Popular Posts

Thursday, February 17, 2011

Kes Tokoh Syiah Malaysia Ditangguhkan!









Kuang - 17 Feb. Perbicaraan kes Pertama Hauzah ArRidha di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, selepas pencerobohan JAIS telah ditangguhkan. Hakim, Tuan Shahrudin b Selamat menetapkan tarikh 31 Mac 2011 sebagai sebutan semula kes.

Prosiding mahkamah dimulakan dengan bacaan kes oleh Pegawai Penyiasat, Omar b. Manaf yang memohon mahkamah memanjangkan bon jaminan serta menangguhkan kes terhadap Hujjatulislam Mohd Kamil Zuhairi B. Abd Aziz dan Hujjatulislam Mohamad Mohsein Rodmard pada tarikh lain. Peguam Bela, Muhammad b. Burok membantah, kerana anak guamnnya ialah orang yang disyaki dan bukannya orang yang dituduh. Muhammad juga membantah pegawai penyiasat kerana didapati memikul tugas sebagai pendakwaraya tanpa lokaliti, kerana mengikut undang-undang, hanya pendakwaraya yang boleh membawakan kes ke mahkamah.


Bantahan turut dilakukan terhadap bon jaminan yang sepatutnya tidak diperlukan, dan jaminan mulut sudah memadai kerana kedua-dua Orang Yang DiSyaki (OYDS) belum lagi didakwa ataupun tiada pertuduhan disebutkan bagi mana-mana enakmen. Tuan Shahrudin bagaimanapun membenarkan permohonan pegawai penyiasat. Beliau juga menegur sikap pegawai penyiasat yang mahu memohon supaya tarikh sebutan kes dianjakkan lagi. Difahamkan, kertas siasatan masih belum diserah kepada pihak pendakwaraya kerana masih tidak dapat disiapkan.


Keadaan bilik mahkamah tenang dan sesekali diselit tawa kecil oleh sebahagian pemerhati ketika hujah bantahan dilontarkan oleh pihak peguam bela. Isu passport turut mencuri tumpuan ketika peguam bela mengecam tindakan Mahkamah Syariah yang sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam menahan passport milik Hujjatulislam Mohamad Mohsein Rodmard. Hakim mengarahkan passport milik OYDS dipulangkan serta merta. Mahkamah ditangguhkan kepada 31 Mac 2011.


-IRIC



No comments: