Popular Posts

Thursday, November 20, 2008

AL-QURAN : Semalam Buta Huruf Hari Ini Boleh Membaca Al-Quran

Ada seorang tua yang bernama haji Ali Agha Salman menceritakan: Semasa zaman kecilku, disebabkan keluargaku miskin dan susah, aku tidak mampu pergi madrasah untuk belajar hinggalah usia aku telah mencecah separuh abad. Apabila aku melihat dan mendengar qari membaca Al-Quran, aku akan sentiasa berharap satu hari nanti aku boleh membacanya. Oleh kerana keinginanku itu terlalu tinggi maka aku bertawassul kepada Imam Zaman (a.s.). Pada satu malam aku tidur dan bermimpi berada di Karbala, tiba-tiba salah seorang yang ada di situ menarik tanganku lantas berkata: " Mari ikut aku dan masuk ke dalam untuk mendengar musibah Imam Husain (a.s.), aku pun menerima pelawaannya dan sejurus tiba di dalam aku melihat dua orang sayyed yang mulia sedang mendengar musibah Imam Husain (a.s.) dan aku memerhatinya tanpa henti. Selesai musibah dibaca, sayyed tersebut duduk dihadapan hidangan sup dan roti dan memberiku roti yang masih panas lagi untuk di makan, aku pun mengambilnya dan memakan roti tersebut, apabila aku sedar dari tidurku, aku merasakan yang keinginanku telah tercapai lantas aku mengambil Al-Quran sejurus membukanya, aku boleh membaca Al-Quran dengan sempurna. Keesokan hari aku pergi ke majlis Al-Quran dan mendengar setiap bacaan daripada qari, apabila qari silap baca maka aku perbetulkan bacaannya hinggalah teguran aku disedari oleh salah seorang daripada ustaz Al-Quran yang aku kenal dan dia datang kepadaku lantas bertanya: "Wahai haji, sesungguhnya semalam engkau buta huruf dan tidak tahu baca Al-Quran apatah lagi untuk menegur anak muridku, tetapi hari ini aku melihat engkau bukan saja boleh membaca Al-Quran bahkan boleh menegur bacaan yang salah,apakah yang telah berlaku padamu? Aku menjawab: "Dengan keberkatan Sohibal Asri Waz Zaman (a.s.) maka aku telah mendapat apa yang aku inginkan".





Berkat Sheikh Aku Hafal 2 Surah Daripada Al-Quran

Agha Kermani salah seorang daripada Muazzin (tukang azan) maqam Imam Redha (a.s.) menceritakan: Setiap hari selepas solat subuh aku akan menziarahi maqam haji Sheikh Hasan Ali Isfahani dan membaca surah Al-Fatihah untuknya. Satu hari aku kepenatan dan apabila sampai di maqam tersebut aku pun tertidur, dalam tidurku aku berjumpa dengan Sheikh, lantas Sheikh bertanya kepadaku: "Kenapa engkau tidak membacakan surah Yaasin dan Taha untukku, aku menjawab: " Sheikh! aku buta huruf, lantas Sheikh pun mengajar aku beberapa ayat dan aku pun membacanya, sejurus aku tersedar dari tidur, aku dapati dengan berkatnya Sheikh tadi aku telah hafal surah Yaasin dan Taha. Mulai hari itu, tiap-tiap hari aku akan membaca kedua surah tersebut apabila menziarahi maqam Sheikh Hasan Ali Isfahani.

No comments: