.,1542-1543]
Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWA bersabda:
"Selepasku akan diikuti oleh dua belas khalifah."
Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi al-Mawaddah bab 95, meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah berkata:
" Rasulullah SAWW bersabda: " Wahai Jabir! Sesungguhnyapara wasiku dan para imam selepasku pertamanya Ali kemudian Hasan kemudianHusain kemudian Ali bin Husain. Kemudian Muhammad bin Ali al-Baqir. Andaakan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampaikansalamku kepadanya. Kemudian Ja'far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja'far,kemudian Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin Ali, kemudian Ali bin Muhammad,kemudian Hasan bin Ali. Kemudian al-Qaim namanya sama dengan namaku dankunyahnya adalah kunyahku, anak Hasan bin Ali. Dengan beliaulah Allah akanmembuka seluruh pelusuk bumi di Timur dan di Barat, dialah yang ghaib daripenglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang telahdiuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orangramai boleh mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab:"Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambilcahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang ramai mengambilfaedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan." Ini adalah rahsia-rahsiailmu Allah yang teersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melainkankepada orang yang ahli.
Lantaran itu tidak menghairankan jika Syaikh Sulaiman al-Balkhi al-Hanafi menyatakan:
" Hadith imam dua belas tidak sesuai jika dimaksudkan dengan Khulafa' al-Rasyidinkerana mereka kurang daripada 12. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifahdari Bani Umayyah kerana mereka lebih dari 12. Semua mereka adalah zalimselain Umar bin Abdul Aziz, dan mereka pula bukan dari Bani Hasyim keranaNabi bersabda: Semua mereka mestilah dari Bani Hasyim. Dan ianya juga tidaksesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani Abbas kerana mereka lebih daripada12. Mereka juga menindas anak cucu Rasulullah SAWW dan melanggar suruhanal-Qur'an. Oleh itu satu cara untuk mentafsirkan hadith itu ialah denganmenerima 12 imam dari Ahlul Bayt Rasulullah SAWW kerana merekalahyang paling alim, paling bertaqwa, mempunyai sifat-sifat yang paling baik,paling tinggi nasabnya dan lebih mulia di sisi Allah, dan ilmu-ilmu merekadiambil dari bapa-bapa mereka yang berhubung rapat dengn moyang merekaMuhammad SAWW."
No comments:
Post a Comment