Popular Posts

Thursday, December 11, 2008

Coretan Setelah Seminggu di Kota Suci Qom




Imam Ja’far Shodiq as ( lahir 83H dan telah diracun oleh khalifah al-Mansur Abbasiyah tahun 148H ) lapisan ke-6 zuriat nabi Muhammad saww yang di katakan oleh Malik bin Anas ( Imam Malik )

“ Aku tidak pernah melihat seorang pun lebih Faqih dari Ja’far Ibni Muhammad ”
berkata: ( dengan melontar soalan kepada seorang yang bernama Affan al-Basri)

Adakah kamu tahu kenapa dinamakan Qom ?
Aku menjawab: “ Allah, Rasulnya dan tuan lebih mengetahui. ”
Beliau berkata: “ Bahawasanya dinamakan Qom kerana ahlinya akan berhimpun bersama-sama dengan Qaim dari keluarga Muhammad (قائم ال محمد-qaim ali Muhammad) bangun bersama-samanya dan beristiqamah membantunya ”

Ya, perkara kebangkitan penyelamat umat manusia di akhir zaman dengan nama dan panggilan yang berbagai di dalam agama-agama dan yang dipanggil Imam Mahdi di dalam Islam adalah satu hakikat yang di sepakati walaupun tahap kepercayaan, penghayatan dan pembudayaannya adalah berbeza di antara umat dan ianya adalah merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dan di fikirkan secara serius.

Berkata Imam Ja’far as-Sadiq lagi, “ sesungguhnya bagi Allah adanya haram ( tempat suci ) iaitu Mekah, bagi Rasulullah saww adanya tempat suci iaitu Madinah dan bagi Amirul Mukminin (Ali bin Abi Talib) tempat suci iaitu Kufah. Sesungguhnya Qom adalah Kufah yang kecil. Akan di Wafatkan seorang perempuan di dalamnya dari anak keturunanku bernama Fatimah binti Musa dan dengan syafaatnya akan masuk ke syurga semua para pengikutnya ”

(( salam ke atasmu wahai Puteri Rasulullah, salam ke atasmu wahai Puteri Fatimah dan Khadijah, salam ke atasmu wahai Puteri Penghulu 0rang-orang beriman, salam ke atasmu wahai Puteri Hasan dan Hussein, salam ke atasmu wahai Puteri wali Allah, salam ke atasmu wahai adindanya wali Allah, salam ke atasmu wahai bonda saudaranya wali Allah, salam ke atasmu wahai Puteri Musa Ibne Ja’far dengan rahmat Allah dan keberkatannya. ))

Ini adalah sebahagian ungkapan ketika menziarahi Sayyidah Fatimah al-Ma’sumah di Qom, puteri Imam Musa Ibne Ja’far al-Kazim ( adindanya Imam Ali Redha a.s yang maqamnya berada di kota Mashad, Khorasan, Iran) sambil berpesan,



من زارهاعاْ فابحقّها فله الجنّة
Sesiapa yang menziarahi Fatimah Ma’sumah dengan mengenali akan haknya maka ganjarannya adalah syurga.

Ya, Qom seperti yang terdapat di dalam kitab Biharul Anwar, ketika Rasulullah saww Isra’ ke langit ternampak satu kawasan pergunungan yang warnanya lebih cantik dari kemerahan za’faran dan lebih wangi dari kasturi lalu Rasulullah saww ternampak seorang tua yang bertopi panjang
(( فاذا فيها شيخ على رأسه برنس فقلت:لجبر أيل ما هذه البقعه الحمراء التر هى احسن لونا من الزعفران واطيب ريحا من المسك؟ قال:بقعة شيعتك وشيعة وصّيك عليّ

Maka aku bertanya kepada Jibrail apakah tempat yang lebih cantik dari warna za’faran dan lebih wangi dari kasturi ini?
Maka jawab Jibrail: itulah tempat pengikutmu dan pengikut pewarismu ‘Ali

فقلت:من الشيغ صا حب البرنس؟

Siapakah orang tua bertopi panjang?
قال:البليس،قلت:فما يريد منهم؟قال:يريد ان يصدّ هم عن ولاية اميرالمؤمنين ويدعوهم الى الفسق والفحور

Berkata Jibrail: Dialah iblis, maka aku berkata, apakah yang ia mahu dari mereka?
Jibrail berkata: Dia mahu menghalang mereka dari kepimpinan (wilayah) nya Amirul Mukminin dan mengajak mereka kepada kefasikan dan dosa, maka bersabda Rasulullah saww: wahai Jibrail bawalah daku turun kepada mereka, maka Jibrail membawa Rasulullah turun dengan lebih pantas dari kilat dan kelipan mata.
Maka aku berkata qom-قم (bangunlah) wahai yang dilaknat, bersekutulah kamu dengan musuh-musuh mereka di dalam harta, anak-anak dan perempuan-perempuan mereka. Sesungguhnya pengikutmu dan pengikut Ali tiada penguasaan bagimu ke atas mereka: maka dinamakan
“ Qom ”

Imam Musa al-Kazim (128H-183H) ayahanda kepada Imam Ali Redha dan Sayyidah Fatimah Ma’sumah lebih seribu tahun dahulu berkata:
رجل من اهل قم يدعوالناس الى الحق يحتمع معه قوم كزبرالحديدلاتزلّهم الرياح العواصف ولايملّون من الحرب ولايجبنون

Seorang lelaki dari ahli Qom akan mengajak manusia kepada kebenaran, akan berhimpun bersamanya kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak bergoyang ditiup angin kencang dan tidak letih dari berperang dan tidak gentar dan bertawakal kepada Allah
dan akibat yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Benar seperti yang dikatakan Imam Musa al-Kazim as, sejak sampainya saya ke Iran pada tahun 1983 bulan September sehinggalah kini 2008 yakni sejak zaman hayatnya al-Marhum Imam Ayatullah Ruhullah Khomeini sampailah beralihnya kepimpinan Faqih kepada Ayatullah Uzma Syed ‘Ali Khamenei dan sejak zaman presiden ‘Ali Akhbar Rafsaujani hinggalah presiden Mahmoud Ahmadinejad, di zaman perang yang dipaksa syaitan besar Amerika melalui ejennya Saddam sehinggalah beberapa hari yang lalu apabila diuji peluru berpandu Iran “ sijjil ” berkeupayaan jangkauan 2000km sebagai sebahagian kecil dari usaha-usaha
الهم مااستطعتم من قوّة واعدّو
persiapan kekuatan menghadapi musuh-musuh Allah, hakikat inilah yang di saksikan di Iran dan khasnya di kota suci Qom.

Imam Ja’far Shodiq pernah berkata:
سيأتي زمان تكون بلدة((قم)) واهلها حجّة على القلا ئق وذلك في زمان غيبة قائمنا() الرطهوره ولولاذ لك لساخت الارض باهلها
( كارالانوارج. )

Akan datang satu masa di mana kota Qom dan penghuninya menjadi hujjah ke atas sekalian mahluk dan ketika itu adalah zaman keghaiban Qaim dari kami (Imam Mahdi yang akan bangkit dari keluarga Nabi saww) sehingga zahirnya dan kalau tiada hujjah sedemikian maka hancurlah bumi dengan penghuninya.

Setelah kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, empat tahun selepas itu saya telah berangkat ke Republik Islam Iran. Mula mempelajari bahasa Parsi di sebuah pekan kecil yang terletak di wilayah Isfahan, bekas ibu negeri Iran sebelum Tehran, terkenal dengan gelaran “ Nesfe Jehan ” (separuh dunia) pemandangannya indah, kaya dengan kesenian dan kraf tangan, terdapat binaan-binaan bersejarah yang unik, begitu asyik bagi karyawan dan seniman. Dialek Parsi yang berbeza dari kota-kota Iran yang lain, punya irama ketika bertutur, bicara, pantulan keindahan jiwa dan keceriaan hati.




Dari Isfahan berpindah ke Qom yang jalan dan orangnya dipenuhi dengan para Rohani (ilmuan agama) yang berjubah dan berserban yang putih warnanya dan hitam dan talabeh-talabeh dari seluruh pelusuk dunia, Amerika dan Afrika, India dan China, Arab dan Ajam, Indonesia, Filipina, Jepun, Thailand dan Malaysia pun ada dan berbagai-bagai mazhab dan pegangannya semua dengan berkat kewujudan cicit Nabi Muhammad saww manusia suci bernama “ Fatimah Ma’sumah ” yang wafat dalam usia yang begitu muda, belasan tahun dalam perjalanan untuk mengubat kerinduan menemui kekandanya Imam Ali Ibne Musa ar-Redha pada tahun 201H tetapi tidak kesampaian di alam dunia.

Keberkatan diri yang suci ini tidak terbatas di zaman hayatnya semata-mata. Makam dan martabatnya di sisi Allah yang semakin tinggi maka اتار dan kesan setelah kewafatannya semakin terserlah dan karamahnya melimpahkan kemuliaan kepada yang berhak, pada diri yang layak
يا فاطمة اشفعي لي في الجنّة

Ya Fatimah, berilah syafaat kepadaku di dalam syurga
فانّ لك عندالله شأنا من الشّأن

Bagimu satu kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah sehingga tidak mampu diungkapkan .

Tiada diskriminasi darjat pada zahir yang berbeza dari segi jantina dan usia satu pencapaian kerohanian yang di luar jangkauan kefahaman manusiawi. Itulah keindahan dan keunikan Fatimah Ma’sumah sa, hidayah pelusuk alam, lus dan Jaan (manusia dan jin)
تدقل بشفاعتها شيعتي الجنة باجمعهم -

Marilah sama-sama kita memohon syafaatnya kerana dengan syafaatnya seluruh pengikut Shodiq Ali Muhammad akan ke syurga.

Kalau Isfahan mendapat jolokan “separuh dunia” hebatnya Qom sebagai - ‘asy ali Muhammad عش ال محمّد (sarang keluarga Nabi Muhammad saww) – ‘asy ali Muhammad عش ال محمّد tempat perlindungan orang-orang tertindas.
شاه من به دهان اين دولت مى زنم

Masih kedengaran teriakan Ayatullah Khomeini di tanah perkuburan Baheshte Zahra berhadapan rejim Shah tali barut Shaitane Bozorg (Syaitan Besar Amerika)
“ Shah, aku menghentam mulut kerajaan ini ”

Masih kedengaran kata-kata “ Aku terdengar bunyi tulang belulang Marxisma” dan “ Marxisma hanya layak diletak di dalam museum sejarah ”

“ Marg Bar Amriko” (Mampus Amerika) “ Marg Bar Israel ”(Mampus Israel)
Bergegar dunia dengan runtuhnya bangunan Soviet Union dengan kegagalan segala teori yang diguna pakai olehnya.

Sekarang sama-sama kita sedang menonton retakan yang membawa belah bangunan Kapitalisma dengan teori-teorinya.
Datang Jimmy Carter dan pergi tidak terkata
Datang Ronald Reagan dengan topi koboinya kembali dengan segala angan-angannya
Datang seorang lagi saya dah lupa namanya, oh ya Bill Clinton
Datang George Bush yang tiada “ W ” dan yang ada “ W ” dan kini tiba masanya yang bernama Obama, kalaulah rakyat Amerika tak sedar lagi, yang ini pun sama.
Utusan tahniah Dr Mahmoud Ahmadinejad kepada Barack Obama sempena
Kemenangannya di dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat adalah satu langkah Politik terbaru dan perutusan ini adalah penghormatan kepada keputusan dan pemilihan rakyat Amerika walaupun menurut setiausaha akhbar Presiden Islam Republik Islam Iran lagi, pengalaman lepas telah menunjukkan bahawa dengan perubahan parti-parti yang memerintah Amerika, perginya Republikan dan datangnya Demokrat, polisi kerajaan Amerika Syarikat khasnya polisi luar negeri tiada perubahan yang besar berlaku. Ali Akhbar Javanfikr berkata lagi, polisi dan langkah kedua- dua parti Amerika Syarikat mengenai Timur Tengah dan pembelaan terhadap Israel ialah dengan mengukuhkan ketenteraannya di sana dan membela rejim Zionis dengan jenayah-jenayah yang dilakukannya secara tidak rasional.

Maka menurut etika diplomasi adalah sepatutnya perutusan tahniah Dr Ahmadinejad itu dijawab oleh Barack Obama.
Ayatullah Sayyed Ahmad Khatami, Imam Jumaat sementara Tehran telah menegaskan bahawa, sejak zaman Eisenhower lagi tiada perubahan di dalam polisi-polisi luar negeri Amerika walaupun sekecil-kecilnya dan yang berubah hanya bentuk permainan semata-mata, satu hari slogan perubahan dilihat mampu menarik sokongan dan ada kalanya slogan memerangi terrorism.
Maka menaruh harapan kepada mereka adalah kerja sia-sia.

Salam ke atasmu wahai Abbal Hassan, salam ke atasmu wahai teman kemesraan jiwa, salam ke atasmu wahai yang dikebumikan di bumi Tus, salam ke atasmu wahai ‘Ali Ibne Musa Ar-Ridha Warahmatullah Wabarakatuh.

Wahai Imam, kali ini aku menziarahi pusara adindamu, bunga kenangan Fatimahtuz Zahra, puteri nabi tercinta yang kuburannya tiada bertanda bagi pihak sahib zaman, para ma’sumen kedua ibu bapa, isteri, mentua, anak-anak dan adinda-adinda, sahabat-sahabat mukminin dan mukminat serta rakan-rakan yang punya hajat InsyaAllah akan ku ziarahi pusaramu di lain kali.





Ya Wajihan ‘Indallah, Ishfa’lana ‘Indallah ( wahai yang tinggi martabat di sisi Allah, berikan kami syafaat di sisi Allah).
oleh Ust.Kamil zuhairi

nota kaki:

Qom (فم) di dalam bahasa Arab bererti “Bangunlah”

Imam Mahdi yang bergelar “orang yang akan bangun dari keturunan Nabi Muhammaddi akhir zaman

Rujuk kitab Biharul Anwar, Majlis, jilid 57 m/s 216

منين حرما وهو الكوفه الآ وانّ قم الكوفة حرما وهوالمدينه الاوانّ لاصيرالمؤ ان لله حرماوهو مكة ، اْلاان لرسول الله

الضعيره.الاانّ ئمانية ابواب ئلائةمنها الى قم.تقبض فيها امرة من ولدى اسمها فاطمه بنت موسى وتدخل بشفا عتها شيعتي الجنّة باجمعهم.عجاراللانوار,المجلسى

[1] Biharul Anwar jilid 60,63

Ilal Syarai’ jilid 2 Rujuk 40 hadis fadhilat Qom dan Ahli Qom

Dr Sy Ja’far Tabatabai Amiri

[1] Bihar jilid 60 m/s 216

No comments: