Popular Posts

Friday, December 21, 2007

Raddu Syams

assalamualaikum wbth..
Alhamdulillah wa solatu ala rosulillah wa alihi,
amma ba'du;

Raddu As Syams bererti di kembalikan matahari..setelah terbenam.
Radda yaruddu : bererti menolak, memaling, menjawab, mengulang, mengembalikan
sesuatu.
Syams : matahari

Kisah berlaku di tanah Khaibar tatkala Rasulillah saww tidur di atas ribaan Imam
Ali a.s hingga terbenam matahari sedangkan Imam Ali tatkala itu belum solat
Asar. Maka Rasulillah saww berdoa supaya dikembali matahari hinggakan yang hadir
tatkala itu menyaksikan matahari naik terbit semula setelah terbenam dan tinggi
di atas gunung.

Hadis Radd Asyams adalah suatu hadis yang dikeluarkan oleh sebilangan besar para
Hufaz dengan jalur sanadnya yang berbeza. Sebahgian besar para Hufaz
menghukumkannya sebagai hadis sahih dan saling kuat menguatkan, sebahgian
meletakkan hadis tersebut sebagai darjah Hasan dan sebahgiannya mengengkarinya
dan menghukumkannya sebagai daef(lemah) ataupun maudu'(palsu).

Mereka yang mendaefkan hadis ini dikepalai oleh empat orang yang condong dengan
pemikiran politik bani umawiyah yaitu Ibnu Hazm, Ibnu Jauzi, Ibnu Taimiah, Ibnu
Kasir sedangkan terdapat sebahagian besar para ulama yang menukilkan hadis ini
didalam kitab kitab mereka bahkan ramai antaranya yang menggarang kitab khusus
atau pun risalah tentang jalur sanad hadis ini.

Berikut adalah matan hadis:

"Dari Asma' binti Umaish bahawa Rasulullah saww solat zohor di Shohba'(nama
tempat) dari tanah Khaibar kemudian mengutus Ali untuk sesuatu perkara.Kemudian
pulang.Sedangkan Rasulullah saww sudah solat Asar. Maka Rasulullah saww
meletakan kepalanya dipangkuan Ali dan tidak mengerakkannya sehinggalah terbenam
matahari. Maka sabda Rasulullah saww Allhumma sesungguhnya hambamu Ali
mengurungkan dirinya untuk nabinya maka kembalikanlah terbitnya. Berkata Asma :
Maka naiklah matahari sehingga meninggi di atas gunung. Maka bagunlah Ali
berwudu' dan solat Asar kemudian hilanglah matahari."

Terdapat juga hadis lain yang sanadnya bertemu pada Al Husain bin Ali as
berkata:

" Adalah tatkala itu kepala Rasulullah saww di pangkuan Ali dan tatkala itu
sedang diturunkan wahyu padanya, maka apabila terjaga berkata kepadaku : Ya Ali
sudahkah kau solat fardu?! Jawab Ali : Tidak . Lantas rasulullah bersabda :
Allhumma sesungguhnya mengetahui bahawa dia (Ali) berada di dalam urusanmu dan
urusan Rasulmu maka kembalikanlah baginya matahari. Maka dikembalikan baginya
matahari dan bersolat dan kemudian hilanglah matahari."

Hadis Radd Assyams adalah hadis yang penting untuk kita ambil iktibar, pelajari
bahkan sampaikan antara satu dengan yang lain kerana bukan saja untuk mengingati
karamahnya baginda Ali bahkan iaya adalah antara mukjizat terbesar Rasulullah
itu sendiri.

Berkata Al Hafiz Ahmad bin Soleh (seorang yang sangat siqah.. dipercayai, antara
guru agung Al Bukhari) setelah meriwayatkan hadis ini daripada dua jalur yang
sahih berkata: " Tidaklah pantas bagi sesiapa yang jalannya menuntut ilmu untuk
membelakangkan (meningalkan) daripada menghafal hadis Asma' kerana ianya adalah
sungguh daripada tanda tanda kenabian."

Antara para ulama yang menceritakan dqn meriwayatkan hadis ini ialah:
At Thohawi -(Muskilatu Assar), Al Baihaqi -(Dala'el), Al Hakim An Nisayaburi
-(Tarikh Nisyaburi), Imam Al Aini -(Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari), Al Hafiz
As Suyuti -(Jam'ul jawamie'k) beliau menulis satu risalah khusus (Kasfu Libas An
Hadis Radd Assyams), Al Hafiz Ibn Ad Daiba'ie shohib maulid deiba' -(Tamyes Taib
Minal Khabess) di katakan oleh syeikh Al Idrus dalam Tarekh Nur Safir bahawa
Ibnu Daiba'ie adalah seorang Syaikhul Islam dan Amir mukminin Fil Hadis, At
Tabarani -(Fil Kabir), Ibnu Hajar As Qalani -(Fathul Bari ), Ibnu Hajar Haitami
-(Sawa'ek),

dan yang lain lainnya daripada ulama yang terkemuka yang meriwayatkan hadis ini
dan mengakui kesahihannya.

Selain daripada itu pernah jaga Imam Ali mengunkitkan hal ini pada hari Syura
(hadis munasadah) tatkala pemilihan khalifah dengan kata katanya yang makruff di
kalangan sohabat terdahulu : " Ku peringatkan kalian dengan Allah apakah ada
antara kalian yang dikembalikan baginya matahari setelah terbenamnya sehingga
solat Asar selain dari ku??! Mereka jawab: Tidak"

Syed Mohd Fadlie Ben Yahya

No comments: