Sesiapa yang mengkaji sunnah Rasulullah SAWA dan perjalanan hidupnya yang praktikal serta hubungan dengan Ahlul Baytnya yang telah dinaskan oleh al-Qur'an dan diperkenalkan oleh Nabi SAWA, akan mengetahui bahawa ahli keluarga Nabi SAWA ini mempunyai peranan dan tanggungjawab risalah dan tamadun sejarah umat ini yang tersendiri yang mana Rasulullah SAWA yang merancang dan meyediakan keada umatnya supaya menerimanya dengan perintah daripada Allah SWT.
Sesungguhnya telah bermula peringkat pertama daripada peracangan Nabi SAWA apabila Allah Ta'ala memerintahkan RasulNya Muhammad SAWA untuk mengahwinkan anaknya Fatimah AS keada Imam Ali bin Abi Talib dan lahirlah dari keturunan yang berkat ini, anak cucunya yang berterusan di sepanjang zaman.
Nabi SAWA bersabda kepada Ali AS ketika baginda mengahwinkannya dengan Fatimah AS yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah telah menyuruh aku mengahwinkanmu
dengan Fatimah dengan maskahwin sebanyak 400 mithqal daripada perak, jika
kamu redha dengan yang demikian, maka Ali AS menjawab:
" Sesungguhnya aku telah redha dengan itu wahai Rasulullah."
Anas bin Malik berkata: lalu Rasulullah SAWA bersabda yang bermaksud:
" Mudah-mudahan Allah menghimpunkan ikatanmu, memberi
kebahagiaan dan memberkati serta megurniakan kepada kamu berdua (rezeki)
yang baik lagi banyak." Anas berkata: " Demi Allah sesungguhnya Allah telah
mengurniakan kepada keduanya rezeki yang banyak lagi baik."
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAWA mengahwinkan Fatimah AS denga Ali AS, baginda masuk ke bilik Fatimah dan mendoakan kepadanya, kemudian Umm Aiman membawa mangkok berisi air kemudian dicurahkan, lalu direnjiskan di atas kepada Fatimah dan di antara buah dadanya lalu bersabda yang bermaksud:
" Ya Allah ! Aku bermohon Engkau melindunginya dan keturunannya
dari syaitan yang direjam. Nabi SAWA bersabda kepada Ali AS; " Bawakan
air kepadaku, " Ali pun membawakan air itu kepada Nabi SAWA, lalu Nabi
SAWA merenjiskan di atas kepala Ali dan di antara dua bahunya dan berata
yang bermaksud:
" Ya Allah aku bemohon, lindungi Ali dan keturunanya daripada syaitan yang direjam."
Dalam satu riwayat lain Nabi SAWA meminta dibawakan air, lalu baginda berwuduk dan mencurahkannya ke atas Ali dan Fatimah dan berdoa yang bermaksud:
" Ya Allah berkatilah kepada keduanya dan keturunannya."
Ketika Fatimah hendak dilamar oleh salah seorang sahabat Nabi SAWA, baginda memberi alasan dengan bersabda yang bermaksud:
" Belum lagi diturunkan ketentuan Allah."
Ini adalah inayah Allah dan Nabi SAWA mengenai perkahwinan Fatimah dengan Ali. Tidak sempurna perkahwinan itu kecuali dengan perintah Allah Ta'ala adalah satu bukti yang jelas tentang kedudukan Ahlul Bayt AS. Tidak ada tujuan di sebalik hubungan Nabi SAWA dengan Ahlul Bayt AS melainkan untuk kebaikan umat.
Terdapat banyak kitab hadith dan sirah yang menyebutkan nas-nas dari Nabi SAWA yang mengungkapkan kepentingan dan keutamaan Ahlul Bayt AS.
No comments:
Post a Comment