Popular Posts

Friday, December 21, 2007

12 khalifah ALLAH SWT

Rasulullah SAWW bersabda yang bermaksud:

" Wahai manusia aku tinggalkan kepada kamu, sekiranya kamu berpegang
teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya,
Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku." [Sunan Tirmidzi]

Dari Amir bin Sa'ad bin Abu Waqqas RA, katanya:"Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku Nafi", meminta kepadanya supaya dia dapat mengkhabarkan kepadaku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah SAWW. Dia membalas suratku sebagai berikut:"Aku mendengar Rasulullah SAWW bersabda pada hari Juma'at petang, iaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya: Din ini (Islam) akan sentiasa tegak hingga hari Qiamat, atau sampai berlalunya 12 khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula beliau bersabda, 'satu kelompok kaum Muslimin akan menakluki Istana Putih Kisra.' Dan aku mendengar pula beliau bersabda, 'sebelum terjadi hari Qiamat akan muncul Dajjal, maka waspadalah terhadap mereka.' Aku mendengar pula beliau bersabda,'jika Allah mengurniakan kamu kebaikan, pertama-tamanya manfa'atkanlah untuk dirimu sendiri dan untuk keluargamu.' Aku mendengar juga beliau bersabda, 'Aku lebih dahulu dan menunggu di al-Haud.'

Tek Hadith yang bergaris di atas (12 khalifah) adalah di bawah ini. Sila rujuk Sahih Muslim, Jilid IV, Bab Imarah, Hadith 1789.


Hadith-hadith yang menghadkan pengganti Nabi Muhammad SAWW kepada 12 orang, telah diriwayatkan oleh sejumlah ulama Muslimin dari kalangan Ahlul Sunnah dan Syiah di dalam Sahih-sahih dan Musnad-musnad mereka. Berikut di senaraikan beberapa riwayat dari kalangan Ahlul Sunnah yang menghadkan pengganti Nabi Muhammad SAWW kepada 12 orang khalifah.

Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya meriwayatkan hadith ini daripada Syabi daripada Masruq berkata:

" Kami berada di sisi Abdullah bin Masud yang sedang memperdengarkan
bacaan al-Qur'an kepada kami. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepadanya;
Wahai Abu Abdul Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah SAWW berapakah
ummat ini memiliki khalifah?" Abdullah bin Masud menjawab: "Tiada seorangpun
bertanya kepadaku mengenainya semenjak aku datang ke Iraq sebelum anda."
Kemudian dia berkata: "Ya! Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah
SAWW mengenainya. Maka beliau SAWW menjawab: " Dua belas(khalifah) seperti
bilangan naqib Bani Isra'il."

Di dalam riwayat yang lain Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah, sesungguhnya dia berkata:

" Aku mendengar RAsulullah SAWW bersabda semasa Haji Wida':
" Urusan agama ini masih pada zahirnya ditangan penentangnya dan tidak
akan dihancurkan oleh orang-orang yang menyalahinya sehingga berlalunya
dua belas Amir, semuanya daripada Quraisy."

Muslim di dalam Sahihnya meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah sesungguhnya dia berkata:

" Aku bersama bapaku berjumpa Rasulullah SAWW. Maka aku mendengar
Nabi SAWW bersabda: "Urusan 'ini' tidak akan selesai hingga berlaku pada
mereka dua belas khalifah." Dia berkata: Kemudian beliau bercakap dengan
perlahan kepadaku. Akupun bertanya bapaku apakah yang diucapkan oleh beliau?
Dia menjawab: "Semuanya daripada Quraisy."

Muslim juga meriwayatkan di dalamnya Sahihnya daripada Nabi SAWW beliau bersabda:

"Agama sentiasa teguh sehingga Hari Qiamat dan dua belas khalifah memimpin
mereka, semuanya daripada Quraisy." Di dalam riwayat lain Urusan manusia
berlalu dengan perlantikan dua belas elaki dari Quraisy" Sentiasa Islam
itu kuat sehingga kepada dua belas khalifah daripada Quraisy" dan " Sentiasa
ugama ini kuat dan kukuh sehingga ua belas khalifah daripada Quraisy."[Sila
rujuk Kitabul Imarah, Sahih Muslim, Cairo, 1955, Jilid II, hlm.,1542-1543]

Ibn Hajr di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah meriwayatkan daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi SAWA bersabda:

"Selepasku akan diikuti oleh dua belas khalifah."

Al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi al-Mawaddah bab 95, meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah berkata:

" Rasulullah SAWW bersabda: " Wahai Jabir! Sesungguhnya
para wasiku dan para imam selepasku pertamanya Ali kemudian Hasan kemudian
Husain kemudian Ali bin Husain. Kemudian Muhammad bin Ali al-Baqir. Anda
akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda mendapatinya, maka sampaikan
salamku kepadanya. Kemudian Ja'far bin Muhammad, kemudian Musa bin Ja'far,
kemudian Ali bin Musa, kemudian Muhammad bin Ali, kemudian Ali bin Muhammad,
kemudian Hasan bin Ali. Kemudian al-Qaim namanya sama dengan namaku dan
kunyahnya adalah kunyahku, anak Hasan bin Ali. Dengan beliaulah Allah akan
membuka seluruh pelusuk bumi di Timur dan di Barat, dialah yang ghaib dari
penglihatan. Tidak akan percaya kepada imamahnya melainkan orang yang telah
diuji hatinya oleh Allah SWT. Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang
ramai boleh mengambil faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab:"
Ya! Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka mengambil
cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya, seperti orang ramai mengambil
faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan." Ini adalah rahsia-rahsia
ilmu Allah yang teersembunyi. Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melainkan
kepada orang yang ahli.

Lantaran itu tidak menghairankan jika Syaikh Sulaiman al-Balkhi al-Hanafi menyatakan:

" Hadith imam dua belas tidak sesuai jika dimaksudkan dengan Khulafa' al-Rasyidin
kerana mereka kurang daripada 12. Dan ianya juga tidak sesuai dengan khalifah-khalifah
dari Bani Umayyah kerana mereka lebih dari 12. Semua mereka adalah zalim
selain Umar bin Abdul Aziz, dan mereka pula bukan dari Bani Hasyim kerana
Nabi bersabda: Semua mereka mestilah dari Bani Hasyim. Dan ianya juga tidak
sesuai dengan khalifah-khalifah dari Bani Abbas kerana mereka lebih daripada
12. Mereka juga menindas anak cucu Rasulullah SAWW dan melanggar suruhan
al-Qur'an. Oleh itu satu cara untuk mentafsirkan hadith itu ialah dengan
menerima 12 imam dari Ahlul Bayt Rasulullah SAWW kerana  merekalah
yang paling alim, paling bertaqwa, mempunyai sifat-sifat yang paling baik,
paling tinggi nasabnya dan lebih mulia di sisi Allah, dan ilmu-ilmu mereka
diambil dari bapa-bapa mereka yang berhubung rapat dengn moyang mereka
Muhammad SAWW."

No comments: