Berdasarkan dalil-dalil dari ayat-ayat Qur'an dan Hadith Rasulullah SAWA - kebanyakan kitab tafsir dan Hadith menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt Rasulullah SAWA ialah lima orang iaitu Rasulullah SAWA, Ali, Fatimah, Hassan dan Husayn. Riwayat al-Tarmidzi dari Ummu Salamah menyatakan bahawa ayat:
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kotoran dari kalian, Ahlul Bayt dan menyucikan kalian dengan sebersih-bersihnya (Quran:33:33)" turun untuk Rasulullah SAWA di rumahku ketika aku sedang duduk di sebelah pintu, aku bertanya: " Ya Rasulullah, bukankah aku juga dari Ahlul Baytmu, beliau mejawab: engkau berada dalam kebaikan, engkau dari isteri-isteriku. Ketika itu Rasulullah SAWA di rumah bersama Ali, Fatimah, Hassan dan Husayn.Kemudian beliau memasukkan mereka di bawah serban beliau seraya bersabda: " Ya Allah,merekalah Ahlul Baytku, maka hilangkan kotoran dari mereka dan sucikanlah mreka sesuci-sucinya."
Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan dalam Kitab Fada'il Sahabat bab Fada'il Ahlul Bayt Nabi SAWA, berkata Aisyah bahawa telah keluar Rasulullah SAWA pada suatu hari dengan memakai mard marhal daripada bulu berwarna hitam, kemudian datang Hassan bin Ali lalu dimasukkannya ke dalamnya, kemudian datang Husayn lalu dimasukkannya ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali datang Ali dan dimasukkan ke dalamnya, lalu beliau SAWA membaca ayat Quran:33:33, yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran dan
menyucikan kalian dengan sebersih-bersihnya."
Dalam tafsir Al-Dur Al-Mantsur, Jalaluddin al-Suyuti menyebut dua puluh sanad hadith dengan jalan yang beragam, yang semuanya menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bayt di dalam ayat di atas adalah lima orang seperti di atas.
Para isteri Nabi SAWA tidak termasuk dalam Ahlul Bayt dalam pengertian yang khusus seperti maksud dan kehendak ayat di atas. Riwayat dari Muslim dari Zaid bin Arqam bahawa:
Pada suatu hari Rasul berpidato di hadapan kami dekat suatu danau bernama
Khum di antara Mekah dan Madinah, setelah memuji Allah, beliau mulai menasihati
kami dan bersabda yang bermaskud: " Wahai manusia.....ketahuilah bahawa
aku meninggalkan pada kalian dua benda yang sangat berharga, Kitabullah
yang mengandung cahaya dan bimbingan, maka ambillah Kitabullah dan berpeganglah
padanya....beliau meneruskan: " Dan Ahlul Baytku, aku memperingatkan kalian
tentang Ahlul Baytku, Aku memperingatkan kalian tentang Ahlul Baytku, aku
memperingatkan kalian tentang Ahlul Baytku...."
Perawi hadith bertanya kepada Zaid bin Arqam,"
Siapakah Ahlul Bayt Rasul, adakah isteri-isteri beliau termasuk Ahlul Baytnya?"Zaid menjawab," Tidak, demi Allah, seorang isteri hidup bersama suaminya untuk beberapa waktu dan ketika dicerai ia kembali kepada kaumnya sendiri."
Kesimpulannya seperti yang diungkapkan oleh Syed Syarafuddin al-Musawi dalam bukunya al-Kalimah al-Gharra' fi Tafdhil al-Zahra' wal Aqilah al-Wahy bahawa tidak diragukan lagi Ahlul Bayt yang dinyatakan oleh ayat di atas adalah lima orang bergelar " Ashab al-Kisa." Kenyataan ini cukup untuk menyimpulkan bahawa mereka adalah makhluk yang paling mulia dibandingkan seluruh entiti yang mendiami bumi dan langit. Selain dari Rasulullah SAWA, Ali sepupu Nabi yang dinyatakan dalam al-Qur'an(seperti yang dinyatakan dalam Hadith al-Manzillah) sama kedudukannya seperti kedudukan Nabi (Nabi Harun di sisi Nabi Musa), Fatimah al-Zahra merupakan darah daging Nabi yang Nabi SAWA menyatakan bahawa Allah akan marah kerana kemarahannya serta akan rela kerana kerelaannya dan dua buah hati Nabi SAWA di dunia serta cucu kandungnya, al-Hassan dan al-Husayn yang terbunuh syahid dan kelak akan menjadi penghulu pemuda disyurga, berdasarkan dalil yang kukuh dan tidak terbantah.
No comments:
Post a Comment