Popular Posts

Friday, December 21, 2007

Ahlul Bayt AS Dalam Sunnah Nabi SAWA (3)

Hadith al-Safinah

Kalau hadith al-Tsaqalain telah meletakkan Ahlul Bayt di samping al-Qur'an kerana mepunyai tugas untuk menerangkan al-Qur'an dan meningkap rahsia-rahsianya, kandungannya dan memelihara al-Qur'an, maka hadith al-Safinah menjelaskan kepada umat bahawa Ahlul Bayt AS adalah ibarat sebuah kapal menyelemat dan sumber keselamatan bagi umat sesudah Rasulullah SAWA. Oleh itu jika ada orang yang tidak mengikuti dan menaiki kapal ini sudah tentu akan tenggelam dan binasa. Sesungguhnya tertinggal daripada Ahlul Bayt AS bererti tertinggal daripada pemimpin yang akan membawa ke pantai hidayah dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Al-Syabrawi al-Syafie meriwayatkan daripada Rafi' mawla Abi Zar berkata: Abu Zar naik ke atas tangga pintu Kaabah dan berdiri dekat pintu dan bersandar kepadanya lalu berkata:

" Wahai manusia siapa yang mengenali aku sesungguhnya dia kenal
aku dan siapa ingkar kepadaku maka akulah Abu Zar, dan aku telah mendengar
Rasulullah SAWA bersabda (yang bermaskud):
" Ahlul Baytku adalah kapal Nabi Nuh, siapa yang menaikinya
selamat dan siapa yang tertinggal daripadaya dicampakkan ke dalam api neraka."

Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Abu Naim dengan sanadnya daripada Said bin Jubair daripaa Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah SAWA telah bersabda yang bermaksud:

" Perbandingan Ahlul Baytku di kalangan kamu adalah seperti
kapal Nabi Nuh AS siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang
meninggalkannya akan tenggelam."
[3]

Begitu juga al-Tabrani telah mencatatkannya di dalam al-Ausat dari Abu Said, Nabi SAWA bersabda yang bermaksud:

" Perumpamaan Ahlul Baytku pada kalian sepertilah bahtera
Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang enggan atau terlambat
akan tenggelam. Dan umpama Ahlul Baytku pada kalian sepertilah pintu
pengampunan Bani Israil. Siapa yang memasukinya akan diampun."

Al-Hakim dalam al-Mustadrak al-Sahihain berkata bahwa hadith ini sahih mengikut persyaratan Muslim. Imam al-Syafie adalah di antara orang yang mengakui kesahihannya.

Syafa'at Untuk Pencinta Ahlul Bayt AS

Al-Khatib dalam Tarikhnya meriwayatkan dari Ali AS di berkata:

"Syafa'atku bagi umatku (hanya) untuk orang yang mencintai Ahlul Baytku."[5]

Bukti Iman Ialah Menyintai Ahlul Bayt AS


Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Tirmidzi dan ia mensohihkannya,
al-Nasai dan al-Hakim dari al-Muththalib bin Rabi'ah
ia berkata bahawa Rasulullah SAWA bersabda [bermaksud]:


"Demi Allah, iman tidak akan masuk ke dalam hati seseorang Muslim
sehingga ia mencintai kalian [Ahlul Bayt AS]
kerana Allah dan kerana hubungan keluarga denganku."
[5]

Ahlul Bayt AS Penyelamat Dari Perselisihan Umat

Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata bahawa Rasulullah SAWA bersabda [bermaksud]:

"Bintang-bintang (di langit) adalah petunjuk
keselamatan bagi penghuni bumi dari bahaya tenggelam.
Dan Ahlul Baytku
adalah penyelamat umatku
dari bahaya perselisihan dan perpecahan.
Bila salah satu dari qabilah menyeleweng dan menentang
nescaya mereka akan bercerai-berai
dan menjadi parti Iblis."
[6]

Al-Ujaili telah mengaitkan kata-kata Syafie di dalam Dhakhirah al-Mal:

" Manakala aku melihat manusia telah berpegang kepada mazhab
yang bermacam-macam di lautan kebodohan dan kejahilan.
Aku menaiki dengan nama Allah bahtera kejayaan mereka.
itulah Ahlul Bayt al-Mustafa dan penamat segala Rasul. "

  • Ibn Hisham, Sirah Ibn Ishak, diterjemahkan oleh A. Guillaume, The Life of Muhammad, hlm. 651-652, Lahore,OUP, 1955. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Malik bin Anas dalam al-Muwatta dan al-Tabari dalam Musnad Kabir.
  • Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, Juz.,III, hlm., 109. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad ibn Hanbal dalam Musnad, Juz.,III, hlm., 17, Al-Tabarani dalam Mu jam al-Kabir, Juz. 1, hlm., 129.
  • Abu Naim, Hilyah al-Awliya', jilid 4, halaman 306.
  • Al-Khotib, Tarikh, Juzuk 2, hlm.146; Al-Kanz Juzuk 6, hlm.217.
  • Ahmad bin Hanbal, Musnad, Juzuk 4, hlm.210; al-Tirmidzi, Bab Manaqib Abbas bin Abdul Mutalib, Juzuk 2, hlm. 304.
  • Al-Hakim, Al-Mustadrak, Juzuk III, hlm.149
  • No comments: